Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)
Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

KERABU SUHUN



ASSALAMUALAIKUM
Sekali lagi muncul dengan resepi dah basi..Kita update di sini untuk rujukan, Untuk orang diet sesuai kot. Asal resepi dari Cheq Mek Klate Siti @Dapurcikgusiti. Resepi asal gunakan sotong, tapi sue gunakan udang sebab waktu tu udang saja yang ada. Tapi sebab dah kemaruk nak cuba, gunakan saja apa yang ada. (^_^). Nah resepinya, sue share di sini. Tiada sukatan yang tepat..sila buat anggaran ya. 


KERABU SUHUN
Sumber: Instagram Dapurcikgusiti/ Dapursuemiezi


Bahan- bahannya:

Suhun - Rebus siap
Sotong/ udang - Rebus/ celup kejap dalam air panas
Udang kering
1 ulas bawang putih
Cili padi
Bawang besar
Daun ketumbar - hiris
Serai - hiris halus
Batang saleri - sue tambah
Tomato
Sos ikan
Jus limau nipis
Palm sugar/ gula biasa


Cara- caranya:

Tumbuk bawang putih, udang kering dan cili api dan asingkan dalam bekas
Kemudian tambahkan sos ikan, palm sugar/ gula dan  jus limau nipis
Potong memanjang bawang besar (bawang holland) dan tomato. masukkan ke dalam bekas sos tadi.
Udang/ sotong, batang saleri, serai dan daun ketumbar digaul sebati dengan sos tadi.
Akhir sekali baru masukkan suhun yang telah direbus tadi.
Boleh tambahkan air rebusan atau air panas jika ingikan kerabu berkuah sikit.
Boleh juga letak kan kacang tanah tumbuk kasar gitu.

Buat kerabu ni biar cukup rasa ya..masam, pedas masin dan manisnya. Ikut kesesuaian tekak masing- masing lah ya.






*N3 auto publish.



Kerabu Tomato

Assalamualaikum.
Lama tak muncul..Sesekali muncul kita letak la juga resepi kat sini. Senang untuk rujukan diri sendiri juga di masa akan datang.
Selebihnya boleh jenguk- jenguk Instagram lah ya. Sebabnya sue lebih aktif berkongsi di sana.

Rasanya dah pernah letak..Tp nah sue share lagi (nampak sangat tak ada benda nak sahre kan. hehehe) resepi kerabu yang simple tapi sedap sangat ni. Sesuai kot untuk yang diet. Hehehe




KERABU TOMATO
Sumber: Instagram Dapursuemiezi dan Dapurcikgusiti

Bahan- bahannya:
2 biji buah tomato
1 cawan ikan bilis - yang siap digoreng
2 biji limau kasturi
1 sd gula kabung/ nisan
1 sd sos ikan
1/2 biji bawang besar
2 biji cili padi -  (ikut kepedasan)

Cara- caranya:
Tomato hiris kasar. Hiris halus bawang dan cili.
Dalam satu bekas, satukan tomato, bawang dan cili.
Bekas lain, satukan gula, sos ikan dan jus limau kasturi. Gaul Rata.
Curahkan bancuhan sos ke dalam bekas tomato tadi.
Akhir sekali taburkan ikan bilis.

*Resepi ni sue tak letak garam sebab letak ikan bilis banyak. Boleh tambah garam ikut citarasa.
Begitu juga bahan lain..Boleh tambah untuk simbangkan rasa.





Salam Aidilfitri, Update, Dapursuemiezi (^_~)


Assalamualaikum. Lama benar tak jengah sini. Mood raya masih ada lagi kan. Dikesempatan ni nak ucap juga SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. Macam mimpi pulak hari ni boleh menaip N3. Blog dah la tak seberapa ...makin sendu lah bila dah lama bersawang. Mood nak berblog tu dah makin lama makin sejuk. Lagi- lagi sejak dah ada macam- macam medium sekarang ni..Lagi pula ditambah dengan geng-geng otai blogger masak dulu kebanyakannya dah sendu juga update. Malah ada yang dah pencen jg kot. Ngeee.



Now facebook pun tak berapa aktif juga. Kalau masuk pun just sebagai pemerhati saja. Habis- habis pun share or like saja mana-mana post kawan- kawan yang best tu. Tapi, kalau masih ada yang nak ikuti perkembang tuan belog ni boleh la jenguk- jenguk Instagram peribadi dan Instagram Dapursuemiezi ya. Insyaallah kat situ rajin la update.

Okeh! Sebelum tutup N3, nah sue share kan satu resepi bodo- bodo yang yummeh. Diet!..Sesuai ler..Ratah ni ja. (^___^).. 





KERABU TOMATO SIMPLE


Bahan- bahannya:

 
2 biji tomato 
1 cawan ikan bilis yang telah digoreng 
2 biji limau kasturi, ambik jusnya
1 sd gula kabung/ nisan
1 sd fish sos 
1/2 biji bawang besar
2 biji cili padi (ikut kepedasan) 


Cara membuatnya: 


Tomato dihiris kasar. Hiris halus bawang dan cili. Dalam satu bekas, satukan tomato, bahan hiris. 
Bekas lain. Satukan gula, fish sos dan jus limau kasturi, gaul rata. Curah kan bancuhan sos dlm bekas tomato td. 
Last sekali taburkan ikan bilis. 


Sue tak letak garam sebab letak ikan bilis tu banyak kan. Kalau nak letak garam pun boleh. Seimbangkan lah rasanya ya. Alhamdulillah, sedap jg



Kerabu mentah @ Kerabu selom


Assalamualaikum....
Hari ni sekali harung nak update n3 yang lebih pada makanan saja ya... 
Akceli ni menu iftar ramadhan yg ke berapa tah..Lupa dah... Masa ni berbuka di rumah mak abah... Bahan- bahan semua segar, carik keliling rumah ja. Tu la yang bestnya duduk kampung kan... Tak perlu susah- susah nak beli ulam- ulam... Kecuali togei tu..Tu kena la beli ya dak... Tak pernah pula nak buat togei sendiri.. Ngeeee
Ada yang panggil ni kerabu mentah..Tp sue panggil ni kerabu selom..Sebab banyak guna daun selom..(^_~)
 
KERABU SELOM @ KERABU MENTAH
Resepi: Ibu tercinta Suemiezi (^_^)
 
Bahan2
2 cekak daun selom ~ cuci bersih & hiris halus
1 cawan togei ~ cuci bersih
2 biji limau kasturi (bergantung la ya..nak  letak lebih pun ok)
sebelah biji kelapa yang di bakar dulu dan diparut ( Wangi ja baunya nanti)

Bahan ditumbuk halus
3 biji bawang merah ~ dimayang 
1 biji cili merah ( buang bijinya)
10 biji cili padi ( Cilinya kecik2 ja sebab tu letak 10 biji. Klau nak pedas boleh tambah la ya )
1 inci belacan - dibakar siap2
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya ( Tak letak pun tak pa)

Cara menyediakan
1. Setelah lumat bahan2 tumbuk di atas, campurkan dengan kelapa parut & tumbuk lagi  
    separa lumat. Perahkan limau kasturi
2. Campurkan daun selom dan togei ke dalam bekas.  Campurkan dengan bahan2 tumbuk 
    tadi. Gaul mesra.  Sedia dihidangkan.

Kerabu Telur Dadar sempoi


ASSALAMUALAIKUM..
Tadi pagi..tak menyempat-nyempat nak bagi salam kan..Heeee..macam la bz sangat..Sebenarnya tak la bz sangat pun..Tapi tu lah..sebab cuti kan..Waktu cuti ni, setiap saat adalah sangat berharga bagi sue...(^_^)...
Tadi pagi dah buat menu berat..kunun tak da la teringin nak makan apa-apa dah..Tapi ntah macam mana, tetiba teringin  nak makan kerabu.....And teringat KERABU TELUR DADAR kat WHI semalam..

Bukak esbox..keciwanyaaaa, bahan-bahan...semua banyak yang tak dak...Hadap sangat nak makan kerabu..tapi bahan-bahan tak da kan. Makanya, kena kreatif kan diri mencari idea.....tapi lain sangat ya daripada yang kat WHI tu ..Yang version WHI tu nanti-nanti buat. Ini version bahan-bahan apa yang ada dalam esbox saja. Layannnn..



Bahan-bahan
- 2 biji telur ( siap2 didadarkan nipis2)
- 1/2 biji epal hijau
- Carrot (agak2 ja lah ya banyak mana)
- 2 biji cili api (cincang)
- 1 biji cili besar
- Bawang besar ( buh sikit ja)
- Air limau nipis/ lemon
- secubit garam/ secukup rasa

Cara-cara.
- Gaulkan ja semua bahan-bahan tu.
- Siap...

Tu untuk saiz hidangan kecil...nak banyak, pandai-pandai la korang gandakan ya. Rasa dan bahan-bahan pun korang boleh tambah or tukar sendiri. Nak buh kelapa pun sedap juga...Tunggu yang version lain ya..(^_^)...emmmm...Pokok pangkalnya..air tangan masing-masing yang buat sedap or tak sedap masakan tu..heeee....yo la tu...

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...