Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)
Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

My Little Garden

ASSALAMUALAIKUM.
Tiga hari dah gigih dengan Jillian otot suma rasa kejang. Dua hari rilek dah. 
Cuti hujung minggu macam ni elok lah rajin kan diri buat kerja- kerja rumah. Tu salah satu cara juga untuk keluarkan peluh kan. Terpaksa gigihkan diri sebab untuk kesihatan.

Today, seawal 10 pagi lagi cuaca dah panas.... Hampir -hampir membantutkan cadangan untuk berkemas di laman yang sekangkang kera. Laman memang sekangkang kera ja, tapi itu pun tak terjaga, Kui3.; Rumput usah cakap lah...semak sana sini. malu hokey kalau korang tengok...Huuuu

 Sue tak tau apa nama pokok bunga ni, tapi bunga ni selalu ada kat kubur kan. Pokok ni dari dulu besar tu ja. Alhamdulillah pagi ni baru tersedar yang dah bertambah satu cabang lagi kat bawahnya. Dan lagi best berbunga pula. Pokok bunga ni kalau berbunga memang akan keluar 3 kuntum ja. Tu pun gilir- gilir antara dua tahan tu. Yang ni keluar sekuntum ja. Ok la tu, janji berseri juga pokoknya dengan adanya bunga yang sekuntum tu kan. (^_^). Ok! next!...

Yang nih..Namanya pokok akar dani ( tu pun setelah digoogle ). Buanganya wangi dan cantik.  Mak yang tanamkan, sue tinggal bawa balik ja. Pokok ni mula berbunga dan merimbun bila mak juga yang alihkan pasunya ke luar pago. Rupanya, pokok ni perlukan cahaya yang  lebih untuk membesar. Jarang disiram pun still hidup. Patut la mak tanam di luar pagar. Sebelum ni pokok ni sue letak di bawah rimbunan pokok bunga kertas, sebab takut mati kena bahang panas. Kalau balik malam, terbau- bau wanginya bunga ni. (^_^)


Yang ni satu lagi pokok yang kira sue suka sangat. Cantik sangat pada sue. Nak jaga pun senang. Juga sue bawa dari kampung. seperti biasa, mak juga lah yang semai kan. Bila tengok pokok ni elok ja landing atas tembok pagar tu, adik pun sibuk juga nak. gigih dia mencari di nursery..Mahal rupanya pokok ni. Jadi, masing- masing suruh mak yang semaikan. Di rumah mak free saja hokey... Heee


Pokok pandan juga mak yang semaikan. Dulu masa duduk rumah sewa, ada pokok pandan. hidup subur merimbun. Tapi bila di alihkan dalam pasu masa nak pindah. Semua mati. Hope yang ni hidup subur lah. Buat masa ni sayang sangat nak potong pandan ni. Sanggup lupakan hasrat nak masak nasi lemak hokey, sebab sayang sangat. Keh3.. :P


My pokok kari... Tinggal sepokok ni ja lagi. Pokok yang besar sikit dari ni mati dah. Sebab pokok tu dulu hidup atas tanah. Bila nak pindah rumah, sue alih dalam pasu. semenjak tu, susah betul dia nak hidup. daun pun kecik-kecik ja. Akhirnya mati juga. Tinggal lah yang sepokok kecik ni ja. Daunnya merimbun sebab tuan nya dah lama tak masak kari.. Selamatlah ko ya...


Perihal pokok pegaga ni plak. Dulu merimbun, sampai menjalar- jalar ke tanah. berlawan- lawan dengan rumput. Sempat juga merasa buat ulam. Lama tak berjaga. Tinggal nih ja dalam pasu. Tapi atas laman pun menyepah hidupnya hasil daripada menjalar tu.


Ok last!... My lovely cik som...Eke3... Pokok kesum. Juga hasil dari kampung. mak juga yang semaikan. Kena di petik juga ni kalau nak dia lagi merimbun.

Dah!..Tu ja hasil dari laman sue yang sekangkang kera tu. Next time, sue share lagi apa yang ada selain rumput ya. keh3.. Niat di hati nak tanam macam- macam, Tapi masa ja yang selalu tak mengizinkan ( yo la tuu :P ).  Sebab farmvile maya sue dah tak boleh main kan, makanya elok lah kita bercucuk tanam di alam nyata pula. Hasil dapat, badan pun sehat.  (^_^)


* More info berkenaan berkebun ni boleh klik blog Jom Tanam Sendiri.

Happy Anniversary


Assalamualaikum..Apa khabar kawan- kawan. Agak lama juga sue tak update. Kesibukan rutin harian membataskan sue nak berbelog. Tapi still update di IG dan fb.


Alhamdulillah hari ni genap 8 tahun usia perkahwinan kami. Syukur kepadaNya. Doa sue, semoga Allah sentiasa merahmati hubungan kami  dan sentiasa diberikan ketabahan kepada kami untuk mengharungi liku- liku rumahtangga. Semoga juga satu hari nanti akan ada juga kecerian yang kami nantikan dalam rumahtangga kami..8 tahun adalah satu penantian yang lama. Tapi sue sendiri boleh bersabar dan redho dengan ketentuannay.Thank's pada kawan- kawan yang wish dalam IG sue. Sue juga sentiasa mendoakan semoga kawan- kawan juga sentiasa hidup berbahagia dengan pasangan masing- masing hingga akhir hayat. Sob..sob..Eh!..tetiba tersedih lak..Huuu



Semalam balik keja kami pi makan Sate UK dekat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.  Cadang nak makan besar, tapi bila ingat tak mau membazir..sue ajak makan sate ja. Hb call kawan dia tanya mana tempat yang best nak makan-makan..So, kawan dia yang cadangkan restoren ni. For me, satenya sedap dan besar pulak tu. Pada yang nak rasa boleh la pi sendiri ya. Tekak masing- masing kan.
 
Okeh!..Sue stop dulu. Nak blogwalking jap. Lama betul tak jenguk rumah kawan-kawan..Banyak dah ketinggalan ketapi ni. Ok!..Daaa..
 

Saya memang rajin kannnn....!!!!..

Akhirnya...siap juga...
Dah tak sabo....
Terhegeh-hegeh..dan..dan tu juga nak pasang.
Motif?!!!...
Hahahaaa....biasa la...kasi posing dulu.



Puas hati tau....
Siap akhirnya.....Kurang la dah stok kain dalam simpanan.
Emmm...pas ni boleh la beli kain lain kan..Erk!!!!!....





 



  



Auni Batrisya

Ini budak petang semalam menangis bagai nak gila..

Kes sebab nak follow kami balik...

Hehehhee..Sian auni..Nanti acik bawak pi pusing2 dulu ya sebelum balik..

N3 kali ni..moh layan gambo budak yg kuat bebel ni ya..hehehehheeAuni ni kaki bergambo..kalau dia nangis..cakap ja..cenyummm sambil angkat tel or kamera..mesti dia berhenti pastu..siap cakap " nak tingok"....
Hehhehee..auni..auni...




Mangsa keadaan

Lihat lah..

Ni lah dia antara2 yang menjadi mangsa keadaan dimalam raya haji hari tu..



Si pokok daun kari..sian loo..dah la kecik cenonet ja..kena juga berkhidmat dimalam tu..En. hb tidak beli daun kari lo...Yang salah adalah..cik isteri tidak buh daun kari dalam list belian barang...kikikii...Oh!..salah i ok...


Si Daun Kunyit....Dapat ambik sikit ja..Sebabnya?..Sila lihat si pokok kunyit ini.Tuannya zalim lo...Tak jaga..bior ja daun2 kering dan rumput bertimbun. Akibatnya.si pokok kunyit terpaksa bersusah payah berebut dengan en. rumput untuk mendapatkan zat2 yang berkhasiat.
Penyelesaian..i dah bersihkan ok...Mungkin tanahnya tak bagus kot..(loo..alasan tak lojik hokey...) Eh! tapi betul la..kat rumah sewa dulu..langsung tak jaga pun..punyalah gemuk2 pokoknya..siap beranak pinak bagai lagi..Orang yang datang pun geram tengok pokok kunyit i tau...So..lojik tak i cakap tanah juga mempengaruhinya..Oh!..atau adalah ia tidak sesuai ditanam di dalam pasu?..


And last...Cik Serai..Nasib sama macam Cik pokok Kunyit..Dah la tuanya tak jaga..Daun tak berkerat..bersepah...
Oh!..ini bukan silap i hokey..serai ada dalam list pembelian..tapi cik hubby beli 3 batang ja...Boleh bayang tak..ayam 2 ekor..nak buat rendang..serai 3 ketui..Cukup ka?...Hadoiii..terpaksa la mengorbankan Cik Serai dirumah ni....
Nih pun sama mcm kes cik kunyit..agaknya sbb buh dalam pasu..dia susah skit nak membiak...Dulu masa kat rumah sewa gak..pokok serai ni..bleh sedekah kat orang lagi..gumuk2 tau..So kesimpulannya mungkin sebab tanah dan sbb tak sesuai tanam dalam pasu...


Okey..sekian dulu cerita untuk hari ni...yang pasti i sayang lo dengan mangsa2 keadaan di atas...Cik Daun Pandan langsung tak mo hidup lo...sedeyyy...

Mood sedey 2 hari sblum Raya..

Selamat hari raya u all semua..Mesti ada yg dah amik cuti seminggu kan..Dan dah ramai yg plan holiday masa cuti raya ni..

4 me..huaaaaaa....
Raya kat sini ja..Tak balik kampunggggg..
Sedeyyyyyy nya

Tadi cik hb dah pesan suh siap2 iron baju raya..Kita semayang raya sama2 dekat taman sebelah ja...Huaaaaa..nak menitik air mata tau...Sedeynya....

Ni la first time raya sendirik, tak balik kampung...


Start malam ni dah kena plan..memandangkan raya kat sini ja..Kena la plan apa nak buat bg nak wujudkan susana Raya tu juga.

Masak2 dah tentu la..i kena buat sendirik lagi..
Ingat nak buat biskut 1 @ 2 jenis...
Buat kek 1 jenis
Rendang, gulai daging favorite cik hb, nasi impit & lemang ( suh cik hb beli ya)
Jangan cik hb mintak buat ketupat palas sudah..Naya ja..Mau berjurai ayaq mata nanti...Remeh nak buatnya...bukan i tak reti ya..huhuhuhuu

Macam ni la agaknya perasaan korang2 yg duduk jauh diperantauan tu kan..lagi sedey agaknya..huhuhuhuhu...

Audit...

Mood adalah...


bengong sat...
Cam ni la bila nak hadapi Audit....

Masa adalah sangat bermakna pada waktu ini..
( blogwalking bleh sat..kalau tak mengong lak ngadap keja ja..hahahhaha..alasannnn)


Time ni akan ramai orang di office sampai ke malam hari..Mana muka yang tak pernag stay back pun ado..Kalau idak..balik2 muka
ni la jadi penghuni office ni sampai ke malam..Tu belum kira yang datang waktu coti..Hahaha..hambek kau...Semua tengah kalut....time ni la masing2 baru nak semak dokumen..Akakkakakaa....

Betul tak Wa..hahahhaha...Sila siapkan keja tertunggak anda tu ya...I tau u akan skodeng belog i ni kan...Hahhahahaha..
Seee...i boleh nyanyi lagi tau...

Makin berseri

Hasil penyopingan hari ni. Sekali pandang terus terpikat...


Amacam?...Berseri2 kan?....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tak tau mana nak letak...

.
.
.
.
.
.
Try posing dekat ruang tamu kedua...
.
.
.

..
.
.
.
.
.
.
.
.
Try posing pulak kat kabinet dapur kering.

Waaahhhh...makin berseri2 la rumah i...Ya ka?...Hahhahahahaa..
Hope bunga ni dapat bertahan dalam rumah..Kalau tak, kena la letak kat luar rumah.


Kitchen gadget Part 2

Mari kita cuci mata lagi dengan pelbagai jenis Kitchen Gedjet..



Amacam!!!!..Geram tak tengok?..

Kitchen gadget

Ni kes boring la ni..Masa dok merayau2 carik kedai online yg jual barang2 gadget daput..terju,pa la macam2 jenis gadjet..Moh layan antara Kitchen gadget ni yang pelik2....Tapi sangat cantik......




Tq..Cik Google..Cantik2 kan..Geram ja tengok. Ni baru skit ja ni....Macam2 jenis lagi..bersepah kat google tu..Tak larat nak mengcopy ja..ekekkekekek...pemaleh la tu...

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...