Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)
Showing posts with label Manisan. Show all posts
Showing posts with label Manisan. Show all posts

PENGAT KELADI MUDAH DAN SEDAP


Kita Terus kepada resepi ya. Ini cara akak masak. Ada setengah orang mereka rebus dulu keladi siap-siap dan ketepi. Tapi akak lebur ja semua. Mudah gitu. Yang penting pandai- pandai jaga santan. Jangan sampai pecah minyak pulak. Tak cantik nanti rupanya (^_^).


Bahan-bahannya:

1 biji keladi - potong dadu (saiznya agak besar)
2 sudu gula perang (ikut suka nak manis mana)
1/2 ketul gula kabung - dicincang halus
1 sdk garam
2 helai daun pandan
1 kotak kecil santan KARA
Air secukupnya


Cara-caranya:

Rebuskan keladi dulu dengan air bersama daun pandan.
Bila keladi agak- agak nak empuk, masukkan gula perang dengan gula kabung.
Akhir sekali baru masukkan santan dan garam.
Masak sehingga keladi betul-betul empuk. Siap.





Bubur Kacang Merah




ASSALAMUALAIKUM.


Bila terasa nak makan bubuq kacang tapi kacangnya yilek 😣 maka otak kau mula ligat memikirkan apa gantinya ✌ Silalah geledah dapur anda ya 😒 Tu pun kalau kau yang jenis ada beli barang dapur..walaupun bukan semalam tapi mungkin dua tiga bulan lepas punya belian 😙😙 Hahaha...Dannn...Nah ini lah hasil geledahnya 😝😝 Apa yang nampak kelakar di situ?? Kah3 tepuk dahi sendiri 😂 Dah macam duduk oversea nun 😝 Daun pandan ku kering 😂😂😂 Cium- cium..masih okeh! Masih ada bau pandan lagi 😂😂😂 Nampaknya kat rumah ni bukan saja yang dalam pasu mati kering..dalam esbox pun kering juga. Hahaha 😂 😂 Ni dua minggu lepas punya daun kot 😝 masa buat serawa durian untuk office hubby.

Eihh!! Panjang pulak ceritanya.. Gamba next hasil kejadiannya 😊✌




Nah ni hasil kejadiannya. Alhamdulillah sedap.. Yerkk 😝😝 terpuji diri sendiri pulak 😜😜 Hahaha.. Haishh!! Tergelap la pulak rupanya.. Kalau tak mahu gelap macam tu, gunakan lah gula biasa ya ✌

Pengat Durian/ Serawa durian



ASSALAMUALAIKUM
Saja- saja post kat sini pula. 
Dah kebetulan sekarang musimnya kan. 
Rugi kalau tak buat. 
Makan dengan roti stail paling pemalas..
Kalau rajin sikit buat la lempeng pekak,,dan kalau rajin banyak, buat la roti jala. 
Haaaa,,baru ngam gandingannya. (^_~)

Nah..Bahan- bahannya. Senang sangat buatnya pun..
Tapi gamba di bawah ni tertinggal gula melaka/ kabung
sue letak sikit untuk tambah sedap.


Dan..kalau nak buat banyak tapi tak nak kuah cair buleh la letak sikit tepung jagung. Nampak la pekat sikit kuahnya tu. Tu..tektik juga tuuu.. (^_~). Hehehhe..


MAHALABIYYA



ASSALAMUALAIKUM
Cak! Torra datang lagi. Hehehee.. Terrrrajin nak update lagi. Kali ni janji..resepi ni belum basi sebab baru buat hari ini. Puding Arab gituuu. Meh tengok resepinya. 


MAHALABIYYA ( Sweet Arabian Pudding)
 Sumber : Instagram Che Ta @ Rozitahasan78


BAHAN- BAHANNYA:

1 liter susu segar (lebih kurang 4 cawan)
1/4 cawan gula (kurang/ lebih)
1/4 cawan tepung jaggung
3 tbsp air mawar (sue guna perasa ros)
Sedikit garam
Kacang Pistachio (cincang/ blend kasar)



CARA- CARANYA:

Larutkan tepung jagung bersama secawan susu segar.
Didihkan lebihan susu segar bersama gula dan air mawar (perasa ros) dengan api sederhana.
Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jaggung,
Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Bila hampir pekat, masukkan garam.
Tuang ke dalam bekas dan taburkan pistachio,


Masyaallah..sedap rupanya puding ni. Makan waktu suam- suam sedap, sejuk pun sedap. Selamat mencuba ya (^_^)

Pengat Pisang Skoteng


Assalamualaikum, Salam jumaat semua. Hari ni lega sebab cuti.  Banyak sikit la masa nak memerap kat rumah kann. (^_^)

Alhamdulillah, kenyang dah. Selesai makan tengahari tadi. masak simple-simple saja. Menu request dari encik hb. Nasib tomyam ja ko. Senang keja.Heee


Dek kerana kuatnya keinginan nak merasa skoteng siap ja kemas dapur terus buat pengat pisang untuk minum petang pula. Bayang lah, dah lama simpan dendam nak rasa skoteng ni. Tengok geng-geng masak pernah up banyak kali dulu menu yang guna skoteng ni. Alhamdulillah kebetulan minggu lepas ada kursus dekat Melaka. Dan secara kebetulan pula, time balik tu singgah shopping kejap. Nampak ja skoteng, terus ja hambik. Sekali tiga terus ambik. Buat stok. Kot-kot sedap..Heee.

Oklah..Tau korang pandai buat pengat pisang kan. Pengat ni pemanis mulut paling senang nak dibuat. Tapi kot la ada yang nak resepi boleh la skodeng dapo kak Ummi ya. Sue letak resepi dari dapur kak Ummi di sini. Mintak izin ya kak Ummi, sue copy bulat-bulat resepi..Heeee.





PENGAT PISANG DENGAN SKOTENG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 2 biji pisang tanduk - dipotong bulat serong (boleh guna pisang lain jugak)
  • 1 cawan skoteng - direbus dulu hingga lembut, angkat dan lalukan sekali bawah air, toskan.
  • 1/3 cawan air
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 sudu teh garam
Cara Memasak:-

  1. Masak air dengan gula melaka, gula pasir dan daun pandan hingga larut.
  2. Masukkan pisang dan didihkan sebentar biar lembut sedikit.
  3. Masukkan santan cair dan skoteng, masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  4. Masukkan santan pekat dan garam, kacau hingga nampak sedikit mendidih. Bila agak pekat, tutup api sambil dikacau sebentar.
  5. Hidangkan..
  6.  
Pada yang tak tau..Ni lah dia skoteng tu. Bila dah direbus, rasanya kenyal- kenyal ja. Tu yang sedap tu. Macam jelly pun ada juga. Next projek boleh buat puding skoteng pulak ni. (^_^).

Pengat Keledek


ASSALAMUALAIKUM.
Sekarang ni dah tak rajin update..Kalo update pun just nak letak food ja. Hadoiii..lama-lama blog ni dah jadi macam blog masakan pulak..kui..kui..kui..
Eish!..Merapu ja..tu yang maleh tu..Asal nak update ja..mesti jam..jam tu juga idea terus tak ada. tak tau nak tulis apa. merapu ja lebih.

Ok!..Ni aktiviti sabtu tadi..Ingat tak berasap la dapo sebab tengahari tu cik hb pujuk teman dia pi kenduri rumah bos dia kat Teluk Panglima Garang..Emm..dengan terpaksa rela ..pi juga la.. Dah tau dah..kalau pi kompem kena makan nasi sedap-sedap..:p. Tapi kannn..dalam pada kunun riso makan banyak kat kenduri...sebelum sampai rumah boss hb tu..Boleh plak singgah makan nasi ayam panggang tempayan dulu..Ngeh!..ngeh!....Haruu ja. Tapi tak apa la..boleh tunjuk skit kat orang yang sue ni diet la kunun, sebab makan sikit ja..Wahahahahaa..padahal..dah kenyang melantak nasi ayam dulu..Eh!..merapu jauh dah ni.

Meh kita jamu mata terus la ya dengan pengat keledek ni. Yummmy...memang lama dah nak makan ni. Balik kenduri tu..dalam perjalanan, duk husya kot-kot ada orang jual keledek ka..ubi ka..keladi ka..Tapi..keciwa..nan ado rupanya. Makanya, suh cik hb singgah kedai kat rumah ja..kot-kot ada apa-apa yang boleh digunakan untuk buat pengat. Syukur..ada juga ubi keledek. Senyum sampai ketelinga lah ya..Ngeeee..macam jakun ja bunyik nya ya..hehehehe

Lepas siap tu, verangan pulak kalau ada scone kan sedap. Sebab sebelum ni sue pernah beli scone and makan dengan bubur kacang yang sejuk..Sedap tau..sedap pada tekak sue la. Tekak orang lain tak tau la. Tapi time tu, tak sempat nak godek resepi scone kat tenet. makanya try ja buat sekut resepi Chef Michael Smith..Tertengok chef Chef Michael Smith ni buat dalam segment Chef at home..Tapi bleh plak cari-cari balik kertas yang sue salin resepinya tu ntah kat mana. dah terbuang kot..Hadoii..haru..tapi nasib la ingat-ingat skit. try la buat... Tapiiii kan..sue tak mo la update resepinya dulu..sebab rasa macam tak menjadi ja..Yang sue punya dah macam sekut betui ha..Tapi yang dia punya, sue tengok hasilnya lain sikit. Heeee...nanti kena menuntu dulu dengan dia kot, baru menjadi..ngeee. Laaaa..dah makin merapu panjang ni.. :p

Ok!..balik pada pengat ya, sapa nak resepi,... sue sharekan resepi dari dapo kak Yatie ni ya. Lebih kurang ja resepinya pun. Kak yatie..sue copy bolat-bolat ya..Tenkieu..lab u..(^_^)


PENGAT KELADI

Bahan- Bahan
  • 1 ketul keladi sederhana besar - sue guna keledek
  • 1 cawan bubur cha cha - sue letak biji sagu
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 3 helai daun pandan- di simpulkan
Cara Menyediakannya.
  1. Keladi di bersihkan, potong dadu besar, rebus sehingga empuk dan toskan.
  2. Dlm periuk lain, rebus bubur cha2 sehingga empuk, dah siap, lalukan kat air dan toskan.
  3. Masak gula melaka dan gula pasir bersama 1 cwn santan cair, tapiskan.
  4. Satukan keladi dan bubur cha2 yg telah di rebus ke dlm periuk.
  5. Masukkan santan cair selebihnya ke dlm periuk dan tambahkan daun pandan yg di simpul.
  6. Masukkan pula air gula tadi. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.
  7. Biarkan mendidih sambil di kacau rata. Setelah siap, tutupkan api dan bolehlah di hidangkan.


Cantik pulak bila tengok pinggan mangkuk colour ijo ni...Saja kasi posing pinggan mangkuk plastik ni..Lepas ni simpan balik..Ntah jaman bila nak kuar balik..Tunggu wat kemping2 lagi la baru kuar balik ya... Dah macam main pondok-pondok lak..guna pinggan pelastik ni..kui..kui.kui... (^_^)


UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...