Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Spaghetti tuna





Kadang- kadang naik tepu tak tau nak sediakan bekal apa untuk pergi kerja. Bila kau dah mula semangat dengan misi 'sihat ' dan niat berjimat cermat dengan cara membawa  bekal idea pulak tak ada. Dah lah kau memang jenis yang bukan rajin nau berlama- lama di dapur sekarang ni 😜

Makanya sila lah rajin- rajin husya bekal  kawan-kawan yang jenis rajin tu. Idea ni daripada dapo jaja
tapi biasalah, bab menderhaka memang wajib 😜 Nah..letak resepi simple ni versi mokcik pula. Kita namakannyaaaaa

-SPAGHETTI TUNA SEMPOI-

Spaghetti
Bawang putih cincang
Minyak zaitun
Tuna  in olive oil ayam brand
Brokoli
Bunga kubis
Lada putih/ hitam
Sos ikan
Dry oregano

Tumis saja bawang putih dengan sedikit minyak zaitun. Masukkan tuna..tumis sekejap dan taburkan lada putih/ hitam.
Masukkan sayuran..tumis sekejap dan masukkan spaghetti.. Perasakan dengan sos ikan dan last sekali tabur sikit dry oregano.
Korang boleh lah adjust sikit- sikit ikut sedap rasa. For mokcik ni sedap dah.. dan sukatan boleh adjust sendiri. Biasa lah, masak main agak-agak saja bajet terar di dapur gitu. Hehehehe


Ada la perubahan sikit rupa bekalnya. Kalau tak hari- hari sayur brokoli dengan telur sahaja.
Kalau nak tengok ropa bekal mokcik meh la jadi kawan di IG nun 😁✌️



Homemade Almond Milk




Lama dah teringin nak buat sendiri almond milk ni tapi tu lah alasan yang sama..kederat dan kerajinan tu belum datang. Cuti Thaipusam tadi rajin kan diri juga buat untuk digunakan bagi buat puding chia seed. Di bawah ni  letakkan resepi sebagai rujukan. Tu sukatan yang cheq buat. Nak lagi best, u all boleh ja husya kat Pinterest tu...bersepah resepinya 😉

1/2 cwn badam mentah
1 1/2 cwn air
1 tbs essen vanilla
1 biji kurma
Sedikit garam- tak letak pun tak pa

Rendam dulu almond semalaman atau 6-8 jam. Kemudian cuci bersih dan bland kan semua bahan sampai air bertukar jadi susu. Tapiskan dengan penapis teh/ kain nipis. Simpan perahan air dalam botol. Siap 😁
*Sebab almond ni tak dimasak, makanya sila lah gunakan air mineral or air masak ya.



Nah! Ni hasil puding chia seed yang sedap dipandang dan opkos sedap juga ditekak 😁✌️

Pasttt... pasai pa tah rajin nau update nih. Hehehe..okey semua n3 ni adalah menu throwback gitu. Untuk update terkini semua buh dalam instagram 😉

Pancake Oat Pisang



Assalamualaikum.
Tenggelam timbul ha. Sesekali bukak, kena lah update sesuatu kan. Menu throwback gitu.
Nah..share resepi sihat. Tahun 2017, tahun untuk  jaga kesihatan gitu.






PANCAKE OAT PISANG

1 biji pisang (agak besar saiznya)
1 biji telur
1 sdb oat
1 sdk chia seed
1/2 sdb madu
Secubit garam

Lenyek pisang gunakan garfu saja. Pecahkan telur. Masukkan secubit garam dan madu. Gaul rata dan kemudian masukkan oat.
Panaskan non stick pan. Nak letak minyak zaitun/ butter pun boleh. Masukkan adunan dan tunggu hingga masak.
Hidangkan bersama madu dan bush- buahan.

* adunan ni dapat menghasilkan 2 keping pancake bersaiz besar.




Hummus




ASSALAMUALAIKUM
N3 pertama di bulan November. 
Rindu nak update tapi kesibukan dan kemalasan melanda.
Pejam celik pejam celik..November sudah ya.
Tuan blog makin matang (tua) tapi blog ni tak juga matang- matang kot.
Balik- balik muncul untuk update bulan saja " just say Hi" Hehehe (^__^)

Baiklah..untuk menampaknya N3 ini berfaedah..makanya nah..dikongsikan hasil air tangan yang tidak seberapa mana pun. Benda dah basi pun, tapi saja- saja letak sini untuk rujukan sendiri.

Resepi ambil dari blog Kak Hana. Tapi tak ikut sangat pun..gunakan apa bahan yang ada sahaja. Adjust sikit-sikit supaya sedap ditekak rasanya.



HUMMUS
Resepi asal: Blog Kak Hana

Bahan-bahan
  • 2 tin kacang kuda (chickpeas - 400g setin) - Anggaran 2 cawan. Buat sendiri. Rebus dan tambahkan garam siap-siap.
  • 1 sudu besar tahina (sesame seed paste)- Tak letak 
  • jus dari 1/2 biji lemon
  • sedikit minyak zaitun - sue guna agak banyak juga
  • serbuk paprika untuk hiasan- tak letak
  • seulas kecil bawang putih disagat halus - Sue guna 2 ulas (sebab kecik)
  • sedikit air - sebab guna blander kan
  • 1 sdt  lada putih/ hitam - Sue tambah
Cara-cara
  1. Buangkan air kacang kuda, cuma simpan sedikit sahaja untuk memudahkan kacang di blend. Simpan juga sedikit kacang kuda untuk hiasan.
  2. Masukkan kacang kuda, tahina, jus lemon, bawang putih, dan air dari kacang kuda tadi kedalam bekas. Gunakan hand blender untuk kisar kacang sehingga halus.
  3. Untuk menghidang, masukkan hummus kedalam mangkuk. Letakkan sedikit kacang kuda yang tidak dikisar ditengahnya. Tuangkan sedikit minyak zaitun keatasnya. Taburkan serbuk paprika sekeliling mangkuk sebagai hiasan.
  4. Boleh dimakan dengan roti pita. Selalunya jeruk buah zaitun, hirisan sweet onion, hirisan tomato, dan hirisan cili hijau (memang pedas cili ni) akan dihidangkan sebagai sampingan untuk hummus.
  5. NOTA: Untuk yang tak jumpa tahina/tahini tu, saya pun tak sure apa substitute dia. Saya pernah buat tak letak tahina, ok jugak rasa dia cuma texture hummus tu tak begitu smooth.
*nak buat tahina - blend bijan sangrai + minyak zaitun sampai jd mcm kerisik.






*NOTA SUE- Semua bahan bubuh saja dalam blander. Kejap- kejap kacau dan jika agak padat, bubuh air sedikit. Kisar hingga agak halus. Bila hidangkan curahkan sikit minyak zaitun dipermukaan hummus.




Tak ada roti pita..sedap juga makan dengan brokoli dan carrot rebus/ kukus gitu.





Hello Oktober

 
 
ASSALAMUALAIKUM
 
Pejam celik pejam celik
Oktober sudah.
Cepat sangat masa berlalu
September pergi..dan
sempat ke melewati November nanti...atau
habis ke melalui Oktober ini??
 
 
 

Bubur Kacang Merah




ASSALAMUALAIKUM.


Bila terasa nak makan bubuq kacang tapi kacangnya yilek 😣 maka otak kau mula ligat memikirkan apa gantinya ✌ Silalah geledah dapur anda ya 😒 Tu pun kalau kau yang jenis ada beli barang dapur..walaupun bukan semalam tapi mungkin dua tiga bulan lepas punya belian 😙😙 Hahaha...Dannn...Nah ini lah hasil geledahnya 😝😝 Apa yang nampak kelakar di situ?? Kah3 tepuk dahi sendiri 😂 Dah macam duduk oversea nun 😝 Daun pandan ku kering 😂😂😂 Cium- cium..masih okeh! Masih ada bau pandan lagi 😂😂😂 Nampaknya kat rumah ni bukan saja yang dalam pasu mati kering..dalam esbox pun kering juga. Hahaha 😂 😂 Ni dua minggu lepas punya daun kot 😝 masa buat serawa durian untuk office hubby.

Eihh!! Panjang pulak ceritanya.. Gamba next hasil kejadiannya 😊✌




Nah ni hasil kejadiannya. Alhamdulillah sedap.. Yerkk 😝😝 terpuji diri sendiri pulak 😜😜 Hahaha.. Haishh!! Tergelap la pulak rupanya.. Kalau tak mahu gelap macam tu, gunakan lah gula biasa ya ✌

SWEET PANCAKE (Hotteok)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sudah lama teringin nak buat Hotteok ni,
Cuma sebab kemalasan tu menebal sangat, makanya asyik la tak jadi saja.

Kalau nak diikutkan, bukan lah susah mana pun.

Bahan- bahannya semua mudah dapat dan senang sangat buatnya.

Ni semua Maangchi punya pasal..Ekekeke..
Kalau nak tengok japanese foof punya resepi sue suka cari video Maangchi ni.

Selain daripada dia tunjukkan cara, keletah pot pet pot pet dia tu yang buat agak terhibur la. 

Okeh!..Nah sue share kat sini resepinya. Nah tengok lebih ok boleh pergi je taip kat youtube " sweet pancake" atau boleh pergi ke laman web maangchi.com. Macam- macam resepi ada dekat sana (^_^)



SWEET PANCAKE (HOTTEOK)

2 cup all purpose flour
1 cup warm water
2 tbs white sugar
2 ts dry yeast
1/2 ts salt
1 tbs vegetable oil







Direction.
*Make hotteok dough:

- Place lukewarm water into a mixing bowl.
- Add white sugar, yeast, salt, vegetable oil and stir it well
- Add all purpose flour and mix it with arice scoop or by hand.
- Let the dough rise. It should sit with the lid close at room temperature     for 1 hour.
- After an hour the dough will rise to double its size. Knead it to remove      the gas bubble in the dough.
- Let it rise for another 10-20 minutes.
 
 


























*Makes filling (for 8 hetteok):
- Mix 1/2 cup brown sugar, 1 ts cinnamon powder and 2 tbs chopped walnuts in a bowl.
  **tip: you could use mozzarella cheese for stuffing. Invent own fillings with your favorite    
       ingredients.



 

Let' makes hotteok;
1. Knead the dough again to remove the gas bubbles.
2. Place and spread about 1/2 cup flour on cutting board.
3. Put the dough on your cutting board and knead it. Make it into a lump and cut it into 8 equal- sized
    ball.
4. Take 1 dough ball, flatten it, put some filling in the center of the dough and then seal it to make a
     ball.
5. Repeat this 8 times to make 8 stuffed ball.
     *tip: Use some flour from the cutting board to prevent your finger from sticking to the dough.
6. Heat up your non-stick pan over medium heat and add some vegetable oil.
7. Place 1 ball on the pan and let it cook for 30 seconds.
8. When the bottom of the dough ball is light golden brown, turn it over and press the dough with a
    spatula to make a thin and wide circle (about the size of a CD).
9 Let it cook about 1 minute untuil the bottom is golden brown.
10. Turn it over again and turn down the heat very low
11. Place tle lid on the pan and cook 1 more minute. the brown sugar filling mixture will be melted to syrup.

Serve hot!



Separuh sue gunakan kacang merah dalam  tin tu untuk inti. Kes dasar pemalas nak buat inti kacang sendiri kan. Ambil 1/2 cawan kacang tu dan tapiskan buang airnya. Kemudian hancurkan dengan garfu atau bland kering saja. Siap.




 Yummeh!!..Puas hati dah dapat buat. Next dah target nak cuba lagi resepi dia..Egg Bread ( Gyeran-ppang) (^_^). Mohon lebih rajin lah hendaknya lepas ni. Kalau mood malas datang memang tangguh lama la baru buat. Ngek!!

September ku datang


ASSALAMUALAIKUM W.BT


Pejam celik pejam celik.. tau tau saja sudah bulan September
Cepat sangat rasanya masa berlalu
Hari berganti hari..Bulan berganti bulan..Tahun berganti tahun.
Kalau diizinkan Allah akan bertambah lagi la umur kita.
Apakah esok masih sihat tubuh badan ini?
Apakah esok mampu lagi melihat?
Apakah esok mampu lagi mendengar?
Apakah esok mampu lagi bergerak?
Apakah esok masih ada lagi orang- orang tersayang disisi?
Apakah esok masih boleh celik lagi mata ni?
Apa- apa sahaja kemungkinan bakal berlaku.
Tiada siapa pun mampu menahan.
Apa- apa pun syukur alhamdulillah masih boleh bernafas dan menikmati keindahan ciptaanNya hari ni.

Sekian..Catatan insan kerdil yang kadang- kadar lalai. 
Salam Jumaat .



ROTI GORENG KETAM CHEESE

ASSALAMUALIKUM.
Good morning (^_^)
Kita update menu breakfast dah habis a,k,a basi gitu
Nah resepinya:
.
.
.
.



ROTI GORENG KETAM CHEESE
Sumber :Instagram ibh_sue

BAHAN- BAHANNYA:
Roto keping- lenyek siap-siap
Crab stick - rebus sekejap
Cheddar cheese
Lada putih
Telur 

CARA- CARANYA:
Ambil roti dan letakkkan cheese di tengah- tengah,
Letakkan crab stick dan kemudian taburkan sedikit lada putih
Gulung kan roti dan ketepikan dahulu.
Pukul telur bersama secubit garam.
Panaskan kuali dengan minyak sederhana banyaknya.
Celupkan roti yang digulung tadi dalam bancuhan telur.
Gorengkan dengan api sederhana.
Siap.




 SELAMAT BERSARAPAN (^__^)

SKII Part 1

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Bila usia makin meningkat ni..nak tak nak terpaksa juga memilih dan menggunakan produk kecantikan untuk touch up apa yang kurang dan patut.
Sue ni bukanlah jenis orang yang suka/ rajin sangat nak jaga muka ni.
Tapi bila dah terperasan yang mula tumbuh bintik-bintik seakan jeragat makanya kena juga lah rajinkan diri untuk bahagi sikit masa belek- belek muka sendiri.

Nah! Ini sue share produk yang sue guna sekarang. Memang agak mahal la. Tapi sue mula- mula guna dulu just guna set yang trial saja. Tapi walaupun trial pack, jimat juga, Boleh la bertahan dalam dua tiga bulan macam tu. 

Mula- mula dulu sue beli set yang ada Facial Treatment Gantle Cleanser, Essence, Facial Treatment Clear Lotion, Steampower Rich Cream, Cellumination Deep Surge dan RNA Power. Siap ada free gift lagi. Dapatlah Anti aging mask ..Suka sangat la kan. Benda free.. Hehehe
Semuanya dalam pack trial ya..Jangan pulak ingat pack besar. Tak mampu cheq oii..Hehehe

Kemudian terjebak pula dengan lipstik dan foundation. Foundation dia best ya..Sesuai ler untuk orang yang tak reti or tak suka mekap ni. Ringan saja teksture nya. Sue pakai ni saja..Bedak? Memang jarangggggg ler. Mana sempat ja . Dasar pemalas macam ni la. 


Kemudian terbeli pula LXP Essense ni. Essence ni sue guna waktu malam ja.

Okeh! Hari ni kita cerita pasal LXP Essence ni saja dulu.'Mesti ada yang nak tahu apa beza Eseence yang biasa tu dengan LXP ni kan.


LXP vs NORMAL ESSENCE
1- LXP contains 8X more concentrated pitera compared to normal essence
2- Clinical studies; LXP essence - As fast as 3 days and Normal essence - 14 days
Dan yang ke 3,,Opkos la LXP ni harganya lagi mahal dari normal essence. 



Tapi memang tak mampu nak beli sebotol besar terus. Makanya setakat ni hanya mampu beli yang 30ml punya saja..Harga lebih kurang RM139 gitu.. Tapi bukan direct beli di kaunter ya. Sebab harga dikaunter mahal sikit dari agen.
Dan yang best dengan 30ml ni tahan untuk 4 bulan ya. Kalau ada normal essence..Siang gunakan normal essence dan malam baru gunakan LXP essence.

Okeh! Tu saja perkongsian untuk kali ni. Next kita cerita yang lain pula ya. Daaa

SALAM KEMERDEKAAN

Pic kredit to Google

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Selamat pagi (^_^).
Alhamdulillah..celik mata hari ni masih lagi boleh bernafas.
masih diberikan kesihatan yang baik hari ni..
Masih boleh menyedut udara yang segar pagi ni tanpa asap jerebu.
Picture credit to Google

Syukur alhamdulillah, hujan semalam dapat mengurangkan bau asap jerebu..Harapnya hari ni cuaca baik lah sampai kepetang. (^_^)

Cuti satu hari..banyak urusan kena diselesaikan hari ni. 
Macam lipas kudung sikit pagi ni menyiapkan sarapan.

Nah..Menu sarapan pagi ni. Nasi lemak and the geng (^_^)
Alhamdulillah..berselera boss makan ..Hehehehe.. Kalau dak tadi kita sarapan karipop saja lah ya. Tu pun karipop frozen sajok. Hehehe



Okeh lah..Daaa..selamat bercuti ya.(^_^)

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...