Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Salam Aidiladha

Salam aidiladha....raya ni sue tak amik cuti pun...balik kampung malam sabtu..n..balik KL malam selasa..soknya dah keja...EErr..cam boring jer kan...
Tahun ni kat kampung..raya pertama wat korban..tapi simple jer..tak wat kenduri pun..cuma sembelih lembu n agih2kan pd orang kampung...Tapi sib baik tak buat kenduri..sebab kebetulan sehari sebelum raya...adik lak bersalin...Mak kena pg Kl tgk adik...adik beradik yg lain tak balik..so tinggalla sue n.. 2 org kakak lg yg pulun buat persediaan untuk raya n sekaligus untuk bagi makan masa korban esoknya...Uihh!..memang terasa betul..bila mak tak der...Tapi nasib baik la..mak tak jd stay kat umah adik...so kira dia pg KL balik hari ja la...

Adik lak selamat melahirkan seorang bayi perempuan...comei sgt...tu pun dapat tgk gambo dalam hp jer..blum pun dapat jumpa lg...So..kira sempat la buat kekah tuk baby baru tu skali...Putri auni batrisya..(..rasanya la..kalau tak silap..he..hee).....

Boringggnyaaaa....


UUU...cam boring sgt minggu ni...pejam celik, pejam celik..tup..tup dah ujung bulan....Cepat tul masa berlalu...

Sempurna...:-))

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujamu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

:-)

Haa..haa..ni sesaja jer..dah tak der menda nak uploard...beberapa picture masa pergi BTN ari tu...

Sempat lagi bergambar depan bilik sebelum mula aktiviti riadah n berkawat..hee..heee...
Ha..haa..kelako la...cam budak sekolah la plak...


Trip to Endau Rompin

24 hb hingga 27 hb hari tu...follow abg. Satu unit pergi bercuti ke Endau Rompin....Duduk dekat chalet Pantai Penyabong...Punyalah jauh....Sempat la uplord gambar2 masa disana. Tapi tak banyak pun...sebab tak guna kamera sendiri..Tu pun amik dari kawan opis abg....
Resort tempat tinggal selama 4 hari 3 malam..view nya laut terbentang luas....

Baru sampai..nak tunggu kunci Terpaksa la si isteri yang chuby2 ni meniti jeti ke tengah laut mencari para suami yang pergi memancing

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil

Petikan ni di forwordkan oleh Kak Aenis...Thank's kak...Renung- renungkan lah ya...
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat. TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat. Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'..Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

Salam Lebaran

Dikesempatan ni sue nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. Selamat pulang beraya lah kepada semua teman- teman. Drive carefully...Don't drink and drive..hee..hee..melawak ja....
Tahun ni sue balik beraya kat Perlis..Kampung suami....kawan-kawan balik mana?

Selamat berpuasa

Salam semua...Selamat menyabut Ramadhan saya ucapkan. Diharap, semua dapat menjalankan ibadah berpuasa dengan baik ( no gastrik..gastrik key..hi..hii..)

Terkenang semasa dulu

Emmm...bila tengok Majalah 3 mlam tadi tentang beras Bario..aku teringat kisah dulu-dulu masa zaman sekolah...Sama lah keadaannya teknik yang dilakukan ditempat aku untuk menanam padi...Aku sempat la merasa hidup di zaman yang time tu tanam padi masih menggunakan tenaga manusia sepenuhnya...jenuh jugalah..Keluar pagi, balik tengahari atau petang. Ingat lagi..kalau cuti sekolah..mesti kami adik beradik turun ke sawah tolong Mak Abah tanam padi..Letih usah cakapla....tapi masa tu..bukan tolong betul-betul pun..banyak main daripada tolong. Buat keja sekejap jer..dah boring....lebihnya berenang macam memerang atau pun main anak patung padi ( anak patung tu dibuat daripada pokok padi...hee..hee...punyalah kreatif kan..hee..hee).


Time mula-mula nak tanam padi....sawah padi yang penuh air tu akan dibersihkan ( maklum la...bekas2 jerami lama masih ada, ditambah plak ngan rumput )...haa..time pun syok...Sampah ( jerami + rumput ) yang telah dikumpulkan akan diletakkan atas satu plastik yang besar....kumpul banyak-banyak, pastu baru ditarik ke ' perenggan' or..batas sawah...semua sampah tu akan diletakkan di batas sawah tu....He..hee...time ni..bila tang tarik plastik tu yang syok...aku akan duduk atas plastik tu( kira macam teknik main tarik upih pinang la ni ), sonok sangat, tapi masa duduk atas tu kena pegang betul-betul...nanti tak pasal-pasal tertinggal. Time tu tak kira dah rupa macam mana...penuh selut...he..hee..pe nak kesah, lepas tu boleh mandi kat tali air....


Dah bersih sawah padi tu..dalam masa yang sama padi kena disemai dulu di kawasan lain..pastu dah beso skit baru dipindahkan ke sawah...Cara menanam..sama ada pakai tangan atau pakai sejenis alat yang dipanggil "Kuku Kambing"..Cita pasal kuku kambing ni...terlampau rajin sangat ( iya la tu )..orang guna alat tu nak tanam padi, tapi aku terlajak terer sampai tercucuk lutut sendiri..nasib baik tak cedera parah..hee..hee...kena skit jer.

Ni ler dia kuku kambing


And...bila tiba time menuai...tiba plak masa untuk mengerat padi...he..hee..time ni..syok main sorok-sorok plak ( asyik main jer la kejanyer...)...Pastu padi kena pukul sendiri guna alat ntah la..lupa la plak dipanggil pe...sampai lerai padinya... Sama ni..abah aku pandai..dia umpan kami ngan upah...sapa dapat bawa padi yang dikerat banyak..dia bagi la upah...
Nak cerita detail..memang tak bleh la...tapi kalau sapa-sapa tengok Majalah 3 malam tadi...memang macam tu la proses yang terpaksa dilalui dulu..Tapi zaman telah berubah...semua dah senang sekarang. Cepat dan mudah.
Tapi..cita bab sawah ni..satu jer yang buat aku tak suka...PACAT....eeeee..aku cukup geli ngan pacat. Biarlah orang nak kata ...aku ni nama jer org kampung tapi takut pacat. Ntah la..geli semacam jer bila tengok pacat...Untuk pengetahuan, aku bukan saja geli ngan pacat..menda yang seangkatanya pun sama..contohnya..lintah dll...ulat gonggok pun aku geli gak...eiii..meremang rasa bulu roma bila cita menda- menda ni...

Gambar ni bukan la gambar sawah padi kat kampung aku...aku saja jer letak gambo ni..tapi gambar ni memang pemandangannya sama macam sawah padi kat rumah aku masa dulu-dulu...

Haa..ni lak, hasil jahit manik yang aku buat. Tak la berapa sempurna pun..Tapi itu pun dah dapat pujian gak bila orang tengok...Sebab tengah syok sangat...2 hari jer siapkan jahitan manik tu ( he..he..jahit tang lengan tangan n bawah baju jer la..) Sorry la gambo pun tak bapa ok..gambo ni diambil pun guna wedcam laptop jer,..tu yang macam ala..ala blur jer..

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...