Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)

Kisah Cinta Adam dan Hawa 1

~Syurga yang serba nikmat~
...
Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
~Pertemuan Adam dan Hawa~
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

~Insan Di Bawah Cahaya Ilahi~

~Sebuku Roti Penebus Dosa~
...Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.
Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.
Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.
Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.
Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”
Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”
Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.
Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.
Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!”

~Insan Di Bawah Cahaya Ilahi~

Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.
Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu. Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”
Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”
Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”
Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!”
Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”
Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.
Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.”
Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”
Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.”
“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.
Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”
Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”
Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.
Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”
Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?”
Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.”
“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.
Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.

Demi masa yang belum kita tahu penghujungnya.....

Aduss.....rasa cepat sangat masa berlalu....hari ni dah 18 syawal......tup..tup dah nak masuk bulan november....eeeiiiiii...cepatnyer masa ni berlalu.....aku rasa cam tahun ni sekejap sangat...pejam celik, pejam celik..dah habis sebulan......eeiii..takut nak fikirkan....kita ni semakin tua....azam tahun ni pun masih belum tertunai dah kena simpan azam tuk tahun depan lak.......amalan pun belum cukup lagi.....eeiiiii rasa insaf aku...takut sangat...mana tau tup..tup..esok mati......Tapi tulah...kita ni sebagai manusia sentiasa kena ingatkan kepada kematian...serta sentiasa ingat bahawa kadoq dan kadar tu adalah ketentuanNya.....kita kena sentiasa redha dengan apa sahaja suratan yang diberikanNya kepada kita. Yang pasti kita kena sentiasa ingat pada 5 perkara sebelum 5 perkara ni....sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.....sama- samalah kita beringat-ingat....
Haaa...macam lagu raihan ni.....cuba kita hayati dan semat dalam hati..jadikan ia panduan dan ingatan dalam hidup kita ni......
Demi masa...Sesungguhnya manusia kerugian...Melainkan...Yang beriman dan beramal soleh...Demi masa...Sesungguhnya manusia kerugian melainkan...nasihat kepada kebenaran dan kesabaran.....Gunakan kesempatan yang masih diberi.....Moga kita takkan menyesal....Masa usia kita jangan disiakan..Kerna ia takkan kembali .....Ingat lima perkara, sebelum lima perkara...Sihat sebelum sakit....Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin...Lapang sebelum sempit...Hidup sebelum mati.......Demi masa...Sesungguhnya manusia kerugian.....Melainkan...Yang beriman dan beramal soleh
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu..Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu...Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku....Sesungguhnya... Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar....Ila hilis tu lilfirdausi ahla....Wala aqwa alnnaril jahim.....Fahabblitau batau wafir zunubi Fainnakarob firul zanbi azim.....Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai....Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku....Wahai Tuhan selamatkan kami ini.....Dari segala kejahatan dan kecelakaan.....Kami takut kami harap kepada Mu....Suburkanlah cinta kami kepada Mu....Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku...Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu....Ku sering melanggar laranganMu.....Dalam sedar ataupun tidak....Ku sering meninggalkan suruhanMu....Walau sedar aku milikMu....Bilakah diri ini kan kembali..Kepada fitrah sebenar.....Pagi ku ingat petang ku alpa......Begitulah silih berganti......Oh Tuhanku ...Kau pimpinlah diri ini....Yang mendamba cintaMu.....Aku lemah aku jahil....Tanpa pimpinan dariMu....Ku sering berjanji depanMu....Sering jua ku memungkiri......Ku pernah menangis keranaMu.....Kemudian ketawa semula.....Kau Pengasih... Kau Penyayang.... Kau Pengampun...Kepada hamba-hambaMu....Selangkah ku kepadaMu....Seribu langkah Kau pada ku....Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu.....Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu.....Ku takut kepadaMu....Ku harap jua padaMu....Moga ku kan selamat dunia akhirat....Seperti rasul dan sahabat

Memory 98

Semalam...semasa aku berkemas2...aku terjumpa la diari lama aku......lama tak lama pun, diari tu masa zaman sekolah2 dulu....masa tingkatan 6 nyer.....belek punya belek...aku terjumpa beberapa keping kertas kecil....yang mengingatkan aku pada satu perkara...........

Kawan....kawan ku.....masih ingat tak korang pada satu ketika pada tahun 1998.......ingat tak..masa tu last day...exam ....tak silap....last paper ekonomi rasanyer.....ingat tak...setiap seorang dari kita kena menulis sesuatu untuk setiap kawan2 sekelas kita....dan perjanjian tu....nota2 yang kita terima dari setiap seorang hanya boleh dibuka selepas keluar dari sekolah dan ianya dirahsiakan.....korang ingat tak?......dan semalam untuk pertama kalinya setelah 9 tahun perpisahan kita....aku membaca nota2 tu kembali satu persatu......Aku tersenyum balik.....tak sangka...semua nota2 yang diberikan korang untuk aku begitu bermakna sekali.....dan ada yang setengah tu...langsung tak melambangkan personaliti siapa penulisnya......dan yang buat aku gelak sorang....kawan2 yang selalu gaduh ngan aku pun, meninggalkan nota yang sungguh menyentuh jiwa aku.....

Sesungguhnya semua memory tahun 1998 begitu indah buat aku......kepada kawan2....Ingatkah korang lagi pada aku.......

Belakang- lily, norzie, mully, madon, diah, sally, aku dan nazimah

Depan- pie, alan, otai, rajesh, belok dan mat zack

Katakan Padaku

Aku cukup suka dengan puisi ni...puisi ni ditulis oleh Latiff Mohidin kalau tak silap aku la....alaa..kalau korang perasan..puisi ni memang cukup popular la skang ni....

Katakan padaku
Sejak puisi mengalir
Sejak langit meratap
Mengapa air mataku
Terasa baru bagai enbun terasa baru?

Burung rembang membuka sayap
Daun-daun menjadi lebih redup
Aku lewat lagi berdayung di depanmu
Kau siap lagi berdiri di tebing

Semua pohon menjadi sepohon di sampingmu
Semua detik menjadi sedetik di matamu
Sunyi inipun terasa betapa gemuruh
Menyambut semarak api di bahumu

Katakan padaku
Sajak malam menjelma
Sajak mahu menyentuh
Mengapa sepi jiwamu
Terasa baru bagai pedihku terasa baru?
Pagi ni aku baru dapat satu berita yang mengejutkan jugalah....bapa kawan baik aku telah pergi mengadap Allah yang Maha Esa....Takziah buat Diah....harap ko bersabar dan menerima semua ini sebagai suratan.....Jodoh....hidup...ajal dan maut semuanya di tangan Nya yang Maha Kuasa....Semoga roh arwah dicucuri rahmat..AMINNN....

Seribu tahun

Relaku menunggumu....
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup...akukan selama ini
Biar berputar..utara.... selatan
Ku tak putus harapan..sedia setia

Rela ku mengejarmu...seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki......ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu..burung bersiulan....
Kenanglah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau yang kuu....ini cinta..
Adakah engkau pasti........ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu....
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup...akukan selama ini
Biarkan berputar..utara.... selatan
Ku tak putus harapan..sedia setia

Jangan putus harapan...sedia setia...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Esok aku dah start cuti....so..dikesempatan ni aku nak mintak maaf banyak2 pada semua kawan2...Maaf Zahir & Batin.....Semoga aidilfitri kali ni penuh bermakna buat korang....pada yang nak balik jauh tu....berhati2 di jalan raya..'


SELAMAT HARI RAYA

Emmm...pe menu yaa....?

Apa nak makan berbuka hari ni ya....eemmmm....ingat nak ajak hubby aku pg makan KFC la hari ni...sehari jer makan berat tak pe kot....lg pun dah lama aku tak makan nasi......
Malam ni kami rancang nak pg shopping barang2 tuk bawak balik kampung nanti....

Jom jalan-jalan....cuti-cuti Malaysia..

Last week aku bercuti...balik Perlis...maklum la tahun ni aku kan beraya kat kampung halamanku...so balik perlis awal la, siapkan pape yg patut...Balik keja jer terus chaw chin chau balik perlis...berkobar2 suami aku ni....maklum la nak balik kampung dia la katakan....tak pe la...aku pun syok gak...kira bercuti gak la ni....melancong..heee...hee....Kami berbuka dalam keta jer..minum air..pastu makan buah epal jer....Seronok sangat balik time2 cam ni...tak jem langsung...ialah mana ada orang balik sana awal2 cam ni....kalau minggu ni mungkin la kot..sebab semua orang dah start bercuti awal...Perlisss?....biasa la...panas sangat..betul2 mencabar puasa kat sana.....sepanjang aku cuti kat sana minggu lepas rasanya baru 2 kali hujan...yang lain panas memanjang...Hari sabtu tu kami sempatkan juga la pg shopping kat padang besar....habis2 tidak pun, boleh gak la bawa balik beras pulut balik kampung aku.......Haaa...tahun ni alhamdulillah....nasib baik la stok mercun tu dah habis...kalu tak habis la...Rupa2nyer laki aku selalu gak ambik stok mercun kat budak siam tu....kira tahun ni laki aku terlambat la....diaorang dah tak amik order sebab diorang kat sana 10 hb dah raya...kira diorng kat Thailand tu raya awal la dari kta....


Key la..kat sini aku uploadkan la beberapa gambo yg sempat aku amik...tu pun pic tak elok..amik dari dalam keta...panas nak kuar...tak tahannnn...hee..heee...









Ni la pemandangan ladang tebu kat Chuping...ni ladang tebu terbesar tau....sayup jer mata memandang...


Haaa... ni plak bulatan nak pg padang beso ke nak pg Thailand...belah kiri tu dah sempadan Thailand dah tu....








Haa.. ni la dia tempat bazar kat padang beso tu...sinilah tempat berkumpulnyer para penjual yang mejoritinya penduduk Thailand yang berniaga kat sini...tapi time ni..tak banyak gerai yang bukak lagi..time tu baru kul 9 pagi....kalau nak shopping kat sini jangan la pg hari minggu..barang memang diorang up kannyerlah...sebab time tu la banyak pelawat dari luar...tp bonusnya kalau pandai cakap blah2 sana terutama bleh cakap siam skit2...for sure dapat tawar harga lebih murah lagi...




Ni plak gambo pemandangan belakang rumah .......nun...saujana sawah.....tp time ni orang masih lagi "mengala"......anak padi pun lum naik sgt lg....tu yg tak semua nampak hijau...kalau semua anak padi dah naik....fuhhhh....memang cantik...hijau jerr..mcm karpet jer tengok dari jauh....

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...