Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (212) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (15) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Wednesday, 30 January, 2013

Fatin jadi Ramli

Situasi malam tadi...
Nak pejam mata dah wehh..
 
 
Elok letak kepala, hp berbunyi. Miss call saja pulak tu.... :P
Pandang hb yang dah lena diulit mimpi..Lepas tu masuk sms..
 
 

Ekekekekeee.. Baik punya jawapan. Sekali sue jawab RAMLI...terus senyap.
Sian budak tu gamaknya.(kompem budak nih..Sebab tgk sms dia  tu pun dah tau).. Haishh!! la..Lately ni selalu sangat ntah sapa-sapa muncul.
Tapi budak malam tadi tu kira beruntung juga la sebab sue layan juga..Kui3..
 
 
Contoh mcm sms kat bawah ni la...Sorry naik lori la sue nak balas ya... Yang ni lagi haru, dua tiga hari dia sms sue minta sue call back dia. Siap call sue pukul 1 lebih...Hadoiii la. Terdesak sangat ko ya..
 
 

U all mesti pernah kena macam ni kan..Bab- bab sms ni bahaya weh..Macam- macam boleh jadi. Boleh buat gaduh laki bini pun ya juga . Heee... Pagi tadi cerita dengan cik hb, dia pun gelak. Hahahaaa... Siannn budak tu..


Wednesday, 23 January, 2013

Pokok hiasan yang membersihkan udara

ASSALAMUALAIKUM..
 
Rabu sudah..Esok cuti..Horeyy..Hehehe..Okeh!..Sue nak share sikit info yang pada sue sangat bagus. Dan sue pun baru tau juga. Info ni sue dapat melalui page Jom Tanam Sendiri. Boleh like la page tu ya. Bagus sangat, banyak  idea-idea kreatif tentang tanaman dalam tu. (^_^).
 
Bercucuk tanam pun salah satu hobi sue. Tapi sekarang ni bila dah penat sangat, pokok- pokok tu sian terbiar...
 
Meh kita tengok beberapa jenis tumbuhan hiasan yang boleh membersihkan udara.
 
 
 
1. Buluh palma: Menurut NASA, ia menyingkirkan formaldahyde dan bertindak sebagai pelembab semula jadi (humidifier).

2. Lidah Jin: Ditemui oleh NASA bahawa ia mampu menyerap nitrogen oksida dan formaldahyde. Ia juga dikatakan dapat menyerap tenaga-tenaga negatif di sekelilingnya memberikan kesan ketenangan bagi yang berada berdekatan.

3. Palma Areca: Salah satu tumbuhan penulenan udara untuk uda
ra sekitar.

4. Spider Plant: Tumbuhan indoor terbaik untuk menyingkirkan karbon monoksida (asap enjin) dan toksin-toksin lain atau pencemaran. Spider plants adalah salah satu dari 3 pokok disarankan oleh NASA dalam menyingkirkan formaldahyde dalam udara.

5. Peace Lily: Peace lilies boleh digelar “pembersihan-semua.” Ia selalu diletakkan di bilik air atau bilik basuh kerana ia terkenal sebagai tumbuhan yang dapat membuang spora lumut. Ia juga boleh menyingkirkan formaldahyde dan trichloroethylene.

6. Gerbera Daisy: Bukan sahaja bunganya mampu menyingkirkan benzene dari udara, ia terkenal meningkatkan suasana tidur dengan menyerap karbon dioksida dan memberi oksigen lebih ketika malam.


Kalau tengok pada gambar tu, Pokok lidah jin tu memang ada kat rumah sue. Dan sebenarnya pokok lidah jin tu la paling senang sekali nak menanamnya. Sue sendiri pun ada letak dalam balang kaca, letak atas sinki dapo. Dan dah makin membesar pun.  No 4 dan 5 kat rumah mak ada..( hehehee..bakal sampai ke rumah ni juga nanti ni) .
 
Ok lah..Untuk cuci mata dan tambah ilmu lagi, like ja page Jom Tanam Sendiri tu ya.
 

Monday, 21 January, 2013

Kek Coklat Kukus Mudah


ASSALAMUALAIKUM.
 
Apa khabar semua..Rindunya nak berblog semula. Ni kira first N3 untuk tahun 2013. Happy New Year ya..Macam kura- kura lambatnya..Dah nak masuk minggu terakhir bulan pertama di tahun 2013 baru nak wish. Hehehehee..
 
Mood nak berblog makin merundum..Mood masak- masak pun mula merundum juga..Tapi selagi tekak ni mood menelannya ok, selagi tu la dapur masih kena berasap ya. Lagi pun kena juga jaga tekak hb kann...:P. Malas- malas pun kena juga masuk dapur..
 
Hari ni pun rajinkan juga diri untuk update.. Untuk tu meh kita tepek n3 dengan makanan ya.. Blog ni pun, kalau tak ada n3 makanan memang tak berupdate la jawabnya....Kui3..
 
Meh jamu mata dengan Kek Coklat ni.. Akceli kek ni simple ja. Biasa la sue memang suka masak benda yang senang- senang ja. Apa yang penting sedap ya. Dah pernah buat pun sebelum ni. Cuma kali ni sue letak topping coklat banyak skit, lepas tu hias skit dengan white coklat. 




KEK COKLAT KUKUS MUDAH
Sumber : Blog Dari Dapur Ummi
By : Sue @ Suemiezi

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak mazola - sue guna minyak jagung. Blasah
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe - sue tak letak ni
3 biji telur


Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sdk soda bikarbonat
- ayak bersama 2, 3 kali

Cara- caranya.
Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Toping Mudah
1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
- kacau rata semua bahan dan tuang atas kek.

Selain daripada tu boleh juga kalau nak gunakan resepi coklat ganache ni untuk toping.

1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega



Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "