Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Saya memang rajin kannnn....!!!!..

Akhirnya...siap juga...
Dah tak sabo....
Terhegeh-hegeh..dan..dan tu juga nak pasang.
Motif?!!!...
Hahahaaa....biasa la...kasi posing dulu.



Puas hati tau....
Siap akhirnya.....Kurang la dah stok kain dalam simpanan.
Emmm...pas ni boleh la beli kain lain kan..Erk!!!!!....





 



  



Cucur Bilis


Assalamualaikum....
Sat ja dah hari ahad kan...
Cepat betul masa berlalu...Esok dah isnin..
Banyak keja-kerja rumah yang perlu dibereskan hari ni..
Haaa la..semalam sue keja 1/2 day kan...
Jadinya banyak kerja-kerja rumah yang belum beres lagi.




Okey..sebelum masing-masing keluar
melakukan aktiviti masing-masing..
Sarapan pagi dulu ya...
Sarapan pagi penting tau....
So..kalau boleh jangan lah skip..tak ambik breakfast ya..




Pagi ni sue just buat Cucur Bilis ja...
Simple ja..buat alas perut....(citttt...maleh sebenarnya nak masak berat-berat..ngeh!..ngeh!..)..
Jahanan diet sue hari ni...
3 ketui dah sue telan...Huuuuu.....udahhhh..tak mo fikir...
Apa- apa yang namanya Cucur @ cekodok adalah paberet sue...
Boleh bawak mimpi tau..nak makan cucur@cekodok nih...wahahahhaaaa...

Key all...
Selamat bersarapan..
And Selamat Berhujung Minggu bersama Family...




Dah tak da..sila tanggal la


Korang nampak tak apa dia tulih tu...
RUMAH PANGSA 3 BILIK SIAP BINA..
Dua kali hb pusing semata-mata nak tengok balik banner ni..
Siap suruh sue capture lagik...


Call..Ok!..rega dalam 40 ribu lebih ( lupa la bapa.maklom ler semenjak 2 menjak ni penyakit pelupa ni makin menjadi...)
Ya..ya  laaa hb tanya..showroom kat mana...
Kunun nak tengok la juga...
Alih..alih..dah lama habis jual rupanya..Dah!..tok sah pi dah....
Hayoooo...kalo dah habih..toksah la gantung lagi banner tu..
Potong nafsu tau..nak menambah aset laie..
Hahahhaa...gilaaa..cakap macam orang kaya ja....

Yaaa...kami dulu memang suka pergi showhouse...
Jalan-jalan tengok rumah...La ni ja tak sempat dah..
Dulu...balik keja ja..mesti jalan-jalan tengok rumah..
Arrr...Cahaya SPK( umah Kak Eynda tu) tu pun dulu kami pergi juga masa first open untuk jualan...
Tapi..maap la...elit sangat kawasan tu...Tak mampu la pulak...Heeeee

Ok! stop...sebenarnya nak cita sikit ja..
Bleh plak melalut banyak..heeee




Aktiviti hari ni...

Cerita sepanjang hari...
Hari ni sue cengkelat skit...
Bangun lewat..dalam kul 7.20 baru bangun mandi..
Besa laaa...lepas subuh..kunun nak baring sat ja...
Alih-alih...terlajak siang juga..


Sangat lembap aktiviti hari ni..
Kain sebakul..duk jeling ja...
Nak uruskan masuk mesin ja langsung tak dak nafsu..
Bekpas..buat pancake ja..
Siap buat bekpas..hujan turun plak..
Aiiii....kalau ikutkan hati, nak ja baring-baring bermalas-malasan lagi..
Tapi tu lah..sebab rini nak pi opis kan..
Gagah juga la diri duk tolak perasaan malas tu...



Bum..bang..bum..bang...
Mandi lagi..bersiap..layan hb bekpas..
Siap semua..kul 10 lebih dah....
Hadoiiii......lewat betul nak pi opis...


Kuar rumah..nak masuk highway...
Awat hb kona ke Kajang...laaaaa
Hb nak pi Kamdar lak....Kui bapa nak sampai opis ni....

Dah namanya penumpang kan..terpaksa juga la follow..
Haaa..tapi sampai sana..Sue pulak yang over daripada hb..
Rambang mata...semua tempat nak pi tengok..
Kalau tak kerana..hb dah duk depan pintu Kamdar..
terpaksa lah....melupakan dulu niat nak menambah stok kain...


Sampai opis 12.10 minit..Lambat gilaa....
Duk opis sampai kul 5 ja...pastu balik rumah terus..
Ok!..tu ja aktiviti sue...Heee (^_^)



Eh! aPa MOTIP gambar ni erk!..Heeeee


Aksi tuan belog..yg gedik tetiba nak posing depan cermin...Tak sedo diri...Tak cukup kat rumah..KAMDAR pun nak posing juga..Eh!..korang ..i dah kurus la..Wahahahhaa...jangan muntah key....Lihat..baju tu pun beso mcm orang pregnant jadinya i....

Seeee...bukti i dah kurus....Hahahha...harap maklum ya...Sue kalo diet..harus tangan dulu yg kurus....Ni lagi lama sue diet..mau tinggal tulang tangan ni.....So..part tangan ja sue boleh banggakan...perkembangan yg sangat memberangsangkan...kikikikikikii


Dah!..sekian untuk hari ni...Siannn...muntah lak korang nanti baca n3 mengarut2 ni..kikikikikiiiii...

Pesta Buku

Ada dengar pasal ni..
Teruja la pulak...
Dah terbayang-bayang dah...
Buku-buku penuh depan mata..

Kompem..kalau pi...
Jadi rambang mata..heeeee...
 

 
Info kilik SINI


Moh!..Sapa2 yang kaki buku or Ulat buku..
Apa lagi..time ni la nak merembat banyak-banyak buku...

Pancake...

Assalamualaikum...
Morning....
Hope hari ni semua orang bangun dengan keceriaan....
Yang Pasti..
Syukur kepada Allah kerana masih diberikan kesempatan untuk kita hidup di dunia ini lagi.
Syukur Alhamdulillah...

Okeh!..Tak mo merapu banyak2..
Layan menu sarapan pagi sue hari ni..
Dek kerana tak ada seru nak masak..
Makanya...buat breakfast simple-simple saja...
Lagi pun sue tak makan kan..DIET..hehehhe
Prepare bekfast tuk cik hb ja...

Sue memang sekarang ni ..tak dak nafsu nak melantak makan pun ....
Sebab tu i kurus  banyak sikit tau sekarang ni....
Hahhahaha..Jangan ada yang muntah ya baca pengakuan ni..kikikiki

Sila..sila..jemput makan ya....

Pancake yg itam..sebabnya..chef masak sambil layan fb..hak!..haruuuu betui..heeee
Resepi simple ja...Seperti biasa..gunakan resepi dari Kak Hana..

Bahan-bahan

2 biji telur ( sue letak 1 biji ja)
6 sudu butter - cairkan ( sue guna minyak masak ja)
21/2 cwn tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula
2 cawan susu segar
2 sudu besar lemon juice - optional
secubit garam

Cara-cara

Campurkan ke semua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dalam 10 minit.
Cedok sesenduk adunan dan masak sehingga habis.
Hidangkan panas2 dengan topping pilihan.


Rela



Sebab hubungan tak mampu bertahan

Baca ni tadi kat belog Mama Rania... Meh sue share kat sini pulak..Bagus untuk ingatan ya...
Antara part yg paling sue setuju adalah yg no 1 tu...
Okey....sila baca ya..sebab2nya.....


Antara 9 sebab hubungan tidak mampu bertahan...


1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda

Tutorial Untuk Mama Rania

Sebenarnya..sue pun bukan pandai sangat nak buat n3 berpassword ni..
Pertama kali sue tau pasal adanya n3 berpassword ni melalui Cik Min..pastu Kak LG...
Teruja juga nak try..


Ok..buat Mama Rania..Ni akak sharekan tutorialnya ya..
Tu pun dapat daripada Blog Kujie2....Thank's tuan tanah..share tutorial ni..
Kat rumah Cik Min pun ada juga Tutorial ni...korang boleh pi carik sendiri ya kat rumah Tokey Macaroon tu..Heee

_______________________________________________________________________

Tutorial ini adalah untuk entri di blogspot berpassword.

1. copy code di bawah, pergi pada Layout -> Edit HTML -> dan letak dibawah atau di atas



Save.

Cuma perlu letak code ini sekali sahaja, tetapi setiap kali menukar template baru, copy letak code ini semula.


2. Pergi ke laman web ini.......vincentcheung

Masukkan secret key kat Key box - ini sebagai password.

3. Pada Plain Text ( kotak warna hijau ) tulis entri seperti biasa ( entri yang nak kita sembunyikan dan hanya boleh dibaca jika dimasukkan password tadi )

4. Klik Encrypt . Dan copy code yang terdapat dalam HTML CODE .

5. Pergi kat blog, create new entri, (pastikan dalam posisi Edit Html bukan compose ), paste code yang di copy dari tadi.

6. Publish entri seperti biasa.



Okie Mama Rania..Selamat mencuba juga..hehhehehee

N3 Rahsia....

Assalamualikum..
Mood nak update blog dah mula turun dah ni...
Semuanya kerana........

Okeh!..Tak mo share kat sini..
Ia terlalu rahsia untuk di kongsi.
Tapi kalau ada yg nak tahu juga...
PM sue ja..
Sue terpaksa mem privatekan n3 ini...

Klik N3 di link ni:-







Renung-renungkan...

Assalamualaikum..
Tak tau nak update apa...
Just share photo ni..

Meh sama2 renungkan...
Apa ada disebalik gambar ini....


Just imagine..u ada di bawah pohon ini..
mendongak..memandang ke tiap2 dahannya..
hingga ke puncak pohon.... 
Apa yang dapat dilihat..
Apa yang difikirkan....
Fikir..fikir..fikir..dan terus berfikir..
Renung ..renung dan terus merenung...
.
.
.
.
.
.
..

Yang pasti...satu saja yang dapat di ungkapkan.. 
BESAR KAN KEKUASAAN ALLAH..

Subhanallah..Indahnya setiap benda ciptaan Allah.

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...