Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Cucuq Nangka


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, subuh tadi hujan turun membasahi bumi. So, pagi ni terasa segar sangat. Hari ni kami nak balik kampung lagi. Kebetulan esok hb nak pergi kenduri kahwin kawan dia.
Macam biasa, sue akan sediakan sikit makanan yang kami boleh buat kudap- kudapan dalam perjalanan tu nanti. Hehehee. . Bunyi macam jauh sangat ja kampung tu. Hari ni balik Sg. Besar ya. Kampung sue.  Ngeeeee.
Ok!. Sue just buat cucuq simple ja. Adunan yg macam ni akan menghasilkan cucuq yg rangup n liat2 lembut di dalam. »»»»» alasan. . Padahal malas nak membancuh. Kikkiiii.
CUCUQ NANGKA. (resepi agak2 saja ya)
Bahan-bahan.
3 cawan tepung, 2 cawan isi nangka (disiat2- lg byk lg sedap), secubit garam dan air.
Cara- cara.
Gaul semua bahan. Goreng. Siap!
Ok! Jemput sarapan ya. Oh ya! Bukan ni saja tau menu pagi ni. Tu kat dapo tu, tengah tanak pulut dan gandingannya ikan wadi or senang kira ikan pekasam. Emmmmm. . Yummmy. Daaaa. . Semuaaa. .
Published with Blogger-droid v2.0.6

Gadjet baru


Taraaaaaa. . . Gadjet baru. Erk! Gadjet ke? New mesin (idak la baru pun) masuk rumah ni. Hope x jd gajah putih la. Walaupun antik tp gn karen ya u all. Heeeee. . 
Mesin sedia ada ble simpan la bg dia rehat. Yg ni harus dilenjan pula. Kurang2 kalo x gn tuk menjahit. Kita gn tuk buat eksesise kaki ya kawan2 ngeeeee.  
Dah! Nak cita tu ja. Mata x mo lelap pulak ni. Sambil blogwalking, sambil jeling2 mesin ni. Tu yg terupdate tu. X pa la, sue abadikan dia dalam blog. . Kurang2 tua nnti tau yg sue pernah ada mesin antik dlm romah ni. Kot2 la time tu anak2 dah lempaq pi kuar rumah benda ni. Ngeeeee. . Heee merapu dah tuuuu. Ok! Dah. . Gud nite all. :)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tahniah utk Otai2 GMM




Assalamualaikum. Salam pagi2 jumaat.
Semangat betul, tercelik mata kui 2 pg terus bkk fb. Hehehe. . Hampeh ja kan, bknnyanakterus solat tahajut ka.
Ni penangan tido awal la ni. Dah terjaga awal. Hb pun sama, tp dia lain la. Tido awal sbb nak layan bola rupanya. Makanya, dipagi yg hening ni. . Idak la i dapat tido balik dgn lena. Bergema bunyi prit sana prit sini. . org duk sorak2. Huhuhuuu, .bertabah la. Dah laki hantu bola, mcm ni la lagunya.
Ok! Teruja jg nak share gambo ni. ( copy from wall Kak Nor, Norsha n Norasikin ).
Tahniah utk diaorg. Suka sgt bila tgk gambo dia org duk poding dalam majalah AROMA n Wanita.
Tahniah again untuk Kak Nor, Noorsha, Kak Yatie and Kak Ct and jg pada lain2 yg masuk mag ya. Lepas ni tggu pula kemunculan Ros lagi. ( dia tgh bz tu pilih gambo best2 nak share..kan ros kan..kan..). Heeee
Bangga tau jd kawan u all sume. Thanks, jg to u all yg sentiasa berkongsi hasil masakan. Tau tak, u all la penguat minat sue nak bereksperimen di dapo ni.
Hidup GMM! Ceh!. . Gila ja kan. Sue pulak over semangat pg2 ni. Heeeee. . .
Last! TAHNIAH semuaaa. . Love u all.
(passtt!!! Mcm mn nak susun gambo elok2 ya klu gn blogger droid ni.  X bp berkenan la nak update blog letak gambo. X ble nak susun gambo elok2)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Roti sosej goreng


Assalamulaikum. Morning semua.
Meh bfast sama2 dgn sue. Ni yg simple2 saja. Yg berat sgt pun ada. Sbb hari ni plan nak balik kg sekejap. Maka over sikit masak. Heeee. .
Roti sosej goreng sue yg simple. X payah resepi lah. Semua terer buat kan. Pejam mata ja bleh buat kan.
»»»»»» sebenarnya malas nak taip. Huhuhuuuu.
Ok! Jemput semua. Sue nak sambung buat kerja2 rumah lagi. X da istilah nak bermalas2an ya hari ni :))
Published with Blogger-droid v2.0.6

Just merapu

Diet ka ni? Korang layan ja la menu kami malam ni. Mlm ni sue agak rajin nak masak berat tuk hb.

Pejam mata ja la. Takut nak fikir kalorinya. Demi mu cik hb. . Istrimu ni masak juga sedap2 malam ni. Dua mlm dah i jamu mkn rojak sengkuang n meggie ja kan. Hihihiiiiih

Yee Mee goreng pedas + Nugget ayam tempura bako dlm oven ja.
Dannn. . Untuk itu, sue juga sama2 berjemaah makan mee tu Huhuuuuu. .

Ok! Tu saja. Mau cuci tandas (budjet mau bako kalori). Ngeeeee

Published with Blogger-droid v2.0.6

Agar-agar Coklat Lapis Horliks And Oreo


ASSALAMUALAIKUM.
Salam rabu semua. Rabu dah ha..cepat betul masa berlalu ya. Sue pu lam tak   masuk sini update apa-apa. Cerita sebenarnya banyak, tapi idea nak mengolahnya tu yang tak kuar manjang.

Ok!..Terus ja lah cerita pasal tajuk N3 atas nun ya. Ni projek dah lepas ya. So..maksudnya dah jadi baja. Ter rajin nak melapis..Tapi tak rajin nak melapis kek, maka  melapis la jelly pun jadi lah. Hee.. Kalau rasa ada yang nak resepi juga boleh la gunakan resepi AlongRos ya..Lebih kurang ja tu..Cuba sue dah menderhakannya Heee... Alongggg..sowiiii...
 Klik SINI or klik Rrumah AlongRos ya. 


Alhamdulillah..sedap juga..Ingatkan gandingan coklat dengan horliks tu tak ok. Tapi sedap juga rupanya...lagi la sedap bila ditambah Oreo..Sue buat lapisan bawah Horliks tengah-tengah coklat and lapisan atas Horliks ditabur Biskut Oreo. Dapat 3 lapis ja...sebab loyangnya pun rendah saja. Tak pa lain kali kita buat lapis banyak-banyak ya...(^_^)
Apa yang pasti Biskut Oreo ni  kan, buat la apa pun..hasilnya tetap sedap. Kan..kan..



Lain kali kita buat gandingan lain pulak ya. Gandingan ceklat DAIM kot..hehehhee.....Puding or Agar-agar DAIM..Peh!..dah siap letak tu..Menjadik ke tidak tak tau la ya..Tu sue main sebut ja tu..Belum buat lagi tau...Hahahahaa...


Tetiba rasa mcm tak best. Apahal tetiba fb sue ni mobile ya. Padahal bkk direct guna IE tu, bkn gn aplikasi fb kat tab ni. Dah jd mcm x best ja. Sbb mobile ni paparan dia x best pd sue. Nak tag pun ssh. Huuuu. . Mcm mana niiii. . :(  Miss my laptop. Huuuuu

Published with Blogger-droid v2.0.6

Heavenly Milo & Oreo Jelly (Agar-Agar Milo Lapis Oreo)

ASSALAMUALAIKUM
Lama tak bersiaran dan agak jarang juga blogwalking sekarang ni. Rindu dengan u all semua. Heee.
Ok..tak mo menceceh panjang-panjang. Ni projek malam tadi. Sampai ja rumah, terus masuk dapur. Sepanjang jalan teringat-ingatkan agar-agar Along ni. Dari hari tu lagi nak buat, tapi tak terbuat-buat juga..
Kat rumah ni, kalau agar-agar or puding ni, memang laju ja. Lagi la kalau makan sejuk-sejuk, nyaman ja.

Akceli..sue main taram ja bahan-bahannya. Sebab kebetulan petang semalam tenet sangat la sengal. Tak boleh bukak. Main ingat-ingat ja apa bahan-bahannya. Yang pasti tentu-tentu kena ada Milo n Oreo kan..Heeee. Alhamdulillah, betul kata Along, memang sedap. (^_^).

Ok!.. Ni sue letak juga resepinya kot ada sapa-sapa yang tersesat masuk sini, tetiba teringin pulak tengok agar-agar ni kan. Boleh la try buat kan. Senang jaa....Ngeeee.



Heavenly Milo & Oreo Jelly (Agar-Agar Milo Lapis Oreo)
Sumber: Alongros @HomeRekreation

BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar) - sue guna yg tali tu
750ml Air
160g Gula - sue guna susu pekat n gula sikit
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis



CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.

b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Limau bali berbuah Kundur

Cak!..Assalamualaikum.

Tetiba pulak kuar tajuk Limau bali dan kundur kan. Heeee..
Tu tajuk merapu ja tu. Tapi hari ni, meh kita ambik tahu sikit kebaikan kundur ni.

Di malaysia ni ada dua jenis kundur rupanya, Kundur Cina dan kundur jawa (wah!..glamer orang cina dan jawa ya).
Antara info lain pasal buah ni:
- Buah kundur didapati mengandungi 97% air dan sedikit garam galian serta vitamin, kanji, alkaloid
   jenis cucurbitine, resin asid, protien jenis myosin dan vitellin, seta gula.
- Dari segi kesihatan buah ini didapati mempunyai ciri menyejukkan badan.
-  Juga sesuai di makan untuk menghilangkan dahaga dan perangsang buang air kecil.
- Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai ubat untuk merangsang buang
   air kecil dan air besar, penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit
   buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limfa.
- Abu biji kundur digunakan untuk mengubat penyakit gonorea manakala abu kulit buah untuk
   penyakit luka.
- Masyarakat Filipina memasak buah kundur segar untuk dijadikan sirup dan ubat bagi masalah
   pernafasan dan paru-paru. Air kundur juga didapati sebagai bahan cuci mata yang merah dan
   bengkak.

Ok lah..Lain2 info boleh google ya. Semua info ni sue baca kat SINI. Tq, pada tuan blog untuk info ni. Kalau tak baca ni tadi, tak tau pun yang buah kundur tu banyak khasiatnya.
Bukan apa, biasanya..buah kundur ni terbuang macam tu saja. Selain dari dibuat halwa and dijadikan lauk..Lain-lain tu, tak tahu nak buat apa lagi.


Nah!..Layannn..Ni la dia POKOK LIMAU BALI BERBUAH KUNDUR..kikikii Pic ambik masa balik  kampung hari tu. Pokok kundur ni kan merayap...so, ada yang merayap panjat pokok limau, pokok mata kucing dan macam-macam pokok lah.  Saja snap..kunon-kunon majik la..Kikikii..hancus kalau anak-anak yang memang tak pernah tengok or tau, macam mana pokok kundur tu, kompem percaya yang buah kundur tu berbuah macam ni..Nun duduk atas pokok..Ngeeee Jangan marah ya..Nak tau pi google macam mana rupa kundur ya..Heee



Betu- betul sedap

Assalamualaikum. Salam jumaat semua. (^_^)


Lama dah x makan putu bambu yg sedap ni. Kebetulan tadi keluar jap dgn hb pi bank. Nak pi makan tak sempat. Boleh kelupaan pula yg hari ni jumaat. Heeee. . Semayang jumaat ya.


Ajak hb bawa lalu depan gerai jual putu ni. Nasib bukak, x ler kempunan. Sue borong 4 sekali. 3 tuk sue 1 tuk hb.


Pd sue, ni putu paling sedap stakat ni. Sue boleh makan 4 ketui tu sorang2 sekali hadap. . Heeeee. .


Harga pun ok la, 4 ketui RM 2.50. Murah la tu, panas2 lagi. Lupa pulak nak snap gambo gerai dia td.


Dah! Nak ngap makan ni. Bismillah. . Jemput makan ya. :))


Published with Blogger-droid v2.0.4

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...