Labels
OMG
Tomyam Ala Thai
ASSALAMUALAIKUM.
Sebelum ni sibuk la nak makan tomyam ala thai...Kadang- kadang makan kedai order tomyam..Iskh!..Awat la dia orang masak tomyam sedap sangat ya. Celup tangan ka..kasi sedap..:P
Tu dulu la..But now, sue pun dah boleh dah masak tomyam ala thai gitu..Cepat disediakan lagi hokey ( dasar pemalas nak buat pest sendiri)..Ekekekeke...Tapiii.dengan bantuan pes Tomyam Thai tu...Aci tak?..
Pes tomyam ni cik hb yang beli masa balik Perlis hari tu. Siap tanya akak siam tu..Dia siap ajar lagi cara masaknya. Walau pun senang, saja ja tanya kot ada bahan- bahan magik yang dibubuh sekali masa masak tu.
Now..cik hb boleh order bila- bila masa saja nak makan tomyam.. Sorry korang, now hb sue tak payah makan kedai lagi semata- mata nak makan tomyam ala thai sebab wife dia pun boleh sediakan tomyam yang sedap dan cepat ala- ala kedai gituuu..Ekekekekee..tak dak hal lah kan..ni awek banjar yang tak da ropa siam gitu..Boleh lah..Ngeeee
Meh nak share menu kegemaran sue dengan hb...Tomyam best kalau makan time diet. For me la..Orang lain tak tau.
TOMYAM ALA THAI
Bahan- bahannya:
4 cawan air ( untuk semangkuk)
2 sudu pest tomyam - ikut kemasaman la ya
1 batang serai
2 helai daun limau purut
dua hiris halia
1 hiris lengkuas
sebiji bawang besar (potong 4 or 6 ja)
Bunga kubis, Jagung muda, Carrot Or apa2 saja _ikut suka
Ayam, daging, sotong, udang or apa2 saja.
garam secukup rasa ( tak letak pun tak pa..Tp kalau yg kuat masin boleh la letak ya)
Cara- caranya
- Didihkan air, masukkan pest tomyam, serai, halia dan lengkuas.
- masukkan ayam , daging or bahan2 seafood.
- Masukkkan bawang besar, daun limau purut dan sayur2an. Perasan degan garam and kalau tak
cukup masam boleh perahkan limau/ lemon ya.
- Siap!..Hidangkan. Kalau nak sedap taburkan daun ketumbar. Baru lah rasa mcm makan kat kedai
tu..
Senang kan...Kira kita main lebur ja semua bahan tu dalam periuk. Senang dan cepat. Bagi orang yang kejar masa or tak cukup masa boleh la beli pes ni ya.
Kek Lapis Alwani
KEK LAPIS ALWANI
Sumber : Kak Dayang
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum - sue campur dengan tepung kek blue key skit...
- 1/3 cawan horlicks (original)
- 5 biji telur A
- 1/2 cawan gula halus
- 200 gm marjerin
- 1/3 cawan susu pekat manis
- 1/3 cawan kismis hitam - sue juga gune hawflakes mcm kak hana
- 1 sdt esen vanilla
- pewarna oren, merah dan hijau - sue guna 2 warna ja..merah dan hijau...
Cara-cara
- Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
- Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
- Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
- Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
- Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
- Masukkan susu pekat dan putar lagi
- Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
- Masukkan esen vanilla. Ratakan.
- Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
- Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
- Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
- Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
Akceli dah macam kek lapis asam masin pun ada juga ni..sebab sue tak guna kismis. Sue gantikan kismis dengan hawfalkes ..hehehehee..
KARI IKAN KEMBUNG ALA UTARA
Assalamualaikum.Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah masih diberikan kesihatan yang baik. Selsema sikit- sikit tu biasa saja bagi sue. Still tak menjejaskan aktiviti seharian.
Now masih lagi mood raya
..
KARI IKAN KEMBUNG ALA UTARA
Sumber : Maktehbum @ Myresipi
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
- 5 ekor ikan kembung (sederhana kecil)
- 4 sudu besar rempah kari ikan
- 1 biji bawang besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 bungkus santan (1 1/2 biji kelapa)
- 8 biji kacang bendi (kalau suka letak lebih)
- 3 biji tomato (belah 4)
- 4 biji cili merah
- bahan tumis:
- 3 biji bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu halba campur
- 5 helai daun kari
- 6 sudu minyak masak
- 1 cawan air asam jawa (1 inci)
- 1 kiub pati ikan bilis
- garam secukup rasa
Cara-cara
- Bersihkan ikan dan diketepikan.
- Bancuhkan rempah kari bersama air panas dan bahan kisar.
- Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bancuhan rempah kari
- Apabila rempah garing dan naik bau, masukkan air asam jawa. biarkan seketika.
- kemudian, masukkan separuh santan bersama sedikit air. Biarkan mendidih.
- Masukkan kiub ikan bilis, bendi, tomato dan cili merah. Kacau seketika
- Akhir sekali masukkan ikan bersama separuh lagi pati santan dan garam secukup rasa.. biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan..
Pentingnya tahu memasak dan ilmu di dapur - part 1
Assalamualaikum.
Bila tgk gambar diatas tu buat sue gelak nak pecah perut. Korang rasa apa ya tu. Kompem macam- macam benda keluar. Silap- silap kalau kata cekodok pun ada yang caya.
Tu adalah karipap ya. Karipap hasil tangan adik bongsu sue yang nun duduk merantau jauh di negeri orang.. . Negeri orang ya, bukan negara orang.
Ayat yang buat sue nak gelak besar bila dia komen "aku redha dengan kejadiannya". Acu. . Acu. . Sian ko cu.
Tapi apa- apa pun sue tabik juga. Dia ada usha nak try masak benda yang memang dia tak pernah terfikir nak kena masak.
Acu ni adik bongsu sue. Anak kesayangan dan kira paling malas juga dalam rumah tu.
Tahun ni, acu beraya di Sabah. Sehari sebelum raya, kami dah pesan dengan dia "Acu! Esok pg raya jgn ko hidang cekodok lg ya". Sebab tahun lepas raya haji dia beraya sana juga. Pg raya dia masak cekodok lepas tu dua- dua membuta. Wahahahaaa. . Acu. . Acu. .
Sue tak ada niat nak memburukkan dia, cuma ini kira sedikit coretan dalam kehidupan. Ya lah, jadi orang perempuan ni walau hidup senang dan dimanja mcm mana pun kena juga tahu masuk dapur. Masuk dapur disini bukanlah just suruh masuk dapur semata, tapi maksudnya kenalah tahu juga masak dan sikit2 ilmu di dapur.
Tahu tak, duduk dapur ni banyak ilmu kena tahu dan belajar. Like sue sendiri la, sumpah! Dulu memang sue banyak tak kenal rempah ratus, even ikan pun sampai sekarang ada banyak yang sue tak kenal. Setakat masak untuk sendiri dan simple2 tu memang lepas la. Tapi kesedaran tu ada. Masa tunggu kepurusan spm, sue la yang menguruskan hal2 rumah. Dari masak dan kerja2 rumah semua sue yang buat. Tu ata kerelaan sendiri, tiada paksaan pun. Dan. . Hasilnya alhamdulillah. . Sedikit sebanyak banyak juga sue tambah ilmu di dapur ni. Yang penting kena rajin mencuba dan banyak cari ilmu. Now, sue masih lagi belajar tentang ilmu di dapur ni.
Kebetulan pula td tengok dekat wall Noorsha yg ada reader dia nak buat karipap juga tapi salah sukatan. See, walau ada resepi, . .still silap besar juga. Tapi sue akui, tu sebab kita tak teliti dulu resepi betul2. . Macam sha kata tu la. Teliti dulu resepinya.
Tapi tak pa. Kesilapan tu buat kita lebih maju. Jangan giveup ok. Lama- lama kompem berjaya.
Ok! Stop dulu. Nanti sambung lagi. Banyak lagi sue nak share cerita di dapur ni. Kompem korang pun ada macam- macam cerita tentang ilmu didapur ni kan. Apa kata korang pun share juga. . Heeee
RaNdoM saJA - wArNA WaRnI RaYa
Assalamualaikum.
Dah kata kan, nak share sikit- sikit cerita raya sue yang ala kadar. Tp tak mahu cerita panjang. Tengok gambar saja lah ya.
Akceli pada yang ada IG tau la macam mana suasana raya hari tu. Maklum la, sekarang ni lagi kerap update kat IG lagi daripada fb. Gambo ni pun ambik kat IG. Tp tak banyak gambar yang diambil rupanya. :)
Okeh! Meh layan warna warni gambo raya masa balik kampung sue hari tu. Raya kami simple saja, tapi best sebab dapat berkumpul ramai- ramai. :)
RaYa DaN uBaT DeMam. . :p
Assalamualaikum.
Apa khabar semua. Agak- agak ada rindu sue tak. Ekekeke..perasan ja. Lagak macam stok blogger- blogger pames saja. Ngeeee. Tajuk n3 dah la ntah apa- apa. Macam tak kena ja. Heeee
Alhamdulillah, hari ni sudah masuk syawal ke 16. Cepat betul masa berlalu. Puasa enam belum start lagi ni. Nanti sedar tak sedar dah nak habis syawal. Esok, insyaallah baru nak start puasa.
Orang lain dah update cerita raya. Sue still tak da masa lagi nak update cerita raya. Raya tahun ni simple saja. So, memang tak banyak nak cerita pun.
Syawal ke 11 sue dah diserang selsema dan di iringi dengan demam dan batuk. Cukup pakej kan. Dua hari sue pergi juga kerja sebab tuntutan kerja yang banyak lepas raya. Tiga hari cuti merdeka, sue memerdekakan diri juga dengan berehat dan tido memerap layan demam.
Macam ni la padahnya kalau makan tak ingat. Raya boleh dikatakan banyak juga sue minum air ais. Terkejut kot badan, tu yang kena selsema dan demam.
Ok lah. Nanti kalau sue ada mood sambung cerita raya sue yang biasa- biasa ja ya.
Untuk malam ni, keadaan kesihatan dah ok sikit. Tapi dah kata tak sedar diri kan. . . Malam ni sue pekena ubat demam paling best. Layan serawa durian dan durian sekali. Jangan tak caya satu polistrean dah durian musang king sue bedal. Demam lagiiiii. . Sendiri tanggung la jawabnya. Bukan apa, geram tengok buah tuh duduk memerap dalam esbox. Satu esbox bau dia ja. Ni kira nak menghabiskannya la ni. Tukang beli, masa beli tak hingat. Now, sapa susah? I juga yang susah.
Dah! Stop dulu ya. Layan serawa doyan sue yg sedap buat cicah roti or lempeng di atas nun ya. . Macam ni la lagunya, kalau update dengan tablet. Gambo tak reti nak susun. Maka, gambo akan bersusun la di bahagian atas n3.
Ok! Chau cin chau. . Assalamualaikum. :-))
Bikin tension ja
See. Elok ja cik hb sue duk landing tgk tb.
Aiii bang! Tak kan x jadi kluar kot.
Balik keja tadi sampai rumah, tak dak karan.
Cuak hokey. Ingat tak bayar bil, karan kena potong.
Kalau kena potong, malu i. . Hihihiii.
Duk la bergolek dua orang. Tahan panas dgn nyamuk lagi. Maklum la pintu bukak luas, sliding pun bukak luas. Bapak nyamuk pun boleh masuk. Ngeeee
Kui 9.30 hb bunyik suh mandi ajak kluar (kantoi x mandi lg. . Hehehe)
Siap mandi. . Elok ja nak sarung tudung. Karan ada pulak.
Erk!. kuar ja tgk hb dah ngadap depan tb.
So.. Now, kita jd keluar ke tak ni bang. Huhuhuuu :p
*sekian n3 meraban + update pemanas blog. :p
GERMAN COOKIES
GERMAN COOKIES
Sumber: Rima, Ros, Ika
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch
80 gram tepung halus ( superfine)
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak) - ni ros tak letak
untuk topping gula, sedikit gula castor dan beberapa titik pewarna pink, digaul sebati. Untuk topping ni ikut ika juga.
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
- cara ros toppingkan gula tu, lepas gentel cookies ni bulat-bulat, ros celupkan atasnye dengan gula yang pink tu, ambil garpu dan tekan serperti gambar di bawah, lepas tu bakar hingga masak. * ni akak ikut Ros juga ya
Maaf la ya kalau N3 sue berterabur. Sue biasanya guna tablet untuk update, lepas tu edit balik bila ada pc. Tu yang n3 berterabur salah eja kadang- kadang. (^_^)
Ok..selamat membiskut semua.
Green Peas Cookies
GREEN PEAS COOKIES
Sumber: AlongRos, Kak Yatie
Bahan-Bahannya:
- 1 cwn Tepung Kcg Peas
- 1 cwn Tepung Gandum
- 1/2 cwn Gula Aising
- 1/2 st Baking Powder
- 1/2 st Garam
- 1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
- 1 biji Telur Kuning-Yatie tambah sedikit warna kuning
- Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
- Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
- Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
- Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.
Published with Blogger-droid v2.0.6
Kad raya pertama
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, morning semua. Syukur alhamdulillah dah 24 hari kita berpuasa. . Makin dekat dah nak raya.
Sue pun baru la mula terasa tegangnya. . Dah hujung- hujung baru kelam kabut nak buat itu ini. Heee. .
Selamat Hari Raya untuk Along sekeluarga juga. . Muahhhh!!!"
UDANG GALAH MASAK DIRAJA
Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...
-
BANGUNNNN!!!!!.... Payah betul nak kejut sahur...Ni la masalah yg selalu terjadi dibulan pose..kalau berbuka tu..senang plak..tak payah nak ...
-
**INI ADALAH N3 MELEKAT..N3 NI AKAN MELEKAT DISINI SEHINGGA HABIS GA NI YA.... UNTUK N3 TERKINI SILA SCROLL TERUS KE BAWAH YA...TERIMA KASIH...



















