Assalamualaikum..
Muncul lagi ha tuan blog (^_^)
Macam biasa, update menu simple yang tertunggak yang tah bila buatnya.
Buat ni masa mood diet melambung tinggi dan mood rajin meroket. Bila hari- hari menu diet kau TELUR saja..makanya up ler sikit ke bahagian ayam pula kan.
Bila mood malas mai balik tapi kau masih dalam mood diet..makanya Telur jer lah pilihan utama kau pula nanti. Pendek kata, memang akan pusing- pusing ke menu tu saja lah.
Okeh! Nah share bahan- bahan perapan ayam bakar yummeh di tekak hakak ni (^_^)
AYAM BAKAR SEDAP
Bahan- Bahan :
1 sd black papper sos life
1 sd mayonis
1 sd madu
1 sd kicap manis
3 u;as bawang putih - tumbuk
1 ulas bawang merah - tumbuk
1 sd minyak zaitun
garam secukup rasa
Cara- Caranya:
Gaul semua bahan pada ayam. Perapkan sekejap dalam 15 minit (Lagi lama mesti lagi sedap).
Kemudian bakar dalam air frayer pada suhu 180C selama 20 minit kemudian akak tambah lagi masa hingga ayam betul- betul masak dan berkilat.
Sebenarnya, kalau gunakan air frayer ni akak tak ler pula tengok timer..Main agak- agak ja masa masa.
Air frayer pun brand murah- murah jer, beli dekat Lazada. Berbaloi oii ada air frayer ni. Lagi- lagi untuk orang yang tak rajin macam hakak ni :P
So..Sila lah beli juga (^_~)
Amacam! Nampak yummey tak.? Hehehe |
No comments:
Post a Comment