Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Tambah serat kurang berat

Sharing is caring kan...So pada sesiapa yg tak baca metro lg..baca nih ya...


ADA pelbagai cara digunakan untuk menurunkan berat badan. Antara cara yang mudah dilakukan adalah menambah serat dalam sajian makanan.

Pelbagai kajian mendapati makanan berserat tinggi bukan saja membantu mengurangkan risiko barah, serangan sakit jantung dan tekanan darah tinggi, malah ia membuatkan kita kenyang dan membantu untuk mengurangkan kalori yang diambil setiap hari.

Cuma, ramai yang berfikir kita perlu menjamah bijirin yang rasanya mungkin tidak sesedap mana bagi mengikut saranan pengambilan 30 gram serat setiap hari. Selain oat dan bijirin penuh yang kaya dengan kandungan serat, serat juga boleh dijamah dalam pelbagai jenis makanan.


Ada beberapa cara mudah untuk menambah serat dalam makanan. Antara cara berkenaan termasuk:


- Hiris halus bawang dan bawang putih. Satu pertiga cawan campuran bawang berkenaan boleh ditambah ketika menyediakan telur hancur. Menerusi jumlah terbabit, ia akan menambah kira-kira satu gram serat.

- Kisar sebiji oren untuk dinikmati di waktu pagi untuk menambah pengambilan serat. - Gunakan mentega sapuan berserat misalnya badam untuk disapu pada roti. Dua sudu besar mentega kekacang itu menambah dua gram serat.


- Selepas menikmati kopi, jika ingin terus menikmati minuman panas, gantikan dengan coklat panas. Kebanyakan campuran koko segera mempunyai sebanyak tiga gram serat secawan.


- Bagi yang menggemari jagung, bertih jagung juga mempunyai serat. Oleh itu, jika teringin mengunyah, pilihan bertih jagung lebih baik daripada kerepek kentang. Pilihan lain yang banyak serat adalah jagung manis.


- Ketika memasak sup kegemaran, campurkan setengah cawan kacang kuda. Bahan ini menyerap rasa sup dan menyediakan kira-kira enam gram serat.


- Sayuran disarankan iaitu campuran brokoli, kubis bunga dan lobak merah, menyediakan tiga hingga lima gram serat setiap sajian. Jumlah itu adalah kira-kira dua kali ganda lebih banyak berbanding kandungan serat sayuran terbabit yang dimakan mentah.


- Untuk penggemar coklat, pilihan menarik adalah coklat yang disediakan dengan tambahan ramuan kekacang.


- Apabila menikmati ais krim, tambahkan ia dengan beberapa jenis buah-buahan segar seperti rasberi, strawberi, beri biru atau pisang yang banyak kandungan serat.


- Pes tomato juga banyak serat dan ia boleh dipelbagai dalam pelbagai jenis masakan.


Sumber : Metro

No comments:

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...