Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (212) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (15) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Tuesday, 28 August, 2012

Bikin tension ja

See.   Elok ja cik hb sue duk landing tgk tb.
Aiii bang! Tak kan x jadi kluar kot.

Balik keja tadi sampai rumah, tak dak karan.
Cuak hokey. Ingat tak bayar bil, karan kena potong.
Kalau kena potong, malu i. . Hihihiii.  

Duk la bergolek dua orang. Tahan panas dgn nyamuk lagi. Maklum la pintu bukak luas, sliding pun bukak luas. Bapak nyamuk pun boleh masuk. Ngeeee

Kui 9.30 hb bunyik suh mandi ajak kluar (kantoi x mandi lg. . Hehehe)
Siap mandi. . Elok ja nak sarung tudung. Karan ada pulak.
Erk!.   kuar ja tgk hb dah ngadap depan tb.

So.. Now, kita jd keluar ke tak ni bang. Huhuhuuu :p

*sekian n3 meraban + update pemanas blog. :p

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, 14 August, 2012

GERMAN COOKIES



ASSALAMUALAIKUM.

Tak nak cakap banyak- banyak ya.. Waktu ni masa adalah sangat penting. Semua benda nak buat.
Sekarang ni sue tengok,  akak-akak sue yang pames itu semuanya dah membizi kan. Jarang dah update blog. Tak pa, kita tunggu lepas raya ni..Kompem berderet- deret N3 diaorang..Hehehehee..

Sue ni pun online kadang- kadang sebab nak mencari resepi ja..Ngeee..
Okeh!..Meh terus pada sekut ni ya. Ni namanya German Cookies, tersedak kawan sue yang nick namenya German Botak..kikikiiii.....

Resepi asal dari rumah  Rima ( comei ja sekut dia) dan yang ni sue skodeng dari rumah Ros...Hari tu ternampak juga Ika buat biskut ni. Sebab tengok sana- sini orang buat biskut ni, tu yang sue buat juga. Ternyata memang sedap juga biskut ni...Sama macam Ros, sue juga tiru dak Ika tu..letak colour- colour kat atasnya..



GERMAN COOKIES
Sumber: Rima, Ros, Ika

BAHAN-BAHANNYA :-)

125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch
80 gram tepung halus ( superfine)
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak) - ni ros tak letak
untuk topping gula, sedikit gula castor dan beberapa titik pewarna pink, digaul sebati. Untuk topping ni ikut ika juga.

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

- cara ros toppingkan gula tu, lepas gentel cookies ni bulat-bulat, ros celupkan atasnye dengan gula yang pink tu, ambil garpu dan tekan serperti gambar di bawah, lepas tu bakar hingga masak. * ni akak ikut Ros juga ya



Maaf la ya kalau N3 sue berterabur. Sue biasanya guna tablet untuk update, lepas tu edit balik bila ada pc. Tu yang n3 berterabur salah eja kadang- kadang. (^_^)
Ok..selamat membiskut semua.






Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, 13 August, 2012

Green Peas Cookies


ASSALAMUALAIKUM
Tak sampai seminggu pun lagi nak raya kan. Sue ni dah kelam kelibut tak cukup tangan nak siapkan apa yang patut. Salah sendiri la tu kan, sebelum ni rilek sangat. Tak fikir pun pasal raya. Dah la kebetulan kat office pun serabut juga. Kerja banyak di saat-saat nak bercuti. Sabor ja lah..ni dugaan nak bercuti la ni. Nak tak nak kena hadap juga kan.

Okeh!..malam tadi sempat buat biskut ni untuk kali ke dua. Dah siap bungkus untuk di bawa ke rumah MIL. Tahun ni kalau boleh memang tak mahu beli dah. nak makan biskut yang buat sendiri ja.

Sue ambik resepi yang mudah- mudah saja. Kebetulan pulak memang sue suka dengan biskut ni. Tapi selama ni beli ja. Tak sangka pula senang ja nak buatnya rupanya. Sekejap ja nak mengadunnya, cuma bercinta sikit bila nak menerap tu ja. Sebab sue punya dulang pembako kecik sangat. Makanya kena terap sikit- sikit. Nampaknya kena beli juga dulang pembakar yang besar.

Sebelum ni tengok AlongRos ada buat juga cookies ni. Lepas tu Kak Yatie pulak. Resepi kali ni sue copy terus ja dari Kak Yatie. Yang mana nak skodeng cookies diaorang boleh la masuk ke dapo dua kakak yang lawo awet muda ni ya... (^_^)


GREEN PEAS COOKIES
Sumber: AlongRos, Kak Yatie

Bahan-Bahannya:
  • 1 cwn Tepung Kcg Peas
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 1/2 cwn Gula Aising
  • 1/2 st Baking Powder
  • 1/2 st Garam
  • 1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
  • 1 biji Telur Kuning-Yatie tambah sedikit warna kuning
Cara-Cara

  1. Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
  2. Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  3. Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
  4. Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.



Published with Blogger-droid v2.0.6

Kad raya pertama





Assalamualaikum.
Alhamdulillah, morning semua. Syukur alhamdulillah dah 24 hari kita berpuasa. . Makin dekat dah nak raya.
Sue pun baru la mula terasa tegangnya. . Dah hujung- hujung baru kelam kabut nak buat itu ini. Heee. .
Ok! Pagi ni sue nak letak kad maya first dari kakak ku yang comei ni. Thanks Alongros. . Cantik kad akak.
Selamat Hari Raya untuk Along sekeluarga juga. .  Muahhhh!!!"


Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, 11 August, 2012

Biskut Almond Choc Chip



Assalamualaikum.
Cuaca panas hari ni kan. Sangat sesuai untuk aktiviti jemur menjemur. Minggu- minggu terakhir ni sue barulah sibuk- sibuk nak buat macam- macam. Time ni baru enjin nak panas. Nak kemas - kemas rumah, buat cookies sikit and nak prepare barang- barang untuk balik kampung. Walaupun tak beraya ni sini, rumah haruslah dikemas juga kan. Ingat petang ni kalau rajin, baru nak menjahit apa yg patut. Heee.

Okeh! Nak share sekut yg sue buat malam tadi. Akceli resepi ni dah lama dalam buku azimat sue. Tp mintak maaf la banyak- banyak, boleh pulak sue tak tulis dari mana sumbernya. Apa pun thanks la pada tuan punya resepi. Resepinya mudah sangat. Dapat la setengah balang hasilnya. Meh kita tengok bahan- bahannya ya. ;)


ALMOND CHOC CHIP

Bahan- bahannya :
1 cawan tepung gandum
3/4 sdt baking powder
1/4 sdt garam
1/3 cawan butter + 1/4 cawan butter dicairkan
1/2 cawan gula perang
1/3 cawan gula halus
1/2 sdt esen vanila
1/2 cawan chic chip
1/2 cawan almond nibbed
1/2 cawan almond flakes - ni sue tambah
Coklat rise untuk tabus atas cookies - ni sue tambah juga.

Cara- caranya :
1. Panaskan oven siap2.
2. Campurkan tepung, baking powder & garam dlm bekas.
3. Dlm bekas lain pukul butter, gula perang, gula halus & esen vanila hingga sebati.
4. Masukkan  almond nibbed dan gaulkan. Ambil 1 sudu bancuhan dan letakkan choc chip.(sue masukkan semua almind & choc chip sekali dlm adunan). Letakkan atas dulang pembakar. Jarakkan sedikit sebab buskut akan mengembang.
6. Bakar 18/ 20 minit (deoends on oven type) or hingga kekuningan. (sue letak suhu antara 160 ke 180 ja). Selepas biskut masak, biarkan seketika di atas tray sebelum dikeluarkan. Biskut akan menjadi kebih rangup.

Note: Jangan suspen mcm sye hokey. Biskut ni baru kuar oben memang lembek ja ditekan. Tp bila dah sejuk, ok jer. Jadi rangup ja. Heee


Pada sue, biskut ni kalau bagi budak- budak, kompem suka. For me, i like it. Sebab ada choc dan badam kan. Sesuai gituuu.  Okeh! Selamat berhujung minggu semua. (^_^)


Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, 10 August, 2012

Udang Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum..
Masing- masing dah banyak buat biskut sue tengok. Sue ja yang makin kendur, tak kencang dah aktiviti membiskut. Enjin lemau la..Minyak enjin tak top pu lagi..HIhihiii..

Ni menu ntah iftar ke berapa ntah. Saja sue share sini sebagai bukti yang tahun ni sue rajin sikit masak dalam bulan  puasa ni..Ekekekee..tak ble belah betul la kan.

Mintak maaf la ya, sue kalau masak main belasah ja. Main ikut sedap rasa ja. Cuma kalau bab nak taip resepi tu ja gagal. :P



UDANG MASAK LEMAK CILI API ( stail taram saja)
Sumber: Sue @Suemiezi

Bahan-bahan

Udang
1 batang serai
*1/2 biji bawang mesar
*cili padi ( agak-agak la ya..kalau nak pedas buh la banyak)
*sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
1 biji bawang putih -hiris
1 biji bawag merah - hiris
sedikit garam
1 helai daun kunyit
1/2 kiub pati ayam
1 cawan susu kreamer ideal
kentang
asam keping - Tak nak bubuh pun tak pa or nak ganti dengan belimbing tunjuk pun tak pa.
Cara- caranya

1. Kisar bahan bertanda * hingga lumat Tumiskan bahan yg dihiris bersama serai yg diketuk. kemudian curahkan bahan yg dikisar ke dalam periuk. Kacau sampai pecah minyak or masak dan masuk kan kiub pati ayam. Lepas tu boleh la masuk kan kentang.

2. Selepas itu masukkan sedikit air ( agak2 la ya dalam 1 cawan or  Ikut pada banyak mana nak) dan  asam keping . Kemudian masukkan  susu kremer dan  kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan udang, biarkan sebentar, selepas itu baru masukkan hirisan daun kunyit. jangan masak udang terlalu lama,balancekan lah rasa ya.

3. Setelah udang masak, angkat dan Siap!...


Maaf la ya..sue memang tak pandai nak tulis resepi. Masak main taram ja. Kadang- kadang sue letak gula sikit untuk balance kan rasanya...Tak letak serbuk  perasa. Tapi kiub pati ayam tu memang selalunya letak dalam masakan. Tu kira perasa juga la tu kan.. Heee.. (^_^)


*Nih. N3 auto publish (^_^).

Memang terkesan betul



Sedih hokey iklan ni. Duk tengok sorang- sorang. Nangisss!!..Huhuhuuu..


Jumaat sudah?


Assalamualaikum.
Salam jumaat semua. Siyes, sue baru sedar yang hari ni hari jumaat time sampai ja opis dan mula duduk. Terpandang kalender baru sedar yang hari ni hari jumaat.
Cepat betul rasanya masa berlalu. Bermakna, tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan ramadhan.

Ok lah! Dah alang- alang sue online kan. Update menu last minit semalam. Hampir 1/2 jam lagi nak berbuka baru rasa nak masak.
Kebetulan semalam sampai rumah agak lewat juga. Hb bawa pergi PARAM saja. Tapi biasa la, kalau pi PARAM pun. .  Sue memang tak tau nak beli apa. So, sue just beli kuih karipap untuk sue dan hb beli bihun sup dan pasembor untuk dia.

Sampai rumah sempat rehat dulu. Kul 7 masuk dapur nak siap2 apa yang patut. . Tetiba pulak boleh terfikir nak masak mee goreng. Alhamdulillah sempat juga siap. . 15minit ja tau. Memang belasah ja apa yang ada. Alhamdulillah, sedap juga. Cukup rasa. Hb pun makan juga mee ni masa berbuka. Dan mee ni juga lah menu sahur hb pagi tadi. Sue sahur just minun dan makan kurma ja. Cukup untuk sue, tu ja yang terlarat masuk perut pagi2. Heee.


Ok.   Stop dl. Walau pun tak online guna line office, tp now dah time untuk keja. Kita buat keja dulu ya. Nanti- nanti sambung. Sue pun jarang dah blogwalking. Nanti rehat boleh bligwalking dengan kencang ya. . Heeee.  Mau settlekan keja baru boleh tenang nak bercuti panjang kan. . Okeh!. Daaaa.

 .
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, 9 August, 2012

Nurul Syuhada berhijab

Pic kredit Fb MHI


Bila tengok pic Nurul Syuhada kat page MHI Tv3 pg ni, sweet sgt.

Syukur Alhamdulillah, hikmah ramadhan.
Makin ramai dah selebriti tanahair yg berhijab.


Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, 6 August, 2012

Best Ever Chocolate Cookies

Assalamualakum..
Syukur Alhamdulillah, Sedar tak sedar dah 17  hari rupanya kita berpuasa.
Sue pun mula la dah sikit- sikit panas kan enjin untuk prepare apa yang patut.

Maklum la 16 hb sue dah cuti dan maybe akan terus gerak balik ke kampung hb.

So, masa tak banyak lagi untuk sue buat preparation.
Cadang tahun ni nak bawa balik biskut hasil buatan sendiri. Tak nak beli dah. Bukan apa, kalau beli tu warna dan corak macam- macam, menarik hati..tapi rasanya semua sama ja pada sue. Agaknya, sebab adunannya lebih kurang ja kot..Cuma di buat kelainan dengan warna dan corak saja..Huhuhuuu…

Ni projek  semalam…rajin kan juga diri untuk  masuk dapur. Dapat buat satu jenis biskut pun ok dah.Tengok biskut ni masa duk merayau kat rumah Tun..Terus terpikat. Best Ever Chocolate Cookies.. memang best lah…Kira kena lah dengan namanya, sebab biskut ni penuh rasa coklat.
Meh kita semak resepinyanya..Thank’s Tun Telani, akak copy dan share di sini pula ya…


Sekut ku yang berkematu..heeee


Best Ever Chocolate Cookies
Sumber: Tun telani

Bahan- bahannya :

  • 1 1/2 cwn tepung
  • 3/4 cwn cocoa powder - tun guna 1/2 cwn cocoa powder dan tambahkan tepung 1/4 cwn
  • 1 1/4 tsp baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cwn (170g) butter/margerin
  • 1 1/4 cwn gula - tun letak 1 c je
  • 1 bj telur
  • 1 sk esen vanilla



Cara- caranya :

  • Ayam tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. ketepikan.
  • Pukul butter dengan sampai berkrim. masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan2 yg diayak dan gaul hingga jadi doh yg lembut.
  • Kalau ingin terap, simpan dalam peti sejuk sebentar sbb doh sgt lembut dan susah utk dicanai. Doh yg sejuk akan sedikit keras, tabur tepung atas papan pencanai utk elakkan tepung dr melekat. kalau guna cookie presser mcm tun, xperlu sejukkan, blh terus press atas loyang yg dh di glis.
  • Bakar pada suhu 180 C, 8-10 minit. biskut atas lembut masa panas, biarkan sejuk dlm loyang sblm alihkan dlm bekas :)


Saturday, 4 August, 2012

Kuih Cara Manis


Assalamualaikum
Alhamdulillah, kejap saja rasanya. Tau tau dah 15 hari kita berpuasa.
Ok lah! Sue tak nak berceloteh panjang- panjang. Update pakai tablet sangatlah membosankan. Jenuh nak menaip. Td dah siap taip, tengok- tengok line internet pulak tak da. Boleh tetiba no network pulak. Makanya, tak ter post rupanya.

Hari ni cuti banyak mada sikit. Tak perlu terkejar - kejar. Boleh la madak berat - berat sikit. Meh nak share antara menu iftar kami hari ni. Akceli sue tak petnah buat kuih cara pun. Makan tu selalu la. Beli saja. . Hari ni kita rasmikan acuan yang dah lama tersimpan ya. Sebelum kena perli, baik kita rasmikan. Heee.

Resepi guna Cik Mat punya. Thanks Cik Mat. Hasil kejadiaannya sangat memuaskan hati. U all boleh skodeng rumah Cik Mat ya kalau nak tengok hasil kejadiaan kuih ni yang cantik gitu. :))

KUIH CARA MANIS
Sumber : Cik Mat Gebu

Bahan - bahannya:
2 cwn tepung gandum
3 cwn santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Sedikit pandan paste (sue ketak sbb daun pandan sue kecik2 sgt)
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk lanser acuan

Cara- caranya:
1- Daun pandan dicuci & dipotong kecil & kisar bersama santan. Kemudian tapiskan & satukan bersama tepung, pewarna hijau, paste pandan, telur & kacau rata dengan whisk hingga sebati. Tapiskan adunan tadi ke dalam bekas bermuncung. Ketepikan.
2- Panaskan acuan atas dapur gas. Bila panas, kecilkan api. Lanserkan dengan sedikit minyak.
3- Tuang adunan dalam acuan hampir penuh. Letakkan sedikit gula dan tutup dengan tudung periuk. Masak hingga kuih menjadi perang dan masak.
4- Angkat berhati - hati. Siap dan hidangkan
Ok! Selamat berbuka semua. :()

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, 2 August, 2012

Air Tembikai



Assalamualaikum. .
Tetenghari ni saja ja nak up gambo air.
Nih semalam punya. Air tembikai paberet hb.
Semalam bila letak air dalam balang ni, kasi hb minum.
Di semacam pelik ja. . Hahahahaa. . Sorry bang.
Betul2 lepas ambik gambo. . Hb dah duduk nak berbuka. Tu yang sua ja yang tu.
Tak yah gelas- gelas ya bang. Ni pun ok juga.

Bila jadi macam ni, gelak sendiri ja bila teringat yang hari ni QH up kat fb gambo kartun yang suruh family dia stop makan jap, sebab dia nak ambik gambo untuk fb. . Hihihiiii. . Ada yang macam tu ka?..Heeee (^_~)


Published with Blogger-droid v2.0.6

Nafsu ja tu



Tengok kartun ni.
Penuh makanan, sampaikan x tau nak yang mana satu.
Suami duduk hujung nun, istri duduk hujung satu lagi.
Kan x harmoni tu,
Bagus sangat kartun ni.
Tepat sangat message yang nak disampaikan.
Bulan ramadhan, makanan memang mudah sangat nak dapat.
Tapi berpada- pada lah ya. Jangan sampai jadi macam tu.
Sebaiknya, bersederhanalah.
Yang penting, jangan membazir.
Bagi sue, pelukis ni berjaya menyampaikan message melalui kartunnya ni. .  (^_^)


Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, 1 August, 2012

Cuci mata jap. Meh tengok kampung sue. (^_~)

Tepu pala. .
Pinor mata duk ngadap pc.

Update: Nih vew depan rumah ya..Nanti2 sue share view tepi rumah kiri dan kanan..Kebun ada, sawah pun ada..Heheheee

Rindu kampung pun ya juga.
Tengok gambo ja lah.





Published with Blogger-droid v2.0.6

Ayam Masak Lemak Cili Api



ASSALAMUALAIKUM.
Syukur Alhamdulillah, hari ni dah masuk 12 hari kita berpuasa. Terasa cepat benar masa berlalu.
Syukur juga kepada Allah, sehingga hari ni masih lagi diberikan kesihatan untuk melalui bulan Ramadhan ni. Di harap kawan- kawan juga sentiasa diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan ramadhan ni.

Ni bukan la menu sue semalam, ni menu tertunggak ya. Rasanya menu iftar 8 ramadhan hari tu. Kebetulan cuti, so boleh la masak yang berat- berat sikit. Sue sharekan disini masak lemak cili api cara sue. cara campak-campak. Tu pun syukur sangat yang cik serai dan kunyit sue masih hidup subur lagi. So boleh la sue  guna untuk masak. Esok-esok kita masak kari pulak ya..sebab cik kari pun mula mengeluarkan daun yang banyak. (^_^).


Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan
Ayam secukupnya ( sue  punya ni 5 ketul dah siap2 goreng sekejap)
*2 biji cili besar
*1/2 biji bawang besar
*10 biji cili Api/ padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
*sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
1 batang serai ( ketuk)
2 biji bawang merah (hiris)
1 biji bawang puti (hiris) - x nak letak pun x pa
2 cawan susu kreamer ( brand ideal)
1 biji kentang ( potong 4 saja)
Air
sedikit garam
1 helai daun kunyit


cara- caranya

1. Kisar halus bahan bertanda *, kemudian tumiskan dulu bawang merah dan putih sampai naik bau dan curahkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah diketuk tadi, kacau .

2. Selepas itu masukkan air sedikit ( agak2 saja lah ya) dan kentang.

3. Kemudian masukkan susu kreamer tadi, kacau sebentar baru masuk ayam. biarkan sebentar, selepas itu baru masukkan hirisan daun kunyit. jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.

4. Setelah  masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih. Siap!


Kita padankan dengan ikan pekasam dan sambal. Peh!..memang boleh menambah dua tiga kali nasi. Tapi alhamdulillah sue boleh menahan diri lagi. Syukur sangat sue makan ala kadar saja. Bulan puasa ni, dapat minum air dan kurma pun dah kenyang. Tapi, untuk hb dan adik ipar kena lah masak berat- berat juga. Untuk sahur, lauk ni juga lah ya..Jimat dan senang kerja sue... (^_^)




Published with Blogger-droid v2.0.6

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "