Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (4) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (230) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (12) Menu Mudah (8) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (17) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (16) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Tuesday, 30 July 2013

Green Peas Cookies

ASSALAMUALAIKUM.
Masing- masing dah  berjenis- jenis buat biskut. Sue baru ja nak panaskan enjin. Naik semput juga, semua nak di buat. Sebab tahun ni hb request buat biskut sendiri ja. Jenuh la berpeluh ketiak buat juga biskut. Untuk tu.... opkos la resepi biskut- biskut yang mudah saja yang menjadi pilihan. Antara nya tentulah biskut ni. Tahun lepas biskut ni juga lah menjadi pilihan sue..Green Peas Cookies.

Now! Sue share lagi resepi....bagi idea pada sapa- sapa yg tengah fikir nak buat biskut apa tahun ni. Dicadangkan biskut paling senang ni...Green Peas Cookies.... (^_^)
Kali ni sue copy ja resepi dari Along Ros... Roz HomeKreation... Thanks Along

GREEN PEAS COOKIES

INGREDIENTS:
1 cup Peas Flour
1 cup Flour
1/2 cup Icing Sugar
1/2 tsp Baking Powder
1/2 tsp Salt
Mazola Oil
1 Egg Yolk

METHOD:
1. Mix all dry ingredients well.
Pour in oil slowly until a soft dough is formed.
2. Shape into a size of marbles.
Brush top with egg yolk.
3. Bake at 180C for 15 minutes or until cooked.
4. Cool & keep in air tight containers.

Saturday, 27 July 2013

Biskut Semprit

Assalamualaikum...
Sedar tak sedar dah tinggal seminggu lebih ja lagi nak habis Ramadhan. Sedih pulak rasanya...Cepat sangat rasanya masa tu berjalan.. Macam tak terkejar ja..

 Okeh! ni biskut pertama sue buat. Tu pun sebab hb yang bunyi bila nak buat biskut. First skali dia request buat kuih samprit... Dia tak tau yg istri dia ni tak rajin nak buat semprit sebab leceh nak menekan doh tu... Manjang tak cantik kejadiannya. 

Kali ni sue guna resepi Kak Azlita pulak..Cuma sue buat bentuk bunga dan bukan version pelangi macam kak Ita punya.
Apa pun resepi semprit Kak Ita ni memang sedap...Hb duk asyik mengulang- ulang makan. Dekat setengah balang dah habis. Camno tuuu... Nampaknya nanti kena juga buat lagi..Huhuuu

Sue share resepi Kak Ita ni kat sini sebagai rujukan sue sendiri di masa akan datang. Hasilnya kejadiannya tak seberapa, tapi rasanya memang sedap. (^_^)

BISKUT SEMPRIT PELANGI
Resepi: Kak Azlita Masam Manis 

 Bahan- bahannya:
250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose ( sue guna tepung gandum ja)
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna jika suka

Cara- caranya:
Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan

Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ~ jika suka

Panaskan oven pada suhu 170C
Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter

Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang
Buat dalam 2.5 cm panjang
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

* jika nak buat yang pelangi, masukkan doh yang berwarna untuk sekali tekan, jika guna acuan semprit yang tekan guna jari 

 
 

Kerabu mentah @ Kerabu selom


Assalamualaikum....
Hari ni sekali harung nak update n3 yang lebih pada makanan saja ya... 
Akceli ni menu iftar ramadhan yg ke berapa tah..Lupa dah... Masa ni berbuka di rumah mak abah... Bahan- bahan semua segar, carik keliling rumah ja. Tu la yang bestnya duduk kampung kan... Tak perlu susah- susah nak beli ulam- ulam... Kecuali togei tu..Tu kena la beli ya dak... Tak pernah pula nak buat togei sendiri.. Ngeeee
Ada yang panggil ni kerabu mentah..Tp sue panggil ni kerabu selom..Sebab banyak guna daun selom..(^_~)
 
KERABU SELOM @ KERABU MENTAH
Resepi: Ibu tercinta Suemiezi (^_^)
 
Bahan2
2 cekak daun selom ~ cuci bersih & hiris halus
1 cawan togei ~ cuci bersih
2 biji limau kasturi (bergantung la ya..nak  letak lebih pun ok)
sebelah biji kelapa yang di bakar dulu dan diparut ( Wangi ja baunya nanti)

Bahan ditumbuk halus
3 biji bawang merah ~ dimayang 
1 biji cili merah ( buang bijinya)
10 biji cili padi ( Cilinya kecik2 ja sebab tu letak 10 biji. Klau nak pedas boleh tambah la ya )
1 inci belacan - dibakar siap2
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya ( Tak letak pun tak pa)

Cara menyediakan
1. Setelah lumat bahan2 tumbuk di atas, campurkan dengan kelapa parut & tumbuk lagi  
    separa lumat. Perahkan limau kasturi
2. Campurkan daun selom dan togei ke dalam bekas.  Campurkan dengan bahan2 tumbuk 
    tadi. Gaul mesra.  Sedia dihidangkan.

Sunday, 21 July 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.
Salam ramadhan dari sue. Dah 12 Ramadhan baru dapat bersiaran.
Semoga Ramadhan kali ni kita diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "