Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)
Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Air Detox Mudah


Kali ni nak  kongsikan resepi air detox yang sedap pada tekak akak. Resepi ni dikongsikan oleh Adda Uwais tokei eatnslim-mealplan Katanya elok untuk kuruskan badan atau yang nak maintain kan berat badan.


Bahan-bahanya:
1 biji lemon
2 biji limau nipis
beberapa hirisan halia (buh banyak lagi sedap)
2 bag teh green tea
1 liter air
1 sudu besar chia seed (tak letak pun tak pa)

Cara- Caranya:
Hiris lemon, limau nipis dan halia.
letak semua bahan dalam satu periuk kemudian didihkan dan tutup api.

Minuman ni ready untuk diminum panas- panas atau pun sejuk ya. Terpulang lah, tapi..pada hakak, dua-dua sedap.

Hakak baru buat tiga kali..nak berjaya, sila lah konsisten ya. Tapiii..harus diingat ya. Minum lah air detox banyak pun tp kalau tak jaga makan tak guna juga kan. Hehehehe Akak tak kata orang lain ya..Tuju ke diri sendiri juga lah ni. Hadeh!















Homemade Almond Milk




Lama dah teringin nak buat sendiri almond milk ni tapi tu lah alasan yang sama..kederat dan kerajinan tu belum datang. Cuti Thaipusam tadi rajin kan diri juga buat untuk digunakan bagi buat puding chia seed. Di bawah ni  letakkan resepi sebagai rujukan. Tu sukatan yang cheq buat. Nak lagi best, u all boleh ja husya kat Pinterest tu...bersepah resepinya 😉

1/2 cwn badam mentah
1 1/2 cwn air
1 tbs essen vanilla
1 biji kurma
Sedikit garam- tak letak pun tak pa

Rendam dulu almond semalaman atau 6-8 jam. Kemudian cuci bersih dan bland kan semua bahan sampai air bertukar jadi susu. Tapiskan dengan penapis teh/ kain nipis. Simpan perahan air dalam botol. Siap 😁
*Sebab almond ni tak dimasak, makanya sila lah gunakan air mineral or air masak ya.



Nah! Ni hasil puding chia seed yang sedap dipandang dan opkos sedap juga ditekak 😁✌️

Pasttt... pasai pa tah rajin nau update nih. Hehehe..okey semua n3 ni adalah menu throwback gitu. Untuk update terkini semua buh dalam instagram 😉

Coconut Milk Shake Ku

Assalamualaikum.
Duk la teringin nak minum Coconut Milk Shake Klebang. Tapi sapa la nak bawak pi sana kan. Kena pulak dengan cuaca panas ni, tekak asyik tringin benda- benda yang sejuk ja kan.

Akceli Coconut Milk Shake ni sue buat lama dah. Masa tu memasingg post kat wall tentang coconut milk shake. Dah la bangsanya jenis yang pantang nampak orang makan minum apa..Semua teringin. He3
Tak dapat pi Klebang, kita pi tesco ja lah bang. Kui3... Beli la kelapa togel dua tiga bijik... kita buat coconut milk shake sendirik.

Sangat simple dan mudah saja. Semudah A B C gitu... ( Balasah la labuuuu)


COCONUT MILK SHAKE ALA SUE
Resepi : Sue@Suemiezi.blogspot.com

Bahan-bahan
Sebiji kelapa muda. (Korek isinya) - Sue dah siap2 sejukkan dulu dalam esbox buah kelapa ni.
Dua skop aiskrim vanila

Cara-cara
Bland kan air kelapa dengan isi kelapa sekali.
Tuangkan dalam gelas. letak kan dua skop aiskrim vanila.
Siap!.. Sedia untuk diminum.



Sedang- sedang ja manisnya. Kalau manis air buah kelapa tu manis la rasanya. Kebetulan pulak nuah kelapa yang sue beli ni, isinya agak keras dah sikit. So, bila di blander terasa lemak- lemak manisnya tu dan isinya still boleh digigt - gigit gitu.
 

Ayaq Tembikai (^_^)

Tekak Ngada-ngada..memalam buta ni. Teringin nak minum ayaq buah..Mula nak minum air epal salery..Bukak peti...epal ijo plak dah habis stok..tinggai epal merah ja..Tak kena plak selera epal merah dengan salery... Nasib la stok tembikai ada lagi..Makanya, blend buat air tembika ja la..Janji ada..idak la kempunan...(^_^)....Jemput minum semua (ajak-ajak ayam ja  ya..dah kata tadi kan..i buat sikit ja..(^_~)..usah mimpi i nak bagi..Ngeeeee)...Emmmmm..nyamannnnnyaaa......


Jus Green Apple Salery

Panas...Panas..Panas..Cuaca ..panas betul..Layan tekak tetengahari ni.Teringat lak..air apple salery SR..Tu yang gigih puluh buat sendiri.Senang sangat nak buatnya..Tapi kalau dah kata malas tu kan.benda yang senang pun memang la tak terbuatnya.

Tapi hari ni sue tersangat la rajin..Makanya...anak tekak ni dapat layanan yang baik..erk!!..heeeee



Bahan-bahan


  • sebiji epal hijau
  • sebatang salary
  • sesudu kecil gula or madu ( sue buh sikit sbb sue suka manis buah ja)
  • secawan air sejuk
cara-cara
  • Basuh semua bahan . Potong kecil-kecil dan masukkan kedalam blander. Masukkan air sejuk.
  • Tuang dalam gelas. Tambahkan ais kiub. Siap.
Pada yang ada jus maker tu senang ja..buh ja semuanya tu..tapi sue guna blander ja...Yang tak suka kan serat-seratnya tu..korang tapis la ya..Sue minum ja serat-seratnya tu semua..Sedap ja pada sue..hehheheeaa..Heiii..bagus apa..serat-seratnya tu.... awet muda..cettt!!!!!...Ngeeee..(^____^)


Tuuu diaaaa...tang serat tua yang baguih tuuuu...i like it..ngeeeeee..:p

Jus Lemon SureVia






Cuaca panas..meh kita segarkan tekak dengan air lemon..
Hari ni sue buat air lemon guna stevia...
Apa itu
stevia?..Haaaa..masuk SINI ya..kalau nak tau lebih2...
Berminat?..
Boleh contact SINI terus or nak suruh sue orderkan pun buleh...

Beresss....



Bahan- Bahan


1 gelas air
perahan lemon segar
1 sachet SureVia Stevia

Cara-caranya:

1. Bancuh semua dengan air suam.
2. Tambah kiub ais



Lemon + Air Lemon



Tengok!..Banyak tak banyak stok lemon dalam esbox..
Haaahahaha..punyalah..asal pi tesco beli..pi jusco pun beli...Alih2..Hari ni bila peksa esbox..Mak aii banyaknya stok lemon lagi rupanya..Tu yang muat2 buh dalam bakul ja tu..yang tak masuk dalam tu pun ada lagi tu..Hehehhehe...Sue memang suka minum air lemon...Untuk detox pun sue minum lemon gak..tapi dah sebulan dua ni sue jarang dah amalkan minum air suam + perahan lemon pagi2..Tu yg melambak stok lemon tu..Masak pun kurang dah kan...Tu salah satu faktor kenapa stok lemon menimbun..
Tak pa la..meh kita layan minum air lemon...Cuaca panas..segar ja bila minum lemon ais...Tapi kalo pepagi elok ler minum air lemon suam...



Kita Minum Duluuuu.....


Jom pekena kopi dulu...
Game belum habis lagi. Baru separuh mata ke 2, mata dah mula ngantuk ni..
Dia kalau buat benda yg kureng digemari..memang cepat no mata ni ngantuk.

Sambil layan lappy dan ulasan game..sambil makan biskut yg sedap...
Hadoiii..mau boleh habis sebalang nih kalau dilayan sangat...
Cam mana lah tak TEMBUN jadinya..Heeeee





Update 10.37:Alhamdulillah..habis gak akhirnya..Maaf la cik hb..team anda telah
kecundang..Keputusan adalah N9 1- Perlis 0. Sekian dilaporkan..


Grape Smoothie


Moh layan smooties..Asalnya nak buat blueberry smoothie macam kak hana..Tapi nak buat cam no..kat rumah esey ni..tak dok blueberry..jem blueberry pun tak dok..So..nak sedapkan hati dan tekak juga..sue ubah ler jadi Grape Smoothie..Heee...Sesekali layan smoothie ok gak...

Kak Hana halal ya..sue cnp resepi akak jer..


Bahan- bahan


* 2 cawan susu segar - sue buh secawan jer..coz cawan nan ado tu..tecik ja..tak dak cawan cantik
mcm kak hananya..
*1 cawan blueberry segar - buh jem@ filing pong bleh juga ( sue buh jem anggur..)
*1/2 cawan yogurt plain - sue buh yogurt anggur jg
*1/4 gula - sue buh sesudu kecil ja
*1 sk esen vanila - sue tak letak jg
* Ais


Cara- cara

* Blend semua bahan hingga smooth
* Hidangkan
p/s- gambo smoothie ntah jadi gambo apa ntah...Walau digambo tgk mcm ntah apa2..Tapi siyes..memang sedap..grapenya bersepah duk bawah..hehehheee


Jus Detox

Chak!...Hee..hee..
Nak share skit....tadi masa sue jenguk rumah Kak Ina .... terjumpa resepi jus detox ni...So..pada yang nak try ni sue CnP kan yo...Kak Ina minta izin yo....

Jus Detox

Bahan-bahan
120 g pisang
1.25 cm halia berkulit
125 ml air mineral
15 ml jus limau susu (lemon)
250 ml jus epal Madu, jika suka(@ gula perang secukup rasa)

Cara membuat
1. Kisar pisang dan halia dengan jus limau susu dan madu atau gula perang.
2. Tuangkan ke dalam bekas, tambah jus epal.
3. Isikan ke dalam gelas berkaki.
4. Hias dan hidangkan.

Jus Segar
Bahan-bahan
250 g lobak merah
300 g buah belimbing
20 ml jus limau susu (lemon)Gula perang @ madu secukup rasa
Air mineral secukupnya
Cara membuat
1. Potong kecil semua bahan.
2. Letak di dalam pengisar minuman.
3. Tuangkan air secukupnya.
4. Kisar hingga halus dan hidangkan.
Thank's Kak Ina 4 da resepi.....

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...