Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Monday, 27 February 2012

Oreo Cupcake to Oreo Cake

Assalamualaikum.

Ni projek cuti hujung minggu tadi. Teringin nak makan kek, selongkar rumah Kak Nor, jumpa Oreo Cupcake. Tengok simple saja..tu yang terus masuk dapur tu. Dah siap sedia bahan semua, tengok-tengok cup tak da la pulak...Emmm..  buh saja la dalam loyang. Belasah ja lah labuu..Ngeeee..So..makanya jadilah la ia Oreo Cake..Ngeh!..ngeh!..:p

Ok!..meh semak resepinya ya.Resepi sue skodeng dari rumah Kak Nor dan Cik Mat.(^_^)

OREO CUPCAKE
Sumber: Kak Nor, CMG

BAHAN-BAHANNYA
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUATNYA


 Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja...

Lain kali boleh cuba lagi sebab sangat senang nak membuatnya. Seperti biasa, sue buh makan dengan coklat ganace juga. Baru la laju makannya..Heee

Monday, 20 February 2012

Update skit dulu

Cantik tak?..Heeee..bertuah rasanya kalau sue pun ada kemahiran macam ni. Ni kek pengantin semalam. Adik pengantin sendiri yang buatkan untuk kakaknya. Dia sampai dari politeknik pukul 7 lebih hari Sabtu tu, malam tu juga dia terus pergi kedai tempat dia keja dulu tu untuk buatkan sendiri kek perkahwinan kakaknya. Xbos dia sangat spotting..boleh bagi xpekerja gunakan kedai. Ni pun dia kata simple saja..Pada sue dah cukup ok dah tu. 
Kek dihias mengikut Tema pengantin iaitu Hitam Merah...(^_^)



Sue harus menuntut ilmu ni dengan dia..Hehehehee...Yang duduk tengah-tengah pengantin tu la tuan yang buat kek tu. (^_^)

Nak naik kan mood saja

Assalamualaikum.


Saja letak gambo ni...Nak naik kan mood . Badah letih lagi dengan kerja-kerja kenduri kawen anak buah semalam. Tiga hari ligat macam robot, hari ni kat opis dah lemau semacam..Ngeee....Nanti kalau rajin sue update gambo kawen semalam ya...
Ok!..layan lagi satu pic kat bawah ni..Ni ambik mood honeymoon plak. Erk!..heeeeee



Past: Berat sudah naikkkk..huaaaaa....Sedey..sedey..kena gigih balik ni. 

Tuesday, 14 February 2012

Tak ada Kek ya.. But i like it..

Assalamualaikum.
Firstly..Thank's pada semua yg wish birthday sue. Sue sangat-sangat menghargainya. Dah 33 tahun dah pun. Menambah umur lagi. Tapi tak pa la, usia ja yang menambah (eh! berat pun sama naik jg la..huhuhu..haruuu)..yang penting jiwa still muda lagi ya..Heeee...
Hidup mau happy  ya..Nanti baru lah boleh awet muda macam kakak-kakak GMM tu...Heee.
Taraaaaa...

 Amacam! Terguda tak. Heeee...Ni kalau nak buat sendiri kompem sue nangis ni. Orang yang penyabo ja buleh buat ni. Macam kakak-kakak ku semua tu..memang rajin dan kreatif, kompem boleh buat punya.




Ni hb bagi, tak ada kek pun tahun ni. Tapi ok la..i like it. Ni lagi sedap dari kek. kalo kek tu sue pun boleh buat sendiri kan. Heeee..Lawo kan..sayang lak nak potong... (^_^)

Jemput rasa la sorang sikit ya..sue dah potong separuh dah, bawa pi office sikit..Rezeki dia orang la... (^_^)


Monday, 13 February 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Assalamualaikum.
Ni adalah n3 dah basi pun. Projek membaking kek ni hari sabtu tadi. Tu pun selepas terguda masa duk menyelongkar dapur Noorsha (pasttt..akak dah kemas balik ya dapo Sha..Tak tinggal jejak pun..hahahhaa). Mulanya nak buat Milo Cupcakes With Milo Buttercream..tetiba bila scroll lagi, terguda la pulak dengan Cotton Soft Japanese Cheesecake.

Dan kebetulan memang semua bahan-bahan tu ada kat dapo pantry (ceh!..berangan pantry ala Masterchef..hihihi). Mula-mula rasa macam tak yakin ja boleh buat. Sebab ni first time nak cuba buat Cheese cake ala cotton macam tu, yang ringan-ringan tu. Tapi ternyata begitu senang rupanya membuat kek ni. Tak dan tunggu lama-lama pun duk dalam oven tu, sue dah kuarkan. Pastu buat coklat ganache sebab kalau makan macam tu saja, rasa macam slow sikit. Bila dah buh coklat ganache, peh! memang laju la makannya. Tak sia-sia tiru cara Noorsha..Memang kena betul kat tekak akak ni, Cheese + Coklat, memang gandiangan yang hebat..hahahahaa..ayat tak boleh blah.

Dah!..layan la gombo Cotton Soft Japanese Cheesecake i tu... (^_^). Resepi copy dari Noorsha saja. Senang...Thank's Sha...(^_^).


Ni mula-mula kejadiannya..Tp apasai la duk menggelebir bawahnya tu...

RESIPI COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine 
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar) 
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Note: Ikut cara Noorsha pukul adunan B dulu sampai jd meringue, pastu pukul jap adunan A sampai sebati dlm 2 minit camtu ngan mixer n baru campurkan kedua²nya...gune kaedah kaup balik....

 

Yummmy
Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 sb butter @ margerin @ minyak

kacau semua bahan dalam periuk dengan api kecil hingga larut sepenuhnya n boleh dituang atas kek

Friday, 10 February 2012

Salam jumaat

Assalamualaikum. Selamat pagi (^_^). Syukur Alhamdulillah kita di berikan kesempatan lagi untuk bernafas pagi ni.

Syukur sangat juga sebab hari ni dah jumaat. . . Esok cuti. . Heeeee. Hari2 pergi kerja stress. . Hari2 kena hadap jem. . Nasib la kepala tak jem. .  Pagi ni sue tak mo pandang jalan yg jem tu. Gunakan kelebihan sebagai co pilot dengan sebaiknya. . Bukak fb, baca paper and update blog. . Oh! Bulan pagi ni dilindung awan, so tak boleh nak layan peling2 tengok bulan. .


Ok! Pagi ni sue ter rajin + memaksa diri untuk prepare bfast simple untuk di bawa ke office. Ni semua sebab susah nak dapatkan makanan dah sekarang ni. Dulu senang ja, agak 2 lapo turun ja bawah ada cafe. . but now cafe tu semua dah tutup. Ntah apa la yg dia orang nak buat lagi.  . .asyik la pecah ja.   Nak buat cafe baru kot. Nak keluar, tak la kot. Cuaca dah la panas kan. . Huuuuu. .


Dua hari sue keja. . menjelang petang ja perut dah berkeroncong bagai. Pagi makan simple ja. . Tengahari duk minum nesvita ja. Kompem la tak cukup kan. .hahahaaa


Tu sue just buat sandwish simple. Isinya just slice cheese, telur mata/dadar, sos cili, daun salad. Simple ja kan. . Satu bekas untuk cik hb and satu bekas untuk sue.


Ok lah. . Selamat menjamu selera bersama keluarga untuk yg bercuti hari ni and untuk yg bekerja, selamat bekerja. Daaaaa

~~~ sambung balik hadap pemandangan deretan keta di depan. . Jemmm maaa...huuuuu~~~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 9 February 2012

Cak!..

Assalamualaikum..
Berapa hari tak up apa-apa kan. Tak dak mood + letih balik dari kampung. Ni pun just nak sapu-sapu habuk ja..hihihihihi.. 

Tak pa la..daripada tak ada benda nak tengok..Sue letak la picture yang tak cantik pun sebab diambil guna tab ja..Tapi sebab pemandangannya cantik kan, maka jadi cantik juga la gambo tu..huhuuuu..mula melalut la tu.. Dah!..jamu mata ja la ya...Ni betui- betui untuk cuci mata tau. Memandang alam semulajadi tu boleh buat kita tenang tau...Ngeee







Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "