Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Thursday, 29 November 2012

Biskut Kismis


Assalamualaikum.
Apa khabar semua. Hope semua sihat-sihat. Baru berkesempatan nak update. Tu pun tak sempat lagi nak kongsikan cerita percutian sue yg biasa-biasa saja, tapi ada cerita menarik sepanjang percutian tu.

Akceli ni Biskut Kismis ni adalah hasil derhaka dari Resepi  Biskut Nestum Kismis.  Sesuka hati ja sue menderhakakan resepi tu ya..Hehehehe. Ni projek dah lepas. Dah jadi baja pun. Projek membiskut dengan anak-anak buah tercinta. Atas permintaan mereka yang nak main masak-masak.
 
Apa yang seronoknya bila tengok anak-anak buah teruja tunggu depan oven. Hilang letih makcik ko ni nak oi..Keluar ja dari oben..habis..Kuar ja habis...Huhuhuu... Nanti kita main masak-masak lagi ya anak- anak. (^_^).
 
Siap masak, sue terus berkemas sebab nak gerak ke Utara pula. Okeh! part tu nanti cerita ya. Meh kita tengok resepi dulu. Resepi yang sue ambik dari Ika dan telah diderhakakan sikit. Hehehehe

BISKUT KISMIS
Resepi : Ika @ Kurniaanmu.blogspot.com
Resepi Olahan : Sue@Suemiezi

Bahan- bahannya:
  • 250g butter
  • 100g kismis
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu tepung - part ni ja yg sue derhakakan. :)
  • 1 1/2 cawan gula halus - Sue guna broun sugar
  • 2 biji telur

  • Cara-caranya:
    1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
    2. Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.
    3. Masukkan tepung dan susu tepung, gaul.
    4. Masukkan pula kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari.
    5. Bakar pd suhu 180 selama 20 minit.

    Untuk kali ni, sue tak guna mixer pun. Sue tukang sediakan dan  bubuh bahan, kakak sue yang tukang gaul. anak-anak sekelian tukang menyebuk, rakus tak menyabo. Dia gaul dengan tangan saja. Susu tepung pun guna 1 cawan saja sebab mengepau susu tepung anak buah (susu mahal tu..hehehe). So adunan sekut ni memang agak lembik sikit. Masa nak bako, sue gunakan sudu untuk letakkan adunan pada dulang pembakar dan tekan dengan garfu ya.



    *Bestnya kalo dapat main masak2 dengan anak2 sendirik kan. Huhuhuu..

    Wednesday, 21 November 2012

    Miracle Food for Healthy Skin

    Assalamualaikum..
    Still tak ada n3 pasal food or cuti-cuti mesia lagi. Hari ni sue nak share info yang bagus juga.. Now sue pun baru tau juga..Sue copy bulat- bulat daripada page Facial First...
     
    Cuaca panas, pendedahan yang kerap kepada cahaya matahari masa cuti hari tu sedikit sebanyak menyebabkan kulit sue juga tak berapa ok (cittt..jangan muntah ya..I bukan puteri lilin.Tak boleh kena matahari.kikikii)...
    Bila makin berumur ni..Semua kena jaga. Tak boleh silap sikit..Hehehehe...Okeh..Meh kita renung lama-lama gambar keledek di bawah ni ya..(^_^)
     

    Miracle Food for Healthy Skin

    Have your skin been constantly damaged by sun exposure?

    Start munching on sweet potatoes! It's protective qualities could boast large amounts of beta carotene (an antioxidant) and defend against the sun abuse.





    * Opss!!! Tetiba teringin keledek manis bakar Jusco..huhuhuhuhu

    Friday, 16 November 2012

    Salam Jumaat


    Assalamualaikum.
    Sorry lama tak update. Hehehe ia- ia ja. Macam la ada yang rindukan i ni kan. Heheh o_O.
    Tuan romah dalam mood cuti- cuti mesia. Habis cuti sue update balik ya.

    Kesempatan ni, sue nak wish jg happy Deepavali buat rakan - rakan yang menyambutnya dan Salam Maal Hijrah juga buat semua.

    Rindu nak blogwalking. . Internet slow ikut angin. Tu yang buat tak ada mood nak bw. Ni pun guna wiifi free hotel. Ekekee. . Ambik peluang marathon. . Heee.

    Ok all. .stop dulu. Nak contineu jenjalan and makan-makan. Hahahaa. . Makin bolat la ko sue.  o_O

    Published with Blogger-droid v2.0.8

    Saturday, 3 November 2012

    KeK PiSaNg


    Assalamualaikum.
    Dah berapa hari tak update. Sampai AlongRos pun dah seru bila nak tuko menu.   Hihihiii.
    Jom... Jemput minum petang dengan sue. Minum petang sorang ja ni. Cik hb kerja. Tapi sorang- sorang pun tekak kena layan juga. Lagi-lagi time hujan ni kan. Perut asyik lapo ja. 
    Lama dah teringin nak buat kek pisang. Kebetulan ada stok pisang, elok dikerahkan tenaga sementara rajin ni. Ngeee.

    Kebetulan jumpa resepi yg sama macam resepi yg biasa sue buat. Cuma lain skit, yg ni letak tepung jagung ja. Meh kita tengok resepinya ya. Simple ja.

    KEK PISANG
    Resepi: Umi_e @ MyResepi

    Bahan- bahan:
    4 biji pisang
    3 biji telur
    1 3/4 cwn tepung naik sendiri
    1/4  cwn tepung jagung
    1 cwn gula - sue campur dgn gula perang
    1 cwn minyak masak
    1 tsp soda bikarbonat
    Secubit garam
    1/2 sudu esen vanila - sue tambah

    Cara-caranya:
    Pukul telur dan gula hingga kembang.
    Masukkan pisang yg telah dilenyek & gaulkan.
    Masukkan tepung & gaulkan.
    Masukkan minyak & kaup balik.
    Bakar selama 45 minit dgn suhu yg sederhana.

    * Sue tak ikut cara tu. Cara sue. Blandkan gula & telur dulu sampai kembang, kemudian masukkan pisang yg dah dipotong kecil. Kemudian masukkan tepung, garam, soda bikarbonat, minyak dan esen vanila. Bland lagi sampai sebati.
    Sue bakar pada suhu 150-160c selama 45 minit jg.

    Published with Blogger-droid v2.0.8

    Popular Posts

    Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

    Renungan


    Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "