Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Saturday, 29 September 2012

Kek Butter


Assalamualaikum.
Sebenarnya, pada asalnya nak try guna silicone cup yg baru dibeli. Tapi bila memikirkan dah malam, sue guna saja acuan yg sedia ada.

Akceli. . Kek ni sue buat untuk bekal perjalanan pi Tambun hari ni.
Resepi sue dapat dari dapur Kkida. . Resepinya sangat la simple dan off coz sue suka. Oklah! Tak mo berceloteh panjang- panjang. Sue letak resepi ni untuk rujukan ya. Thanks pada Kkida untuk resepi kek yg simple ni. :D

Sorry la ya, sekarang update guna tablet. Makanya sangat terhad nak mengupdate dicampur lg malas nak menaip banyak- banyak. . Heee. . Now sue dah otw ke Perak. .  Hope semuanya selamat sepanjang perjlanan.

KEK BUTTER
Sumber: Kkida @Koleksi 1001 Resepi
By : Sue@ Suemiezi

Bahan - bahannya :
1 1/2 cwn self raising flour
1/2 cwn gula halus (nak lebih pun ok. Sue ikut kkida)
2 biji telur gred A (sue gn 3 biji telur gred B)
3 sdb mentega (room temperature)
2/3 cwn susu full cream (room temperature)
1 sdk esen vanila (sue letak)
Pewarna hijau dan merah



Cara- caranya :
Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar. Mix semua bahan dengan menggunakan mixer hingga sebati pd kelajuan perlahan. Kemudian mix kan pd kelajuan medium selama dua minit lagi. ( sue buh dalam blander ja. Bland semua sekali)
Bahagikan dua adunan. Satu letak pewarna merah dan satu lg letak pewarna hijau.
Masukkan adunan berselang seli ke dalam acuan kek or cupcake. Bakar pd suhu 170 selama 20 minit or sehingga masak.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, 25 September 2012

Pulut kuning + Ikan kering


Assalamualaikum.

Kering idea tak tau nak update apa. Ni kira update ngada- ngada. Heheheee. .
Meh layan bekal sue hari ni. Pulut kuning lawan denafn ikan kering haruan. Peh! Layan hokey. Cenggini ciput dan sempoi pun. Kemain syok lagi kengkawan opis sue.

Buat Kak Ana. . Yang komen kat IG td. . Ikan kering haruan ni sedap tau kak. . Heeee.  
Kat kampung ikan kering haruan ni antara ikan kering yang sentiasa ada kat rumah. Makan dengan nasi goreng, kompem mak mertua lalu pun tak perasan. Hihihiii. . Merapu la dah tuuuu. .

Ok u all. . Update tu saja. Heheheee daaaa. . ;D

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, 22 September 2012

SANDWISH GORENG


Assalamualikum. Morning semua ;D

Pagi ni celik- celik ja mata pagi tadi, segar sangat. Rupanya hujan pagi ni. Plan nak menyambung tido lagi, tapi mata dah segar bulat. Kemas- kemas apa patut, masuk dapo.

Pagi ni just prepare sandwish simple. Guna apa yang ada saja. Nak bg ummp...sue buat ala- ala aiskrim goreng gituuu. Alhamdulilah, laju juga hb makan. Hahahaaa.   Berjaya taktik sue kiranya.

Dalamnya sue ada letak slice cheese. Hb x suka makan cheese. Tapi kali ni dia tak bunyi pun. . X terasa la tu.   Heee

Okeh! Share resepi simple dari sue. Blasah ja lah. . :D

Bahan - bahan.
10 keping roti gadinear - hasilkan 5 keping sandwish
Mayonis
Sos cili
Slice cheese
Tomato - potong nipis
2 biji telur
Secubit garam

Cara- cara.
Sapukan mayonis atas roti. Letak kan tomato, slice cheese dan letakkan sikit sos cili. Tutupkan dengan sekeping lagi roti. Tekap dengan acuan.
Bekas lain, pecahkan  2 biji telur. Letakkan secubit garam. Kocak.
Celup roti sandwish tadi dalam telur dan goreng keperangan.
Siap! :D
Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, 21 September 2012

Dry Seaweed @ Kologen

ASSALAMUALAIKUM.
Mula- mula, korang baca ni dulu ya...Tau kan..Mesti teruja bila sebut KOLOGEN kan... Nanti- nanti cerita panjang sikit. Saja..mula nak berjinak-jinak bantu kawan jual ni. Akceli bukan jual pun. Tapi kalau ada yang nak boleh ja rojer sue. (^_^)




Kebaikan seaweed gred AAA

Khasiat kolagen kulit akan semakin LICIN, CERAH, TEGANG & MUDA..
Membantu merawat GASTRIK.
Bertindak sebagai ANTIKULAT dan ANTI BAKTERIA
Membantu MENURUNKAN tekanan darah tinggi/hypertension.
Memberi tenaga dan MENGUATKAN sistem tubuh/imun.
Membantu MENSTABILKAN kandungan gula dalam darah.
Membantu merawat penyakit GOUT.
Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
Menguatkan tulang dan sendi.
Meningkatkan SEL RAWAN dan otot.
Mencegah KANSER
Merawat ANEMIA.
Menurunkan KOLESTROL dalam tubuh.
Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh/STROKE).
Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (ANTI PENUAAN)
Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT).
Menpercepatkan penyembuhan luka.
Menstabilkan kandungan gula dalam darah (KENCING MANIS).
Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
Menberi Kekenyangan (diet).
Melancarkan sistem metabolisme.
MERAWAT usus kecil (sembelit)


Thursday, 20 September 2012

KeK CoKlaT KukUs MuDah




ASSALAMUALAIKUM.
Meroyan pasal berat naik tu satu hal lah..Tapi still nak post juga makanan. Akceli senang juga untuk rujukan sue pada masa akan datang.Ececeh..Heeee

Ni buat sama hari dengan sue buat kek lapis alwani hari tu. Tapi semput nak update. Bercinta betul. Line internet dari lepas raya hari tu sampai sekarang, semput ja memanjang. Letih tau..macam nak merajuk ja. 

Oklah..melalut ja. . Dah alang-alang keluarkan pengukuskan..Sekali harung la dua tiga bijik kek..heee..Resepinya sue google ja kat internet "kek coklat kukus mudah"..Haa ko..nak yang mudah saja..ngeee..So, jumpa la resepi ni kat kat Blog Dari Dapur Ummi.  Thank's pada tuan punya resepi.Meh semak resepinya...

KEK COKLAT KUKUS MUDAH
Sumber : Blog Dari Dapur Ummi
By : Sue @ Suemiezi

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak mazola - sue guna minyak jagung. Blasah
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe - sue tak letak ni
3 biji telur
1/4 nestum - sue tambah


Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sdk soda bikarbonat
- ayak bersama 2, 3 kali

Cara- caranya.
Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Toping Mudah
1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
- kacau rata semua bahan dan tuang atas kek.

Selain daripada tu boleh juga kalau nak gunakan resepi coklat ganache ni untuk toping.

1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega


Tapi untuk kek coklat kali ni, sue belasah ja buat toping sue sendiri.

1 cawan coklat bar
1/2 cawan coklat DAIM
1/3 cawan susu cair
2 sudu makan mentega




Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, 19 September 2012

OMG

OMG...Scarryynya..
Nak jerit kuat- kuat pagi ni bila naik penimbang.
 
 
Huaaaa...penimbang tu khianati sue..
Tipuuuuuu
 
Stop makan sedap dah..Huhuhuuu.. ..Nangissss..
huhuuuu

Thursday, 13 September 2012

Tomyam Ala Thai


ASSALAMUALAIKUM.

Sebelum ni sibuk la nak makan tomyam ala thai...Kadang- kadang makan kedai order tomyam..Iskh!..Awat la dia orang masak tomyam sedap sangat ya. Celup tangan ka..kasi sedap..:P
Tu dulu la..But now, sue pun dah boleh dah masak tomyam ala thai gitu..Cepat disediakan lagi hokey ( dasar pemalas nak buat pest sendiri)..Ekekekeke...Tapiii.dengan bantuan pes Tomyam Thai tu...Aci tak?..

Pes tomyam ni cik hb yang beli masa balik Perlis hari tu. Siap tanya akak siam tu..Dia siap ajar lagi cara masaknya. Walau pun senang, saja ja tanya kot ada bahan- bahan magik yang dibubuh sekali masa masak tu.

Now..cik hb boleh order bila- bila masa saja nak makan tomyam.. Sorry korang, now hb sue tak payah makan kedai lagi semata- mata nak makan tomyam ala thai sebab wife dia pun boleh sediakan tomyam yang sedap dan cepat ala- ala kedai gituuu..Ekekekekee..tak dak hal lah kan..ni awek banjar yang tak da ropa siam gitu..Boleh lah..Ngeeee



Meh nak share menu kegemaran sue dengan hb...Tomyam best kalau makan time diet. For me la..Orang lain tak tau.

TOMYAM ALA THAI

Bahan- bahannya:
4 cawan air ( untuk semangkuk)
2 sudu pest tomyam - ikut kemasaman la ya
1 batang serai
2 helai daun limau purut
dua hiris halia
1 hiris lengkuas
sebiji bawang besar (potong 4 or 6 ja)
Bunga kubis, Jagung muda, Carrot Or apa2 saja _ikut suka
Ayam, daging, sotong, udang or apa2 saja.
garam secukup rasa ( tak letak pun tak pa..Tp kalau yg kuat masin boleh la letak ya)

Cara- caranya
- Didihkan air, masukkan pest tomyam, serai, halia dan lengkuas.
- masukkan ayam , daging or bahan2 seafood.
- Masukkkan bawang besar, daun limau purut dan sayur2an. Perasan degan garam  and kalau tak 
   cukup masam boleh perahkan limau/ lemon ya.
- Siap!..Hidangkan. Kalau nak sedap taburkan daun ketumbar. Baru lah rasa mcm makan kat kedai
   tu..


Senang kan...Kira kita main lebur ja semua bahan tu dalam periuk. Senang dan cepat. Bagi orang yang kejar masa or tak cukup masa boleh la beli pes ni ya.








 

Monday, 10 September 2012

Kek Lapis Alwani



ASSALAMUALAIKUM..
Letih la nak menaip panjang- panjang.. hehehehe.. Oklah ni kek buat semalam...Kebetulan mood membaking tu datang. Bawa turun la pengukus yang dah terperuk simpan atas kabinet.
Akceli kek ni pada sue senang dibuat dan sedap..Sebab tu kek ni yang kerap menjadi pilihan sue. Dah berulang - ulang kali sue buat. Mual - mula buat tu lapisannya tak cun..Alhamdulillah kali ni menjadi cantik juga..Boleh la, nampak juga line lapisannya tu..Kalau tak huduh betul rupanya..heheheh..Korang boleh tengok SINI dan SINI ya untuk kek- kek sebelum sebelum ni..
Resepi seperti biasa..dari kakak ku yang comei itu..Kak Dayang.


KEK LAPIS ALWANI
Sumber : Kak Dayang

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum - sue campur dengan tepung kek blue key skit...
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam - sue juga gune hawflakes mcm kak hana
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau - sue guna 2 warna ja..merah dan hijau...

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.

Akceli dah macam kek lapis asam masin pun ada juga ni..sebab sue tak guna kismis. Sue gantikan kismis dengan hawfalkes ..hehehehee..



 

Friday, 7 September 2012

KARI IKAN KEMBUNG ALA UTARA


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah masih diberikan kesihatan yang baik. Selsema sikit- sikit tu biasa saja bagi sue. Still tak menjejaskan aktiviti seharian.

Now masih lagi mood raya
..
Tapi tekak orang kat rumah ni dah mula nak makan menu yang biasa- biasa. Lagi pun hujung minggu adik ipar datang, makanya memang kena masak menu berat- berat juga.

Ni menu dah habis..minggu lepas punya. Tapi saja nak share juga kat sini. Sebab kali ni sue masak kari ikut resepi ya..Hahahaa…biasa tu masak kari main campak- campak ja..Kira ala version sue la. Kali ni try resepi yang ada ala- ala utara gitu…Kira nak sesuaikan dengan tekak utara hb. :D

Meh kita semak resepinya ya… (^_~)


KARI IKAN KEMBUNG ALA UTARA
Sumber : Maktehbum @ Myresipi

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 5 ekor ikan kembung (sederhana kecil)
  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 bungkus santan (1 1/2 biji kelapa)
  • 8 biji kacang bendi (kalau suka letak lebih)
  • 3 biji tomato (belah 4)
  • 4 biji cili merah
  • bahan tumis:
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu halba campur
  • 5 helai daun kari
  • 6 sudu minyak masak
  • 1 cawan air asam jawa (1 inci)
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan dan diketepikan.
  2. Bancuhkan rempah kari bersama air panas dan bahan kisar.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bancuhan rempah kari
  4. Apabila rempah garing dan naik bau, masukkan air asam jawa. biarkan seketika.
  5. kemudian, masukkan separuh santan bersama sedikit air. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan kiub ikan bilis, bendi, tomato dan cili merah. Kacau seketika
  7. Akhir sekali masukkan ikan bersama separuh lagi pati santan dan garam secukup rasa.. biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan..
 

Tuesday, 4 September 2012

Pentingnya tahu memasak dan ilmu di dapur - part 1

Assalamualaikum.
Bila tgk gambar diatas tu buat sue gelak nak pecah perut. Korang rasa apa ya tu. Kompem macam- macam benda keluar. Silap- silap kalau kata cekodok pun ada yang caya.

Tu adalah karipap ya. Karipap hasil tangan adik bongsu sue yang nun duduk merantau jauh di negeri orang.. . Negeri orang ya, bukan negara orang.

Ayat yang buat sue nak gelak besar bila dia komen "aku redha dengan kejadiannya". Acu. . Acu. . Sian ko cu.

Tapi apa- apa pun sue tabik juga. Dia ada usha nak try masak benda yang memang dia tak pernah terfikir nak kena masak.

Acu ni adik bongsu sue. Anak kesayangan dan kira paling malas juga dalam rumah tu.

Tahun ni, acu beraya di Sabah. Sehari sebelum raya, kami dah pesan dengan dia "Acu! Esok pg raya jgn ko hidang cekodok lg ya". Sebab tahun lepas raya haji dia beraya sana juga. Pg raya dia masak cekodok lepas tu dua- dua membuta. Wahahahaaa. . Acu. . Acu. .

Sue tak ada niat nak memburukkan dia, cuma ini kira sedikit coretan dalam kehidupan. Ya lah, jadi orang perempuan ni walau hidup senang dan dimanja mcm mana pun kena juga tahu masuk dapur. Masuk dapur disini bukanlah just suruh masuk dapur semata, tapi maksudnya kenalah tahu juga masak dan sikit2 ilmu di dapur.

Tahu tak, duduk dapur ni banyak ilmu kena tahu dan belajar. Like sue sendiri la, sumpah! Dulu memang sue banyak tak kenal rempah ratus, even ikan pun sampai sekarang ada banyak yang sue tak kenal. Setakat masak untuk sendiri dan simple2 tu memang lepas la. Tapi kesedaran tu ada. Masa tunggu kepurusan spm, sue la yang menguruskan hal2 rumah. Dari masak dan kerja2 rumah semua sue yang buat. Tu ata kerelaan sendiri, tiada paksaan pun. Dan. . Hasilnya alhamdulillah. . Sedikit sebanyak banyak juga sue tambah ilmu di dapur ni. Yang penting kena rajin mencuba dan banyak cari ilmu. Now, sue masih lagi belajar tentang ilmu di dapur ni.

Kebetulan pula td tengok dekat wall Noorsha yg ada reader dia nak buat karipap juga tapi salah sukatan. See, walau ada resepi, . .still silap besar juga. Tapi sue akui, tu sebab kita tak teliti dulu resepi betul2. . Macam sha kata tu la. Teliti dulu resepinya.

Tapi tak pa. Kesilapan tu buat kita lebih maju. Jangan giveup ok. Lama- lama kompem berjaya.

Ok! Stop dulu. Nanti sambung lagi. Banyak lagi sue nak share cerita di dapur ni. Kompem korang pun ada macam- macam cerita tentang ilmu didapur ni kan. Apa kata korang pun share juga. . Heeee

Published with Blogger-droid v2.0.8

RaNdoM saJA - wArNA WaRnI RaYa

Assalamualaikum.
Dah kata kan, nak share sikit- sikit cerita raya sue yang ala kadar. Tp tak mahu cerita panjang. Tengok gambar saja lah ya.

Akceli pada yang ada IG tau la macam mana suasana raya hari tu. Maklum la, sekarang ni lagi kerap update kat IG lagi daripada fb. Gambo ni pun ambik kat IG. Tp tak banyak gambar yang diambil rupanya. :)

Okeh! Meh layan warna warni gambo raya masa balik kampung sue hari tu. Raya kami simple saja, tapi best sebab dapat berkumpul ramai- ramai. :)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, 3 September 2012

RaYa DaN uBaT DeMam. . :p

Assalamualaikum.
Apa khabar semua. Agak- agak ada rindu sue tak. Ekekeke..perasan ja. Lagak macam stok blogger- blogger pames saja. Ngeeee. Tajuk n3 dah la ntah apa- apa. Macam tak kena ja. Heeee

Alhamdulillah, hari ni sudah masuk syawal ke 16. Cepat betul masa berlalu. Puasa enam belum start lagi ni. Nanti sedar tak sedar dah nak habis syawal. Esok, insyaallah baru nak start puasa.

Orang lain dah update cerita raya. Sue still tak da  masa lagi nak update cerita raya. Raya tahun ni simple saja. So, memang tak banyak nak cerita pun.

Syawal ke 11 sue dah diserang selsema dan di iringi dengan demam dan batuk. Cukup pakej kan. Dua hari sue pergi juga kerja sebab tuntutan kerja yang banyak lepas raya. Tiga hari cuti merdeka, sue memerdekakan diri juga dengan berehat dan tido memerap layan demam.

Macam ni la padahnya kalau makan tak ingat. Raya boleh dikatakan banyak juga sue minum air ais. Terkejut kot badan, tu yang kena selsema dan demam.

Ok lah. Nanti kalau sue ada mood sambung cerita raya sue yang biasa- biasa ja ya.

Untuk malam ni, keadaan kesihatan dah ok sikit. Tapi dah kata tak sedar diri kan. . . Malam ni sue pekena ubat demam paling best. Layan serawa durian dan durian sekali. Jangan tak caya satu polistrean dah durian musang king sue bedal. Demam lagiiiii. . Sendiri tanggung la jawabnya. Bukan apa, geram tengok buah tuh duduk memerap dalam esbox. Satu esbox bau dia ja. Ni kira nak menghabiskannya la ni. Tukang beli, masa beli tak hingat. Now, sapa susah? I juga yang susah.

Dah! Stop dulu ya. Layan serawa doyan sue yg sedap buat cicah roti or lempeng di atas nun ya. . Macam ni la lagunya, kalau update dengan tablet. Gambo tak reti nak susun. Maka, gambo akan bersusun la di bahagian atas n3.

Ok! Chau cin chau. . Assalamualaikum. :-))

Published with Blogger-droid v2.0.8

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "