Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)
Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts

Galak lelaki pilih ibu tunggal

ASSALAMUALAIKUM..
Morning..Hee..pagi ni..awal sue update kan..Teruja plak dengan tajuk ni. Masa tengah bersiap2 nak pi kerja tadi..dengar ni kat MHI....Huaaaaa....pasti ramai la lelaki2 kat luar sana tu yang tersenyum lebar kan...Sebabbbb...Kerajaan Kelantan bersedia memberikan insentif kepada suami yang berpoligami...  mau tak tersenyum u all kan..Tapi apa2 pun..fikir-fikirkan lah..Apa matlamat perkahwinan tu sebenarnya...(^____^)

_______________________________________________________________________________

Galak lelaki pilih ibu tunggal

Oleh Ismail Muhamad
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Jika sesiapa termasuk wakil rakyat nak kahwin dengan ibu tunggal, itu satu kebaikan dan digalakkan kerana dapat membela nasib mereka,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar.
Malah, katanya, Kerajaan Kelantan bersedia memberikan insentif kepada suami yang berpoligami di negeri ini, tidak kira siapa pasangan dikahwini sama ada anak dara atau ibu tunggal.
Wan Ubaidah berkata demikian mengulas cadangan pemberian insentif itu yang dikemukakan Ahmad Baihaki Atiqullah (Pas-Pasir Tumboh) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kelmarin.

Bagaimanapun, kata Wan Ubaidah, cadangan itu akan dibincangkan terlebih dulu di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri yang dipengerusikannya.


“Kami sambut baik dan sedia menimbangkan cadangan (pemberian insentif bagi suami berpoligami) itu di negeri ini.

Sember

Okey!!..Nak kuar pi keja dah..Daaaa..(^__^)...Fikir-fikirkan lah ya....Heeee


Baik punya Pakej

Cittt!!!!..apa punya ke haii la ni...Benda macam i pun bleh ada pakej jugak ya...Hai! menakutkan betul lah..Dunia betul2 dah diakhir zaman agaknya...

Boleh plak ada pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri...Ooooo..dah tak dak idea lain ka...Pas tu..dah tak da aktiviti lain ka nak buat ujung minggu....

____________________________________________________________________
JOHOR BAHRU: Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai ‘swinger’ anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.

Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing. Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka.



Lanjut..meh baca SINI ya....





Alamak!..Takutnya nak pi Slimming Canter....

Uish!!!..Kena fikir 20 kali la jawabnya kalau macam ni...Takut plak kalau kejadian sama menimpa diri..Heee...Korangggg...diet dan senam ja lah jalan yg selamat ya..Huhuhuuhuhuhu

_____________________________________________________________________

Satu badan gatal-gatal

GATAL...kesan merah di lengan Hasanah.


JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.

Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.


Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.

Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.


“Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan ‘hot blanket’ di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.


“Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut,” katanya.

“Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.

“Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak,” katanya.

Sumber ~myMetro 25/02/2011


Anakku Sazali meninggal dunia


Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Artis veteran yang terkenal dengan watak Sazali ketika kecil dalam filem Anakku Sazali, Tony Castello, 60-an, meninggal dunia di Hospital Changi, Singapura, selepas waktu Zuhur, semalam, kerana menghidap barah paru-paru.

Menurut sahabat karib Allahyarham, Salleh Sam, 45, dia menghidap penyakit itu sejak beberapa tahun lalu dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di Jurong, pagi esok.


“Jenazah tidak boleh dikebumikan lebih awal kerana terpaksa menunggu kedatangan isteri dan saudara-maranya dari Filipina,” katanya. Tony atau nama Islamnya, Mohd Nor Abdullah berasal dari Filipina. Bagaimanapun dia, ibu bapa, adik-beradik serta isterinya memeluk Islam.

Bagaimanapun, jelas Salleh, dia tidak begitu tahu mengenai keluarga Allahyarham kerana dia sangat berahsia orangnya. “Dia seorang peramah tetapi tidak suka bercakap mengenai keluarganya. Namun, setahu saya dia tinggal di sini bersama anaknya, manakala isterinya menetap di Filipina,” katanya. Sementara itu Datin Rosnani Jamil (Mak Nani), yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam filem Anakku Sazali dan Masyarakat Pincang, berkata ketika dia berlakon dan menetap di Jalan Boon Teck, Singapura, Tony dan seorang lagi pelakon, Rahmat Ali suka datang ke rumahnya.


“Jika tiada kerja, mereka berdua suka melepak di rumah saya dan saya sudah menganggap mereka adik angkat saya. “Pada zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura, bapanya peniup trompet terkenal. Dalam filem Ibu yang membabitkan adegan Allahyarham Tan Sri P Ramlee meniup trompet, ia sebenarnya ditiup bapa Tony. “Ibunya pula guru tari di Jalan Ampas. Semua pelakon atau penari yang akan menari dalam filem, belajar menari dengannya. Tony sangat baik dan pernah serta selalu berangan-angan hendak jadi Elvis Presley. “Dia budak pandai. Selain berbakat dalam bidang lakonan dia juga boleh menyanyi dengan baik dan mewarisi kehandalan bapanya bermain trompet. Kali terakhir saya berjumpa Tony ketika dia dan Hashimah Yon datang pada pelancaran buku Pak Jamil (Datuk Jamil Sulung), Ogos lalu di Kuala Lumpur,” katanya.


Tambah Mak Nani, dia dapat tahu berita kematian Allahyarham lewat petang dan tidak sempat untuk melawat Allahyarham. “Pak Jamil tak sihat, jadi saya tidak boleh pergi begitu saja meninggalkannya tanpa jagaan sesiapa. Insya-Allah, apabila saya balik Singapura nanti, saya akan pergi menjenguk pusara dan kaum keluarganya yang masih ada di Singapura. “Walaupun dia saudara baru tetapi kalau diajak bercakap mengenai agama, dia memang bijak dan ilmu pengetahuannya sangat tinggi. Saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya. Menerusi keberkesanan lakonan Tony membawakan watak Sazali ketika kecil, dia menang Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-4, 1957 (Tokyo). Manakala P Ramlee mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.


Sumber:myMetro/14.12.2010


Kaki, tangan OKU dikerat

OMG..pagi2 lagi dah dikejutkan dengan berita kematian. Apalah nak jadi zaman sekarang ni. Pembunuhan makin berleluasa. Kerja kerat mengerat badan manusia tu dah jadi macam kerat lembu, ayam dan kambing ja...Huuuuu....Dunia dah di akhir zaman...

_________________________________________________________________

KUALA LUMPUR: Kejam apabila mayat seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) ditemui dengan kedua-dua kaki dan tangannya dikerat sebelum dibuang berasingan oleh pembunuhnya berhampiran sebuah tokong di Kilometer 2.3, Genting Highlands, petang semalam.

DI SINI...tempat mayat dikerat ditemui.


Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, pembunuh remaja itu dipercayai cuba menghapuskan bukti dengan menyumbat anggota badan dan kepala mangsa dalam dua beg pakaian sebelum dibuang di lokasi berasingan ke dalam gaung.

Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar apabila dua pemburu haiwan eksotik yang mencari cicak menemui sebuah beg kecil dan terkejut apabila ternampak kaki terjuntai keluar dari beg berkenaan.

Pemburu berkenaan menghubungi polis selepas terkejut dengan penemuan anggota badan manusia itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abd Rahman, berkata polis ke tempat kejadian dan menemui sebuah beg kecil berisi tangan kanan dan kaki kiri mangsa.

Selepas beberapa jam pencarian berhampiran kawasan gaung itu, polis menemui sebuah beg pakaian besar berisi mayat manusia.

Sebaik beg dibuka, polis menemui kepala dan badan mangsa yang dipercayai dibunuh tidak lebih dari 24 jam itu.

“Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam gaung itu, malah badan mangsa dalam beg itu masih lengkap berpakaian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rosli berkata, pihaknya percaya remaja berkenaan OKU berdasarkan saiz kepalanya yang besar daripada badan serta tangan kanan agak kecil.

“Mangsa mempunyai tubuh badan yang agak gempal selain rambut kerinting. Usaha kini dijalankan untuk mencari tangan kiri dan kaki kanan mangsa,” katanya.

Menurutnya, tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa remaja perempuan.

“Kami masih menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa dirogol atau didera dengan kejam sebelum dibunuh.

“Anggota bahagian yang ditemui itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) Kuantan untuk bedah siasat,” katanya.

Rosli meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga menghubungi Asisten Superintendan Yusof Unis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222.

Tinjauan Harian Metro ke lokasi kejadian mendapati gaung itu curam dan kawasan itu dijadikan tempat berehat sebelum sampai ke puncak Genting Highlands.


Kes penemuan mayat dikerat

  • 10 Ogos 2007: Mayat seorang ahli perniagaan Singapura ditemui pemilik sebuah kondominium di Mont Kiara dalam keadaan dikerat 11 selepas terhidu bau busuk dari peti sejuk ketika mengemas rumah yang dikosongkan penyewa. Mayat mangsa dibungkus menggunakan beg plastik hitam serta disumbat dalam peti sejuk yang dilekat dengan pita pelekat.

  • 30 September 1997: Seorang lelaki menemui mayat yang dikerat empat diasing dengan anggota badan dalam satu bungkusan plastik, manakala kaki, tangan dan kepala pada bungkusan lain yang disimpan dalam beg pakaian di perdu pokok di Batu 6, Jalan Ipoh.

  • 26 Julai 1997: Mayat wanita warga emas ditemui dalam enam beg plastik berasingan dikerat secara melintang sebanyak lima kali menjadi lapan bahagian dibuang dalam semak di Batu 6, Kampung Lubuk Jong, berhampiran Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang. Mayat ditemui seorang lelaki pemotong rumput.

  • 3 Julai 1996: Mayat gadis berusia antara 14 dan 19 tahun yang tidak berkepala, tangan dan kaki yang diisi dalam beg plastik ditemui dalam longkang sebuah pasar raya di Taman Ipoh Selatan oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh.

  • 22 Julai 1993: Misteri kehilangan Adun Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, terjawab apabila mayatnya ditemui dipotong 18 bahagian dan ditanam dalam lubang sedalam 1.8 meter dan permukaannya disimen di kawasan kebun rumahnya di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, kira-kira 45 kilometer dari Raub.

  • 8 Julai 1993: Penari dan penyanyi, Lily Chua dipotong menjadi 11 bahagian dan dimasukkan dalam sebuah beg beli-belah sebelum dicampak ke dalam parit di Kuala Lumpur.

  • Sumber: myMetro/13.12.2010


    60 peratus Gemuk



    60 peratus berbadan gempal!
    Artikel ini jelas menunjukkan bahawa negara kita bakal menghadapi satu krisis kesihatan yang teruk sekiranya tahap kesedaran berkaitan makanan tidak di pupuk.
    termasuk lah akuuuuuuu...............

    Ingat tu..MAKANAN ya...Tu la yang masuk dalam perut kita..Tu yang menentukan diet kita...Seimbang ker tidak.

    Pesanan untuk tuan belog.
    Aiii..tak reti2 nak insaf ker????..
    Kalas poco2 pun dah lama cengkelat...Diet pun dah kelaut cina selatan dah....





    Katak oh katak

    Budak lima tahun bela katak gergasi

    MOHD Muqri seronok bermain bersama katak gergasi yang dijumpai
    bapanya di belakang rumah di Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas, semalam.

    "Saya sayang dan tidak takut digigit walaupun ia besar dan pelik. Katak ini juga tidak melompat seperti katak lain, walaupun saya bermain dengannya setiap hari," katanya ketika ditemui di rumahnya di kampung itu, semalam.
    Mohd Muqri berkata, dia cuba memberi katak terbabit nasi dan roti tetapi katak berkenaan tidak menyentuh makanan berkenaan.

    Bapanya, Ramli Jaafar, 53, berkata katak gergasi itu ditemui dalam keadaan tidak bergerak kira-kira jam 3 pagi berhampiran gerainya sebelum diambilnya untuk dibela kerana kelihatan pelik.

    "Pada hari pertama ditemui, katak itu memiliki berat 1.3 kilogram dan ia adalah katak terbesar pernah ditemuinya walaupun kulitnya menyerupai katak biasa seperti yang selalu kita jumpa di tepi longkang, sungai atau paya," katanya.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Pazil Abdul Patah, berkata katak gergasi itu termasuk dalam spesies Limnonectus sp, yang boleh membesar sehingga 15 sentimeter.

    Credit to Berita harian
    11 Nov 2010

    * Ishk!..iskh!..gelinyalah..Tapi memang cute pun katak yg dipegangnya tuh..Teringatlak..cerita .."Putera Katak"...Akakkakaka..ntah hape..hape ntah

    Gunung Merapi mula aktif

    Salam semua..selamat pagi..Nyaman ja kan pagi ni. Pukul 5 pagi tadi hujan sangat lebat...Menggalakkan aktiviti menarik selimut menjadi2..hehhehe....Kita disini mungkin sedang lena dengan amannya..tapi bagi mereka di YOGYAKARTA..berjaga2..Subhanallah..fenomena yg mengerunkan..Pagi tadi sebelum pergi kerja sempat la dengar MHI...dijangkan hampir 500 lebih mungkin terkorban setakat ini akibat daripada bencana tsunami yg dicetuskan oleh gegaran Gunung merapi. Dan mengikut apa yg dikatakan oleh wakil media tv3 disana..dalam jam 3 pagi tadi kelihatan api lahar sudah kelihatan..Isskhh!! seramnya..

    ___________________________________________________________________

    Jurukunci bersemadi dalam kubur besar

    BERSEMADI...orang ramai menghadiri pengebumian jurukunci.


    YOGYAKARTA: Jurukunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan, 83, bersama-sama 31 mangsa letusan Gunung Merapi dikebumikan dalam satu kubur besar di Tanah Perkuburan Srunen, Glagaharjo, kira-kira 7 kilometer dari Gunung Merapi, semalam.

    Upacara berkenaan turut dihadiri Ketua Umum Parti Golkar, Abu Rizal Bakrie, selain ribuan penduduk.


    Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Achmad, 26, mereka sangat menghormati lelaki terbabit kerana dia adalah juru kunci yang dilantik Sri Sultan Hamengkubuwono IX sejak 1982 bagi menjaga Gunung Merapi. “Sebagai jurukunci Gunung Merapi, penduduk setempat menganggap Mbah Maridjan sebagai seorang yang mempunyai ilmu tinggi.


    “Malah, dia ternyata mempunyai keramat tersendiri kerana dianggap penduduk setempat mampu untuk mengawal Gunung Merapi dengan melakukan upacara untuk mengelak letusan seperti dilakukan pada 2006 ,” katanya.

    ~myMetro~

    ____________________________________________________________________

    Korban jangkau 500

    PAGAI UTARA (Indonesia): Angkat kematian akibat tsunami yang melanda pulau pendalaman Indonesia dijangka menjangkau 500 orang.

    Sehingga semalam, 343 orang disahkan mati tetapi, kebimbangan semakin meningkat mengenai nasib beratus-ratus penduduk yang masih hilang selepas ombak besar itu melanda Kepulauan Mentawai di pesisir pantai barat Sumatera Isnin lalu.


    Pegawai bantuan berkata, banyak mayat ditemui bergelimpangan di kawasan pantai. “Sepuluh minit selepas gempa itu kami terdengar bunyi seperti letupan di luar. “Ketika itu baru kami sedari tsunami berlaku,” kata Chandra, suri rumah berusia 20 tahun ketika ditemui di Pagai Utara, satu daripada dua pulau paling teruk dilanda bencana itu.


    Dalam keadaan bingung dan kepenatan, dia berusaha mencari bayinya berusia enam bulan yang hilang sejak kejadian itu.

    Mayat suaminya sudah ditemui oleh jiran di kampung mereka di Muntei Baru.


    Pegawai Pengurusan Bencana, Ferry Faisal berkata, 343 orang terbunuh dan 338 masih hilang.

    Kapal membawa bantuan, termasuk makanan, air dan bekalan ubat serta beg mayat, tiba di Sikakap di Pulau Pagai Utara, semalam.


    Bagaimanapun, beberapa bot yang turut membawa bekalan bantuan berdepan dengan cuaca buruk di sekitar kepulauan Mentawai yang mengambil masa setengah hari perjalanan dari pelabuhan di Padang, Sumatera. - AP



    Setiap apa yang berlaku itu mesti ada hikmahnya...

    Oktober bulan merah jambu



    Uiii..pink..bukan sebarang pink ok. I like pink juga..Tapi biru tetap dihati..hehehhee..Copy keratan ni untuk dikongsi bersama..juga untuk simpanan sue sebagai panduan dan ingatan dilain kali.

    Ingat!!!..Kanser adalah pembunuh no 1.

    So..sayangi diri anda demi insan2 yg disayang.

    ______________________________

    Oktober bulan merah jambu

    Oleh Siti Zarinah Sahib
    sitizarinah@hmetro.com.my

    BERGAMBAR...Rohani (tengah) bersama Winnie (lima dari kanan) serta Choo bergambar bersama tetamu jemputan dan selebriti yang menjayakan majlis mengumpul dana Pink Oktober.
    __________________________________________________

    SETIAP wanita harus memeriksa payudara pada setiap bulan setiap kali selepas haid bermula pada hari ketujuh bagi memastikan payudara dalam keadaan normal serta mengesan tiada benjolan berbahaya pada payudara mereka.

    Walaupun barah payudara berlaku pada usia 30 tahun ke atas, pemeriksaan awal terutama selepas haid pertama pada setiap bulan memungkinkan wanita terbiasa dengan perubahan yang ada pada payudara mereka, seterusnya mendapatkan rawatan segera.

    Menurut Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Ranjit Kaur, barah payudara tidak boleh dicegah, namun pengesanan awal membolehkan penghidap mampu menjalani kehidupan lebih panjang serta berkualiti.

    “Wanita harus prihatin pada perubahan yang berlaku pada payudara mereka. Ibarat sebiji jerawat yang tumbuh pada kulit muka, wajah akan dibelek setiap hari, jerawat akan dipicit, begitu juga dengan payudara.

    “Sentuh, pegang serta rasai perubahan pada payudara setiap hari bermula pada usia remaja sehingga apabila usia anda mencecah 30 tahun, perubahan yang tidak normal akan mudah dikesan, seterusnya segera mendapatkan rawatan,” katanya.

    Tambah Ranjit, apabila wanita meningkat usia 30 tahun mereka harus berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan secara klinikal. Ini kerana pemeriksaan secara terperinci akan dilakukan bagi mengesan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada payudara.

    Apabila usia meningkat 40 tahun, wanita harus menjalani rawatan mamogram pada setiap tahun bagi mengesan sekiranya terdapat sel barah. Rawatan mamogram mampu mengesan sel barah dua tahun lebih awal sebelum merebak.

    “Mamogram adalah ujian untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin pengimbas khas. Ini dilakukan dengan menekan payudara
    di antara dua kepingan logam.

    “Walaupun akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan, ia hanya untuk beberapa ketika. Rawatan mamogram boleh mengukur saiz dan penyebaran barah pada payudara serta mengesan barah pada payudara sebelah lagi.

    “Sekiranya sel barah masih terlalu kecil dan berada pada peringkat pertama, rawatan segera membantu mengelak sel merebak.

    “Malangnya 30 peratus hingga 60 peratus pesakit yang datang ke hospital sudah berada pada tahap kritikal iaitu tahap tiga dan empat serta tidak mempunyai harapan untuk sembuh,” katanya.

    Ranjit menjelaskan, rawatan kepada penghidap barah bergantung kepada jenis dan tahap keterukan barah. Sekiranya wanita didiagnosa menghidap barah payudara, mereka perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dulu sebelum menjalani rawatan.

    “Kajian menunjukkan kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan akan membantu memulihkan pesakit serta mengurangkan masalah yang ditanggung pesakit sama ada dari segi fizikal dan emosi,” jelasnya.

    Antara rawatan yang dijalankan adalah pembedahan sama ada membuang atau tanpa membuang payudara, pembentukan semula payudara, radioterapi, kemoterapi dan terapi hormon yang semuanya mempunyai kesan berbeza bergantung kepada tahap keterukan kanser.

    Walaupun pelbagai program diadakan mengenai bahaya barah payudara, ramai wanita masih tidak mahu melakukan pengesanan awal sehinggakan barah ini menjadi pembunuh utama wanita berbanding penyakit lain.

    Menurut Daftar Barah Kebangsaan (NCR), sejak dua tahun lalu, sekurang-kurangnya 70,000 kes barah baru dilaporkan dan barah payudara adalah ancaman paling besar.

    “Kadar kematian yang tinggi dan meningkat setiap tahun tidak seharusnya berlaku. Walaupun barah payudara tidak boleh dicegah, pengesanan awal mampu memberi peluang kepada pesakit untuk hidup lebih lama. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai banyak masa bersama keluarga serta menjalani kehidupan lebih bermakna,” katanya.

    Menurut Ranjit, setiap tahun BCWA mengadakan pelbagai kempen, bengkel serta pameran di pusat beli-belah mengenai bahaya barah serta meminta sukarelawan menunjukkan cara menjalankan pemeriksaan payudara sendiri.

    Bulan Oktober setiap tahun dipilih sebagai bulan barah payudara sedunia bagi memberi kesedaran kepada wanita mengenai bahaya penyakit ini.

    Tambahnya, dia sangat berbesar hati apabila ada syarikat korporat seperti Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad menjadi penaja kempen unik Pink Oktober anjuran Gleneagles Kuala Lumpur bagi mengumpul dana RM75,000 untuk disalurkan kepada BCWA.

    Menerusi kempen ini, orang ramai boleh memberikan sumbangan dengan membeli beg Pink Couture rekaan pereka fesyen Bill Keith yang diperbuat daripada kanvas serta boleh dikitar semula bernilai RM25.

    Turut hadir pada majlis berkenaan, pereka kasut tersohor, Profesor Datuk Jimmy Choo yang berkongsi cerita mengenai ketabahan ibunya yang menghidap barah payudara yang berjaya dikesan sejak peringkat pertama.

    Menurut Choo, ibunya sangat mementingkan kesihatan dan sering menjalani rawatan kesihatan di hospital sebelum dikesan menghidap barah.

    “Keterbukaan wanita serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan mengenai penyakit yang mereka hadapi memungkinkan penyakit barah payudara mampu dikesan lebih awal sebelum merebak ke tahap lebih kritikal.

    “Sebagai contoh, ibu saya menghidap barah payudara, namun dia menerima dengan tabah serta menghadapi hari-hari mendatang dengan gembira. Ini kerana kegembiraan serta ketenangan membuatkan kehidupannya lebih berkualiti dan bermakna.

    “Tambahan pula, apabila seluruh keluarga memberi sokongan kepadanya sama ada dalam bentuk mental dan fizikal sehingga dia mampu menjalani kehidupan yang sangat baik sepanjang 15 tahun sebagai penghidap barah,” katanya.

    Menurutnya, setiap wanita harus mempunyai kesedaran, pengetahuan serta tanggungjawab kepada diri sendiri dengan menjalani pemeriksaan awal barah payudara.

    Walaupun mereka tidak menghidapnya atau masih berada pada peringkat awal, pemeriksaan harus dilakukan terutama bagi wanita yang sudah meningkat usia 40 tahun, lakukan pemeriksaan pada setiap tahun.

    Selain itu, orang ramai harus memberi sokongan kepada pesakit barah tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Sokongan moral dan emosi mampu menghalang sel daripada merebak lebih cepat di samping rawatan kesihatan di hospital.

    “Seperti yang dilakukan pada hari ini, walaupun hanya membeli sebuah beg bernilai RM25, anda mampu membantu mereka yang memerlukan. Malah, perkataan dan lambang pada beg walaupun hanya reben berwarna merah jambu, mesej yang ingin disampaikan sangat besar iaitu ‘fikirkan mengenai kesihatan’,” katanya.

    Selain Choo, turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim; pemilik Pusat Mutiara Rafflesia, Winnie Sin serta perunding bedah barah payudara Gleneagles Kuala Lumpur, Datuk Dr Suseela Nair serta selebriti tanah air.

    Orang ramai boleh membeli beg Pink Couture berharga RM25 di Gleneagles Kuala Lumpur serta Menara Great Eastern.

    Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti yang diadakan Gleneagles Kuala Lumpur sempena bulan Pink Oktober, anda boleh melayari laman sesawang www.gleneagles.com.my.


    Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

    Periksa payudara anda pada hari ketujuh hingga ke-10 ketika haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang dilakukan iaitu:

    Kaedah 1

    Periksa payudara ketika berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala.

    Tekan payudara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit.

    Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan cecair jernih atau berdarah.

    Ulangi langkah yang sama pada payudara sebelah kiri.

    Kaedah 2

    Berdiri di hadapan cermin untuk memeriksa payudara.

    Periksa payudara ketika berdiri tegak, tangan diangkat ke atas dan kemudian memeriksa payudara dengan tangan di pinggang.

    Perhatikan sebarang perubahan dari segi saiz, bentuk, kehadiran lekukan atau sebarang perubahan dari segi rupa bentuk dan kedudukan puting. Pastikan anda memeriksa kedua-dua payu dara.

    Kaedah 3

    Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP ketika mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun.

    Pastikan jari tangan kiri anda rata dan lakukan pada payudara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas. Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan.

    ~myMetro


    Rumah baru Ambani 27 tingkat

    Mak aiii..betul2 kaya ni..Rumah pun 27 tingkat. Fuhh!!!..jenuh la nak upah pekerja ya...Silap2..pekerja sendiri pun bleh tak kenai macam ni.

    ____________________________________________________________________

    MUMBAI: Lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani sudah berpindah ke kediaman barunya setinggi 27 tingkat di Mumbai yang berharga £630 juta (RM3,150 juta).


    BANGUNAN Antilia berdiri megah di bandaraya Mumbai.


    Ambani, isteri dan tiga anaknya berpindah ke bangunan yang bernama Antilia, diambil sempena nama pulau khayalan. Ia mengandungi kelab kesihatan dilengkapi gimnasium, sekurang-kurangnya satu studio menari, dewan, beberapa bilik tetamu dan beberapa ruang istirahat serta panggung wayang 50 tempat duduk. Malah, terdapat taman tergantung dengan binaan siling untuk ditanam pokok kecil.


    Bumbung bangunan dilengkapi tiga landasan pendaratan helikopter dan terdapat parkir bawah tanah yang memuatkan 160 kereta bagi kemudahan tetamu Ambani menghadiri parti rumah barunya.


    Dari tingkat atas bangunan setinggi 173 meter itu dapat dilihat pemandangan indah bandaraya Mumbai dan Laut Arab.


    Taikun berusia 53 tahun itu bukan saja lelaki paling kaya di India tetapi juga yang keempat terkaya di dunia. Secara keseluruhannya, dilaporkan terdapat 37,000 meter persegi ruang yang lebih luas daripada Istana Versailles.


    Ia memerlukan 600 kakitangan untuk urusan penyelenggaraan.


    Menurut majalah Forbes, Ambani memiliki industri minyak, peruncitan dan bioteknologi yang dianggarkan bernilai £18 bilion (RM90 bilion). Dahulu beliau membantu menguruskan perniagaan sebelum berselisih faham dengan adiknya. Kaca, keluli dan jubin yang digunakan untuk membina bangunan itu dikatakan diperolehi daripada sumber tempatan. Ambani tidak terpengaruh dengan seruan Perdana Menteri India, Manmohan Singh supaya pemimpin perniagaan menjadi model kesederhanaan’. - Agensi

    ~ Sumber: myMetro/16.10.10

    Gadis malang dapat hidung baru

    Uish!..terkejut dan ngeri ja bila tengok hidungnya..Muka cantik..tapi malang..kerana hidung cacat kerana perbuatan suami...

    ___________________________________________________________________
    LONDON: Seorang remaja Afghanistan yang cacat pada mukanya selepas dikelar oleh suami tersenyum lebar ketika menunjukkan hidung palsu barunya untuk kali pertama, semalam.



    Aisha, 19, memeranjatkan masyarakat dunia apabila muncul kali pertama di muka depan majalah Time tanpa hidung, Ogos lalu.

    Semalam, dia dengan berani muncul di depan khalayak ramai dengan memakai hidung palsu, sesuatu yang memberikan idea kepadanya mengenai bagaimana dia akan kelihatan selepas menjalani pembedahan.

    Dia muncul depan kamera televisyen untuk menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahannya.

    Aisha menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver.

    Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang.


    Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan.

    Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman.


    “Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya.

    “Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah,” katanya kepada wartawan CNN, Atia Abawi.

    Dia dibiarkan di kawasan pergunungan tetapi berjaya merangkak hingga ke kediaman datuknya.

    Bapanya berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, tempat dia dirawat selama 10 minggu.

    Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu. - Agensi

    ~Sumber:myMetro/14.10.2010
    " />

    "Detektif Lim" Dibuang Keluarga


    Iskh!..iskh!..sedey plak baca artikel ni...Kadang2 sue pun pernah buat macam tu juga..ambik buku dah baca skit..tapi sue tak curik tau..Just nak baca sinopsisnya skit2 ja..Ambil mood la kiranya..Kalau betul best baru ambik...

    Sian dia ni..gara2 dituduh mencuri BUKU..dia ditinggalkan keluarga dan kekasih..napa lak la diaorang bleh buat macam tu ja..Bukan besar mana pun salahnya tu..Kenapalah tak selidik dulu sebelum menghukum..mahkamah pun tak senang2 nak jatuhkan hukuman pada seseorang..ni diaorang lak sesenang ja buat macam tu..hukum!..Buang Keluarga...



    Farid Farid Amirul Hisham Abdullah menceritakan kisah sedih dibuang keluarga dan ditinggalkan kekasih gara-gara dituduh mencuri dua buah buku. Farid bagaimanapun bersyukur Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pada 24 September lalu telah membebaskan atas tuduhan tersebut. Foto The Star oleh: SHAARI CHEMAT.

    PETALING JAYA: Pelakon Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Abdullah,44, atau lebih dikenali sebagai Detektif Lim dalam drama bersiri itu terpaksa bekerja sebagai pam atendan selepas dituduh mencuri dua buah pada Mac tahun lalu.

    Farid berkata bukan sahaja trauma dengan kejadian berkenaan sebaliknya dia juga dibuang keluarga sementara kekasihnya turut meminta untuk memutuskan hubungan.

    “Hidup saya selepas dituduh mencuri buku menyebabkan saya hilang pekerjaan. Watak saya dalam drama bersiri Gerak Khas terpaksa direhatkan. Saya hanya bekerja di sebuah stesen minyak di Alor Gajah, Melaka.

    “Lebih sedih lagi ibu dan bapa juga menyisihkan saya manakala kekasih saya turut memutuskan hubungan,” katanya seperti dipetik akhbar Mingguan mStar keluaran Ahad.

    Pada 24 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman dua bulan penjara dan denda RM2,000 yang dijatuhkan terhadap Farid bagi kesalahan mencuri dua buah buku di pusat beli-belah Mid Valley, Megamall, Kuala Lumpur.

    Dia dibebaskan selepas mahkamah mendapati tiada bukti yang menunjukkan kedua-dua buah buku itu dicuri oleh tertuduh.

    Jelas Farid, ketika menghadapi tekanan itu, dia juga sering disindir oleh orang ramai yang menuduhnya sebagai pencuri manakala syarikat-syarikat produksi pula takut untuk menawarnya berlakon sedangkan dia tidak digam oleh mana-mama stesen penyiaran termasuklah RTM.

    “Begitu juga dengan drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam terpaksa merehatkan saya atas arahan pihak polis di Bukit Aman.

    “Pernah sekali saya terfikir, mungkin karier seni saya akan berakhir disebabkan kejadian yang berlaku ini sehingga membuatkan saya hilang pekerjaan dalam bidang seni.

    “Saya ralat kerana kejadian ini juga memberi kesan kepada keluarga, majikan dan rakan-rakan saya,” katanya.

    Ujian yang berlaku itu ujar Farid, menyebabkan dia hidup dalam kesusahan dan menghadapi kesempitan wang sehinggalah Datuk Yusof Haslam memintanya bekerja di belakang tabir sebagai penolong pengarah drama.

    Katanya, selepas dua bulan bekerja di stesen minyak, akhirnya dia meletakan jawatan untuk meneruskan kerjayanya di belakang tabir bagi projek drama Roda-Roda Kuala Lumpur dan Aku Bukan Tomboy.

    Bercerita bagaimana ibu dan bapa menyisihkannya, ujar Farid mereka amat kecewa dan malu dengan kejadian itu dan tidak menerimanya sebagai anak mereka.

    “Emak dan ayah juga enggan bercakap dengan saya selama setengah tahun. Setiap kali saya telefon, mereka tak mahu jawab. Kadang-kala bila mereka terjawab panggilan, telefon akan diserahkan kepada adik beradik saya yang lain.

    “Tapi itulah, air yang dicincang tidak akan putus. Lama kelamaan, mereka sudah boleh menerima hakikat dan tahu hal yang sebenar,” katanya.

    Ujarnya dia mendapat pengajaran daripada kes yang berlaku dan nasihat Farid kepada para selebriti agar sentiasa peka dan sensitif apabila berada di mana-mana.

    “Saya akui selalu mengambil buku yang banyak di kedai-kedai buku dan mencari sudut sesuai untuk membacanya. Tapi apabila kita berbuat seperti itu di sesetengah kedai buku pihak berkenaan akan pandang serong dan mula mengesyaki kita hendak mencuri.

    “Keadaan ini mengajar saya menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling apatah lagi saya seorang artis.. Cukuplah sekali ini sahaja. Saya tak sanggup mengharunginya lagi,” katanya mengakhiri perbualan.

    * Artikel ini dipetik dari Mingguan mStar yang diterbitkan setiap Ahad bersama Sunday Star, sekitar Lembah Kelang.

    Sumber: MStar


    Sesuka hati ja nak bakar-bakar

    Sekarang ni semenjak sue kuar rumah awal. Tak sempat nak tengok MHI sangat. So tak dapat nak tengok berita2 yg terkini. So..sampai opis..try la menjinak2kan diri belek2 akhbar tempatan.
    Tu pasai sekarang ni kalau pepagi n3 yg up adalah kisah2 yg boleh dishare melalui akhbar2 tempatan. ok meh baca artikal ni...

    ______________________________

    Ugut bakar isteri kedua

    Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
    myMetro, 6.10.2010

    KUALA LUMPUR: Rahsia perkahwinan pertama yang terbongkar dan perebutan anak menyebabkan seorang lelaki berusia lewat 30-an bertindak di luar kawalan apabila menyimbah petrol serta mengugut mahu membakar isteri keduanya hidup-hidup, kelmarin.

    Difahamkan, suspek mendirikan rumah tangga dengan wanita itu sejak dua tahun lalu, namun sepanjang setahun pertama perkahwinan mereka, mangsa yang berusia 26 tahun tidak tahu suaminya sudah mempunyai isteri serta enam anak.

    Bagaimanapun, keadaan berubah apabila perkahwinan mereka memasuki tahun kedua selepas wanita itu mengetahui dia isteri kedua.

    Menurut sumber, sejak rahsia itu terbongkar pasangan terbabit sering bertengkar dan suspek sering memukul wanita itu menyebabkan dia membawa anak tunggalnya berusia setahun keluar dari rumah serta tinggal di rumah kakaknya di Cheras, di sini.

    “Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, suspek pergi ke rumah kakak iparnya dan meminta mangsa menyerahkan semula anak mereka.

    “Akibatnya, berlaku lagi pertengkaran. Kali ini suspek seperti hilang kawalan mengugut membakar semua barang di rumah itu dan mangsa ditampar beberapa kali,” katanya.

    Menurutnya, apabila kakak mangsa dan ahli keluarganya campur tangan bagi mengelakkan mangsa terus dikasari, suspek semakin berang, lantas mengugut untuk membakar isteri keduanya itu.

    “Suspek pergi ke kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah kakak mangsa sebelum berpatah balik dengan memegang sebuah botol. Suspek menyimbah cecair dipercayai petrol ke arah mangsa sambil berteriak mahu membakar isterinya hidup-hidup,” katanya.

    Sumber itu berkata, keadaan tegang itu bagaimanapun berjaya ditenangkan ahli keluarga mangsa selepas mengancam hendak menghubungi polis jika suspek berkeras untuk meneruskan niatnya.

    Menurutnya, suspek meninggalkan kawasan itu, namun mengugut tidak akan membiarkan isteri keduanya itu hidup tenang.

    Mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields semalam, sebelum kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.


    Kalau Dah Jodoh

    Ni la yang dinamakan kuasa Allah. Kalau dah dinamakan jodoh tu walau dah terpisah lama pun tetap boleh bersatu jua..Semua ni hidup, mati, jodoh semua ditentukan Allah.
    So... kira tak mustahil lah walau dah terputus tunang selama 53 tahun tapi akhirnya dapat juga disatukan.

    ______________________________________________________________________

    Kasih bertaut jua

    Oleh Mohd Idris Sulaiman
    am@hmetro.com.my
    myMetro 5.10.2010

    KAMPUNG GAJAH: Kalau sudah jodoh tidak ke mana dan pepatah itu amat sesuai menggambarkan pasangan warga emas, Shamsuddin Ngah Samat, 72, dan Umi Rais, 70, tetap berkahwin selepas terpisah selama 53 tahun.

    JODOH...pasangan Shamsuddin dan Umi disatukan dalam majlis perkahwinan
    di rumah pengantin perempuan, kelmarin.


    Selepas tiga kali lafaz, pasangan itu selamat diijabkabul di rumah pengantin perempuan di Kampung Pasir Garam, dekat sini, kelmarin.

    Menceritakan kembali detik perkenalan awalnya dengan Umi, Shamsuddin berkata dia pernah bertunang dengan isterinya itu ketika berusia 19 tahun.

    “Bagaimanapun, pertunangan kami hanya bertahan empat bulan. Saya kemudian bertemu dengan wanita lain iaitu arwah isteri.

    “Mungkin kami tiada jodoh pada masa itu menyebabkan saya berkahwin dengan arwah isteri, tetapi kami tidak dikurniakan anak,” katanya ditemui selepas majlis perkahwinannya.

    Menurut Shamsuddin, selepas berkahwin dengan arwah isterinya yang meninggal dunia Mac lalu, dia dan Umi membawa haluan sendiri dengan Umi bertemu jodoh dengan lelaki lain.

    “Saya masih pulang ke kampung biarpun sudah tidak tinggal di sini memandangkan ini adalah kampung halaman saya manakala Umi masih menetap di sini.

    “Ketika pasangan masing-masing masih hidup, kami tidak mengambil tahu hal masing-masing dan hanya bertegur sapa apabila bertemu secara kebetulan.

    “Justeru, saya tidak sangka selepas pasangan masing-masing meninggal dunia dan berpisah selama 53 tahun, akhirnya jodoh tetap menyatukan kami sebagai suami isteri.

    “Saya juga gembira kerana keluarga kedua-dua belah pihak merestui perkahwinan kami,” katanya yang tinggal di Sabak Bernam, Selangor.

    Umi pula menganggap jodohnya dengan Shamsuddin tiada selepas pertunangan mereka terputus dan reda dengan keadaan itu.

    “Namun, saya tidak sangka jodoh kami masih ada walaupun sudah berpisah selama 53 tahun. Bagi saya, ajal maut, jodoh pertemuan Tuhan yang menentukan.

    “Saya tidak pernah menyangka akan berkahwin semula selepas kematian suami kira-kira empat tahun lalu tetapi apabila ketika Shamsuddin datang melamar, saya tidak teragak-agak menerimanya,” katanya yang mempunyai tiga anak hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya.


    Psstt: Alaaaa..sweet ja dua pengantin tu..Heeeee :-)

    l

    Hampeh punya suami

    Masyaallah....Ni apa kes ni..Macam tu ka cara menyambut kepulangan isteri..Si isteri berkobar2 nak jumpa suami tersayang..Tapi si suami rupanya sedang seronok berkasih2an dengan buah hati..
    Seriau je baca kes ni....Macam manalah perasan si isteri kan?..Huhhh..tak dapat bayangkan...
    Siannyaaaa...tu ja bleh cakap. Hope si Isteri boleh tabah menghadapi dugaan ini.

    __________________________________________________________________

    Balik ‘disambut’ kekasih suami

    Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
    anbia@hmetro.com.my
    01/10/2010

    KUALA LUMPUR: Kepulangan seorang isteri ke rumahnya di ibu kota selepas berhari raya di kampung disambut dengan kejutan besar apabila terserempak seorang wanita tidak dikenali di dalam kediaman itu, manakala suaminya tiada di rumah.

    Apabila mengetahui wanita itu kekasih suaminya, berlaku pertengkaran sebelum isteri malang itu ditikam dengan pisau lipat menyebabkan dia cedera pada lengan kanan selain lebam di muka dan tubuh akibat diserang.

    Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Selasa lalu di rumah mangsa yang berusia 28 tahun di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini.

    “Sebelum itu, kekasih suami wanita berkenaan cuba berhelah dengan memberi alasan dia kenalan adik ipar mangsa. Namun, mangsa tidak puas hati dengan jawapan itu kerana menemui pakaian dan seluar dalam wanita terbabit dalam bilik tidurnya.

    “Berikutan itu berlaku pertengkaran sehingga wanita berusia 34 tahun terbabit bertindak ganas dengan mengeluarkan pisau lipat dan mengelar lengan kanan tangan mangsa sehingga berlumuran darah sebelum lari meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.

    Menurutnya, lebih malang suami mangsa langsung tidak menunjukkan tanda simpati kepada isterinya, sebaliknya menghubungi mangsa pada jam 8 malam dan mengugut mahu membunuhnya.

    Sumber itu berkata, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

    “Berdasarkan laporan mangsa, wanita yang menyerangnya mula mengenali suaminya sejak Mac lalu sebelum mereka menjalin hubungan intim. Wanita terbabit berjumpa suami mangsa di KL Sentral pada 9 September lalu sebelum dibawa pulang ke rumah mangsa.

    “Ketika itu mangsa tiada di rumah kerana pulang berhari raya di kampung di utara tanah air,” katanya.

    Menurutnya, bertindak atas laporan mangsa, polis menjalankan siasatan sebelum menahan suami wanita berkenaan serta teman wanitanya secara berasingan di ibu negara, Rabu lalu.

    “Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

    ~Sumber myMetro

    Ali Setan masuk ICU


    KUALA LUMPUR 29 Sept. – Bekas pelakon dan pendakwah bebas, Azmil Mustapha yang terkenal dengan watak ‘Ali Setan’ dikejarkan ke Hospital Al-Andalus, Damsyik, Syria pada awal pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas.

    Azmil, 58, kini dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan dan dijangka menjalani pembedahan pintasan koronari pada pukul 2 petang waktu tempatan (7 malam Malaysia).

    Menurut anaknya, Nor Amalia Batrisya, bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor sedang memantau kesihatannya.

    “Beberapa hari yang lalu babah (panggilan kepada bapanya) mengadu kurang sihat. Kami adik beradik menyangka babah sakit biasa sahaja.

    “Bagaimanapun awal pagi kelmarin babah sukar bernafas dan kami membawa beliau ke hospital kerana bimbang melihat keadaannya,” kata Nor Amalia kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di Damsyik hari ini.

    Azmil yang juga bapa tunggal kepada lima orang anak berlepas ke Damsyik bersama tiga daripada anaknya, Mohd. Bazli Zhafri, Nur Alia Iman dan Nor Amalia pada Syawal ketiga lalu untuk menyambung pengajian di sana.

    Nor Amalia memberitahu, semasa mengadu sakit dada, bapanya ditemani oleh adik lelakinya, Mohd. Bazli Zhafri.

    Katanya, biarpun dicadangkan oleh keluarganya di Malaysia supaya bapanya dibawa pulang ke tanah air untuk menjalani rawatan namun Azmil membuat keputusan untuk dirawat di Damsyik.

    Pada masa yang sama, Nor Amalia menafikan dakwaan bapanya diserang angin ahmar seperti yang dilaporkan dalam beberapa laman sosial.

    Menurut Nor Amalia, seminggu sebelum berlepas ke Damsyik bapanya menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

    “Hasil daripada pemeriksaan itu doktor mengesahkan babah bebas daripada sakit jantung dan lain-lain.

    “Bagaimanapun sebaik tiba di sini (Damsyik) babah tiba-tiba mengadu tidak sihat sehinggalah sesak nafas dan doktor di sini memaklumkan babah diserang sakit jantung,” katanya.

    ~ Sumber Utusan Malaysia~


    *Dulu2..memang glamer betul nama Ali Setan ni...I pun suka tangok cita ni tau..Part paling best..Dalam train..kena lumur dengan telur...akakakakkaka..Padan muka...Sama2 kita doakan semoga beliau kembali sihat..Amin..


    MEF bantah amah diberi cuti sehari, simpan pasport

    MEF bantah amah diberi cuti sehari, simpan pasport
    Oleh Faiza Zainudin dan Khairunnisa Kamarudin
    bhnews@bharian.com.my
    2010/05/20

    Peraturan, mekanisme lebih komprehensif wujud situasi menang-menang

    KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) membantah keputusan mewajibkan cuti sehari seminggu kepada pembantu rumah warga Indonesia serta membenarkan mereka menyimpan pasport kerana ia boleh menyebabkan majikan menanggung risiko tinggi, termasuk pembantu rumah melarikan diri.

    Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan, berkata peraturan itu perlu dikaji semula dan digantikan dengan mekanisme yang lebih komprehensif kerana ia membuka peluang kepada pembantu rumah menimbulkan pelbagai masalah.


    Antaranya, mereka terbabit dalam aktiviti tidak bermoral yang akhirnya menyebabkan pembantu rumah perempuan mengandung dan implikasinya ditanggung majikan sudah mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan khidmat mereka.


    “Kita tak tahu apa yang mereka buat di luar, jika itu berlaku (mengandung) bagaimana hendak tangani. Mungkin mereka akan dihantar pulang dan ada yang berani kata majikan yang lakukan. Bila keluar dengan pasport, tiada jaminan mereka pulang. Akibatnya, majikan menghadapi masalah kerana sudah membayar RM7,000 hingga RM8,000 untuk mendapatkan pembantu rumah,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Beliau diminta mengulas hasil Rundingan Tahunan Ketujuh antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono kelmarin yang bersetuju membenarkan pembantu rumah menyimpan pasport dan mewajibkan majikan memberi cuti sehari dalam seminggu kepada pembantu rumah warga Indonesia.


    Sebagai alternatif, Shamsuddin menyarankan pihak berkuasa seperti polis dan imigresen terdekat dengan lokasi majikan menyimpan pasport pembantu rumah.

    Beliau juga mencadangkan tempoh jaminan pembantu rumah dengan agensi pengambilan dengan majikan dilanjutkan daripada enam bulan kepada dua tahun bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak.


    Selain itu, penalti RM250 yang dikenakan kepada majikan jika pembantu rumah melarikan diri dihapuskan, manakala levi tahunan yang dibayar majikan dipulangkan jika pembantu rumah melarikan diri dalam tempoh kurang setahun.


    Sebagai alternatif, Shamsuddin menyarankan pihak berkuasa seperti polis dan imigresen terdekat dengan lokasi majikan menyimpan pasport pembantu rumah.

    Beliau juga mencadangkan tempoh jaminan pembantu rumah dengan agensi pengambilan dengan majikan dilanjutkan daripada enam bulan kepada dua tahun bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak.
    Selain itu, penalti RM250 yang dikenakan kepada majikan jika pembantu rumah melarikan diri dihapuskan, manakala levi tahunan yang dibayar majikan dipulangkan jika pembantu rumah melarikan diri dalam tempoh kurang setahun.

    “Mengikut prosedur sekarang, majikan dikenakan penalti jika pembantu rumah lari. Ini tidak munasabah kerana mana ada majikan yang mahu mereka lari,” katanya.

    Shamsuddin juga berkata, peraturan itu akan menjejaskan produktiviti dan meningkatkan perbelanjaan majikan kerana pasangan suami isteri yang bekerja perlu melakukan kerja rumah ketika pembantu rumah bercuti, menjadikan mereka terpaksa sepanjang minggu tanpa rehat sehingga menjejaskan produktiviti apabila datang bekerja semula.

    “Jika pembantu rumah tidak tahu hendak ke mana dan mahu bekerja pada hari cuti, majikan pula terpaksa membayar kira-kira 15 peratus gaji tambahan,” katanya.

    Sehubungan itu, beliau yakin kerajaan dapat berunding dengan Kerajaan Indonesia berhubung perkara itu dengan mengambil kira bantahan pelbagai pihak sama ada secara individu atau persatuan.

    “Ini boleh dirunding sebab kita sebagai negara penerima, tidak semestinya terima apa saja yang Indonesia mahu. Kita boleh kurangkan permintaan mereka,” katanya.

    Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa), Alwi Bavutty, pula berkata kerajaan perlu mengkaji semula hak majikan yang kini seolah-olah diabaikan apabila membenarkan pembantu rumah memegang pasport sendiri.

    “Kerajaan perlu kaji balik sebab majikan ada hak. Jika dilaksanakan, majikan seolah-olah tidak boleh kawal pembantu rumah mereka. Pasport hanya untuk perjalanan ke luar negara dan tidak perlu disimpan pembantu rumah. Memadai jika mereka memegang kad pekerja asing,” katanya



    Yaa..sue pun tak sokong cadangan nak diberi cuti sehari dan bagi simpan pasport sendiri...Besar risiko nya..Huuu..cukup la pengalaman pahit yg sue tengok sendiri macam mana kerenah buruk dia orang ni ( maid kak long sue ). Keja dia orang bukan susah mana pun..Duduk rumah, keja bukan banyak mana pun..rehat ja yg banyaknya...Eiii..tak mo ceritalah..nanti buat sakit hati ja bila ingat balik perangai dia orang ni..Susah nak dapat maid yg betul2 baik dan ikhlas datang sini nak carik rezeki halal...Yg banyak buat hal adalah...belambak... Kita layan diorang macam familly..tapi akhirnya dia pijak kita balik...


    Dah agak dah


    Syazwani juara Top Host

    PETALING JAYA: Syazwani Diyana Mohd Isa, 24, diumumkan juara program realiti, Top Host 2010 yang berlangsung di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama di sini, malam tadi.

    Kemenangan Syazwani diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Sri Farid Ridzuan selaku ketua juri yang disiarkan secara langsung menerusi TV3.

    Dia mengalahkan empat peserta lain iaitu Fadhil Mohd Isa, Za’im Helmi Zaini, Nur Liyana Adnan dan Nabihah Mohd Rosdi.

    Syazwani meyakinkan juri profesional dipilih sebagai juara dan membawa pulang RM10,000 dan berpeluang mengacara program baru di TV3.

    Sumber: Harian Metro



    Yeeahhh!!..dah di agak pun..Dia memang mempunyai ciri yang lebih kurang sama dengan penyampai2 di TV3..Tengok la muka pun..ada iras2 penyampai TV3 juga
    ( paten sama jaa..)...
    Dari siaran pertama lagi sue dah jangka..dia akan menang..
    Dan
    Akhirnya..
    KEMENANGAN tu berpihak padanya juga..
    Tahniah Syazwani




    Suami toreh ‘anu’ isteri


    Suami toreh ‘anu’ isteri

    Oleh Mohd Zaidi Ya’acob
    am@hmetro.com.my2010/05/05

    MELAKA: “Saya amat terkejut apabila suami tiba-tiba datang dari belakang sebelum merodok bahagian sulit dengan pisau pemotong buah menyebabkan saya menjerit kesakitan,” kata seorang jururawat yang menjadi mangsa kekejaman suami sendiri yang didakwa menoreh kemaluan wanita itu ketika memasak di dapur.Wanita berkenaan berkata, suaminya, anggota tentera berpangkat sarjan, seolah-olah hilang pertimbangan apabila menoreh kemaluannya dalam kejadian di rumah mereka di sebuah taman perumahan di Bertam Ulu, dekat sini, kelmarin.

    Akibatnya, wanita berkenaan yang parah terpaksa dikejarkan ke hospital dan menerima lebih sembilan jahitan pada kemaluan.

    Mangsa yang berusia 40-an berkata, sebelum kejadian dia mahu memasak nasi untuk makan tengah hari dan membongkok untuk mengambil beras dalam tong apabila suaminya tiba-tiba datang dari belakang lalu merodok kemaluannya dengan tidak semena-mena.
    Menurutnya, dia yang terkejut, terduduk dan meraung sambil menahan kesakitan manakala darah mula menitik ke lantai.

    “Walaupun terkejut dan dalam keadaan kesakitan, saya tidak panik dan sempat mencapai telefon untuk menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan.

    “Suami pada masa sama seolah-olah tersedar daripada khayalan lalu cuba menawarkan bantuan untuk menghantar saya ke hospital sambil memujuk berulang kali, tapi saya menolak dengan baik walaupun dia turut menghubungi ambulans kerana sudah trauma dan ketakutan.

    “Dalam tempoh 30 minit itu, saya terpaksa menanggung kesakitan sambil menahan darah mengalir kerana turut memikirkan anak bongsu berusia empat tahun yang melihat kejadian,” katanya ditemui di wad Hospital Melaka di sini, petang semalam.

    Terdahulu, mangsa yang berasal dari Muar, Johor, dikunjungi rombongan Pembela BN Negeri Melaka diketuai Ketua Penyelianya, Amir Hamzah Aziz dan Penyelianya, Melvin Tan.
    Jururawat berkenaan berkata, dia pelik apabila melihat perubahan tingkah laku suaminya apabila lelaki berkenaan yang tidak pernah memasak, tiba-tiba mengambil jurusan perhotelan di sebuah kolej di negeri ini bagi kursus peralihannya sebelum menamatkan perkhidmatan dalam tentera.

    Malah, katanya, seminggu sebelum kejadian suaminya juga menunjukkan sikap berbeza apabila dua kali mencekiknya menyebabkan timbul persoalan kemungkinan dia mengalami tekanan.
    “Berikutan itu, saya mungkin tidak akan tinggal bersama suami untuk sementara waktu kerana bimbang kejadian sama berulang.

    “Namun, saya masih sayang padanya (suami) dan sudah memaafkan perbuatannya,” katanya.





    Aduiihhh!!!!..apa kes nih..Ngilu jer dengar kes2 macam ni...Tak habis2 dengan keganasan rumahtangga..Tapi..bagus betul la si isteri tu..Walau macam tu pun diperlakukan..tapi tetap memafkan suaminya juga...Kalau korang macam mana?..Adakah boleh terima?

    UDANG GALAH MASAK DIRAJA

    Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...