Kadang- kadang naik tepu tak tau nak sediakan bekal apa untuk pergi kerja. Bila kau dah mula semangat dengan misi 'sihat ' dan niat berjimat cermat dengan cara membawa bekal idea pulak tak ada. Dah lah kau memang jenis yang bukan rajin nau berlama- lama di dapur sekarang ni π
Makanya sila lah rajin- rajin husya bekal kawan-kawan yang jenis rajin tu. Idea ni daripada dapo jaja
tapi biasalah, bab menderhaka memang wajib π Nah..letak resepi simple ni versi mokcik pula. Kita namakannyaaaaa
-SPAGHETTI TUNA SEMPOI-
Spaghetti
Bawang putih cincang
Minyak zaitun
Tuna in olive oil ayam brand
Brokoli
Bunga kubis
Lada putih/ hitam
Sos ikan
Dry oregano
Tumis saja bawang putih dengan sedikit minyak zaitun. Masukkan tuna..tumis sekejap dan taburkan lada putih/ hitam.
Masukkan sayuran..tumis sekejap dan masukkan spaghetti.. Perasakan dengan sos ikan dan last sekali tabur sikit dry oregano.
Korang boleh lah adjust sikit- sikit ikut sedap rasa. For mokcik ni sedap dah.. dan sukatan boleh adjust sendiri. Biasa lah, masak main agak-agak saja bajet terar di dapur gitu. Hehehehe
Kalau nak tengok ropa bekal mokcik meh la jadi kawan di IG nun π✌️
4 comments:
hi, saya datang singgah follow sini :)
salam kenal :)
Salam kenal intan saffyna π Terima kasih singgah blog yg sendu ni. Hehehe
dah lama x jenguk blog..ni baru sempat ke rumah blog kak sue..ingat mia lagi?
blog mia..https://mia-zara-ina.blogspot.my/
Post a Comment