Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

KUIH BINGKA CRACKER





Memandangkan diri ani memang jenisnya nak buat apa pun semua benda nak mudah, makanya hakak try resepi pun yang mudah- mudah saja.
Naj..ni salah satu resepi yang mudah. Sesuai untuk minum petang.

Bingka cracker ini, hakak lebur dalam acuan serabai saja. Kebetulan nak rasmikan acuan tu dan juga nak try oven yang dah berkurun lama tak guna.

Alhamdulillah..nasib oven masih boleh guna lagi.

Resepi kuih Bingka Cracker ni hakak ambil dari blog Syapex . Hakak letak lah di sini untuk rujukan dimasa akan datang juga.


KUIH BINGKA CRACKER
Sumber : Syapex Kitchen

Bahan- bahannya:
70 gm biskut cracker (biskut lemak)
45 gm tepung gandum
1/3 cawan gula (pakai brown sugar)
1 sudu makan susu pekat manis (tak letak)
1/2 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
360 ml santan
1/2 sudu makan butter/ marjerin/ minyak sapi
Secubit garam
Sedikit bijan untuk tabur










Cara- Caranya:
Panaskan oven pada suhu 180 C.
Langserkan loyang dengan minyak.
Hancurkan biskut cracker dan kisar hingga hancur.
Kemudian campurkan semua bahan kecuali bijan dan blend sehingga semunya sebati.
Panskan loyang yang disapu minyak terlebih dulu dalam 3 minit, baru tuangkan adunan.
Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan (jika suka)
Bakar selama 1 jam atau sehingga keperangan.
Sejukkan dan potong.

Okey..Selamat mencuba (^__^)

Kek Minyak Pelangi Mudah


Assalamualaikum.

Kadang- kadang tekak ni pandai sangat lah teringin nak makan macam- macam. Sampai tahap boleh teringat- ingat lah. Hahaha..Hadeh..memang dasar peminat pada makanan lah kan.

Post kali ni, dah basi pun sebenarnya. Tapi dah up dekat instagram. Buat masa balik kampung  tahun lepas punya tak silap. Hehehee..gini lah, time rajin nak update baru lah korek balik. Nasib lah dah memang upload siap- siap gambar. Cuma tinggal tunggu mood rajin nak taip balik n3 saja.

Kek ni siyes, memang mudah sangat nak buat dan rasa pun sedap. Okey..hakak update kat sini resepinya yang akak ambil dari blog kat Azie. 





KEK MINYAK PELANGI
Sumber: Aziekitchen

Bahan- bahannya:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan hijau





Cara- caranya:

Ayakkan tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan dan lanserkan loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada tiga lebih kurang 320 gram setiap bahagian dan letakkan pewarna pada setiap adunan. Tuangkan adunan ke dalam loyang.

Bakar hingga masak pada suhu 170"c selama 40 -50 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk dahulu baru potong.


Tapi sejenis yang memang tak reti nak bersabar. Kek ni keluar saja oven terus anak- anak buah tak sabar nak makan. Makanya potong juga time panas- panas tu.

Siyes sedap. Sila lah cuba ya (~_^)





UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...