Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)
ASSALAMUALAIKUM.
Lama betul tak jenguk sini, tak tulis apa2. Mood nak mengupdate tu dah turun. Dah la mood memasak tu pun dah merundum juga..Lagi la tak ada bahan nak update apa..Heeeee.

Nak kata diet, idak la jugak..La ni badan dah mula rasa macam dibam bam..Langsung tak sedo diri. Ingat hari tu bagi body ni makan sesedap rasa tanpa diet n senam kejap ja..Tapi rupanya, makin sedap pulak bermalas-malasan tanpa diet...So..sendiri terima la habuannya ni. Heeee.

Ok!..Untuk permulaan ni..Hari ni sue nak share lagi info pasal Lemon ni. Akcely ni minuman sue masa diet. Lagi pun, sue memang suka lemon. Bau dia wangi and rasa dia tu tak la masam terkejut sangat..Heee


Mulakan hari anda dengan lemon & air suam
By Nadia Najib | TupaiMon, May 28, 2012 5:30 PM MYT

28 Mei – Rutin pagi seseorang dilihat amat penting
dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi
 ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai
pelajar.
Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.

Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

Sumber


Esok 1hb Jun mau start balik jaga makan and senam balik. Kalau tak... tak tercapai  la hajat nak melaram raya nanti..Huuuu...Ngeeee :P

Haa..tengok la tu, matlamat tu dah tak betul..Hehehee..Tak lah, diet untuk jaga kesihatan. Now, bila berat dah naik..Jalan sikit ja dah mula rasa lain macam. Stamina dah tak bagus...Tak baguss wooo...Ok!..Pada yang tengah berdiet juga..Hope u all kuat semnagat and selamat berdiet ya. Wish untuk diri sendiri juga..(^_^).

Psstt:- Rajin kang nak update sikit cerita masa pi Langkawi hari tu...:P

Selamat hari ibu.

Assalamualaikum.

Khas buat semua ibu2. Kad ni sue tujukan buat u all. Hope sudi2 terima kad dr sue. Ingat juga bahawa, hari2 adalah hari ibu. Jangan lupakan jasa dan pengorbanan mereka. SELAMAT HARI IBU. Muahhhhhh!!!! Kiss and hug from me.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Catatan from CH

Assalamualaikum. Pagi semua. .

Syukur Alhamdulillah, berada di sini buat sue lebih membuka mata. Syukur banyak2 kpd Allah atas semua yg diciptakannya di muka bumi ini.

Jangan sesekali kita lupa untuk mensyukuri nikmatnya. Bayangkan kalau kita buta. Tak dapat menikmati pemandangan macam ni. Dan bayangkan juga andai satu hari kita tidak lg bernafas dan berada di alam barzakh.

Hari2 muhasabah diri. Love u all.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Award dari Kak Sha

ASSALAMUALAIKUM.

Tup..tup dah hari Jumaat hari ni. Esok cuti, so selamat berhunjung minggu buat kawan-kawan semua.
Sue sat lagi ni nak bertolak ke CH dah..Bukan pi jalan-jalan ya, tapi pi kursus. Walau pun pi kursus target nak menyoping sikit-sikit tu ada la..hihihihi...Pompuan..pompuan...:p


Ok!..dikesempatan ni sue nak gantung Award dari Masterchef kita..Kak Sha. Tq kak!..Sue dah lama hangkut, tp still tak sempat lg nak gantung. Sue sangat berbesar hati dengan keramahan Kak Sha. Semoga perkenalan kita di alam maya ni akan terus berkekalan.

Potluck

Assalamualikum.

Siap juga akhirnya puding mangga untuk esok. Akcely ni untuk bawa pi office esok. Buat makan2 lepas metting.


Tengah duk tunggu puding sejuk skit sebelum ditutup. Hb call, dia kata rumah sewa adik bermangga. So dia x ble masuk. Soalnya, kenapa tuan rumah tukar mangga langsung x inform apa2 pd hb or pd adik dia. X ada sebab nak dimangga. Sebab sewa rumah di bayo, walaupun x duduk coz adik ipar cuti semester 2 bln. Sue pulak yg hangin rasanya. Hehehee tetiba ja masuk cita pasal ni kan. Sebenarnya hb pi rumah tu sebab nak ambik bag tarik sue. Coz sue nak pakai. . .nak pi kursus minggu ni.

Tp bila dah dgr suara hb td. Sian lak,sbb dia penat2 redah jem pi shah alam semata2 nak pi ambik bag ja. Sudahnya, x boleh masuk lak. Hb dah blur dah. . X tau nak bwat apa. Dia dah call tuan rimah,tp tuan rumah tu kata esok ja lah dia bukak. Sue tanya hb. . Np x ckp abg nak ambik barang mlm ni. Abg np x tanya kenapa dia mangga. Hb cakap dia mcm blur. . X terfikir nak tanya. Sian hb. . dah la penat, sakit gigi pula tu. Last2 suh ja hb balik. X pyh la ambik bag tu n x payah la call tuan rumah tu lg. Biarlah dia nak buat mcm tu. . Klu dia tipu kami, dia la berdosa kan. X pa la pakai bag sandang ja la nanti . Huhuhuuu ( rasa bersalah lak sshkan dia)


Ya la. . Faham tu rumah dia (eh! x habis lg. . Ngeee). Tp rasanya kita penyewa berhak tau np dia bwt mcm tu. Its ok la mn tau kot dia mangga sbb takut org masuk rmh sbb kawasan tu ada kes kecurian ka or ada sebab2 lain. . tp, x kan ssh sgt nak inform kot. Sms ja pun ok dah.


Hadoiii serik rasanya. Mcm2 hal. Hb dah mula terfikir nak pi carik rmh sewa lain ja tuk adik dia tu. Hadoiii. . Byk rugi.


Heheheee. . Sorry la. Terlebih2 pulak meluah rasa hati ya. Ok! Back pd puding ya. Mlm ni sue just guna puding yg segera jg. Bukan apa. . Yg tu ja senang. . Cuma mcm biasa sue ubah suai skit. Asalnya nak bubuh buah mangga betul,tp carik2 mangga x ada pulak. . . So, letak ja nata di coco. Biasanya. . .sue akan campurkan sikit fresh milk or susu krimer dlm tu. So, rasa mcm lemak2 sikit ( x habis dgn lemak ja ko ya sue. . Ngeeeee)


Ok! Stop dl ya. Rajin2 nanti ada la update n3 bau2 stoberry ya. Tu pun kalo rajin. . Hihihiiii. . Maklum la sekarang ni. . Dapo pun dah jaranggggg beno berasapnya. Ngeeeee (^_~)


Dah! Nite semua -----»»»»» hadap lg update memalam kan. Harus say good nite. Ngeeeee


Published with Blogger-droid v2.0.4

Buruk sangat ke

Betui ka x lawo ya. Ker i ja yg perasan kasut ni cantik. Sentap tau bila cik hb bleh komplen kata tak elok kasut ni. Dia lagi suka sue pakai kasut hitam. Huhuhuuuu. . Kiciwanya, baru nak try pakai kasut colour2 skit. Huuuuu :p.


Nasib beli kasut murah ja. Erkh! Murah? Shuutttt!!!!. . Tutup mulut. Takut bocor regenya. Kang ada yg kata baik pakai kasut mahai terus. . Tp ok la. Beli kasut dia sepasang ja ble dapat kasut sue 2 3 pasang tau. Untung jadi pompuan. . Banyak barang ble beli murah2. Cantik2 pulak tu kan. . Heheee. (^_~)


Published with Blogger-droid v2.0.4

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...