Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (4) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (4) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (5) Masak2 (230) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (12) Menu Mudah (8) Minuman (9) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (17) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (16) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Saturday, 29 June 2013

Peria Hidangan enak, kaya manfaat perubatan




ASSALAMUALAIKUM..
Salam sabtu.. Dari pagi sampai tengahari baru sempat duduk rehat kejap. Gigih masak hari ni. Hambek! dari bfast sampai menu lunch. Pulun sekali harung masak.
Now, sambil-sambil rehatkan pinggang sambil cuci mata tengok menu- menu orang. Sambil- sambil tu juga sue nak share sikit info pasal PERIA. Kebetulan kan hari ni masak peria. Kat rumah ni jarang betul makan sayur.. Hadoiii..macam mana nak cantik dan sihat tu...Oklah! yang menu sue tu tak payah resepi pun. Tumis campak- campak ja. Semua pesen nak mudah.. Heeee.

Dah!..meh baca ni. Hasil googlelan (hancus ayat) jumpa lah artikel ni. Siap ada resepi peria goreng lagi. Penulis dah letak sekali sumber resepi tu. Sambil- sambil tu boleh la terus masuk ke dapur Mummyalyssa tu ya. (^_^).


Khasiat peria ~ Sumber

Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my
2011/04/07

Hidangan enak, kaya manfaat perubatan

RASA peria memang pahit menyebabkan tidak ramai yang menggemarinya. Tetapi, kata orang tua, pahit itu elok, pahit itu ubat dan sememangnya, peria banyak khasiatnya, malah boleh dijadikan hidangan enak jika kena cara memasaknya.

Bukan itu saja, peria atau nama saintifiknya, momordica charantia juga memberikan manfaat untuk individu menjaga kecantikan.

Begitulah hebatnya peria yang juga dikenali kambas, walaupun berasa pahit dan ramai yang kurang menyukai sayur itu, ternyata ia mempunyai banyak kebaikan. Justeru, ketepikan soal pahit dan cuba nikmati ‘kemanisan’ yang dimiliki peria. Antara pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Khasiat purba sudah diketahui sejak zaman purba lagi. Ketika itu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir. Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.

Air rebusan peria juga dapat digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang manakala bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.

Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.

Khasiat peria tidak saja dikenali di negara ini sebaliknya di seluruh dunia. Pakar perubatan China misalnya dikatakan, menggunakan peria untuk merawat asma dan haid yang lewat. Di Filipina, daun peria yang dilumatkan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsangkan sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu, ia digunakan juga sebagai ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga.

Lebih menarik, kajian di luar negara mengenai peria mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

Selain kegunaan dalam perubatan dan menyembuhkan penyakit, peria boleh juga dijadikan hidangan enak yang membuka selera. Bagi yang ingin menjaga dan mengekalkan kesihatan sihat, bolehlah menggunakan sayur pahit itu dalam masakan. Dengan kandungan khasiatnya yang merangkumi serat, lemak, karbohidrat dan protein, anda boleh menghasilkan menu sihat.

Antara hidangan yang membangkitkan selera menggunakan peria ialah masak lemak cili api ikan tenggiri atau anda boleh juga menggantikannya dengan jenis ikan lain seperti kembung dan ikan merah. Dengan rasa kuah yang lemak dan pedas, rasa pahit pada peria dapat dilupakan seketika. Namun, jika untuk mengurangkan rasa pahit peria, amalan petua tradisional yang boleh diamalkan ialah merendamkan sayur itu dalam air kapur sirih sebelum dimasak.

Petua lain yang boleh diamalkan bagi mengatasi rasa pahit peria ialah hiriskan peria terlebih dulu mengikut keperluan masakan, kemudian gaulkan dengan garam kasar. Biarkan selama lima minit, selepas itu cuci peria berkenaan beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya, buah peria yang sudah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

Peria juga boleh dijadikan hidangan sayur goreng yang sedap. Untuk tidak membiarkan hidangan sayur goreng itu hambar, anda boleh menambahkan kesedapannya dengan meletak rencah seperti udang, ayam dan telur.

Cara menyediakannya juga mudah iaitu dengan menumbuk dua ulas bawang, satu ulas bawang putih dan satu biji cili merah. Selepas ditumbuk, tumiskan dalam kuali yang berisi dua camca teh minyak masak. Apabila bahan yang ditumis sudah garing, masukkan rencah yang disukai dan biarkan seketika sebelum memasukkan peria yang sudah siap dihiris. Biarkan peria itu empuk dan bersatu dengan bahan ditumis tadi, kemudian barulah boleh dihidangkan untuk dimakan.

Resipi sihat yang lain ialah dengan menggoreng peria itu menjadi rangup sehingga sedap dimakan begitu saja. Jika anda kreatif dan gemar memasak, mungkin lebih banyak lagi resipi berasaskan peria yang boleh anda cipta. Malah, ada yang menghasilkan peria sebagai jus untuk menghilangkan dahaga dan smoothie bagi pembuka selera.

Kelebihan lain peria ialah memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dikatakan, boleh membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.

Dengan kebaikan dan kelebihan yang ada pada peria, rugi sekali jika tidak mengambil kesempatan atau memanfaatkan ia sepenuhnya dalam kehidupan seharian anda.

INFO: Kebaikan peria

  • Penjagaan kulit
    Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri.

  • Perangsang imun
    Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang.

  • Penjagaan mata
    Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata.

  • Menurunkan berat badan
    Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.

  • Baik untuk perut
    - Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik.

    INFO: Peria

  • Peria adalah sejenis tumbuhan memanjat.

  • Dipercayai berasal dari Selatan China.

  • Peria juga dikenali sebagai ‘ku gua’ sudah lama digunakan sebagai satu herba dalam perubatan tradisional China.

  • Penggunaan peria kini semakin meluas. Di Asia Tenggara, Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

  • Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit berkenaan, terdapat beberapa kes yang menunjukkan tumbuhan itu boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membalikkan penyakit itu daripada merebak.

  • Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk meguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya terhadap HIV dan AIDS.

  • Peria juga didapati berguna untuk merawat arthritis dan ‘opportunistia infections’, misalnya harpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit yang menyerang berikutan sistem imunisasi lemah.

    Resipi: Peria goreng rangup
    Sumber: mummyalyssa.blogspot.com   
  •  
    Bahan:
    5 peria sederhana besar
    Sedikit serbuk cili
    Sedikit tepung beras
    2 sudu teh tepung jagung
    2 sudu teh kunyit
    Garam secukup rasa
    Minyak masak

  • Cara membuatnya :
  • Peria dihiris bulat dan nipis, buang tengahnya. Basuh dan toskan.
  • Campur semua bahan kecuali minyak dan perap selama 30 minit.
  • Panaskan minyak, goreng peria hingga berwarna perang dengan api yang sederhana.
  • Angkat dan toskan.
  • Siap untuk dimakan.





  • Friday, 28 June 2013

    Kimberly Snyder’s Glowing Green Smoothie Recipe

    Drinking the Glowing Green Smoothie (#GGS) is a great way to incorporate tremendous amounts of greens into your diet – far more than just eating your veggies. A serving of the GGS contains over 3 cups of dark leafy green vegetables, which is more than many people get in a week!..Contineu here
    Ingredients:
    2 cup of water
    ½ head organic spinach
    1 head organic romaine
    Just of ½ organic lemon
    3 or 4 sticks of organic celery
    1 organic banana
    1 organic pear
    1 organic apple
     


    *Ayok!! Bueh ka tekak ni telan ya... Tapi kawan sue kata adik dia dah try. Sedap katanya... Moh ler kita try pulak.. (^_^)

    Friday, 21 June 2013

    Ayam tumis cencaluk


    Assalamualaikum..
    Kan dah kata tadi..hari ni terlebih rajin campuq banyak masa.. Cepat- cepat update N3..Nakkk jugak masukkan menu nih. Menu ni tak seberapa pun. Tapi pada sue senang dan sedap. Letak jugak untuk rujukan sendiri or untuk rujukan yang pesen nak menu simple ja atau dalam erti kata lain yang pemalas macam i ni..Kui3.

    Ni betul- betul nak menghabiskan stok cencaluk yang ada. Dan, selagi ada cencaluk. memang menu cencaluk ja la di ulang-ulang tayang. Cencaluk pada sue kalo makan buat cicah macam tu saja, kureng sikit kena dengan tekak ni. Makanya kena merajinkan diri mengoter cencaluk ni menjadikan satu menu yang sedap pada tekak sue. Resepi lebih kurang ja dengan N3 sebelum ni. Boleh klik SINI juga kalau nak tengok.

    AYAM TUMIS CENCALUK MY STAIL
    Resepi:Sue@Suemiezi
    Bahan-bahannya
    1 biji bawang besar - hiris
    2 ulas bawang putih - hiris
    3 sudu besar cencaluk
    1 cawan daging ayam - potong kecil
    3 batang saleri - potong kasar
    1/2 sudu kecik lada putih/ hitam - Tak letak pun tak apa.
    5 biji cili padi - cincang (i suka pedas)
    3 biji tomato ceri - belah dua
    3 sudu minyak masak - 
    Cara-caranya
    Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan cencaluk. Agak- agak pecah minyak gitu, masukkan cili api dan lada putih. Masukkan ayam dan masak hingga mesra semua bahan. Kalau yang nak berkuah boleh letak sikit air ya.
    Last sekali barulah masukkan saleri ( i love salery ). Siap.

    Ok lah kot. nak update tu saja. Korang masak apa ya..Sat lagi lepas solat i sambung blogwalking ke rumah korang ya.. (^_~)


    Pisang Salai dan Ephyra

    Assalamualaikum..Salam jumaat semua.

    Hari ni i rajin nak update..rajin nak blogwalking... Satu-satu romah nanti i jenjalan ya. Banyak masa la katanya..Oh!..I cuti ya hari ni..Hoyeeee...

    Best sebab cuti..Tak best sebab tak ada kawan gaduh..Kui3... Cik hb kursus sampai sabtu. Pasal tu i malas keja hari ni..Hah!..Ya la tu. Tak lah, cuti sebab tak ada transport nak pergi kerja.. Nak follow kawan, sian pulak nak susahkan dia jemput i...Patah kaki kalo hb tak ada. (Padan muka..sapa suruh tak reti bawa kereta). 

    Ok!..Apa- apa pun rutin hidup kena diteruskan juga. Walau tak ada kawan gaduh, kerja-kerja rumah kena buat juga (erk! apa kaitannya lak!). Bfast pun tetap buat ya..Walau pun hakikatnya kalau hb tiada ..tak ada hati nak buat bfast pun. Tapi, sebab adik ipar ada ( dia tak kerja juga rupanya). Tak dapat la mengulor jawabnya ya.. Nah!..Kita sediakan bfast simple ja hari ni ya. Pisang salai goreng rangup. Pernah dengar?.. Ada yg tanya..Eiii tak pernah pulak dengar pisang salai digoreng. Yaa..sue memang makan pisang salai ni digoreng ya. Pelik pulak kalau makan macam tu saja..Heee :).
    kali ni goreng guna tepung selt raising flour. Seperti biasa sue main belasah ja. Tak sangka pula kemain rangup lagi kejadiaannya, . Bahan just tepung naik sendiri (bluekey), air, sikit minyak, garam and gula. pandai- pandai agak lah ya sukatannya. (^_^)



    Dah alang- alang update, nak juga inteprem gambo sendiri. Lama dah  tuan blog tak tonjolkan diri kan.. Comel tak Kak Ton..Hahahaha..Phengsannn...Gatal! Tolong jangan kutuk i ya... I tak la jelita. Tapi alhamdulillah syukur sangat masih sihat dan tiada masalah kulit yang kritikal. Terserlah ketembunan diri ku..Ngeeee :P
     
    Pada pengguna Ephyra..You all! Now Epyhra dah ada Instagram ya. Boleh la add untuk tau informasi tekini and promo-promo tekini. Cari ja EPHYRA2U. (^_^).


    Ok lah.. U all..Selamat bersantai dan selamat berhujung minggu (^_^).

    Saturday, 15 June 2013

    Ayam tumis cencaluk my stail


    Sapa kata cencaluk busuk..Sapa kata cencaluk tak sedap.Haaa...Angkat tangan  cepat. (^_^) >>>>>>>>> Orang ni la yang kata macam tu ya..Kikikiii...
    Sekali dah makan, sedap juga rupanya. Rasa macam tak cukup pulak beli sebotol. 
    Selain daripada buat pencicah makan dengan ikan or ayam goreng. Boleh juga di pelbagaikan. Sue pernah dengar pasal cencaluk ni dijadikan bahan masakan. Tapi sebab malas nak google, makanya sue main taram ja sendiri masak ikut stail sendiri. Alhamdulillah, sedap hasilnya. Ratah macam tu saja pun sedap. Dah la senang sangat nak sediakan. Ok sangat la kan. Boleh masuk dalam list menu mudah dan sesuai untuk orang yang pesen nak cepat. Ngeeee. 

    Simple- simple pun, nak juga tepek resepi. Resepi seperti biasa main agak- agak ja. Ikut kesesuaian lah ya.



    AYAM TUMIS CENCALUK MY STAIL
    Resepi:Sue@Suemiezi

    Bahan-bahannya
    1 biji bawang besar - hiris
    2 ulas bawang putih - hiris
    3 sudu besar cencaluk
    1 cawan daging ayam - potong kecil
    3 batang saleri - potong kasar
    1/2 sudu kecik lada putih/ hitam - Tak letak pun tak apa.
    4 biji cili padi - cincang 
    3 sudu minyak masak - 

    Cara-caranya
    Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan cencaluk. Agak- agak pecah minyak gitu, masukkan cili api dan lada putih. Masukkan ayam dan masak hingga mesra semua bahan. Kalau yang nak berkuah boleh letak sikit air ya.
    Last sekali barulah masukkan saleri ( i love salery ). Siap.


    Ni la dia cencaluk yang digunakan. Ready to eat ya. Dah siap- siap ada cili, bawang dan limau. Tinggal masuk dalam mangkuk saja lagi. Tapi kalau nak pedas lagi just tambah cili dan perahkan limau ja. Lima ringgit sebotol ni. Yang sotong pun ada. Tapi kawan kata yang sotong tak sedap. Sedap lagi yang ini. Haa ko dah macam iklan cencaluk dah nih..Heeee. (^_^)



    Friday, 14 June 2013

    Ephyra dan diriku



    Assalamualaikum. Salam jumaat semua. Hehehee..Tengok tajuk, tak menahan kan..Kemain lagi..Heee.  Hari ni tetiba rajin pula nak update. Biasa kalau update mesti ada gambar makanan kan. Kali ni tak ada gambar makanan. Tapi nak cerita sikit pasal makanan juga..Erk!..Ia la tu..Boleh la letak kategori tu juga.
    Just nak share pengalaman sendiri saja tentang produk kesihatan yang sue ambil. Maklum la, umur makin meningkat ni kena juga la sikit- sikit labur untuk kesihatan diri. Sue nak kongsikan pasal produk EPHYRA. Akceli dah pernah upload dalam Instagram..Ada yang minta bagi info pasal EP ni...So hari ni biar sue share sendiri apa yang sue rasa.
    First kalau orang tanya harga produk ni..Bila sue bagi tau ja harganya. mesti ada yang bunyik..mahalnya... Ok!.. Betul mahal. Tapi pada sue, kalau produk tu bagus, tak kisah la berapa pun harganya. Sue tak kesah, sebab berbaloi kebaikan yang dapat dengan harganya. Pada yang bertanya Ephyra ni sekotak harganya RM 197. Tu pun dah turun harga, sebelum ni RM228 ya..
    Dah nak 9 bulan sue minum ephyra, now baru berani nak share sikit2 apa yg sue rasa. Ingat senang ka nak kongsikan pengalaman sendiri. Hahahaa.. Kat opis sendiri pun sue tak pernah bercerita tentang ni.  Takut, nanti ada yang kata kita nak potong bisnes produk orang lain pulak. Apa- apa lah kan..Manusiaa...  First..kenal produk ni melalui Kak D. Beli pun dengan kak D juga. Time tu produk ni baru lagi dipasaran. Tak ramai yang kenal lagi. Lama juga husya-husya sebelum ambik keputusan nak cuba..  Alhamdulillah, now baru berani nak tampil kongsi dengan semua pula.

    Dah..dah..Banyak pulak melalutnya. Ok!.Antara yang ketara sangat kesan selepas pengabilan Ephyra ni.

    • Rambut dah tak gugur lagi. Eh!..Tipu la kalo tak gugur kan..Ada la juga. Tapi tidak le sebanyak dulu. Kalo dulu rambut bersepah merata. Bangun tido pun banyak rambut kat bantal. Kalo bershampo banyak rambut yang gugur. Kalo lama2 boleh botak jadinya. Sue pulak dah la rambut memang gugur, ditambah pulak ikat rambut guna gelang getah tu. Dah tu, getah tu ja yang lekat kat rambut. Kalau pakai getah rambut yanga lain..Emmm kompem tanggal saja.
    • Siku dah tak buruk lagi. Dengan erti kata lain, tak bersisik dah. Dulu sampai tahap sakit bila kulit keringnya mengelupas. Memang tak tipu..Kalo niarap lama sambil tongkat dagu..Kompem ble melecet siku.. Aktiviti meniarap ni biasa bila khuyuk guna laptop sambil baring ya..Ngeee. Buruk perangai kan..Lepas tu angkat2 kaki..
    • Kuku dah kuat. Kalau dulu, kuku sangat la sensetif. Bukak stapler kat kertas  pun kuku boleh patah. Walau pun kuku pendek. Oh! ya..Sue memang tak boleh kuku panjang. Kuku harus sentiasa pendek. Ketip kuku memang sentiasa ada dalam handbag. Kira tu adalah benda wajib yang ada dalam bag dan dibawa kemana- mana saja. Cliper hilang boleh jadi huru hara tau..Kikikiii. Dan lagi kulit mati disekeliling kuku pun dah kurang.
    • Kulit Nampak lembap. Kalo dulu kulit Nampak macam org tua. Garis- garis kedut nampak sangat. Lagi- lagi kat tangan..
    • Tumit kaki pun dah ok. Dulu memang teruk sangat, sampai tahap merekah tu. Maklum la..sue ni bukannya kurus ya..Bila badan beso, tumit kaki mesti problem punya. Now alhamdulillah..Walau pun tak la selicin dulu- dulu. Tapi dia tak merekah kering  dah cukup bagus sangat.
    • Yang ni, sue pun baru perasan bila baca testimoni beberapa pengguna EP ni. Biasa kalau nak "coming moon" (eke3.. pinjam ayat cikgu sekolah dulu) kadang- kadang akan ada sikit keluar keputihan kan. Sue dulu pun macam tu juga. Now, memang tak ada dah kesan kotor tu.
    • Part parut jerawat tu, sue akui juga. yes! memang parut jerawat mula pudar. Tapi tak la hilang dan jelita ya. Tapi berdasarkan pengalaman sendiri, memang ada dua tiga orang yang tegur nampak muka sue lain..Ada yang kata putih lah ( Oh ya..Yg ni sue jawab ja, Putih sebab terperap dalam opis..Kui3.. Hitam ke diri ini selama ni.Hahaha.)

    • Ok!..Yang ni best juga. Jeragat dah kurang ya..Kurang ya, bukan tiada. Dulu sue tak sedar pun yang muka ni ada jeragat rupanya. Ingat bintik- bintik hitam tu taik lalat. Jeragat rupanya.. Dah la sue ni pesen orang yang muka blasah ja. Kadang- kadang keluar rumah tak pakai krim muka pun.. Aterr bedak pun tak pakai kadang- kadang. Selebet ja. Jadi..terimalah kesan- kesannya. Haa..ko, pak jeragat mula menepek..

    • Satu lagi yang sue sedar la. Part tido tak cukup tu tiada masalah langsung. Walau tido lewat or just dapat tido dua tiga jam saja pun. Badan still boleh segar lagi. Seminggu ni sue saja try ambik dua kali. Malam sue minum juga... Mata memang segar sampai 1 or 2 pagi..Tu pun paksa pejam mata baru terlena..

    Hambek!!..Panjang pulak rupanya cerita. Dah la kot..Nanti ada pulak yang boring. Macam bagus sangat pula ya...  Rajin..nanti sue kongsi lagi ya...  Pada yang nak baca lebih lagi boleh la pi masuk web Oceanlife ya.  Or boleh search ja kat google.  Or kalau ada yang nak tanya boleh ja email sue sendiri. Pada yang ada no sue whassap or wechat ja ya.  (^_^)

    Thursday, 6 June 2013

    Ephyra


    Assalamualaikum.
    Hari ni, update tak ada cerita masak- masak ya. dapo slow sikit berasapnya. meh tuko cerita pasal kecantikan pulak..Ececeh.... Kompem kena kutuk nih...:P 

    Sue percaya, semua orang kalau bab kecantikan dan kesihatan memang  laju ja nak tau kan. Makin berusia masalah kulit terutamanya makin menjadi- jadi. Sue mengaku, sue sendiri menghadapinya. Kulit kering kusam, jeragat mula banyak dan macam - macam lagi lah. Mengaku, sue memang jarang sangat ambik sayur- sayuran sekarang. Lagi- lagi makan mana dan saja. Suppliment pun tak ambik sangat. Pesen yang memang tak kan disiplin kalau ambik suppliment. but setelah menggunkan Ephyra ni, alhamdulillah banyak kesan positif yang sue dapat. 

    Okeh!.. Sebelum cerita pasal pengalaman sue sendiri. Apa kata kita kenal- kenal dulu dengan Ephyra.

    Diperkenalkan EPHYRA,( ekekekee..ayat tak bleh blah ;P) minuman enak yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran

     Apa itu Ephyra?
    Ia adalah supplemen tambahan yang kaya dengan 9 keajaiban alam semulajadi dalam ramuan terhebat dari timur dan barat.

    Deep Sea Collagen
    Kolagen adalah sejenis protein yang boleh didapati di semua bahagian tubuh, termasuk kulit. Kolagen dalam kulit anda menentukan kekuatan, kelembutan dan keanjalan. Penuaan menyebabkan jumlah kolagen berkurangan, menyebabkan kedut kelihatan. Dengan sains moden hari ini anda boleh mengembalikan kemudaan kulit anda melalui EPHYRA, yang hanya menggunakan kolagen tulen yang dihasilkan dari spesies ikan putih laut dalam dari PERANCIS.Ikan laut dalam umumnya bebas daripada pencemaran alam sekitar.

    Acai Berry
    Di dalam Ephyra, mengandungi acai berry ungu dari Amazon, yang merupakan buah keajaiban dengan khasiat yang sangat tinggi, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti kanser, anti-radang, menguatkan sistem kardiovaskular juga mengurangkan dan mengawal berat badan.Dengan khasiat yang kaya dengan antioksidan,ia dapat mengurangkan risiko kanser dan membantu melambatkan penuaan.Buah ajaib ini mengandungi omega 6 dan omega 9 yang tinggi, dan kaya dengan serat pemakanan, dimana dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular dan saluran penghadaman serta membantu mengawal kadar kolesterol.

    AcaciaGum
    Gam akasia, juga dikenali sebagai gam arabic, adalah serat diet larut yang dibuat dari pokok akasia, yang tumbuh di iklim tropika dan sub-tropika. Di EPHYRA, kita menggunakan gam akasia yang berkualiti tinggi yang diimport dari Afrika. Amat berkhasiat untuk membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan.. Serat Acacia juga dikenali untuk membantu untuk membuang toksin berbahaya yang berkumpul dalam sistem pencernaan. Gentian menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses pencernaan.

    L Gluthatione
    L-Glutathione merupakan antioksidan larut air yang sangat tinggi yang biasanya dijumpai di dalam hati. Fungsi utamanya ialah untuk melawan radikal bebas, yang boleh menyebabkan penuaan dan juga kanser. L-Glutathione di dalam EPHYRA, mempunyai banyak manfaat, seperti keupayaan untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan. Di samping itu, L-Glutathione boleh menghalang pengoksidaan lemak, termasuk kolesterol, yang dijumpai dalam aliran darah. Oleh itu, risiko pembentukan plak pada arteri dapat dikurangkan. Ini adalah kelebihan yang penting kerana tersumbat arteri boleh menyebabkan strok dan masalah jantung.Selain itu, fungsinya adalah untuk mengurangkan kesan penuaan. Ia boleh membantu untuk memperbaiki kulit anda menjadi lebih licin dan kelihatan lebih muda.

    Asthaxanthin
    Astaxanthin adalah Antioksidan Alam yang sangat kuat dan biasanya ditemui dalam mikroalga, yis, salmon, krustasia atau pada tumbuhan laut dalam. Antara manfaat astaxanthin adalah antaranya merupakan ubat yang amat berkesan untuk semua jenis pemulihan otot, siku tendon, sendi dan sakit otot dan arthritis. Di samping itu, dapat mengurangkan kedut dan garis garis penuaan, meningkatkan tahap kelembapan kulit serta mengembalikan keanjalan, seterusnya menjadikan kulit anda cantik dan berseri.

    Tomato Powder
    Serbuk tomato mengandungi banyak vitamin A dan C, kebanyakannya kerana beta-karotena dan vitamin ini bertindak sebagai antioksidan, berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya di dalam aliran darah. Ia juga membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula dalam darah mereka. Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,malah ia sangat bagus untuk mata, gigi dan tulang. Kalium dan vitamin B dalam tomato turut membantu menjadikan tekanan darah lebih rendah dan boleh menurunkan paras kolesterol yang tinggi. Dengan itu,ia boleh membantu mencegah strok, serangan jantung dan penyakit masalah jantung.

    Acerolla Cherry
    Mungkin sumber terkaya vitamin C antara banyak buah-buahan, acerolla ceri sangat popular untuk manfaat kesihatan. Ia adalah antioksidan buah-buahan tropika yang ditanam kebanyakannya di Caribbean, Brazil, Peru, Mexico, dan di India. Kandungan vitamin C satu ceri kecil adalah 65 kali ganda lebih tinggi berbanding yang terdapat dalam oren. Oleh itu, ia boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan hati anda, memperbaiki keadaan kulit , dan meningkatkan keupayaan badan anda untuk memulihkan tisu dengan cepat. Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam acerolla ceri juga dapat membantu menghasilkan kolagen semulajadi dalam badan anda seterusnya menghasilkan kulit yang sihat, cantik dan nampak muda.

    Marigold Flower Extract
    Marigold mengandungi pelbagai karotenoid antioksidan yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya. Pengambilan antioksidan yang tinggi membantu memulihkan kerosakan radikal bebas. Ekstrak bunga marigolds sangat berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang dimana antara kegunaannya ialah dalam merawat masalah jerawat, lepuh, terbakar, luka, ruam lampin, ekzema, luka terbuka.Ia juga berkesan untuk menstabilkan kelembapan pada kulit anda, dan ini sangat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering atau sensitif.

    Superberry
    Superberry diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi. Ia mengandungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas. Ia juga adalah sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium. Kelebihan Superberry di dalam Ephyra adalah untuk kesihatan yang menyeluruh terutamanya meningkatkan sistem imunisasi individu.

    Kelebihan EPHYRA
    1.Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
    2.Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
    3.Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
    4.Formula anti penuaan yang berkesan
    5.Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
    6.Mengandungi khasiat prebiotik yang tinggi
    7.Melancarkan system pencernaan dalam badan
    8.Mengurangkan kadar kolesterol
    9.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
    10.Meningkatkan system imunisasi anda
    11.Mengatasi masalah imsonia
    12.Mengawal berat badan dan meningkatkan metabolisme
    13.Melegakan sakit dan radang sendi
    14.Menjaga kesihatan kardivaskular



    More info klik ja web :Oceanlife2u

    Ok!..Cukup dulu, Next insyaallah sue share pengalaman sue pulak ya. 

    Popular Posts

    Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

    Renungan


    Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "