Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Nasi Goreng


Salam..Dah breakfast?.Fuuuu!!!..pagi ni nyaman sangat..Hujan awal pagi. Kalau sambung tido memang syok..Tapi kalo tukang masak tido..tak bekfest la oarang umah ni jawabnya.
Hehehehe..hari ni...sue masak nasi goreng lagi..Hari ni nasi goreng my stail..Cadangnya nak buat nasi lemak..Alih2 tengok..nasi malam tadi banyak lagi..So..nasi goreng ja lah jawabnya.


PETUA : Isteri-isteri sentiasa dara


Sue ada satu ilmu yg rasanya perlu dikongsi bersama... Info ni sue dapat daripada kengkawan fb. Sambil tu ia boleh jadikan rujukan nanti.. Sebab tu ia dimasukkan dalam n3 ini. Meh kita amalkan ya..ilmu yg baik harus dikongsi bersama..



PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya. Ingat pesanan Dr tu.



Moist Chocolate Cake

Ni projek malam ni..Buat makan2 sambil layan cerekarama. Hahahaha...i tak der loyang saiz 7X11 inci macam kak hana. So..tibai ja lah pakai loyang yg ada. Resepi sejibik copy Kak Hana, sebab nak buat saiz kecik ja. Malam dah..buat banyak2 kang tak habis pulak. Okey!..layan la ya..Moist Chocolate Cake sue yg tak moist pun tuh..Heee.. Resepi..tabikk hormat pada sifuu..
Kak!..sue copy resepi akak ya..Mintak halal.

Resepi ~ Kak Hana

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1sk baking soda - hana buh baking powder 1/2sk, soda 1/2sk
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan butter@ minyak masak - hana gune butter
  • 1/2 cawan buttermilk@ susu segar - hana gune susu perisa coklat
  • 1sk esen vanila
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/4 cawan susu pekat - resepi asal xda
Sebelum diletak toppingnya..


Cara-cara

  • Panaskan oven 300 degree F. Griskan loyang 7x11inci dengan butter.
  • Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
  • Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
  • Masukkan air panas dan esen vanila.
  • Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 30-35min atau sehingga kek masak. - Kak hana kukus..Sue follow resepi..bakar..
  • Sejukkan di atas redai dan tuang topping@ganache kegemaran.
Jemput makan..Sambil layan Cerekarama..Heeeee

Sup Ayam


Kunun nak diet..Buat sup ayam spesial..Tak tumis pun..semua bahan2 main rebus ja terus. Ayam pun pilih tang daging putih ja...Hampeh..tak da maknanya...Bleh plak gatal tangan ni pi masak bubur nasi skit. Sudahnya, ngadap bubur nasi buh sup ayam ni...2 mangkuk plak tu dihadap..Ops!..terpecah lobang sendirik lak...Heee...

Buncis Goreng Kicap


Layan menu yang simple dan sedap ( sedap pada tekak sue ler)..Ahaks!..Makan dengan nasi panas..Fuhhh!!!..sedap...

Bahan- bahan
- Kacang panjang or kacang buncis
- Bawang merah 2 biji -
- Bawang putih 2 biji
- Cili api 4 biji -cincang (bleh tambah ikut suka kalau mau pedas)
- Ikan bilis
- Kiub pati ikan bilis/ayam
- Kicap ( sue pakai kicap manis cap kipas udang)
- Secubit garam
- Cili besar ( untuk hiasan or dicampur sekali dalam tumisan pun boleh)

Cara- cara
- Goreng ikan bilis dulu.
- Bilis hampir2 masak..masukkan bawang merah + putih+cili api
- Masukkan kicap dan seterusnya kacang
- Bubuh sedikit kiub pati ikan bilis + garam (agak2 ler sendiri)
- Akhir sekali..hidangkan dan hias dengan cili besar yg dipotong.


Lemon + Air Lemon



Tengok!..Banyak tak banyak stok lemon dalam esbox..
Haaahahaha..punyalah..asal pi tesco beli..pi jusco pun beli...Alih2..Hari ni bila peksa esbox..Mak aii banyaknya stok lemon lagi rupanya..Tu yang muat2 buh dalam bakul ja tu..yang tak masuk dalam tu pun ada lagi tu..Hehehhehe...Sue memang suka minum air lemon...Untuk detox pun sue minum lemon gak..tapi dah sebulan dua ni sue jarang dah amalkan minum air suam + perahan lemon pagi2..Tu yg melambak stok lemon tu..Masak pun kurang dah kan...Tu salah satu faktor kenapa stok lemon menimbun..
Tak pa la..meh kita layan minum air lemon...Cuaca panas..segar ja bila minum lemon ais...Tapi kalo pepagi elok ler minum air lemon suam...



Cucur Mayonis


Morning kekawan!

Eh! silap terspeking omputeh lak..heee..Salam semua.

Pagi ni layan ja la cucur@ cekodok mayonis + nasi goreng black paper. Maklum la..enjin lambat skit nak warm up...Coti2 baru semua periuk kuali nak berkhidmat..Klau dak manjang ja rehat...Tuan belog gantung koali...


Jemput makan semua..Heeee





Komputer riba Apple paling nipis



CUPERTINO, California - Syarikat komputer Apple Inc. memperkenalkan dua komputer riba MacBook Air yang nipis kelmarin.

Salah satu komputer riba itu mempunyai skrin seluas 33.8 sentimeter (sm) manakala yang kedua mempunyai skrin 29.4sm.

Komputer MacBook yang lebih besar itu senipis 1.73 sentimeter dan seberat 1.3 kilogram (kg) manakala baterinya tahan selama tujuh jam.

Satu lagi model komputer riba itu seberat 2.2kg dan baterinya tahan selama lima jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs berkata semasa melancarkan: "Kami bertanya kepada diri sendiri, apa akan berlaku jika MacBook dan iPad digabungkan? Maka inilah hasilnya."

iPad ialah komputer tablet keluaran Apple.

Komputer MacBook Air tidak boleh membaca cakera padat (CD) atau cakera padat digital (DVD).

Ia hanya menggunakan memori flash seperti iPhone.

Komputer Macbook Air dijual pada harga bermula AS$999 (RM3,103) dengan storan memori 64 gigabit.

Pada harga AS$1,199 (RM3,725) ia dilengkapi dengan memori 128 gigabit.

Komputer Macbook yang lebih besar ditawarkan pada harga AS$1,299 (RM4,035) dengan kapasiti 128 gigabit atau $1,599 (RM4,968) bersama storan 256 gigabit. - Agensi


Ada yg berminat tak?...Heeeee



Mood pg ni


Mood pagi ni adalah..SANGAT MENGANTUK woooo..
Kul 4.30 baru bleh tido..Ntah apa jadah..mata segar bugar semalam...


Siap kemas dapur bagai...Baca majalah..berfb( boring..3 org ja yg wujud lg time2 tu)..siap berladang lagi tu...


Kul 5.30 dah bangun..Siap awal tu hari ni.

Dan..saat ini alangkah bestnya kalau dapat TIDOOOOO..huuuuuu
MImpiii...indahhhhh....


Eiiii..geraammmnyaa


Aii..ni rasanya niat nak tukar lappy makin kuat ni. Malam tadi dia buat hal lagi..tengah2 syok berfb..layan video kat youtube dengan cik hb..tetiba dia padam..Skrin jadi gelap balik. Aik!..rosak balik ka. Masuk ni..kira dah 3 kali rosak weehhh...Ni yg hangin ni...Tak kan la brand ni tak ok kot. Rasanya..kalau nak kata i guna semaksimumnya..idak la jugak..i guna kejap2 ja tau sekarang ni. Tu nasib i blum install sofware edius lagi..ingat nak la edit2 video skit..Dah kong dia...
Nasib la Acer ada..so tak la jiwa i meruntum sangat tak bleh blogger.


i idamkan ini you...Cik hb..adakah boleh ditunaikan impian isterimu ini..ekekekkekee...Botak laki i macam ni...Heeee
.
.
.
.
.pluss yg ini bulehh!!!!! Kira pakej laaa....blink..blink...heeee





Hai la BB

Malam ni BB sangat la laju...Aii..adakah dia sudah berubah?..Kalau tak dah dekat 5 hari dia slow nak mampus..Macam siput..siput sedut pun kalau yg masih hidup tu.. lagi laju dia memanjat dinding ( eiiii..geli bila diingat). Malam ni..siap boleh berladang lagi..Bukak laman web sampai bersusun....Ok ja...Heeeeeee

Oooo..adakah kerana dia mendengar bebelanku yang ingin memiliki UNIFI?..Jeles tau..Kak Eynda dah ada UNIFI..Dia bleh berblog..berfb berdesup lajunya. Dan yg paling tak tahan tu bila dia kata..ber video konfrance lajuuuu..Uuuu..tu yg teruja tu..Walaupun hakikatnya..dengan sapa la i nak ber video konferance kan..ekekkekeke...Bervideo call pun ok pa?

~Google~


Haa koo..tu baru cakap nak tuko..BB ni dah buat perangai elok..Tak pa!..i bleh lupakan dulu nak UNIFI tu..Tapi bergantung la setakat mana BB ni bagi servis kat i...


Passttt: BB tu bukan blackberry ya..i mana la mampu nak beli blackberry ka..beli buah strowberry i mampu la..ekekekke..BB tu my Broadband laa.....




UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...