Labels
Bengang
Welcome..welcome
Selamat berblog..Pasni rajin2 blogwalking ke sini ya..
Heeeheee...
.
.
..
.
.
.
.
.
Klik
Bingka @ Puding Cream Crakers
Ok!..layan resepi ja lah ya..Nak ajak makan pun..maap la..n3 basi dah..Paham2 ja la....
Bahan- Bahan
- 20 keping biskut cream crakers
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan air
- 5 biji telur
- 1 cawan gula
- sedekit esen vanila
- 2 sudu gula (untuk karemel)
- Panaskan pengukus.
- Rendam biskut dengan 1 tin susu cair dan 1/2 cawan air selama 10 minit @ hingga agak2 lembut.
- 2 sudu gula ditaburkan dalam loyang untuk buat keremal.
- Blendkan telur, 1 cawan gula dan esen vanila.
- Campurkan bahan yg sudah diblend dengan biskut tadi dan tuang dalam loyang yg berisi karemal tadi.
- Kukus selama 25 minit.
kalau nak makan dengan sos kastad pun ok gak..dengan ais krim atau pun cream coklat. Ikut selera masing2 la ya..Tapi bagi sue..makan macam tu pun dah ok dah..
Rawatlah hati
Sabarlah engkau..kuatlah engkau..
" HIDUP KITA MUNGKIN UNTUK HARI INI SAHAJA.
BANGUNKANLAH KEYAKINAN DIRI, BINA TEKAD YG KUAT DAN SEMANGAT YG KENTAL.
PERBAIKI KEHIDUPAN HARI INI UNTUK TERUS HIDUP SETAHUN LAGI.
SELAMAT TINGGAL MASA LUKA YG LALU.
TENGGELAMLAH SEPERTI TERBENAMNYA MATAHARI.
USAH BERSEDIH LAGI.
SELAMAT DATANG ESOK DAN MULAKAN HIDUP DENGAN HATI YANG LAPANG MENUJU BAHAGIA." ~ Dr. Robiah K. hamzah ~
~ Google~Motif gambo?..Biruuuu..tenang ja.....Ohhhh!!!..my fevorite colour..ngeeeee (^_^)
My Fair Lady
Huuu..maleh betul skang ni nak hapdet blog.
Macam ni la kalo penyakit M dah datang.
Oh!..skang tengah syok layan cita2 korea kan..
Tu pun penyebab gak tuh (alasannnnn..ekekkeke)
Ok!..CD dah diterima...Baru sampai tadi..Panas lagi. Tq Zel...pantas sekali servis ko ya..
Dalam pada tunggu hari tu..biz tetap jalan..hehhehee..
Sat lagi nak layan My Fair Lady....
Suka betul dgn pelakon2 cita korea ni..cumei2 ja muka diorg ni...Ohh!!!..mulalah nak berangan..Pok pala skit..heeeeAnakku Sazali meninggal dunia

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Artis veteran yang terkenal dengan watak Sazali ketika kecil dalam filem Anakku Sazali, Tony Castello, 60-an, meninggal dunia di Hospital Changi, Singapura, selepas waktu Zuhur, semalam, kerana menghidap barah paru-paru.
Menurut sahabat karib Allahyarham, Salleh Sam, 45, dia menghidap penyakit itu sejak beberapa tahun lalu dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di Jurong, pagi esok.
“Jenazah tidak boleh dikebumikan lebih awal kerana terpaksa menunggu kedatangan isteri dan saudara-maranya dari Filipina,” katanya. Tony atau nama Islamnya, Mohd Nor Abdullah berasal dari Filipina. Bagaimanapun dia, ibu bapa, adik-beradik serta isterinya memeluk Islam.
Bagaimanapun, jelas Salleh, dia tidak begitu tahu mengenai keluarga Allahyarham kerana dia sangat berahsia orangnya. “Dia seorang peramah tetapi tidak suka bercakap mengenai keluarganya. Namun, setahu saya dia tinggal di sini bersama anaknya, manakala isterinya menetap di Filipina,” katanya. Sementara itu Datin Rosnani Jamil (Mak Nani), yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam filem Anakku Sazali dan Masyarakat Pincang, berkata ketika dia berlakon dan menetap di Jalan Boon Teck, Singapura, Tony dan seorang lagi pelakon, Rahmat Ali suka datang ke rumahnya.
“Jika tiada kerja, mereka berdua suka melepak di rumah saya dan saya sudah menganggap mereka adik angkat saya. “Pada zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura, bapanya peniup trompet terkenal. Dalam filem Ibu yang membabitkan adegan Allahyarham Tan Sri P Ramlee meniup trompet, ia sebenarnya ditiup bapa Tony. “Ibunya pula guru tari di Jalan Ampas. Semua pelakon atau penari yang akan menari dalam filem, belajar menari dengannya. Tony sangat baik dan pernah serta selalu berangan-angan hendak jadi Elvis Presley. “Dia budak pandai. Selain berbakat dalam bidang lakonan dia juga boleh menyanyi dengan baik dan mewarisi kehandalan bapanya bermain trompet. Kali terakhir saya berjumpa Tony ketika dia dan Hashimah Yon datang pada pelancaran buku Pak Jamil (Datuk Jamil Sulung), Ogos lalu di Kuala Lumpur,” katanya.
Tambah Mak Nani, dia dapat tahu berita kematian Allahyarham lewat petang dan tidak sempat untuk melawat Allahyarham. “Pak Jamil tak sihat, jadi saya tidak boleh pergi begitu saja meninggalkannya tanpa jagaan sesiapa. Insya-Allah, apabila saya balik Singapura nanti, saya akan pergi menjenguk pusara dan kaum keluarganya yang masih ada di Singapura. “Walaupun dia saudara baru tetapi kalau diajak bercakap mengenai agama, dia memang bijak dan ilmu pengetahuannya sangat tinggi. Saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya. Menerusi keberkesanan lakonan Tony membawakan watak Sazali ketika kecil, dia menang Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-4, 1957 (Tokyo). Manakala P Ramlee mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.
Sumber:myMetro/14.12.2010
Kaki, tangan OKU dikerat
_________________________________________________________________
KUALA LUMPUR: Kejam apabila mayat seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) ditemui dengan kedua-dua kaki dan tangannya dikerat sebelum dibuang berasingan oleh pembunuhnya berhampiran sebuah tokong di Kilometer 2.3, Genting Highlands, petang semalam. 
DI SINI...tempat mayat dikerat ditemui.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, pembunuh remaja itu dipercayai cuba menghapuskan bukti dengan menyumbat anggota badan dan kepala mangsa dalam dua beg pakaian sebelum dibuang di lokasi berasingan ke dalam gaung.
Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar apabila dua pemburu haiwan eksotik yang mencari cicak menemui sebuah beg kecil dan terkejut apabila ternampak kaki terjuntai keluar dari beg berkenaan.
Pemburu berkenaan menghubungi polis selepas terkejut dengan penemuan anggota badan manusia itu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abd Rahman, berkata polis ke tempat kejadian dan menemui sebuah beg kecil berisi tangan kanan dan kaki kiri mangsa.
Selepas beberapa jam pencarian berhampiran kawasan gaung itu, polis menemui sebuah beg pakaian besar berisi mayat manusia.
Sebaik beg dibuka, polis menemui kepala dan badan mangsa yang dipercayai dibunuh tidak lebih dari 24 jam itu.
“Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam gaung itu, malah badan mangsa dalam beg itu masih lengkap berpakaian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Rosli berkata, pihaknya percaya remaja berkenaan OKU berdasarkan saiz kepalanya yang besar daripada badan serta tangan kanan agak kecil.
“Mangsa mempunyai tubuh badan yang agak gempal selain rambut kerinting. Usaha kini dijalankan untuk mencari tangan kiri dan kaki kanan mangsa,” katanya.
Menurutnya, tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa remaja perempuan.
“Kami masih menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa dirogol atau didera dengan kejam sebelum dibunuh.
“Anggota bahagian yang ditemui itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) Kuantan untuk bedah siasat,” katanya.
Rosli meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga menghubungi Asisten Superintendan Yusof Unis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222.
Tinjauan Harian Metro ke lokasi kejadian mendapati gaung itu curam dan kawasan itu dijadikan tempat berehat sebelum sampai ke puncak Genting Highlands.
Kes penemuan mayat dikerat
Sumber: myMetro/13.12.2010
Kena patuk ular
Hari ni baru berjaya menghadap belog...
4 hari cuti..balik kampung.
Balik sebab dapat panggilan kecemasan
MAK MASUK SPITAL KENA PATUK ULAR
Mau tak sentap dapat berita macam tu.
Ular apa yang patuk..jangan tanya..
Sebab sampai sekarang kami still tak tau ular apa yg patuk.
Nasib la masa tu..Kak Long dah balik kampung...
Kalau tak tak tau la macam mana nasib mak..
Alhamdulillah..sehari ja mak ditahan di wad..
Doktor benarkan mak pulang..setelah demam, bengkak gigitan surut dan keputusan darah ok.
Cuma doktor kata kalau mak rasa sakit badan lagi..hantar balik ke hospital.
Sabtu tadi..dia rasa sakit2 badan lagi..
Nak hantar ke spital...tapi seperti biasa..Mak mengeluarkan ayat2 powernya..
" Tak payah la..mak ok jer ni...Rehat2 kejap..ok la ni"
Loooo...ikut ja la...Tapi kalau dia nampak mcm tak larat sgt..kami paksa ja ker spital.
Itu lah perangai my mum..mmg tak suka sshkan anak2..dan tak mahu kami ni bimbang..
Huuuuuu...4 hari cuti duduk kampung rasa tak puas pun..
Kami semua berkumpul adik beradik...Lama tak berkumpul macam tu.
Kira..kejadian tu ada hikmahnya..
Semua anak2..cucu balik..Kecuali suami2 kami ja...Oh!..hanya husben kak long ja yg ada...
menantu yg lain..semua tak dapat balik...Hantor anak2 mak ja balik..
Ok la tu..bukan slalu kami dapat mengepit ngan mak kan...Kalau suami2 ada..kena layan diorang plak..hehheheee...Yang pasti..mak happy sgt..sbb semua anaknya berkumpul...
Hope mak kat kampung ok la hendaknya..Rasa rindu plak dengan suasana di kampung.huhuhuhuhu
Salam maal hijrah
Semoga tahun yang mendatang ini lebih cemerlang dari yang baru berlalu. Dan semoga Allah kurniakan kebahagian di dunia dan kebahagian di akhirat.
Esok cuti...
Esok..balik kampung..
hantar mak balik..Oooo..my mum ada kat sini..3 hari adik bawak mak pergi jalan ke Cameron Haighland..Seronok sungguh dia..mana taknya..rambang mata tengok bunga2an yg cantik dan segar.. Dan hasilnya...penuh keta dirembatnya beli bunga2 hidup...Untuk sue..dapat la 2 pasu bunga ros...Ntah apa la jadinya nanti..Kita tengok setakat mana bunga tu boleh bertahan..hehhehee..
Sup Ayam + Buncis goreng kicap
Amacam hujung minggu korang..seronok?...Hehehehe..sekejap ja..pejam, celik..pejam celik..dah hari ahad.
Sedo tak sedo dah tengahari..sekejap sangat masa berlalu rasanya..
Okey..layan menu simple sue tengahari ni...memandangkan tadi sarapan dah berat kan..So..tengahari ni sue just buat menu2 yg simple ja...
Sup Ayam campak2 ja..pakej untuk orang diet..Tak tumis2 pakai minyak...
Kacang buncis goreng kicap
And..last sekali..TEMPE GORENG..ini tempe adalah untuk tukang masak @ tuan belog...Orang rumah ni tak der gemornya nak makan tempe yg berkhasiat ni...
Sesekali layan tekak tukang masak, apa salahnya ya dak..
Jemput makan semua...
UDANG GALAH MASAK DIRAJA
Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...
-
BANGUNNNN!!!!!.... Payah betul nak kejut sahur...Ni la masalah yg selalu terjadi dibulan pose..kalau berbuka tu..senang plak..tak payah nak ...
-
**INI ADALAH N3 MELEKAT..N3 NI AKAN MELEKAT DISINI SEHINGGA HABIS GA NI YA.... UNTUK N3 TERKINI SILA SCROLL TERUS KE BAWAH YA...TERIMA KASIH...

