Labels
Ayak!..awat tak publish pun....
Tips dari Dr Fadzillah Kamsah
KAIN KAPAN HJ TEEPOO

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang,kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnyadalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam(orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan olehdoktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan.Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk,koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat,ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang.Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"
Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah,mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi.Jadi selamatlah abang...."
"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Wakakakakaaa.....Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu.....Macam ni punya orang pun ada juga ka.. Ambik lah iktibar ya kawan2....
teh "O"

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. ( memang terbukti keberkesanannya)
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
1- Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasullullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis bahan pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
SO..UNTUK ITU..SUE STILL LAGI MENGAMBIL TEAMIX SEBAGAI MINUMAN WAJIB SUE....Iman semut & manusia

Sharing is caring..seperti biasa thank's pada sahabat yang email cerita ni pada sue...Sangat lama email ni tersimpan di inbox sue..sejak 2004 lagi..Now, sue share di sini untuk renungan bersama..
Kegilaan FB
Wahahahaa..ini mungkin situasi yang sedang berlaku sekarang....Kalau tak si suami..mungkin juga berlaku pada si isteri....Kalau tak bermain game yang ada dalam FB tu pun...kegilaan mengadap Fb ni berjam2 pun mungkin juga...Betui tak?....
Apa yang sue nampak, bagusnya FB ni ialah...kita boleh mencari kawan2 lama..Yang jauh pun terasa dekat ( ini bagi oarang yang mempunyai ahli keluarga atau kawan yg berada jauh di oversea.)
Tapi sebenarnya, terpulang bagaiman seseorang individu itu menggunakan ruang FB ini macam mana... Benda baik yang dipaparkan..baiklah jadinya...kalau buruk..maka tak bermanafaatlah jadinya...
Demam denggi

TAKZIAH

Tentu peminat yg selalu mendengar celoteh arwah bersama aznil di era akan rasa kehilangannya kan...
Kak MIdah & Penjual Ayam ( 18SX nih..)
Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih.
Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain. Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis. Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia. Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya. tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis.
Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua ayam dari tempat lain.
Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.
Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?
Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)
Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana .
Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke
arah Kak Midah sambil berkata..... .) Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek
punggong saya dan teka saya berasal dari mana? .
Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)

Wakakakakakakaaa...lucah kan.....Ampunnnnnn.......kalau terlampau ya.....Heeeeeeeeeeeeee
Morning


( Ummm..nyummmm..nyummm..sedapnya subway sandwish ni kan...Fuh, tapi harganya...bleh tahan. Nak makan sekali sekala bolehlah..nak makan hari2..bankrup jadinya..wahahahhaaa..) gambo ehsan cik Google...
Ok!..selamat bersarapan.
UDANG GALAH MASAK DIRAJA
Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...
-
**INI ADALAH N3 MELEKAT..N3 NI AKAN MELEKAT DISINI SEHINGGA HABIS GA NI YA.... UNTUK N3 TERKINI SILA SCROLL TERUS KE BAWAH YA...TERIMA KASIH...
-
BANGUNNNN!!!!!.... Payah betul nak kejut sahur...Ni la masalah yg selalu terjadi dibulan pose..kalau berbuka tu..senang plak..tak payah nak ...
