Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (212) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (15) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Wednesday, 24 October, 2012

ROTI NAIK @ ROTI LEMBUT@ SOFT BUN


ASSALAMUALAIKUM.
Alhamdulillah..dapat juga sue masuk update n3..Bercinta betul  sekarang ni nak update. Dengan line internetnya yang slow, PC tak da dan kena update dengan tablet saja..tu yang kadang-kadang malas nak update.
 
Oklah, sue nak share hasil kerja keras sue ( hahahaha..ayat tak boleh blah ja kan) MEROTI sabtu tadi. Ni kira first time sue meroti. Takut nak buat sebenarnya, takut tak menjadi. Tapi alhamdulillah, sue sangat berpuas hati dengan hasilnya. Alhamdulillah, menjadi juga. Setelah jenuh godek-godek cari resepi, sue tertarik pulak dengan resepi Roti Naik yang Mas buat.
 
Okeh!..Sebagai rujukan untuk diri sue juga di kemudian hari..Sue letak resepi tu di sini ya. Thank's pada empunya resepi. Mas!..Akak copy bolat-bolat ya resepi dari dapo Mas..Hehehehe.. :D
 






ROTI NAIK @ ROTI LEMBUT@ SOFT BUN
Sumber 1: Mas
Sumber 2: Ika

Bahan-bahannya:
 
500 g tepung high protien @ tepung gandum @ tepung roti
1 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu besar susu tepung - Mas ikut Ika gantikan horlicks(sue pun sama)
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket mauripan (11g)
 
 
campurkan susu pekat manis + telur + tambah air...jadikan 300 ml semua sekali
***utk pastikan yis hidup....sy campurkan skali yis dlm bancuhan air diatas....sy guna air suam panas...jika yis berbuih...maksudnya sedia utk diguna...jika sebaliknya...jgn guna...(resepi tok mak x tulis cam ni....maaf tok mak...sy ubh sbb nk tgk yis ok ke x) - sue terus ja bubuh dalam adunan, tak buat mcm ni. Alhamdulillah naik juga.

 
 
Cara :
Dalam mangkuk...Masukkan tepung...masukkan adunan 300ml air tu...gaul sebati....
Masukkan marjerin dan shortening...gaul rata....
Teruskan uli hingga adunan lembut, licin serta elastik...
Perapkan doh sehingga naik sekali ganda...tumbuk2 doh utk kuarkan angin...bulatkan kecik2...susun dlm loyang...yg dah di griss....perap lagi sejam, untuk buat doh pizza boleh kurangkan kuantiti gula.
Sebelum bakar, sapukan atas roti dgn sapuan freash milk campur madu.(sue letak tu ja.sbb tu ja yg ada)
Bakar dalam oven 180...selama 20 minit atau hingga masak...dengan api atas bawah
Kaedah lain menggunakan Bread Maschine boleh set kan mcm biasa utk buat doh.
 
 



Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, 20 October, 2012

Chef ASTRO

Assalamualaikum.
Ada yg minat? Meh kita download aplikasi ni. Heee

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, 19 October, 2012

Detox water

Copy dari wall picture WorkoutHelthy. . Bagus ni. Terutama pada penggemar Lemon.

Helps you maintain a flat belly, 2 lemons, 1/2 cucumber, 10-12 mint leaves, and 3qts water fuse overnight to create a natural detox, helping to flush impurities out of your system.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, 16 October, 2012

Bubur Pasta Manis



Assalamualaikum.
Tengah buat apa tuuuu. . Heheheee, opcoz tengah rilek- rilek kat rumah kan. Hari ni.. . Alhamdulillah, hujan turun mencurah- curah lagi petang ni. Sejukkkk. . Bila sejuk, perut pun lapi ja memanjang.

Tetiba tekak teringin makan benda manis- manis. Nak makan bubur. Malangnya tak ada benda nak dijadikan bubur. Bukak kabinet, nampak pasta spiral. Pasta pun pasta lah. Ganti cha cha. . Hahahaaa. Alhamdulillah, sedap juga. (^_^). Tp nak panggil apa ya? Bagi nama bubur pasta manis pun ok kot. Heeee

Sebenarnya, masaknya sama ja macam masak bubur chacha. Tapi sue letak jugalah resepi yang sue buat hari ni. Guna apa yang ada saja..Jemput semua. . Heee

BUBUR PASTA MANIS
Resepi : Sue@Suemiezi

Bahan- bahannya :
1 cwn pasta
4 cwn air
3 sdb pati santan
1 cwn susu kreamer
4 sdb gula perang - sesuaikan ikut kemanisan yg korang suka
1/2 sdk garam
1 helai daun pandan - simpul

Cara- caranya :
Rebuskan pasta dgn air dulu. Madukkan daun pandan. Bila menggelegak, masukkan gula dan garam. Kacau.
Kemudian masukkan santan dan susu. Tggu hingga pasta agak lembut sikit. Tutup api. Siap.


Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, 12 October, 2012

DELICIOUS APPLE CAKE

 
 
Assalamualaikum.
Salam jumaat buat semua. Semoga segala aktiviti kita hari ini dipermudahkan Allah. Sejuk damai ja pagi ni..Alhamdulillah.
 
Kalau duduk rumah ni, bfast dengan Apple Cake ni pun dah ok dah. Feeling ala- ala omputeh gitu..Heee.
 
Okey!..Ni projek petang semalam sebenarnya. Sue balik awal semalam. Kebetulan cuaca hujan lebat. Perut sangat la lapar. Teringat AlongRos punya Delicius Apple Cake. Kebetulan bahan- bahan semua ada, so terus projek membaking. Baunya, semerbak harum. Buat perut tak sabar nak menikmatinya.
So, semalam petang..minum lewat petang sorang-sorang sambil menikmati rintik- rintik hujan... Rintik?..Boleh tempias rumah wooo...Lebat betul hujan petang semalam..Hehehehe
 
Kebetulan juga apple hijau yang hb beli tiga hari lepas, langsung tak boleh buat kawan...Masam sungguh..Tu kalau orang yang mengandung lalu la nak telan tu.. Nak buat air dah rasa macam tak best. Nasib AlongRos up n3 kek ni ... So, meh kita kerjakan apple ni jadi kek ya..Meh kita semak resepinyanya ya.. Thank's AlongRos, sue copy resepinya ya.. (^_^).
 
 
DELICIOUS APPLE CAKE
Sumber: AlongRos

BAHAN2:
~500g Buah Epal (Green/Fuji) - kupas kulit, buah tengah, cincang 1cm kiub
150-200g Gula Perang (orig guna gula putih)
3 bj Telur (Gred A)
1 cwn Minyak
1 st Parutan Kulit lemon (Along petik Lemon kat tepi rumah tau... hehe)
200g Tepung Naik Sendiri
1/3 st Serbuk Kayu Manis

CARA2: 1. Letakkan gula, telur & minyak ke dlm mangkuk & pukul sehingga pekat.
Campurkan parutan kulit limau.
Ayakkan tepung & serbuk kayumanis ke dlm adunan & kacau rata.
Gaulkan epal sehingga rata.

2. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan & bakar 170C selama 45-50minit sehingga masak.

Hidangkan suam bersama susu pekat jika suka.

 

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, 9 October, 2012

BISKUT CHIP COKLAT TELUR REBUS



Assalamualaikum. . . Salam manis semua. Walaupun perpisat- pisat gosok mata, muka kena still maintain manis ya..gagah kan juga update malam- malam. Matanya memang rasa ngantuk, tapi bila baring. . gatal terkebil-kebil pula. Kemas- kemas dapo biar penat. Kot senang tido. Tak juga lelap. Meh! La mengupdate belog ya. . Heeee. .
 
Tayang biskut malam- malam tak pa. Tapi jangan makan biskut malam- malam. Bahaya!. . Senyum meleret cik lelemak nanti. . Heheheee.
 
Akceli tak sabo nak tunggu raya haji dah. Buat saja sekarang. Asal masuk ja dapo Kak Ct, asyik menjeling ja kat biskut ni. Nasib la senang ja buatnya. Anak- anakkk. . semudah A B C ja ya buat biskut ni. Yang ada anak tu, boleh main uli- uli sama- sama. Hehehehee. . Melalut banyak dah ni. Ngeee
 
Oklah, sue sharekan resepi ni kat sini pula. Thanks Kak Ct. Tp, ampun kakak ku, sue dah terderhakakan resepinya. Coklat chip tak cukup pulak, makanya sue tambah dengan almond slice. Oh ya. . Ada lagi sebenarnya kejadiaan masa nak membako biskut ni. Tengok- tengok oven lak buat hal. Api bawah tak menyala panas. Nak nangis dah. . Tp sabo lagi. Off jap. . Ketuk- ketuk sayang, lap- lap sayang. On balik. . Ok akhirnya. . Heeee.
Dah! Meh kita semak resepinya ya.



BISKUT CHIP COKLAT TELUR REBUS
Sumber : Che Ct Delima

Bahan- bahannya:
1 biji telur rebus - dilenyek halus
200g tepung gandum
125g mentega - dipotong dadu kecil
1sdk baking pauder
50g gula kaster
50g gula perang
1 sdt esen vanila
150g coklat chip - sue campur almond

Cara- caranya:
Panaskan oven 180'C.
Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan uli dengan tangan atau lebih mudah gunakan food prosesor. Putar hingga sebati.
Tambahkan coklat chip dan almond. Gaul rata dengan tangan atau senduk.
Ambil sedikit adunan anggaran 22g atau sebesar bola golf dan letakkan pafa baking paper (sue letak atas dulang non stick terus). Jarakkan setiap adunan dan tekan dengan tangan atau garfu.
Bakar selama 15 - 20 minit. Keluarkan dari oven. Sejukkan atas redai. Siap.


Okeh! Nih nak peringatkan lah ya. Bak kata Che Ct. Biskut ni lepas keluar oven memang lembik skit. Jangan pulak terkejut ya. Bila dah disejukkan, keras ler balik biskut tu. Jangan pula panikk ya..   Dah sejuk, apa lagi. . Sila lah ngap masuk mulut sekeping dua. Heheheee. .  
Tak rugi buatnya tau. Selamat membiskut ya. . (^_^)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, 7 October, 2012

Pasta goreng + Sandwish daging with cheese.



Assalamualaikum. Morning semua.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah diberikannya lagi kesihatan yg baik pada sue. Dah sarapan belum? ;D.

Pagi ni sue sediakan bfast agak berat juga. Hb kerja hari ni. So, buar bfast berat. Tengah hari rilek tak payah masak dah. Ya la, stakat sue sorang ja. Tak kuasa nak masak. Heee
Akceli simple ja masak dua benda ni. Semua main lebur ja. Heee. .


SANDWISH DAGING WITH CHEESE
Resepi: Sue@Suemiezi.

Bahan- bahan:
Roti keping
Inti daging -resepi inti daging sama mcm inti kuih cara.
Slice cheese
Mayonis
Telur
Secubit garam

Cara-caranya:
Sapukan mayonis. Letakkan inti daging. Lapiskan cheese dan tangkup dgn sekeping roti. Mangkuk lain, pecahkan telur dgn secubit garam. Celupkan roti dlm telur tadi dan goreng. Siap!



PASTA GORENG SIMPLE
Resepi: Sue@suemiezi.

Bahan- bahannya :
1 mangkuk pasta
1cwn daging cincang
1cwn mix vege
2 sdb cili kisar
4 sdb sos cili
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
1sdk lada putih Aji- shio - x letak pun x pa. Hr ni sue letak.
1/3 fresh milk
Garam secukup rasa
Hirisan sosage, fish ball dll

Cara- caranya :
Pasta perlu direbus dl. (x perlu ajar kot. Dekat plastik dia biaanya ada ditunjuk kan cara).
Tumiskan bawang besar dan putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis sampai naik minyak. Masukkkan daging cincang. Kacau, kemudian masukkan sos cili. Curahkan fresh milk. Kacau 2 3 minit, masukkan mix vege. Perasakan dgn garam. Masukkan lada putih Aji-Shio.
Bila kuah agak kering, masukkan pasta. Pecahkan telur dan maukkan hirisan sosage, fishball dll. Agak- agak semua bahan dah sebati. Matikan api. Siap!.


Fuhh!! Susah nak taip resepi ni tau. Sebab tak biasa main sukatan. Lebih banyak main taruh ja semua. Agak- agak rasa ja. So, pandai2 la balancekan rasa ya. Tapi tu la antara bahan- bahan basik yg sue guna. :D
Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, 6 October, 2012

Kuih Cara Berlauk



Assalamualaikum.

Lewat sikit post n3. Maklum la, terkedek- kedek nak menaip n3.
Ni menu minum petang tadi. Ntah kenapa terajin la pulak hari ni.
Ni kira kali kedua sue merasmikan loyang boulu. Dan kali ke dua sue buat kuih cara juga, Sebelum ni dah pernah try buat kuih cara manis. Maybe lepas ni, guna lagi buat boulu kot. Hehehee. . Kena juga sesekali guna acuan tu. Idak la nanti kena perli. Masa nak beli bukan main lagi heee.
 
Okeh! Semak resepinya ya. Resepi dari dapo Cik Mat Gebu. Thanks Cik Mat atas perkongsian resepinya tu. Klik SINI untuk tengok kuih cara berlauk Cik Mat ya. Resepi follow sebijik cik mat.




KUIH CARA BERLAUK.
Resepi : Cik Mat Gebu @Dapur tanpa sempadan

Bahan- bahan inti :
100g daging ayam cincang - sue gn daging cincang
1/2 biji bawang besar - sue gn sebiji
2 ulas bawang puti
2 hirisan halia
3/4 camca besar rempah kari daging
1 camca besar sos tomato
1 camca teh cili kisar - sue letak 1 camca besar
Garam & gula secukup rasa
1/3 cawan air
1biji cili merah. Buang biji. Dadu kecil2
Hirisan daun bawang secukupnya - sue x letak, x da stok
Bawang goreng secukupnya.

Bahan Kuih Cara :
75g tepung gandum
1biji telur gred A
165 ml santan - sue campurkan santan dgn fresh milk.
2 camca besar mentega cair
Secubit garam
1-2 titik pewarna kuning

Cara- cara Membuatnya :
Untuk Inti:
Panaskan sedikit minyak dlm kuali (sue pun gn non stick pan). Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia & cili kisar hingga harum dan masukkan sos tomato dan rempah kari. Kacau rata. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Tuangkan air dan biar hingga kering. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan sebahagian cili dan daun bawang yg didadu tadi. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan.

Untuk Adunan Kuih Cara:
Satukan semua bahan untuk kuih. Kacau rata dgn whisk hingga tak berbintil2. Kediaan tapiskan. Rehatkan sebentar. (sue bland ja semua bhn dlm blander dan tapiskan. Masukkan adunan dlm bekas bermuncung.

Untuk Kuih Cara Berlauk :
Panaskan acuan kuih. Gunakan api kecil. Sapu setiap cetak dgn minyak. Tuang adunan. Masukkan inti, taburkan cili merah, daun bawang dan bawang goreng. Tutup dengan tudung periuk. Biarkan 30 saat. Buka dan bila permukaan kuih kering. . Boleh diangkat. Siap untuk dimakan.


Fuhhhh!!!! Bercinta nak menaip n3. Ok! Jemput menjamu mata dan selamat mencuba (^_^)


Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, 5 October, 2012

Butter cake




ASSALAMUALAIKUM..
Salam jumaat semua..Alhamdulillah, sedar tak sedar dah jumaat. Sue paling suka jumaat tau..Sebab esok cuti..Ekekekee..hapa- hapa ntah..

Hari ni letih sesangat, malam tadi sampai rumah pukul 3 pagi...Jemput mak kak LCCT terus bawa kerumah adik di Semenyih. Haissh!! Patut sampai 12.45..tapi sampai 1 lebih flight tak landing- landing lagi..Buat riso ja..Heee.. Bangun pagi- pagi lagi jadi makcin kantin. Masak mee goreng request dari cik hb lagi..pun untuk dibawa ke office dia. 
 
Nih!..Projek malam tadi, sambil- sambil membaking ni..sambil-sambil prepare bahan-bahan untuk masak esok pagi.
 
Okeh!..Ni dah kali ke dua sue masak kek ni. Klik SINI untuk yang kali pertama ya. Memang resepi Kkida ni kena dengan sue. Simple dan sedap. Saiz adunannya ni kecik ja, so klu nak banyak silalah gandakan sukatannya ya.. Kali ni sue saja ja gunakan loyang yang comei- comei..Senang sekali ngap ja masuk mulut .. Masak pun sekejap ja. Dek kerana Butterscoth sue ada lagi sikit, sue letakkan butterscoth ni dalam kek tu. Kira macam intinya lah..Ternyata memang sedap.


KEK BUTTER
By : Sue@ Suemiezi

Bahan - bahannya :
1 1/2 cwn self raising flour
1/2 cwn gula halus (nak lebih pun ok. Sue ikut kkida)
2 biji telur gred A (sue gn 3 biji telur gred B)
3 sdb mentega (room temperature)
2/3 cwn susu full cream (room temperature)
1 sdk esen vanila (sue letak)
Pewarna hijau dan merah
 
 
Cara- caranya :
Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar. Mix semua bahan dengan menggunakan mixer hingga sebati pd kelajuan perlahan.
 
Kemudian mix kan pd kelajuan medium selama dua minit lagi. ( sue buh dalam blander ja. Bland semua sekali)
 
Bahagikan dua adunan. Satu letak pewarna merah dan satu lg letak pewarna hijau.
 
Masukkan adunan berselang seli ke dalam acuan kek or cupcake.
 
Bakar pd suhu 170 selama 20 minit or sehingga masak.
 
Siap!
 
 
 
Belum pun sempat simpan dalam tuperware ntah dah berapa ketui masuk dalam mulut sue..Haishh!!!..Tak hingat tu...Tu la..comei sangat kan..Tak sedo dah bapa banyak masuk mulut..Hee
 
Ni pulak sue tapaukan siap-siap untuk makyong kat opis sue..So senang, sambil-sambil goyang kaki depan pc dia tu..Dia ngap ja satu-satu..Cukup la sikit tu ja ya..Mak yong tak boleh makan banyak- banyak..ehehehehe
 
 
 
Okey semua, selamat berhujung minggu. Tak sabo nak cuti esok..Ngeee (^_^)
 
 
Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, 4 October, 2012

Butterscotch Souse


Assalamualaikum. . Apa khabar semua. Hope semuanya sentiasa sihat-sihat.

Ok! Sapa suka butterscotch angkat tangan. Hehehee. . Akceli, ni gara- gara ternampak butterscotch Mas la ni. Tengok pulak meleleh- leleh atas bun roti dia. Peh!!! Teruja terus. So, semalam sempat buat. Senang banget membuatnya. . Semudah A B C. . Ekekeeee.. . Tp tu la, dah siap tak tau nak makan dengan apa. Last- last makan dengan sekut kering ja lah.
 
Tak pa, nanti kita godek-godek apa boleh buat lagi dengan butterscotch ni. Kak Nor kata makan dengan pancake, Mamahawa kata buat CC. . Ok juga kan. . Tak pa, next projek.
Ok!  For madamlala yang tanya resepi tu, sue share resepinya di sini untuk rujukan.


BUTTERSCOTCH SOUSE
Sumber: Izah Daud, Mas

Bahan-bahannya:

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 tsp. vanilla
1/4 cawan tepung
1/2 cawan butter
secubit garam (optional)
 
Cara- caranya:
Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil. Gaul hingga sebati. Masak atas api yang kecil hingga gula hancur. Tambahkan vanilla dan butter. Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat. Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong.
 
Nota: Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air. Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat.
Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, 2 October, 2012

Kek Gula Hangus.


Assalamualaikum.
Dah berapa hari tak update blog. Selain daripada kekangan masa, tak ada idea pun ya jg. Ok! Ni sue nak share resepi dan sambil tu, penting di update untuk rujukan masa akan datang.

Akceli, ni antara menu yang sue buat untuk jamuan metting cik hb isnin tadi. Tak pasal- pasal jadi makcik kantin dah. Walaupun penat balik Tambun tak habis lg. Sue setuju juga ambik oder hb tu. Makanya, sampai ja kl dalam pukul 5 terus shoping ke pasaraya cari bahan. Balik rumah terus siapkan bahan- bahan asasnya dl, masak pagi- pagi ja. 

Ok lah!  Meh kita terus kepada cerita kek ni. Sue pernah buat kek gula hangus ni dulu masa bujang. Tp tak ingat dah resepinya.

Kali ni try resepi yang sue dapat dari dapo kak Ct Delima ni. Tengok ramai juga yang dah try resepi ni. Kompem sedap kan.

Sue betul- betul follow resepi yang kak Ct tulis tu. Bagi sue, resepi yang ni pun dah cukup manis. Hasilnya, boleh lah. Silap sue juga, gunakan loyang yang terlalu besar, hingga jadi rendah kek tu. So far. . Walaupun tak tunggu 10 minit, hasilnya tetap menampakkan sikit- sikit bentuk sarangnya tu. Tapi halussss la. Heee,

Dah! Resepinya ini ya.


KEK GULA HANGUS
Sumber : Kak Ct Delima

Bahan- bahan gula hangus :
1 cwn gula pasir
1 cwn air panas

Cara membuatnya :
1 cwn gula pasir dijadikan gula hangus dengan api kecil. Bila gula hangus sepenuhnya, boleh masukkan 1cwn air. Hati2 dgn gula yg panas sewaktu masukkan air krn gula akan meletup2 terpercik.

Bahan kek :
1/2 cwn susu pekat manis
1cwn tepung gandum
4 biji telur
3 sdb butter
1 1/2 sdk soda bikarbonat

Cara- cara membuatnya :
- Alas loyang @ acuan dgn jertas minyak & glis dgn butter. Ketepikan.
- Pukul butter dgn telur hingga sebati. Tak perlu pukul hingga kembang, cukup dipukul hingga adunab sebati saja.
- Masukkan susu pekat manis & masukkan jg gula hangus td. Kacau hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung & soda bukarbonat yg telah diayak bersama td. Kacau lg hingga adunan rata. Perapkan selama 10 minit.
- Tuang adunan dlm loyang & bakar pd suhu 170'c selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jan @ boleh uji kek dgn mencucuk lidi sate, bila ditarik keluar. Lidinya bersih, tu tandanya kek sudah masak.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "