Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)
Showing posts with label Garden. Show all posts
Showing posts with label Garden. Show all posts

My Little Garden

ASSALAMUALAIKUM.
Tiga hari dah gigih dengan Jillian otot suma rasa kejang. Dua hari rilek dah. 
Cuti hujung minggu macam ni elok lah rajin kan diri buat kerja- kerja rumah. Tu salah satu cara juga untuk keluarkan peluh kan. Terpaksa gigihkan diri sebab untuk kesihatan.

Today, seawal 10 pagi lagi cuaca dah panas.... Hampir -hampir membantutkan cadangan untuk berkemas di laman yang sekangkang kera. Laman memang sekangkang kera ja, tapi itu pun tak terjaga, Kui3.; Rumput usah cakap lah...semak sana sini. malu hokey kalau korang tengok...Huuuu

 Sue tak tau apa nama pokok bunga ni, tapi bunga ni selalu ada kat kubur kan. Pokok ni dari dulu besar tu ja. Alhamdulillah pagi ni baru tersedar yang dah bertambah satu cabang lagi kat bawahnya. Dan lagi best berbunga pula. Pokok bunga ni kalau berbunga memang akan keluar 3 kuntum ja. Tu pun gilir- gilir antara dua tahan tu. Yang ni keluar sekuntum ja. Ok la tu, janji berseri juga pokoknya dengan adanya bunga yang sekuntum tu kan. (^_^). Ok! next!...

Yang nih..Namanya pokok akar dani ( tu pun setelah digoogle ). Buanganya wangi dan cantik.  Mak yang tanamkan, sue tinggal bawa balik ja. Pokok ni mula berbunga dan merimbun bila mak juga yang alihkan pasunya ke luar pago. Rupanya, pokok ni perlukan cahaya yang  lebih untuk membesar. Jarang disiram pun still hidup. Patut la mak tanam di luar pagar. Sebelum ni pokok ni sue letak di bawah rimbunan pokok bunga kertas, sebab takut mati kena bahang panas. Kalau balik malam, terbau- bau wanginya bunga ni. (^_^)


Yang ni satu lagi pokok yang kira sue suka sangat. Cantik sangat pada sue. Nak jaga pun senang. Juga sue bawa dari kampung. seperti biasa, mak juga lah yang semai kan. Bila tengok pokok ni elok ja landing atas tembok pagar tu, adik pun sibuk juga nak. gigih dia mencari di nursery..Mahal rupanya pokok ni. Jadi, masing- masing suruh mak yang semaikan. Di rumah mak free saja hokey... Heee


Pokok pandan juga mak yang semaikan. Dulu masa duduk rumah sewa, ada pokok pandan. hidup subur merimbun. Tapi bila di alihkan dalam pasu masa nak pindah. Semua mati. Hope yang ni hidup subur lah. Buat masa ni sayang sangat nak potong pandan ni. Sanggup lupakan hasrat nak masak nasi lemak hokey, sebab sayang sangat. Keh3.. :P


My pokok kari... Tinggal sepokok ni ja lagi. Pokok yang besar sikit dari ni mati dah. Sebab pokok tu dulu hidup atas tanah. Bila nak pindah rumah, sue alih dalam pasu. semenjak tu, susah betul dia nak hidup. daun pun kecik-kecik ja. Akhirnya mati juga. Tinggal lah yang sepokok kecik ni ja. Daunnya merimbun sebab tuan nya dah lama tak masak kari.. Selamatlah ko ya...


Perihal pokok pegaga ni plak. Dulu merimbun, sampai menjalar- jalar ke tanah. berlawan- lawan dengan rumput. Sempat juga merasa buat ulam. Lama tak berjaga. Tinggal nih ja dalam pasu. Tapi atas laman pun menyepah hidupnya hasil daripada menjalar tu.


Ok last!... My lovely cik som...Eke3... Pokok kesum. Juga hasil dari kampung. mak juga yang semaikan. Kena di petik juga ni kalau nak dia lagi merimbun.

Dah!..Tu ja hasil dari laman sue yang sekangkang kera tu. Next time, sue share lagi apa yang ada selain rumput ya. keh3.. Niat di hati nak tanam macam- macam, Tapi masa ja yang selalu tak mengizinkan ( yo la tuu :P ).  Sebab farmvile maya sue dah tak boleh main kan, makanya elok lah kita bercucuk tanam di alam nyata pula. Hasil dapat, badan pun sehat.  (^_^)


* More info berkenaan berkebun ni boleh klik blog Jom Tanam Sendiri.

Tayang bunga

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni sue tak mo cerita pasal food or up gambo food. Hari ni sue nak up gambo bunga kat garden sekangkang kera sue.  Mood tengah bermunga-munga la ni..Ngeeeee...Sila abaikan rumput-rumput dalam picture tu...Rumput yang dah lama tak diragut ....

Koranggg..sue la ni memang tengah gila kan bunga ala-ala Lavender ni... Adakah bunga sue tu juga spesis lavender juga?...Tak tau la..yang pasti color dia sama..(^_^). Bunga ni senang nak tanam rupanya..sue kerat ja, cucuk kat tanah..hidup ja. And tempat yang dikerat tu..cepat ja bercambah baru. 
Sebenarnya, bunga ni sue rembat mak punya..Kikikiiiii....Sayang mak...Tau ja anak dia suka munga kan...Bagi saja kalo nak..siap dia yang masukkan dalam kereta lagi. ..Minggu ni nak balik kampung...Kompem ada ja lagi bunga-bunga yang mak offer suruh bawa balik...(^_^)



Ini picture wallpaper pc kat office sue...Cantik kan....Big bos pun kalau lalu, mesti tegur cantik gambo lavender kat pc tu..Ngeeee..rupanya dia pun suka bunga ni juga...Fuhh..ni buat nak berangan lagi ni...Verangan pi berdiri ditengah-tengah ladang dia..Waaaa...sangat syokkk tauuu....

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...