Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Monday, 31 December 2012

Taman Negara


Assalamualaikum..Ada yang rindu i tak?..Ekekekeke..perasan ja kan. Bajet galamer ala bloger popular gitu. Kui3.

N3 cuti-cuti mesia still pending lagi. Tak ada idea nak tulis apa. Hari ni update sikit-sikit cerita Taman Negara sebelum masuk tahun baru. Ni kira n3 hujung tahun jg la ni ya.

 Akceli ni bukan bercuti pun. Tapi ni lebih pada aktiviti jabatan. Balance la..ada stress dan enjoy. Siang malam pecah pala duduk dalam dewan kena juga ada aktivi yang menyihatkan. Betul dak..Hehehehe..

Just nak share keterujaan sue dengan keindahan alam semulajadi di sana dengan teman- teman. Siyes..memang tenang sangat masa berada di sana.

Meh! Kita tengok gambo saja ya.


Tiga hari dua malam. Stay di Woodland Resort, Kuala Tahan. U all boleh pi kat web diaorg ya. banyak aktiviti yang disediakan. Semua aktivitinya adalah best ya.. :))



 






Apapun..Paling best selain pi Taman Negara ni adalah..percutian sue dari Utara ke Pantai Timur.  Pertemuan dengan geng masak popular paberet sue itu..sapa lagi kalau bukan Kak Nor. Tahun depan i buat N3 pasal tu ya ( gila betul bz lah, sampai tahun depan baru nak update..kui3).. Hee..N3 hujung tahun ni sue update ni ja dulu... (^_^).
Ok all..SELAMAT TAHUN BARU 2013.

 

Monday, 24 December 2012

Nasi Ayam Goreng


Assalamualaikum.

Minggu- minggu terakhir  tahun 2012 ni mula merajinkan diri semula. Takut gantung kuali lama- lama ni. Nanti perut cik somi terbiasa pulak makan kedai orang lain yang masak.
Nasi Ayam Goreng ni sue buat hari sabtu tadi. Lepas subuh sue dah gigih jalan- jalan selongkar dapur orang. Masuk dapo Kak Nor, terjumpa la pulak resepi ni. Acamner la boleh tak perasankan resepi ni. Dah sana- sini yang buat. Sue barulah terhegeh- hegeh nak try. Heee.
Akceli banyak sangat bahan- bahan yang sue skip sebab tak da bahan tu. Tapi alhamdulillah still sedap. Bertambah-tambah hb makan. Siap kui 3 lebih tu hb mintak nasi lagi. Nasib i masak 4 pot. So, cukup untuk hb, sue dan adik ipar makan berulang- ulang . kui3
Kali ni sue just gandingkan dengan sup ayam ja. Sos pedas tak buat sebab bahan- bahan tak cukup. Next time kena buat lengkap dengan sos pedas, baru lah kik kan..(^_~)
 


NASI AYAM GORENG
sumber: Cik Manggis, Kak Nor, Ika



Bahan-bahannya:

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.


Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar ( sue tak letak, halia habis )
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar ( tak letak juga)
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan ( guna beras biasa saja )
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair ( sue ganti dengan santan )
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.

Sos Pedas

2 green chilies
5 cm knob of ginger
3 stalks of coriander
3 spring onion
1/3 cup of castor sugar1/3 cup of white vinegar
salt to taste
1 tbs of water

Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings.





 

Tuesday, 18 December 2012

Happy Anniversary


Assalamualaikum..Apa khabar kawan- kawan. Agak lama juga sue tak update. Kesibukan rutin harian membataskan sue nak berbelog. Tapi still update di IG dan fb.


Alhamdulillah hari ni genap 8 tahun usia perkahwinan kami. Syukur kepadaNya. Doa sue, semoga Allah sentiasa merahmati hubungan kami  dan sentiasa diberikan ketabahan kepada kami untuk mengharungi liku- liku rumahtangga. Semoga juga satu hari nanti akan ada juga kecerian yang kami nantikan dalam rumahtangga kami..8 tahun adalah satu penantian yang lama. Tapi sue sendiri boleh bersabar dan redho dengan ketentuannay.Thank's pada kawan- kawan yang wish dalam IG sue. Sue juga sentiasa mendoakan semoga kawan- kawan juga sentiasa hidup berbahagia dengan pasangan masing- masing hingga akhir hayat. Sob..sob..Eh!..tetiba tersedih lak..Huuu



Semalam balik keja kami pi makan Sate UK dekat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.  Cadang nak makan besar, tapi bila ingat tak mau membazir..sue ajak makan sate ja. Hb call kawan dia tanya mana tempat yang best nak makan-makan..So, kawan dia yang cadangkan restoren ni. For me, satenya sedap dan besar pulak tu. Pada yang nak rasa boleh la pi sendiri ya. Tekak masing- masing kan.
 
Okeh!..Sue stop dulu. Nak blogwalking jap. Lama betul tak jenguk rumah kawan-kawan..Banyak dah ketinggalan ketapi ni. Ok!..Daaa..
 

Tuesday, 4 December 2012

Rainbow Cake untuk Encik Hb


Assalamualaikum.
Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk menulis n3. Mood update n3 dah makin merundum, sama juga dengan mood masuk dapo..hehehehe..(yg ni memang manjang).
Nak menaip pun tak ada idea..Makin parah tahap kemalasan ni. Heee

Oklah..mulanya tak nak share pun sebab segan dengan hasilnya... Pecah perut gelak sendiri dengan hasilnya. Tapi sue update juga sebab senang nak rujuk resepinya pada masa akan datang.

Akceli First Disember hari tu birthday cik hb. "Happy Birthday Laling"..Hehehehe..Malam tu wish ja. Hadiah kita postpone erk!..Ekonomi meleset la..Eke3... Esoknya time dia pi keja, baru sue gigih buat kek ni.

Ingat nak beli ja kek. Tapi sebab teringat kek kak Yatie buat untuk anakandanya Seri Irdina hari tu, sue pun tekad buat sendiri.


Kah3..Kompem gelak beso kan. Gigil tangan sue nak mendeco. Dah la silap eja, boleh pulak tertinggal huruf H. Kui3..

Okeh!..Meh kita tengok resepinya...Sue copy terus dari Kak Yatie ya.. Kejadian Rainbow kek ni sedang-sedang ja pada sue. Sue just guna 4 colour ja..Tu pun colour ke empat tu sue gunakan hijau + merah...jadi la mcm colour coco gitu...Hehehehee..

Tak pa lah, next time boleh buat dengan sempurna lagi. Bab deco mendeco ni memang bukan kemahiran sue. Kena banyak belajar lagi nampaknya.. (^_~). Nak tengok rainbow kek version yg cantik, u all jenguk la ya rumah akak- akak kita tu.




RAINBOW CAKE
Resepi: Kak Azlita , Kak Yatie

Bahan-bahan
  • 3 cwn tepung gandum
  • 4 sdk baking powder
  • 1/2 sdk garam
  • 1 cwn butter ~ suhu bilik
  • 2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4
  • 5 biji putih telor ~ suhu bilik
  • 2 sdk esen vanila 1
  • 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
  • pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Cara-cara
  1. Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.
  2. Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter.
  3. Panaskan oven pada suhu 170C.
  4. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan.
  5. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan.
  6. Masukkan esen vanila
  7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
  9. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
  10. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
  11. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
  12. Masukkan dalam loyang Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
  13. Bila dah masak letak atas redai
  14. Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  15. Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
  16. *Jangan tindih2 kan kek bersama-sama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.


Untuk Cream Cheese Frosting
Bahan

  • 250 g cream cheese
  • 120 g gula
  • 120 g butter
Cara-cara

  1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
  2. Sedia untuk digunakan.
  3. Untuk melapis.
  4. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
  5. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.
  6. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi.
  7. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis.
  8. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.
  9. Hias mengikut kreativiti masing-masing.


 

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "