Labels
Hasil kerastangan pepagi buta
My Little Garden
Sue tak tau apa nama pokok bunga ni, tapi bunga ni selalu ada kat kubur kan. Pokok ni dari dulu besar tu ja. Alhamdulillah pagi ni baru tersedar yang dah bertambah satu cabang lagi kat bawahnya. Dan lagi best berbunga pula. Pokok bunga ni kalau berbunga memang akan keluar 3 kuntum ja. Tu pun gilir- gilir antara dua tahan tu. Yang ni keluar sekuntum ja. Ok la tu, janji berseri juga pokoknya dengan adanya bunga yang sekuntum tu kan. (^_^). Ok! next!...
My pokok kari... Tinggal sepokok ni ja lagi. Pokok yang besar sikit dari ni mati dah. Sebab pokok tu dulu hidup atas tanah. Bila nak pindah rumah, sue alih dalam pasu. semenjak tu, susah betul dia nak hidup. daun pun kecik-kecik ja. Akhirnya mati juga. Tinggal lah yang sepokok kecik ni ja. Daunnya merimbun sebab tuan nya dah lama tak masak kari.. Selamatlah ko ya...
Perihal pokok pegaga ni plak. Dulu merimbun, sampai menjalar- jalar ke tanah. berlawan- lawan dengan rumput. Sempat juga merasa buat ulam. Lama tak berjaga. Tinggal nih ja dalam pasu. Tapi atas laman pun menyepah hidupnya hasil daripada menjalar tu.
Pokok hiasan yang membersihkan udara
2. Lidah Jin: Ditemui oleh NASA bahawa ia mampu menyerap nitrogen oksida dan formaldahyde. Ia juga dikatakan dapat menyerap tenaga-tenaga negatif di sekelilingnya memberikan kesan ketenangan bagi yang berada berdekatan.
3. Palma Areca: Salah satu tumbuhan penulenan udara untuk udara sekitar.
4. Spider Plant: Tumbuhan indoor terbaik untuk menyingkirkan karbon monoksida (asap enjin) dan toksin-toksin lain atau pencemaran. Spider plants adalah salah satu dari 3 pokok disarankan oleh NASA dalam menyingkirkan formaldahyde dalam udara.
5. Peace Lily: Peace lilies boleh digelar “pembersihan-semua.” Ia selalu diletakkan di bilik air atau bilik basuh kerana ia terkenal sebagai tumbuhan yang dapat membuang spora lumut. Ia juga boleh menyingkirkan formaldahyde dan trichloroethylene.
6. Gerbera Daisy: Bukan sahaja bunganya mampu menyingkirkan benzene dari udara, ia terkenal meningkatkan suasana tidur dengan menyerap karbon dioksida dan memberi oksigen lebih ketika malam.
Kalau tengok pada gambar tu, Pokok lidah jin tu memang ada kat rumah sue. Dan sebenarnya pokok lidah jin tu la paling senang sekali nak menanamnya. Sue sendiri pun ada letak dalam balang kaca, letak atas sinki dapo. Dan dah makin membesar pun. No 4 dan 5 kat rumah mak ada..( hehehee..bakal sampai ke rumah ni juga nanti ni) .
Gadjet baru

Taraaaaaa. . . Gadjet baru. Erk! Gadjet ke? New mesin (idak la baru pun) masuk rumah ni. Hope x jd gajah putih la. Walaupun antik tp gn karen ya u all. Heeeee. .
Mesin sedia ada ble simpan la bg dia rehat. Yg ni harus dilenjan pula. Kurang2 kalo x gn tuk menjahit. Kita gn tuk buat eksesise kaki ya kawan2 ngeeeee.
Dah! Nak cita tu ja. Mata x mo lelap pulak ni. Sambil blogwalking, sambil jeling2 mesin ni. Tu yg terupdate tu. X pa la, sue abadikan dia dalam blog. . Kurang2 tua nnti tau yg sue pernah ada mesin antik dlm romah ni. Kot2 la time tu anak2 dah lempaq pi kuar rumah benda ni. Ngeeeee. . Heee merapu dah tuuuu. Ok! Dah. . Gud nite all. :)
Membaca tu tak rugi. . .
Assalamualaikum. . .
Rehar-rehat tangahari,sue ambik peluang membaca buku ni sikit. Tengok tajuk pun dah best. . Tentu pengisiannya tu bagus. " Quranic L ow of Attraction".. . Serlahkan potensi diri secara optimum dengan kuasa tarikan berteraskan Quran.( Ruadin S. Rauf).
Lately ni sue memang bz. . Balik rumah ja terus nak bumm ja tiduq. . Nak membaca tu dah tak sempat la. . Biasa tu, sue akan belek-belek majalah ka. Baca buku sikit-sikit sebelum tido. . Saja nak bagi mata cepat layu. . And kalo lagi nak cepat layu mata , sila la baca buku-buku agama ya. . .hahahahahaa,teruk betul la kan. . :p.
Key!. . Meh nak share sikit pengisian buku ni. Apa yg ingin disampaikan melalui buku ni adalah bagaimana doa dapat menyerlahkan kuasa tarikan luar biasa dalam mencapai kecemerlangam dalam kerjaya. . Pembuktian solat dalam melahirkan kuasa tarikan secara optimum dan apa maksud quranic low of attraction tu sendiri. .
Ok tu saja sue nak share tengahari ni. . . Mau sambung baca balik.
Daaaaa. . (^_^).
Tayang bunga
Sesi berangan lagi..
Ombak Rindu
Elyana Makin Lawo laaaa
Wanita belajarlah berfikiran seperti lelaki.
Pelik ja kan..tetiba ja sue suruh semua kaum wanita berfikiran seperti lelaki. Untuk sesetengah perkara..rasanya kita kena belajar berfikir seperti lelaki. Ada yang marah ka?..
Meh nak bagi contoh...Cerita yang tak sepatutnya jadi gosip ..boleh lak dipanjang-panjangkan hingga menjadi gosip yang agak panas....(^_^). Contoh.:
Setuju tak kalau sue kata.....betul kan..mesti lebih kurang dialog macam tu akan jadi..meleret-leret..padahal isunya kecik ja...
Meh tengok pula macam mana kalau benda sama diceritakan pada lelaki.
Tengok..masalah tu dapat diselesaikan dalam tempoh 10 saat ja..Tak meleret-leret. Kurang dosa..Heeee...
Jangan ada yang marah pula kalau sue letak kan topik ni hari ni..Tapi ada juga betulnya apa yang cuba disampaikan oleh penulis tu. Penulis cuba mendedahkan bagaimana sebenarnya lelaki berfikir. Sebuah pendedahan yang berani dan telus daripada seorang lelaki yang mendengar keluhan ribuan wanita mengenai lelaki.
Ni antara buku yang sedang sue baca sekarang sebenarnya. " ACT LIKE A LADY..THINK LIKE A MAN".. Buku edisi terjemahan yang telah diterjemahkan ke BM oleh PTS ...Penulisnya Steve Harvey ,seorang pelawak berkulit hitam...
Emmm..sesekali baca buku macam ni ok juga......Apa ya sebenarnya yang lelaki fikirkan?..Haaa..meh kita tambah ilmu ya..Heeeee....Dah!..mau sambung baca lagiiii...(^_^)
Semua nak cepat........Update + Sakit
Tengok tajuk pun ntah apa-apa ntah ja kan....Semua nak cepat ja...Idea tak da..Mood tak da...Gambo masak-masak tak da..Gambo menjarum pun tak da...Sebab dua aktiviti tu sue kurangkan dalam minggu ni...
Cita ja ada..tapi tak terkeluar sebab idea tak da kan..heeee...
Sekarang ni ditambah lagi dengan sakit-sakit badan lak...Ni gara-gara terjatuh tadi la ni.....Sakit ja hati bila ingat..Macam nangka busuk ja jatuh tadi..nasib tak da orang...Ngeeeee....Sekarang baru terasa sakitnya...
Tapi la ni sue...gigih juga menaip sebab nak update pasal N3 ni ja..Ngeeeee...Baru sampai hari ni..Sukeeeeee..(^_^).....
Dengan keadaan macam ni..nampaknya..kena banyak rehat ja lah..boleh la layan benda NI ja..(^_^)....Hope jangan demam sudah.....Huhuhuhuuuuu
Stanza Cinta Ku (^_^)
Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Bcaan penuh kerdit to Penulis : Nurull Halawati
KASIH YANG SUCI @ NORA ELENA.
Pencarian berhasil juga...
Ruang Rindu
Nak share novel baru..
Baru ja rembat...Bila nak baca pun tak tau la..
Banyak lagi buku yg masih belum bukak lagi pelastiknya..Ngeee
Asalnya nak carik Novel " Kasih yang suci"..
Tapi...tak dak...susah betul kalau nak carik novel yg best2 ni..
Mesti tak dak stok ja...
Tapi tu lah...kalau dah masuk bookstore..
Memang sue tak kan kuar dengan tangan kosong..
Busuk2 pun..mesti rembat satu buah buku..
Hehehhehe..kalau tak..tak la Sue namanya..ngeh!..ngeh!..
Okeh!..baca sinopsis dulu ya...
Tunggu seru datang dulu..baru baca..
And..kalau rajin nanti sue share sikit2 cita ni..
best ke dak ya....(^_^)
Rasa cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati.
Begitulah yang dialami oleh Dayang Camelia seorang gadis tomboy
apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak
dikenalinya. Demi maruah keluarga, dia terpaksa meneruskan
pertunangan itu.
Suatu Hari Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru.
Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang
mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan
hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh
untuk memutuskan pertunangan mereka.
Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan.
Dia nekad untuk berubah meninggalkan sikap playboynya dan
memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah berjaya
menambat hatinya.`Namun kemunculan Tuan Amir yang
diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya telah
menghancurkan hati Halil.
Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya
atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia berkahwin
dengan Tuan Amir.
Bijak Memasak
Bijak memasak...Sapa yang bijak?..I ker?...
Kikikikiiii....tak ada maknanyalah..Buat kek simple pun bleh tak jadi..
Buat malu ja...Ngeeeee
Tu tajuk buku sebenarnya...
Nak beli novel..ntah macam mana boleh pulak hati tersangkut nak beli buku ni.
Tapi siyes...sangat bagus...
Tak rugi sue beli...Banyak ilmu dalam tu...
Maklum la..sue ni walaupun pompuan sejati..( kekekkee..jgn ada yg muntah ya..)
Tapi banyak ilmu-ilmu di dapur ni yang sue tak tau...
Jangan gelak hokey..dulu sue tak kenai tau..
Mana jintan putih..jintan manis dan beberapa rempah ratus lagi la..
Asal nak kenal ja, google...Heeee..Nasib pakcik google ada kan..
Now...dah teror la..sikitttt ja..heeeee
Ok!..berbalik pada buku ni.
Sangat bagus...Thank's la to kak Norzailina ni...
Sangat memahami orang-orang yang tak banyak ilmu memasak ni..
Dalam tu ada dikongsikan resepi..juga:
Pelbagai persoalan berkaitan kemusykilan dalam masakan..
Pengenalan pada bahan-bahan masakan..peralatan masakan
Dan banyak lagi lah....
Harga sangat berpatutan..Just RM16 saja.
Sangat berbaloi rasanya....
Okey!..malas nak ulas panjang-panjang..
Nak tau lagi..pi saja kedai buku ya..
Cepat dapatkan buku ni sekarang..
Tak rugi jadikannya koleksi...Sebab sangat bagus untuk tambah ilmu..
Key!..Stop dulu..
Nak sambung menelaah buku ni...
Eiiiii..pas ni i jadi pakar la memasak ni ya...Cittt..berangan saja..Buueekkkk...sendiri muntah..hehhehe.
(^_~)
Mengidam lagi laaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
| Mesin jahit tepi yg ni sue besa dah guna...Kak long punya..Dapat sejibik mcm ni pun hokey dah..(^_^) |
Saya memang rajin kannnn....!!!!..
UDANG GALAH MASAK DIRAJA
Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...
-
BANGUNNNN!!!!!.... Payah betul nak kejut sahur...Ni la masalah yg selalu terjadi dibulan pose..kalau berbuka tu..senang plak..tak payah nak ...
-
**INI ADALAH N3 MELEKAT..N3 NI AKAN MELEKAT DISINI SEHINGGA HABIS GA NI YA.... UNTUK N3 TERKINI SILA SCROLL TERUS KE BAWAH YA...TERIMA KASIH...
























