Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)
Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

KUEY TEOW GORENG MUDAH



Assalamualaikum.Bersiaran kembali. Macam biasa, update menu yang dah lepas dan menu mudah-mudah sahaja akak kongsikan. Sebenarnya menu ni agak kerap akak buat masa bulan puasa tadi. Big boss memang suka kuew teow. Tauge kena lebih, haaa wajib okey. Tak nak kucai sebab busuk katanya. Hahaha

Ini kali kedua masak stail macam ni. Sebelum ni kalau masak kuew teow ja mesti menumis sambal bagai. Bila balik kampung hari tu, tengok kakak masak macam ni dan sedap. So lepas ni kalau big boss minta goreng kuey teow, akak okey saja. Tak ada segala macam haiwan-haiwanan pun boleh (^_~)

Baiklah, nah dikongsikan cara goreng kuey teow paling mudah dan cepat. Sukatan agak- agak sahaja ya. Boleh lah adjust rasanya ikut suka.



KUEY TEOW GORENG

Bahan-bahannya:
- 1 peket mee kuey teow
- 5 ulas bawang putih (cincang/ tumbuk kasar)
- 6 biji cili api (ikut pedas - tumbuk kasar)
- Serbuk lada putih
- Sos tiram
- Kicap pekat
- Sos cili
- Kicap manis
- Garam jika perlu
- Serbuk megi cukup rasa
- 2 biji telur
- Tauge
- Ayam/ daging (boleh letak apa-apa saja)
- Fish ball dan fish cake (potong dan goreng sekejap)

Cara-caranya:
- Tumiskan bawang putih dan cili.
- Masukkan semua jenis sos. Kacau sebati.
- Masukkan ayam/ daging. Perasankan dengan megi cukup rasa dan lada putih. Kaau  
   sebati.
- Masukkan mee kuey teow dan gaul sebati.
- Taburkan fish ball dan fish cakeyang dah digoreng tadi.
- Pecahkan telur dan gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan tauge dan gaul sebati.
- Siap


Selamat mencuba (^__^)






Maggie Goreng

ASSALAMUALAIKUM.
Sekejap saja dah jumaat kan. salam jumaat semua. tapi tak pa la, esok sabtu pastu ahad..huuuu..i like it. Kepala ni dah bersusun macam-macam projek nak buat hujung minggu ni..Membaking pun sama..dah rasa macam lama sue tak membaking.. Ingat nak buat sekut lagi. Boleh juga buat kudap-kudapan kat office. :p.

Ok. hari ni just nak post pasal maggie ja sebenarnya. Mesti ada yang senyum kan..Alaa maggie pun nak post juga...Hadoii..harus la...blogger macam ni la... Ya ka?..ka sue ja yang jakun macam ni..heheheheee . Tak lah..sekurang-kurangnya..boleh juga jadi rujukan untuk masa akan datang (ceh! masak maggie pun ada yang nak rujuk jg ka..huuuu).

Ni menu dah basi pun..masak untuk menu malam rabu hari tu. Malas nak masak maggie yang macam biasa sue buat tu..kali ni buat stail Cik Ina punya meggie goreng pula. Peh!..tak sia-sia selongkar dapo Cik Ina. Walau pun sempoi..tapi sedap. Sue kan memang suka resepi-resepi yang sempoi-sempoi ni..Lagi pula ada peminat maggie kan kat rumah ni..makanya harus dipelbagaikan cara memasaknya. :P Ngeeeee
Ok!..meh kita semak resepinya ya. kalau nak yang bergambo, pi la masuk rumah Cik Ina ya. Siap ada gambo lagi..(^_^).


MAGGIE GORENG

Bahan-bahan

 1 biji bawang putih- cincang
2 biji bawang merah- hiris (sue tambah)
1/2 batang carrot dimayang sederhana
3 biji telur
2 tangkai daun bawang
secawan isi ayam/ udang/ sotong or apa2 saja
Cili besar - utk hiasan saja.
2 paket Maggie kari - dicelur hingga lembut , angkat cucurkan dibawah air paip sekejap , kemudian tuskan 
                                       guna tapis,akhir sekali gaulkan sekata ngan 1 paket  perencah kari.

Cara-cara

- Tumiskan bawang putih n bawang merah hingga layu dan naik bau ketepikan ditepi 
  kuali(campurkan minyak  tumisan ngan sedikit minyak bijan) >>>> tak letak minyak bijan ya
- Masukkan isi ayam , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
- Masukkan carrot , kacau sekejap sedikit empuk ketepikan ditepi kuali
- Pecahkan tiga biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya
- Masukkan mee segera tadi, kacau hingga sekata, guna api sederhana semasa mengacau 
   mee segera, akhir sekali titiskan 3-4 titik minyak bijan ( x letak).Kacau, masukkan daun 
   bawang, kacau sekejap, kemudian angkat 
  dan sedia dihidang.
Maggie goreng siap!..(^_^). Sorry Cik Ina..sue ubah skit.Heeee

Mee Goreng Ala Mamak ker Ala Campak..(^___^)

ASSALAMUALAIKUM.
Dah petang baru nak update N3. Dah tak ada bahan nak update apa. Nasib la boleh cerita fasal makanan. Makanya, tu ja la bahan yg ada untuk update pun.
Pagi ni bfast buat Mee Goreng ala mamak. Kunun pagi ni just nak makan roti ja. Tapi semalam ada plak makyong kak opis yg request nak makan mee gorang buatan tangan sue. Peh!..bunyik macam best sangat ja sue masak kan…hehehe. So, hari ni ada la bahan nak update N3..walaupun just sekadar Mee Goreng…Tetap juga nak post..ngeeee…
Nak buat macam mana, hari ni sue pergi opis lagi..petang pulak terus pi rumah Kak Long. Malam dia ada buat kenduri sikit. So..dah tentu-tentu sue tak masak lagi dah balik nanti. 


Ok..Layan Mee Gorang Ala mamak ni ya. Resepi kalau nak korang boleh la ambik Kat rumah CIK MAT GEBU ya. Lebih kurang ja sue buat pun…Tp cik mat punya lebih sempurna la..sebab banyak bahan-bahannya. Sue punya main campak-campak ja and gunakan bahan pun apa yang ada saja.
Daa..Selamat Minum Petang ya..(Sebab dah petang dah ni..Ngee)

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...