Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Lempeng Pekak Dan Kari Ayam ADABI







Assalamualaikum..Akak update lagi (^_^). Walauuu hanya lempeng dobo-dobo a.k.a Lempeng Pekak katanya. Tu pun benda yang dah basi. Tapi biasa lah, sekadar nak bagi blog ni berupdate saja.


Jangan dipandang kepada namanya tapi ingat akan kesedapannya hokey. Lagi- lagi kalau lawannya kari atau sambal cili hijau..Perhhhh...Memang berkeping- keping lah habis.

Nah dikongsikan resepi paling simple.


LEMPENG PEKAK/ LEMPENG KOSONG
Sumber: Instagram ibh_sue

Bahan-bahanya:

1 cawan tepung gandum

1 1/2  cawan air
1 biji telur
1/2 sdk baking powder
secubit garam

Cara- caranya:


Senang sangat cara akak. Bubuh saja semua bahan dalam blander. Bland la sampai semua bahan sebati.
Kemudian, panaskan kan non stick pan.
Tuang sesenduk adunan. Goyangkan pan bagi semua adunan sekata.

Kadang- kadang akak masukkan santan juga. Lagi sedap berlemak ler lempeng ni. Memang sedap. Pekakkan saja lah telinga kalau ada yang tegur kau makan berkeping- keping. Hahahaa...Sesueiii sangattt dengan dengan namanya kann. Hahahaha.



Kadang- kadang akak suka lempeng yang ada hangit/ garing sikit. Sedap sebab ada bau-bau tepung hangitnya tu. Ada orang suka tebal..Tapi akak suka buat nipis-nipis macam kuih ketayap tu. 




Gandingannya akak hanya gunakan kari ayam adabi. Senang sangat kerjanya. Bukak tin, tuang dalam kuali. Panaskan sekejap dan angkat untuk dihidangkan.




Ni akak beli kat kedai KK Mart tak silap. Agak susah juga kadang nak jumpa. Tapi usah risau ya, korang boleh juga beli produk makanan sedia hidang dalam tin ADABI ni secara online ya. Pergi ke laman web http://www.emall.adabi.com/ dan boleh la shopping dengan tak payah keluarkan peluh ya (^_^). Ada macam-macam jenis barang boleh beli antaranya rendang ayam/ daging, sambal bilis, sambal kerang, sardin, dan macam- macam lagi lah. 


Satu tin ni boleh lah makan untuk 2-3 orang. Pada akak yang duduk berdua ni. 

Kuih Balung Ayam



Assalamualaikum..
Kembali lagii... Kuih Balung Ayam or orang banjar sebut "Balungan Hayam". Hehehe.. Boleh la juga kalau nak kata kuih koci kot. Intinya kelapa.. luarnya liat-liat. Kalau kuih koci bersalut santan kan. Ni tidak..kita lumur minyak ja untuk elak dia melekat.

Buatnya senang sangat. Tapi sukatan hakak tak letak tau. Sebab main agak- agak jer. Buat sama-sama dengan kakak dan anak buah. Ramai- ramai buat cepat lah siap. 

Kebetulan hari tu ada saudara mak nak datang. Maknaya kami decided untuk sediakan menu- menu ala kampung gitu. Kuih ni antaranya lah. Dan ofkos lah sebab sedaranya tu orang banjar kan (^~). Cumanya dia duduk bandar dan jarang- jarang sangat datang ke kampung. 

Dan seperti yang dijangka, memang betul- betul berselera lah dia orang bila tengok juadah kampung depan mata. Sesekali dapat menu macam ni memang mengundang lah zaman muda- muda dia orang dulu kan.

Nah..kongsikan resepinya. Tapi maaf lah, nak bagi tau lagi..resepi ni tiada sukatan ya. 


KUIH BALUNG AYAM
Sumber: Instagram ibh_sue 


Bahan-bahannya:

Tepun pulut
Air Pandan
Garam

Bahan Inti:
1 biji kelapa parut
Gula merah
Gula pasir (kalau nak letak)
Secubit garam


Cara-caranya masak inti
Dalam kuali, masakkan gula merah dan gula putih (jika perlu) dengan sedikit air hingga cair. *Tapiskan jika perlu ya sebab ada jenis gula merah yang "bersampah" gitu. Dan masuk semula dalam  kuali.
Tambahkan secubit garam dan kacau hingga kering sedikit.
Tutup api. Siap untuk digunakan

Untuk Doh:

Uli tepung bersama air pandan dan garam hingga sebati dan agak- agak tidak melekat ditangan. 

Ambil daun pisang dan sapukan minyak masak sedikit supaya kuih tak melekat nanti. 

Kemudian ambil doh sedikit (bulatkan sebesar duit 50 sen lama gituu), dan leperkan atas daun pisang tadi

Letakkan inti kelapa di bahagian tengah doh yang dileperkan tadi.

Lipat daun pisang yang ada doh tadi macam kita lipat karipap dan tekan sedikit bahagian tepi agar inti tak  keluar.


Gunting lebihan daun tepi bentuk macam karipap tu ya.

Last sekali..Kukus selama 20-15 minit atau sehingga masak. Bergantung lah kepada pengukus masing- masing.

Sejukkan..dan sedia untuk dihidang.


Tapi kalau jenis bangsa yang tak reti nak sabo (macam hakak ler tu) dan dan keluar pengukus tu ja terus buh pinggan makan. Hehehe





Maybe sebab rupanya ada ala- ala "Balung Ayam", tu yang disebut gitu kot.




Air Detox Mudah


Kali ni nak  kongsikan resepi air detox yang sedap pada tekak akak. Resepi ni dikongsikan oleh Adda Uwais tokei eatnslim-mealplan Katanya elok untuk kuruskan badan atau yang nak maintain kan berat badan.


Bahan-bahanya:
1 biji lemon
2 biji limau nipis
beberapa hirisan halia (buh banyak lagi sedap)
2 bag teh green tea
1 liter air
1 sudu besar chia seed (tak letak pun tak pa)

Cara- Caranya:
Hiris lemon, limau nipis dan halia.
letak semua bahan dalam satu periuk kemudian didihkan dan tutup api.

Minuman ni ready untuk diminum panas- panas atau pun sejuk ya. Terpulang lah, tapi..pada hakak, dua-dua sedap.

Hakak baru buat tiga kali..nak berjaya, sila lah konsisten ya. Tapiii..harus diingat ya. Minum lah air detox banyak pun tp kalau tak jaga makan tak guna juga kan. Hehehehe Akak tak kata orang lain ya..Tuju ke diri sendiri juga lah ni. Hadeh!















UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...