Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Rendang Kerang Mudah




Syawal ke sebelas baru nak up menu. Biasalah, tuan rumah update menu dah basi..menu lepas- lepas saja. Maklum lah, sekarang bukan rajin sangat masuk dapur. Kecuali balik kampung saja rajinnya berganda- ganda :P. 

Ni menu syawal ke tiga. Semua rendang dah habis makanya kena masak lagi.
Kebetulan stok kerang ada, jadi kita buat rendang kerang tak pedas gitu. Kenapa tak pedas? Sebab kanak- kanak ribena ramai (^_^).

Resepi dibawah ni anggaran sahaja ya. Sebabnya hakak masak memang main agak- agak sahaja. Adjust mana patut lah kan. Memang tak pernah bersukat pun. Cuma bahannya, itu lah...Sukatannya tu adjust sendiri lah ya.

Rendang Kerang 

Bahan-bahanya:
1 mangkuk besar isi kerang
1 cup cili kisar (ikut kepedasan la ya)
2 sdb rempah kari
2 sdb kerisik
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
1 kotak santan 200ml
Gula kabung/ gula melaka/ nise (secukup rasa)
Garam secukup rasa
1/2 sdb Serbuk Megi cukup rasa
4 helai daun kunyit (racik halus) - Letak banyak lagi sedap.


*Bahan kisar
6 biji bawang besar
1 labu bawang putih (kira-kira 6-7 ulas)
6 batang serai (hiris halus)
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas (hiris)

Cara- caranya:
Tumiskan bahan kisar, buang lawang dan kayu manis dulu hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar pula. Masak hingga betul- betul cili agak masak, kemudian masukkan rempah kari. Kacau sebentar hingga sebati.

Masukkan santan pekat. Kemudian baru masukkan kerang. Masak hingga agak kering.
Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam, serbuk megi cukup rasa (tak letak pun boleh) dan gula kabung.
Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit.



* Lagi banyak daun kunyit lagi sedap tau dan lagi best kalau campurkan dengan cili api. Baru ngam pedasnya (^_~)

* Rendang ni hakak gunakan 1 kotak santan 200ml dan 1 cawan santan pekat segar. Memang kaw- kaw lah lemaknya. Hehehehe







No comments:

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...