Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Murtabak Maggi

 
Assalamualaikum. Hari ni sementara tunggu hb ajak balik, kita update blog dulu. Gambar- gambar semua dah simpan dalam draft..Tinggal tunggu mood rajin ja nak menaip. Ni menu dah basi ya..Saja ja letak juga kat blog kasi panas..(^_^).
Martabak Maggi.. Resepi campak-campak saja. Sesuai untuk yang pesen pemalas macam tuan belog ni..Hehehhe.. 
 
MURTABAK MAGGI
Resepi: Dari dapur Suemiezi
 
Bahan- bahannya
Sebungkus Maggi (rebus dgn perencah) ambik mee saja.
3 biji telur
1 biji cili merah
1/4 batang salery 
3 kuntum cendawan (cincang ya)
1/2 biji bawang besar (hiris)
Garam,
lada secukup rasa.
 
Cara- caranya
Campur semua bahan. Masak dalam kuali non stick or gunakan waffer pan. Makan dengan mayonis dan sos cili..
 

Puding roti bakar

ASSALAMUALAIKUM....
Bersiaran lagi setelah sekian lama menyepi.. Semalam rasanya nampak Aiza buat puding..lepas tu scroll2 instagram Syapex..ternampak juga puding roti ni... Memang tak boleh jadi.. Kena juga buat... Guna resepi Kak Hana..Memang terbaik..Manisnya cukup-cukup ja. Sesuai dengan tekak i.. Okeh!..Meh tengok resepi..

RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
Sumber: Kak Hana

Bahan-bahan
  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula 
Cara-cara

  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

 

Omelette mix vegi


Assalamualaikum..

First N3 di tahun baru... Sebelum tu tak terlambat rasanya nak wish SELAMAT TAHUN BARU 2014 buat semua pengunjung.. terima kasih pada penggunjung yang mungkin ter singgah masuk ke sini..Tak ada apa pun yang menarik dekat blog ni..

tapi tak sangka juga walau pun sendu ja blog ni, ada juga pengunjung yang singgah rupanya. terima kasih pada u all yang singgah sini...

Okeh! Tak ada benda nak update pun. Just nak share simple resepi saja.Diet katanya kan...susah betul nak memikirkan menu yang sihat simple dan mengenyangkan. So..kita buat omelette ja lah...
Alhamdulillah..kenyang.. (^_^)

OMELLETE MIX VEGI
Resepi: Dapur Suemiezi
 
Bahan- bahannya:
2 biji telur
1/2 cawan mix vegi
1/2 biji bawang besar- potong halus
2 sudu olive oil
Black paper
Garam secukup rasa
Dry oregano

Cara-caranya:
Kocak kan telur dengan secubit garam dalam mangkuk..(kalau boleh kocak kan lama sikit )

Tumiskan bawang besar dengan dua sudu olive oil ..Bila bawang dah mula naik bau, masukkan mix vegi..taburkan black paper . Kacau sehingga mix vegi agak lembut ( sue suka sayurnya rangup..so tumis sekejap saja)

Kemudian..curahkan telur yang telah dikocak tadi ke atas mix vegi. Tutup permukaan kuali dengan tutup periuk bagi mempercepatkan omellete masak keseluruhan.. Bila omellet separuh masak, taburkan dry oregano... Tutup semula tudung periuk dan tggu sehingga masak..

Pancakes

Assalamualaikum...
Salam hujung minggu...Update resepi simple...Pancake..Simple and yummey.Ni ja pun bahannya yang ada kalau nak update N3 pun..Hahaha..makin lama makin malas nak update apa- apa.. Akceli gambar dah simpan dalam draft..Tapi tak sempat juga nak post.. So..memandangkan hujung minggu kan..Baru lah sempat update sikit- sikit...
 
Resepi memang selalu guna yang Cik Mat punya ni..Hasilnya memang tak pernah mengecewakan...
Tengok saja la teksturnya..Cantik kan..
 
 
Okeh!..Meh tengok resepinya ni.. Resepi dari CMG tu ya...
 
 
PANCAKE
BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Buah2an segar pilihan anda (mat guna strawberry, blueberry dan isi orange)
Madu atau maple syrup

CARA MEMBUATNYA :
 
  1. Dalam satu bekas, masukkan telur, susu, gula dan garam. Kacau rata dengan whisk. Tambah tepung yang diayak tadi, gaul rata. Tambah esen vanilla dan mentega cair. Kacau hingga semua sebati. Rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, kecil kan api pada tahap minima. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu dengan kitchen paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak masak). Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah pan tadi. Biar ia rata dengan sendiri.
  3. Tutup pan dengan tudung periuk. Bila permukaan pancake nampak berlubang2 dan kering, terbalikkan dan masak sekejap hingga keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Lenser sedikit minyak setiap kali membuat pancake baru.
  4. Hidangkan bersama buah2 segar pilihan anda dan paipkan sedikit madu atau maple syrup dan kalau suka boleh letak sedikit mentega. Menghasilkan 9 - 10 keping pancake.....Selamat mencuba!!... 

Dayre

Assalamualaikum..Salam Jumaat u all..
Lama betul tak jenguk sini..Tak merapu..Tak menceceh..Tak letak gambo makanan..
Sapa ada Dayre..Meh nak follow..Heee.
Tak mo ketinggalan juga tu.
 
Okeh!... Nak cerita tu ja..K bai.. :)
 
 
 

LONTONG GORENG PERASA RENDANG

ASSALAMUALAIKUM.
Lontong goreng biasa sangat dah dengar kan.. Pada sue masaknya simple saja..Kiraa..apa saja bahan boleh digunakan mengikut citarasa masing- masing.
Yang ni sue letakkan rendang sekali...kasi lagi ummpp gitu. Akceli ni adalah lontong goreng yang sue buat masa raya puasa hari tu. Gambar dah letak dalam draft..tapi tak sempat nak up saja... Makin malas dan dah mula senduu gitu nak berblog...

Okeh lah!.. Hari ni up N3 lontong dulu..Warm up gitu... (^_^)



LONTONG GORENG PERASA RENDANG
Resepi:Sue@suemiezi

Bahan- bahan
*3 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar -hiris
5 biji cili merah - hiris
1 cawan hirisan daging ayam goreng
3 sdb rendang ayam (yg dah dihancurkan)
Garam secukup rasa
1 ketul ketupat nasi nona (potong kiub)
Minyak untuk menumis
Bawang goreng

Cara-caranya.
Tumiskan bahan yang bertanda * sehingga layu dan masukkan hirisan cili dan ayam goreng.
Masukkan ketupat nona dan rendang ayam
Perasakan dengan garam dan gaulkan hingga sebati.
Siap. Hidangkan dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng.

Salam Aidiladha

Hang lupa dunia na (^_~)

Bila duduk di kampung. Lupa semuanya. Tinggal semua urusan-urusan kerja. Hati ingat nak rilek - rilek ja. Syok makan- makan..jalan-jalan....kosongkan fikiran. Tenangkan hati..amati keindahan ciptaan Tuhan. Bahagianya hidup kan.
Tapi tu lah..sampai masa kena juga kembali ke alam realiti. (^_^)

DSBS (Daging sekilo bawang sekilo)


Assalamualaikum.

Nampaknya hari ni baru ada mood nak update n3.. Update menu hari raya lepas..N3 dah basi. Tapi nak letak juga..senang nak rujuk resepi nanti. Resepi ni sangat sesuai untuk orang yang nak menu sedap tapi mudah membuatnya. 

Kebetulan raya tadi memang betul- betul sue sorang saja yang kena masak dan buat persiapan raya di kampung hb. Jenuh juga nak menyiapkan macam- macam menu sorang diri. Dan.. Alhamdulillah dapat idea nak masak ni bila Kak Amie up kat facebook. Kannn...Tu la untungnya zaman sekarang ni.. Duduk dapo pun bawak gadjet tau.. Resepi dihujung jari ja... Kikikiii ( tu i lerr). So..Tak ada istilah tak tahu masak ya..Cuma kalau malas ja..Tu memang tak boleh nak buat apa.. Heee (^_^).

Oklah!.. Sue letak resepi di sini untuk rujukan.

DAGING SEKILO BAWANG SEKILO
Sumber: Kak Amie @ Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging (potong kecil-kecil)
500ml  santan cair
250ml santan pekat
1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
15 biji lada merah (potong nipis-nipis)
7 biji bawang putih (tumbuk)
3cm halia (tumbuk)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu.
4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
5. Kemudian masukkan 500ml santan cair dan perlahankan api. Tutup kuali.
6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula. Gunakan api perlahan.
7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah terbit minyak
8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit.
 

Mango Casablanca

 

Assalamualaikum..
Update cepat- cepat sementara sempat dan sementara tengah rajin ni. Hehehe..
Update resepi Mango Casablanca Kak Amie yang sedang meletop kat opis ni... I berjaya bawa virus ni ya..Hehehee Ada yang dah cuba dan juga sangat berpuas hati. Tumpang kembang vontot juga bila tak habis- habis orang duk puji- puji kesedapan Mango Casablanca yang sue bawa. Ngeee (^__^)

Bos siap makan berulang-ulang lagi.. Dah jadi macam calon masterchef pula bila masing- masing duk bagi komen...

Oklah..Meh kita semak resepinya ya. Sue copy span sini untuk rujukan dimasa akan datang. Thank's Kak Amie untuk perkongsian resepi yang sedap ni..(^__^)




MANGO CASABLANCA
Sumber: Kak Amie@Amie;s Little Kitchen

Bahan-Bahan:

27 keping biskut cream crakers
1 kg mangga masak ranum- kupas kulit dan hiris nipis
250 g Philadelphia Cream Cheese
2 tin (300g setiap 1 tin) Nestle Cream
300ml Sweeted Cream - boleh gunakan sukatan sendiri utk rasa manis
susu cair - pilihan (Amie tidak gunakan) - Sue letak sikit
Bekas persegi ukuran 12'X12'


Cara:
1. Pukul Philadelphia Cream Cheese, Nestle Cream dan Sweeted Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3 biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3 biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk dan potong untuk dinikmati


 

~ Sekiranya anda mencampurkan susu cair, hasil Mango Casablanca akan lebih lembut, lembik dan tidak boleh dipotong, dan hanya boleh disenduk untuk dihidangkan. Selamat mencuba bagi yang berminat. Yang sudah biasa buat, minta tolong tegur mana yang salah ye~
 

Dialog bosan laki bini

Keboringan. .  Kematu muntut naik keta.
Somi tetiba pandang istri.

Somi: Hang mcm.org kampong no
Istri: Tau x pa.

Dalam hati (kuanq ajaq la tu. Perli la tu.  Mmg la org kg pun.Nangisss)

Istri: Hidup merantau. X terurus la.
Somi: Ho..la kan.

Motip!!! :p

KL-Sg. Besar-Perlis-Kedah-Penang-Sg. Besar-Kelantan-Terengganu-Kuantan-KL.

Kesimpulan: Kami byk beraya atas jalan ja tahun ni.

Sekian! Ngeeee

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...