Pejam celik, pejam celik je dah  nak raya. Dah  lama aku tak balik kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku  sambung  belajar ke luarnegara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung,  jumpa mak  abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita. Apa  cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia.
Kalau jumpa mesti dia  marah gile  kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa  kecik  main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.  Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
Bas yang  terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil  melayan  kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai  awek  kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'!  Selalu  kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya.
Tapi sejak belajar  di luar  negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti  terlopong
melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan  tadi  berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki  hampir  sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk  mencangkung  di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz  menghampiri.  Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.  "Wey!  Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi   jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim  yang
terkekeh-kekeh ketawa.
"Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah
. Ada  perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya  sedikit  tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku  tengok kau  ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.
"Aku   memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim  mengubah  topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu!  Aku dah  lama tak borak dengan kau. Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang  aku nak  jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah,  Raiz  mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok  aku balik  la!boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh?   Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati   suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangicahaya  pelita  minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang  betul  Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku  sakit,  aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku  buat  kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat  kerja-kerja  mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut  Raiz  mendengar cerita Naim
.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau  tau,  takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau  dengan pak  imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan  bajunya yang  lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang  .
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada   tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku  tunggu  tepijalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau  sorang  jeboleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila.
Minah-minah  kilang  pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!  Salah  ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan  ke, minum  ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"
Suara Naim  sedikit  tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup  kau  susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim  cuma  tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung  tak  dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh!  Minumlah!  rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas  berisi teh  sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah  hidup  Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!"
Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik
ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"
 Mereka berbual  hingga  larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa.  Ketika matanya terasa  berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum.  Terus  Raiz tertidur.
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita  tunggu  dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari  tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat  ibunya  berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain.  Berpakaian  cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah  takde  rumah nak balik?" jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah  ni?Raiz  memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut  kering!  Hanya daun-daun kering yangbertaburan! Di tepinya terpacak batu  nisan! Raiz  melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu  nisan,ada  dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur  siapa kau  tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu  nisan.  Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz  terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak  ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari  pertama  menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah  dia. Ada  pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak  ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan   pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang  raya.Kalau betul  bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk  apakah yang  Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia  teringatkan  kata-kata arwah malam tadi.
"Kau dah balik ni, selalu-selalu la  jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan  kau  dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama  kita  berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta  Raiz  kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan.  Kalimah-kalimah  ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan  aku!  semoga kau tenang dan aman di sana !
moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar..Akakakakaa

2 comments:
huwaaaa.. touching nye story.. ramai je kawan2 yang lama dah tak bertukar kabar.. huhuhu..
huhuhuh sebak .. x der kawan yg boleh dijadikan teman sejati .. kalau ada 1000 hanya 1 .. :(
Post a Comment