Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (15) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (2) Lauk (6) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (236) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (14) Menu Mudah (10) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (17) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (2) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Puding roti bakar

ASSALAMUALAIKUM....
Bersiaran lagi setelah sekian lama menyepi.. Semalam rasanya nampak Aiza buat puding..lepas tu scroll2 instagram Syapex..ternampak juga puding roti ni... Memang tak boleh jadi.. Kena juga buat... Guna resepi Kak Hana..Memang terbaik..Manisnya cukup-cukup ja. Sesuai dengan tekak i.. Okeh!..Meh tengok resepi..

RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
Sumber: Kak Hana

Bahan-bahan
  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula 
Cara-cara

  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

 

Sup Tulang Jangan Pandang Belakang

Kali ni up lagi menu dah basi.Dah try lama dulu.Sesekali   nak juga try resepi google..Biasa tu buat sup ala campak-campak ikut hati ja. ...