Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Kek Coklat

Assalamualaikum..



Aci tak?..Tak mo tulis apa-apa lagi..Letak gambo ja dulu..Kikikiii..Kek Ceklat yang buat minggu lepas kalau tak silap. Simpan dulu..tunggu masa nak kuar n3..Skali, hari ni..kuar gambo saja..n3 nya ala2 kadar saja...Resepi..sue update kendian..Ngeeee


Ok!..Tu ja..Nak kuar dulu...Nak sambung keja ni..Kendian sue letak resepi ya...Heheheh..macam la ada yang nak sangat masuk sini kan..Ngeeee :P

 

Puding

Assalamualaikum.

Update gambo ja ya. Buat cuci mata dihujung minggu. Ni puding segera NONA perasa tembikai susu.

Peberet sue. . Puding ni kena ada kat rumah ni. Agak2 nak makan cepat, ni la penyelamatnya. Simple n cepat. Cuma sue tetap ubah sikit2 ja untuk menepati citarasa anak tekak.


Ok u all. . Jemput makan. Time panas2 ni sedap makan puding yg dah disejukkan. Ok! SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kuih Bakar Kentang


ASSALAMUALAIKUM.
Selamat pagi isnin semua. Erk!..ada ka orang cakap macam tu ya..Ngeeee.
Key lah..tak mo tulis panjang-panjang. Nanti mengarut ja banyaknya. Tengah rajin nak blogwalking ni..Makanya sempatkan juga update n3.



Ni projek petang semalam. Kunun semalam nak rehat-rehat ja. Goyang kaki bermalas-malasan sampai ke petang sebab pagi-pagi lagi dah siapkan bekfast berat tuk cik hb. Dia pi kerja ja..sue pun rilek la..Apa lagi kan..heee. Sambil-sambil tu rayau-rayau jamu mata. Alih-alih terguda la plak dengan Kuih Bakar Kentang ni masa duk skodeng rumah Kak Yatie. Rebus kentang dulu...dalam kepala dah set..Ni kalau tak jadi buat pun boleh buat puding kentang karemel ja nanti. Pun senang juga..sebab bland jer semua bahan dia kan. Last-last dekat kui 7..tak ble jadi..Nak juga rasa Kuih Bakar Kentang. Maka on projek dekat-dekat maghrib..kui. ku kui...

Dah!..Kan dah kata..Panjang juga tu. Ok!..meh semak resepinya ya. Sue copy bulat-bulat ya Kak Yatie. Mintak halal. Love you kak..Muahhhh!!!!..(^_^)


KUIH BAKAR KENTANG
Sumber : Kak Yatie@Yatiememories

Bahan-bahan.
  • 1 cwn kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn santan (nak kisar dgn daun pandan pun boleh)
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn gula
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi
  • 4 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna hijau dan sedikit pes pandan
  • sedikit bijan
  • 2 sb minyak utk sapu pd loyang -guna butter pun boleh
Cara-cara.
  1. Kentang di rebus hingga empuk, toskan dan dilecek.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Sementara itu panaskan oven 180c.Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi guna api atas je utk garingkan bahagian atas.
  6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.

* Sue gunakan santan kotak dan pes pandan ja. So..hasilnya kurang la lemak dan wangi ya. Tak pa..lain kali ble buat lagi. Tang yang garing tu yang sedap. So, sue saja bakar lebih lama sikit. Bagi keraknya tu banyak sikit..Heee. Ok..Selamat menjamu mata semua..(^_^)


Salam hujung minggu

Assalamualaikum.

Dah macam malas dah sekarang ni nak update. Masuk just jenguk2 nak refresh balik resepi ja.

Hari ni satu hari bermalas2 an. Sedap betul la ya. Hihiii. . Kat luar tu hari dah mula gelap. Tanda2 hujan nak turun.

Meh kita bancuh air teh makan dengan sekut kering. Duk depan sliding tunggu hujan turun ya.


Sambil2 tu, meh jamu mata dengan pokok bunga akar dani sue ni yang dah mula berbunga. Heeee. . X sabo tunggu dia berbunga banyak.


Key semua. Selamat berhujung minggu. (^_^)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Pengat Keledek


ASSALAMUALAIKUM.
Sekarang ni dah tak rajin update..Kalo update pun just nak letak food ja. Hadoiii..lama-lama blog ni dah jadi macam blog masakan pulak..kui..kui..kui..
Eish!..Merapu ja..tu yang maleh tu..Asal nak update ja..mesti jam..jam tu juga idea terus tak ada. tak tau nak tulis apa. merapu ja lebih.

Ok!..Ni aktiviti sabtu tadi..Ingat tak berasap la dapo sebab tengahari tu cik hb pujuk teman dia pi kenduri rumah bos dia kat Teluk Panglima Garang..Emm..dengan terpaksa rela ..pi juga la.. Dah tau dah..kalau pi kompem kena makan nasi sedap-sedap..:p. Tapi kannn..dalam pada kunun riso makan banyak kat kenduri...sebelum sampai rumah boss hb tu..Boleh plak singgah makan nasi ayam panggang tempayan dulu..Ngeh!..ngeh!....Haruu ja. Tapi tak apa la..boleh tunjuk skit kat orang yang sue ni diet la kunun, sebab makan sikit ja..Wahahahahaa..padahal..dah kenyang melantak nasi ayam dulu..Eh!..merapu jauh dah ni.

Meh kita jamu mata terus la ya dengan pengat keledek ni. Yummmy...memang lama dah nak makan ni. Balik kenduri tu..dalam perjalanan, duk husya kot-kot ada orang jual keledek ka..ubi ka..keladi ka..Tapi..keciwa..nan ado rupanya. Makanya, suh cik hb singgah kedai kat rumah ja..kot-kot ada apa-apa yang boleh digunakan untuk buat pengat. Syukur..ada juga ubi keledek. Senyum sampai ketelinga lah ya..Ngeeee..macam jakun ja bunyik nya ya..hehehehe

Lepas siap tu, verangan pulak kalau ada scone kan sedap. Sebab sebelum ni sue pernah beli scone and makan dengan bubur kacang yang sejuk..Sedap tau..sedap pada tekak sue la. Tekak orang lain tak tau la. Tapi time tu, tak sempat nak godek resepi scone kat tenet. makanya try ja buat sekut resepi Chef Michael Smith..Tertengok chef Chef Michael Smith ni buat dalam segment Chef at home..Tapi bleh plak cari-cari balik kertas yang sue salin resepinya tu ntah kat mana. dah terbuang kot..Hadoii..haru..tapi nasib la ingat-ingat skit. try la buat... Tapiiii kan..sue tak mo la update resepinya dulu..sebab rasa macam tak menjadi ja..Yang sue punya dah macam sekut betui ha..Tapi yang dia punya, sue tengok hasilnya lain sikit. Heeee...nanti kena menuntu dulu dengan dia kot, baru menjadi..ngeee. Laaaa..dah makin merapu panjang ni.. :p

Ok!..balik pada pengat ya, sapa nak resepi,... sue sharekan resepi dari dapo kak Yatie ni ya. Lebih kurang ja resepinya pun. Kak yatie..sue copy bolat-bolat ya..Tenkieu..lab u..(^_^)


PENGAT KELADI

Bahan- Bahan
  • 1 ketul keladi sederhana besar - sue guna keledek
  • 1 cawan bubur cha cha - sue letak biji sagu
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 3 helai daun pandan- di simpulkan
Cara Menyediakannya.
  1. Keladi di bersihkan, potong dadu besar, rebus sehingga empuk dan toskan.
  2. Dlm periuk lain, rebus bubur cha2 sehingga empuk, dah siap, lalukan kat air dan toskan.
  3. Masak gula melaka dan gula pasir bersama 1 cwn santan cair, tapiskan.
  4. Satukan keladi dan bubur cha2 yg telah di rebus ke dlm periuk.
  5. Masukkan santan cair selebihnya ke dlm periuk dan tambahkan daun pandan yg di simpul.
  6. Masukkan pula air gula tadi. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.
  7. Biarkan mendidih sambil di kacau rata. Setelah siap, tutupkan api dan bolehlah di hidangkan.


Cantik pulak bila tengok pinggan mangkuk colour ijo ni...Saja kasi posing pinggan mangkuk plastik ni..Lepas ni simpan balik..Ntah jaman bila nak kuar balik..Tunggu wat kemping2 lagi la baru kuar balik ya... Dah macam main pondok-pondok lak..guna pinggan pelastik ni..kui..kui.kui... (^_^)


Vegetable Fritters.....Wish Anniversary

ASSALAMUALAIKUM..
Selamat petang semua.(^_^)...Duk opis lama-lama ni, teringat pulak kalau makan cucuq kan sedap..heeee. Manjang makan ya sue.. :P... 

Kalau dah namanya hantu cucuq@cekodok.  Kompem bleh terguda dengan Love punya Vege Fritters ni.. Tapi jangan mimpi la ya..Ni dah tak da..dah jadi baja dah pun..kikikiii... Tak sama, tapi lebih kurang ja macam love punya... Nak resepi ka?.. Love..sue copy ja lah love punya resepi bulat-bulat ya..Heeee


VEGETABLE FRITTERS
Sumber : Love@Love2cook Malaysia

Ingredients :~

  • 1 cup shredded cabbage ( I used Beijing cabbage ) - sue tak bubuh sbb x da ..
  • 1 cup shredded carrot
  • 1 onion ~ chopped
  • few curry leaves ~ chopped ( x letak jg)
  • 1 green chilli ~ chopped (optional) - letak cili merah
  • 1 1/2 cups plain flour
  • 1 tsp baking powder
  • salt to taste
  • sufficient water
  • oil for frying
 Method :~
  • In a bowl, mix together plain flour, baking powder and salt.
  • Then add water gradually and stir. The batter should not be too watery.
  • Mix in the shredded cabbage, carrot, onion and curry leaves. Stir evenly.
  • Heat oil over medium flame. Spoon the batter into oil and deep fry until cooked or they turn golden brown.
  • Dish out on a paper towel. Serve! :)
Pstt!!..sue tambah isi udang dalam tu juga..So, lagi la tambah yummy cucuq sue..Ngeeee...Dah tak vege sangat la tu kan..heeee... Apa-apapun..Thanks Love sebab bagi idea untuk sue buat cucuq macam ni juga...(^_^)


Oh ya!..Tak habis lagi.. Dikesempatan ni juga sue nak
wish Happy Anniversary pada Nieza, tuan punya blog Our Journey Begins yang duk kan Finland tu.Sue pun baru ja kenal Nieza ni..tu pun sebab hobi masak-masak la yang buat teraksiden jumpa di alam maya ni..Heeee.. Apa-apa pun .....thank's for being my friends...(^_^)...

HAPPY ANNIVERSARY NIEZA

Semoga perkenalan di alam maya ni akan berkekalan. Cantik gambo bunga tulip ni..Hadoii..boleh verangan ja la ya dikelilingi bunga-bunga tulip yang cantik..huhuhuhuhuu


Roti Gula

ASSALAMUALAIKUM.
Gigih juga nak update. Padahal bukan ada benda pun nak cerita..Ngeeee..
Kepala tak berapa betul hari ni.. Sambil-sambil layan pala yang x berapa ok, sambil ngap makan sekut roti gula ni. Haiii!..macam mana tak comei sue oii..Ngeeeee

Ni bekal tuk hari ni...Hari-hari kena bawa bekal pi office. Jemu dah makan biskut creaker..hari ni bawa biskut roti gula..homemade ok!...


HOMEMADE ROTI GULA

Bahan-bahan
- Roti keping 
- Butter/ Magerin
- Gula

Cara-cara

Sapukan roti dengan margerin pada kedua-dua belah.
Potong roti kepada 4 bahagian ( tak potong pun tak apa)
Susun atas dulang pembakar
Taburkan gula atas roti - terpulang nak letak banyak mana.

* Semalam sue panaskan oven pd suhu 180. Guna api atas bawah.


Dulu ni, ia-ia lah beli..Mahal juga tu. Tapi rupanya buat sendiri lagi jimat. Senang ya amat pulak tu. Pejam mata pun boleh buat ( ya ka?..cer try..Buleh ka ). 



 Jemput makan..cicah ayaq tea.. time hujan-hujan pun sedap..Kikikiiiiii...
 

Perihal Nescafe

ASSALAMUALAIKUM.
Hari ni tak da cerita pasal masak-masak ya. Sue tak masak hari ni. Hari ni pergi Office ya..Kerojeee.
Tapi nak cerita menda yang ada kait-kait dengan makanan juga >>>>> harus ko sue, makan manjangg..:P.


Ok!..Sapa suka minum nescafe?..Angkat tangan cepat..Heee..Akceli..sue bukan la penggemar Nescafe ya..Tapi lately ni saja tanpa sedar rupanya setiap hari sue akan minum nescafe...Tapi di office saja ya..kalau kat rumah tak pernah pun teringat or teringin nak minum nescafe..


Nescafe 3 in 1 ni ada macam-macam jenis ya. Sue lebih  suka minum yang jenis  ni saja..sebab dia tak keras sangat rasanya.



Tapi sekarang ni dah jadi terbiasa minum yang ni pulak..sebab yang ni saja ada kat office ni..




Tak berapa suka yang ni..Tapi dulu pernah teringin nak rasa yang ni..Sebab ada yang kata sedap..Pernah la beli sekali yang dah siap dalam tin tu..Tapi, sekali tu ja la jawabnya..Tak berapa kena dengan tekak sue ya..



Nih sebenarnya info yang sue nak  share...>>>>>>>>>; Nescafe 3in1 is about 110kcal.. Note! Secara tak sedar rupanya  110 kalori sue dah tentu-tentu masuk dalam badan ni...Heeee.

Ok!..stop dulu..Nak cerita sikit ja..tapi dah panjang pulak..Ngeee (^_^).
Selamat berhujung minggu semua...>>>>>>>>>>>>; mood sedihh..kena keja cuti-cuti ni..;P 

Note: picture credit to Cik Google and info dari Kevin zahri

Maggie Goreng

ASSALAMUALAIKUM.
Sekejap saja dah jumaat kan. salam jumaat semua. tapi tak pa la, esok sabtu pastu ahad..huuuu..i like it. Kepala ni dah bersusun macam-macam projek nak buat hujung minggu ni..Membaking pun sama..dah rasa macam lama sue tak membaking.. Ingat nak buat sekut lagi. Boleh juga buat kudap-kudapan kat office. :p.

Ok. hari ni just nak post pasal maggie ja sebenarnya. Mesti ada yang senyum kan..Alaa maggie pun nak post juga...Hadoii..harus la...blogger macam ni la... Ya ka?..ka sue ja yang jakun macam ni..heheheheee . Tak lah..sekurang-kurangnya..boleh juga jadi rujukan untuk masa akan datang (ceh! masak maggie pun ada yang nak rujuk jg ka..huuuu).

Ni menu dah basi pun..masak untuk menu malam rabu hari tu. Malas nak masak maggie yang macam biasa sue buat tu..kali ni buat stail Cik Ina punya meggie goreng pula. Peh!..tak sia-sia selongkar dapo Cik Ina. Walau pun sempoi..tapi sedap. Sue kan memang suka resepi-resepi yang sempoi-sempoi ni..Lagi pula ada peminat maggie kan kat rumah ni..makanya harus dipelbagaikan cara memasaknya. :P Ngeeeee
Ok!..meh kita semak resepinya ya. kalau nak yang bergambo, pi la masuk rumah Cik Ina ya. Siap ada gambo lagi..(^_^).


MAGGIE GORENG

Bahan-bahan

 1 biji bawang putih- cincang
2 biji bawang merah- hiris (sue tambah)
1/2 batang carrot dimayang sederhana
3 biji telur
2 tangkai daun bawang
secawan isi ayam/ udang/ sotong or apa2 saja
Cili besar - utk hiasan saja.
2 paket Maggie kari - dicelur hingga lembut , angkat cucurkan dibawah air paip sekejap , kemudian tuskan 
                                       guna tapis,akhir sekali gaulkan sekata ngan 1 paket  perencah kari.

Cara-cara

- Tumiskan bawang putih n bawang merah hingga layu dan naik bau ketepikan ditepi 
  kuali(campurkan minyak  tumisan ngan sedikit minyak bijan) >>>> tak letak minyak bijan ya
- Masukkan isi ayam , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
- Masukkan carrot , kacau sekejap sedikit empuk ketepikan ditepi kuali
- Pecahkan tiga biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya
- Masukkan mee segera tadi, kacau hingga sekata, guna api sederhana semasa mengacau 
   mee segera, akhir sekali titiskan 3-4 titik minyak bijan ( x letak).Kacau, masukkan daun 
   bawang, kacau sekejap, kemudian angkat 
  dan sedia dihidang.
Maggie goreng siap!..(^_^). Sorry Cik Ina..sue ubah skit.Heeee

Kejam ke macam ni?



Assalamualaikum.

Kejam ka ya.  Hehehee ni semua gara- gara sue letak gambo food kat pc sue. Masuk kali ni dah 3 kali bos duk tegur teliur tengok gambo wallpaper kat desktop sue ni. Siap dia suh sue buat, kalau jual pun dia nak beli. . Huhuhuuu. . .Hadoii. . Nampaknya kena buat n bg dia rasa la. Kejam kan buat org terliur. .  Kui kui kui. Tapi kalau tengok betul-betul la, tak terliur pun. :))

Biasa tu memang sue bawa pun pi office, cumanya. . Sue tak la bagi dia rasa. Segan la...lain la kalu time kami tgh makan tu dia dtg ka. . Kompem la sue bg rasa jg kan. .

Sue memang suka letak wallpaper food pun. Saja ja.. . Nak buat sumber inspirasi (erk! ada kaitan ka dgn keja *#**## sengal la ni. .  :p )

Ok! Nanti tuko picture lain ya.. . Hihihiii.  (^_^)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Bihun Sup Simple


Assalamualaikum.
Biasa la..n3 basi..tapi nak kongsi juga..Ni menu malam tadi.. Malam hokey..Dah!..Tak payah nak baca ulang2..memang malam tadi makan lewat sikit..
Semalam balik kerja terus ja balik rumah. Tak menyinggah mana-mana pun....walaupun pada mulanya ingat nak ajak cik hb pi Giant kejap. Cik hb tak sedap badan..tekak sakit. Ok lah!..Sedap la, boleh rehat-rehat tengok tb..hehehee.. Tanya dia, nak makan tak. Tak mo katanya, tapi just buatkan air kopi panas saja. Ok la..Sue hidangkan kopi panas and biskut  nestum kismis ( ada baki sikit ja lagi...). Laku juga sekut  ku..hehehehee. Tapi tak boleh blah betul..dia boleh pulak bunyi.." cuba buat kuih semprit ka, baru la abg makan". Loo SEMPRIT dimintaknya. Tengokkkk korang..ni tak kira raya dah ni..Kompem esok-esok sue membiskut lagi ni..kui..kui..kui.

Ok..balik pada menu di atas ya..Dah! sian pulak. tak kan hidang kopi dengan biskut ja kan. Sue pun reneh la sup ayam bodo-bodo ja. Tapi tu lah, kalau sup ayam semata..perut sue mungkin la kenyang kot. Tapi cik hb, kompem tak kenyang nanti. Makanya, sue celurkan bihun  buat sambal kicap and pegedil udang. Sorry ya..sue memang kalau masak sup main campak-campak ja semua. Apa bahan yang ada ja sue bubuh. Janji sedap ditekak..huhuhuu.


SUP AYAM SIMPLE ALA SUE


Bahan-bahan
Semangkuk daging ayam (buang kulit)
Air secukupnya
Halia
Bawang besar ( belah 6 )
Bawang putih (ketuk)
2 sudu serbuk bihun sup adabi
1 sudu perencah soto ADAMI
1/2 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
Lada putih - optional
Salery or Daun sup - masuk last sekali la ya

Cara-cara
Bubuh ja semua bahan tu dalam periuk. Siap.




Simple ja kan. Rasa-rasa nak masam-masam korang perahkan ja lemon or letak buah tomato. Terpulang la ya nak bubuh segala bagai sayur-sayuran dalam tu pun ok juga. Biasanya sue letak sekali lobak merah, bunga kubis n tomato. Tu sayur peberet sue..heeee. Tengok sup tu berminyak juga bila letak pegedil..sihat la sangat..kui.kui..kui...
Sebab tu sue masak sup kejap ja...main campak-campak ja apa yang ada...Ngeee..Layannn. Alhamdulillah..kenyang cik hb malam tadi..(^_~)

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...