Kali ni nak kongsikan resepi air detox yang sedap pada tekak akak. Resepi ni dikongsikan oleh Adda Uwais tokei eatnslim-mealplan Katanya elok untuk kuruskan badan atau yang nak maintain kan berat badan.
Bahan-bahanya:
1 biji lemon
2 biji limau nipis
beberapa hirisan halia (buh banyak lagi sedap)
2 bag teh green tea
1 liter air
1 sudu besar chia seed (tak letak pun tak pa)
Cara- Caranya:
Hiris lemon, limau nipis dan halia.
letak semua bahan dalam satu periuk kemudian didihkan dan tutup api.
Minuman ni ready untuk diminum panas- panas atau pun sejuk ya. Terpulang lah, tapi..pada hakak, dua-dua sedap.
Hakak baru buat tiga kali..nak berjaya, sila lah konsisten ya. Tapiii..harus diingat ya. Minum lah air detox banyak pun tp kalau tak jaga makan tak guna juga kan. Hehehehe Akak tak kata orang lain ya..Tuju ke diri sendiri juga lah ni. Hadeh!
1 comment:
Memang bagus amalan detox ni untuk jaga kesihatan.
Post a Comment