Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

MEF bantah amah diberi cuti sehari, simpan pasport

MEF bantah amah diberi cuti sehari, simpan pasport
Oleh Faiza Zainudin dan Khairunnisa Kamarudin
bhnews@bharian.com.my
2010/05/20

Peraturan, mekanisme lebih komprehensif wujud situasi menang-menang

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) membantah keputusan mewajibkan cuti sehari seminggu kepada pembantu rumah warga Indonesia serta membenarkan mereka menyimpan pasport kerana ia boleh menyebabkan majikan menanggung risiko tinggi, termasuk pembantu rumah melarikan diri.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan, berkata peraturan itu perlu dikaji semula dan digantikan dengan mekanisme yang lebih komprehensif kerana ia membuka peluang kepada pembantu rumah menimbulkan pelbagai masalah.


Antaranya, mereka terbabit dalam aktiviti tidak bermoral yang akhirnya menyebabkan pembantu rumah perempuan mengandung dan implikasinya ditanggung majikan sudah mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan khidmat mereka.


“Kita tak tahu apa yang mereka buat di luar, jika itu berlaku (mengandung) bagaimana hendak tangani. Mungkin mereka akan dihantar pulang dan ada yang berani kata majikan yang lakukan. Bila keluar dengan pasport, tiada jaminan mereka pulang. Akibatnya, majikan menghadapi masalah kerana sudah membayar RM7,000 hingga RM8,000 untuk mendapatkan pembantu rumah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau diminta mengulas hasil Rundingan Tahunan Ketujuh antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono kelmarin yang bersetuju membenarkan pembantu rumah menyimpan pasport dan mewajibkan majikan memberi cuti sehari dalam seminggu kepada pembantu rumah warga Indonesia.


Sebagai alternatif, Shamsuddin menyarankan pihak berkuasa seperti polis dan imigresen terdekat dengan lokasi majikan menyimpan pasport pembantu rumah.

Beliau juga mencadangkan tempoh jaminan pembantu rumah dengan agensi pengambilan dengan majikan dilanjutkan daripada enam bulan kepada dua tahun bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak.


Selain itu, penalti RM250 yang dikenakan kepada majikan jika pembantu rumah melarikan diri dihapuskan, manakala levi tahunan yang dibayar majikan dipulangkan jika pembantu rumah melarikan diri dalam tempoh kurang setahun.


Sebagai alternatif, Shamsuddin menyarankan pihak berkuasa seperti polis dan imigresen terdekat dengan lokasi majikan menyimpan pasport pembantu rumah.

Beliau juga mencadangkan tempoh jaminan pembantu rumah dengan agensi pengambilan dengan majikan dilanjutkan daripada enam bulan kepada dua tahun bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak.
Selain itu, penalti RM250 yang dikenakan kepada majikan jika pembantu rumah melarikan diri dihapuskan, manakala levi tahunan yang dibayar majikan dipulangkan jika pembantu rumah melarikan diri dalam tempoh kurang setahun.

“Mengikut prosedur sekarang, majikan dikenakan penalti jika pembantu rumah lari. Ini tidak munasabah kerana mana ada majikan yang mahu mereka lari,” katanya.

Shamsuddin juga berkata, peraturan itu akan menjejaskan produktiviti dan meningkatkan perbelanjaan majikan kerana pasangan suami isteri yang bekerja perlu melakukan kerja rumah ketika pembantu rumah bercuti, menjadikan mereka terpaksa sepanjang minggu tanpa rehat sehingga menjejaskan produktiviti apabila datang bekerja semula.

“Jika pembantu rumah tidak tahu hendak ke mana dan mahu bekerja pada hari cuti, majikan pula terpaksa membayar kira-kira 15 peratus gaji tambahan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yakin kerajaan dapat berunding dengan Kerajaan Indonesia berhubung perkara itu dengan mengambil kira bantahan pelbagai pihak sama ada secara individu atau persatuan.

“Ini boleh dirunding sebab kita sebagai negara penerima, tidak semestinya terima apa saja yang Indonesia mahu. Kita boleh kurangkan permintaan mereka,” katanya.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa), Alwi Bavutty, pula berkata kerajaan perlu mengkaji semula hak majikan yang kini seolah-olah diabaikan apabila membenarkan pembantu rumah memegang pasport sendiri.

“Kerajaan perlu kaji balik sebab majikan ada hak. Jika dilaksanakan, majikan seolah-olah tidak boleh kawal pembantu rumah mereka. Pasport hanya untuk perjalanan ke luar negara dan tidak perlu disimpan pembantu rumah. Memadai jika mereka memegang kad pekerja asing,” katanya



Yaa..sue pun tak sokong cadangan nak diberi cuti sehari dan bagi simpan pasport sendiri...Besar risiko nya..Huuu..cukup la pengalaman pahit yg sue tengok sendiri macam mana kerenah buruk dia orang ni ( maid kak long sue ). Keja dia orang bukan susah mana pun..Duduk rumah, keja bukan banyak mana pun..rehat ja yg banyaknya...Eiii..tak mo ceritalah..nanti buat sakit hati ja bila ingat balik perangai dia orang ni..Susah nak dapat maid yg betul2 baik dan ikhlas datang sini nak carik rezeki halal...Yg banyak buat hal adalah...belambak... Kita layan diorang macam familly..tapi akhirnya dia pijak kita balik...


No comments:

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...