Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Thursday, 30 September 2010

Ali Setan masuk ICU


KUALA LUMPUR 29 Sept. – Bekas pelakon dan pendakwah bebas, Azmil Mustapha yang terkenal dengan watak ‘Ali Setan’ dikejarkan ke Hospital Al-Andalus, Damsyik, Syria pada awal pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas.

Azmil, 58, kini dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan dan dijangka menjalani pembedahan pintasan koronari pada pukul 2 petang waktu tempatan (7 malam Malaysia).

Menurut anaknya, Nor Amalia Batrisya, bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor sedang memantau kesihatannya.

“Beberapa hari yang lalu babah (panggilan kepada bapanya) mengadu kurang sihat. Kami adik beradik menyangka babah sakit biasa sahaja.

“Bagaimanapun awal pagi kelmarin babah sukar bernafas dan kami membawa beliau ke hospital kerana bimbang melihat keadaannya,” kata Nor Amalia kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di Damsyik hari ini.

Azmil yang juga bapa tunggal kepada lima orang anak berlepas ke Damsyik bersama tiga daripada anaknya, Mohd. Bazli Zhafri, Nur Alia Iman dan Nor Amalia pada Syawal ketiga lalu untuk menyambung pengajian di sana.

Nor Amalia memberitahu, semasa mengadu sakit dada, bapanya ditemani oleh adik lelakinya, Mohd. Bazli Zhafri.

Katanya, biarpun dicadangkan oleh keluarganya di Malaysia supaya bapanya dibawa pulang ke tanah air untuk menjalani rawatan namun Azmil membuat keputusan untuk dirawat di Damsyik.

Pada masa yang sama, Nor Amalia menafikan dakwaan bapanya diserang angin ahmar seperti yang dilaporkan dalam beberapa laman sosial.

Menurut Nor Amalia, seminggu sebelum berlepas ke Damsyik bapanya menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

“Hasil daripada pemeriksaan itu doktor mengesahkan babah bebas daripada sakit jantung dan lain-lain.

“Bagaimanapun sebaik tiba di sini (Damsyik) babah tiba-tiba mengadu tidak sihat sehinggalah sesak nafas dan doktor di sini memaklumkan babah diserang sakit jantung,” katanya.

~ Sumber Utusan Malaysia~


*Dulu2..memang glamer betul nama Ali Setan ni...I pun suka tangok cita ni tau..Part paling best..Dalam train..kena lumur dengan telur...akakakakkaka..Padan muka...Sama2 kita doakan semoga beliau kembali sihat..Amin..


Wednesday, 29 September 2010

Susahnya nak carik

Semalam..pg Jusco lagi (tentu2 tu ja shopping kompleks yg palin2 dekat dgn rumah). Cik hb izinkan..apa lg menyoping ler jawabnya..

Ok!..tujuan utama pg hanyalah untuk mencari keledek manis lagi dan Dawny Passion untuk yg kesekian kalinya..~ Google ~

Dan akhirnya..hampa. Hanya keledek manis ja yg dapat..Dawny Passion..tak der. Adoii..ni yg heran ni..bukan stakat 1 shopping kompleks ja carik..Lain2 pun sama..Tak der..Awat susah sangat nak dapat ni..Tak der stok ker?..Mustahil la..Iklanya bukan main lagi..Sue dapat rasa pakai 1 botol ja..lepas tu sampai sekarang..tak pernah dapat2..

So pakai ja lah sofflan ngan Dawny Attraction ni..

Mesti org bengkek ja kan..Apa ke hal lah minah ni sibuk sgt dengan Dawny tu..Tak der cita lain ka..Hehehehe..i kalau dah suka..i suka la...lalalalallalalala....bla..bla..bla..


Bangkai tikus dalam Roti..Iskh!..Iskh!

Mak ai..biar betul..Tikus tu besar tu..macam mana bleh plak tikus tu landing dalam roti...Dah tak ada tempat lain ka nak duduk..Tu tandanya apa tu..Adakah kilang tu kotoq?. Sila bayangkan key..BANGKAI TIKUS?..

_______________________________

Lelaki terkejut jumpa bangkai tikus dalam roti

LONDON: Seorang lelaki hampir termuntah apabila mendapati ada bangkai tikus melekat pada sebuku roti disediakan untuk anak-anaknya, semalam.

Bapa kepada empat anak, Stephen Forse, berkata roti itu dibeli di pasar raya Tesco di kawasan kediamannya di Kidlington, Oxfordshire.


Kata Forse, 41, dia sempat memakan beberapa keping roti itu sebelum ternampak bangkai tikus berkenaan.


“Saya jadi semakin loya apabila pegawai kesihatan yang memeriksa roti itu berkata, dia tidak menemui ekor bangkai tikus berkenaan yang mungkin sudah saya telan,” katanya.


Bagaimanapun, tiada ahli keluarga Forse sakit, manakala pengeluar roti, Premier Foods RM82,376 kerana gagal mengekalkan standard kebersihan di kilang mereka di Mitcham, selatan London. - Agensi

~Sumber Harian Metro 29/9/2010~


Nyanyian didinihari

Nenek..nenek..si bongkok tiga
Siang mengantuk..malam berjaga
Mencari nuff dimana saja
Nuff tak der..kita tido saja.


Mata dah mula ngantuk dah sebenarnya nih..Tu pasal pala macam ting tong jer nih..
Daripada melayan mata..sue rasa baik sue tido saja..Esok ada banyak lagi agenda nak dibuat..Jam dah menunjukkan ke pukul 1 nih...Nanti lewat sangat tido...terus tak ngantuk. dah nanti .Naya nanti...Okiess!!!..Selamat malam semua...



Apa?..Boleh memerahkan muka?

Salam...
Dah malam buta ni...Mata tak ngantuk lagi..Gandum dan buah2 belum collect lagi dari kebun...FrontierVille punya kes la ni..

Apa kata kita kongsi petua skit...

Anda nak awet muda?..Muka manis kemerah2an?...Okies!..Baca ni ya..

Ambil sebiji buah tomato ( yg merlip merah kilat tu lagi bagus...hehehhehe..memilih ja). Lecek sehingga halus. Kemudian pupurkan/ lumurkan pada keseluruhan wajah. Biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2 atau 3 kali. Insyaallah dapat ler wajah yg halus mulus..kemerah2an yang diimpikan...Dan lagi satu..hati juga harus la sentiasa bersih..

Heeee...Senang ja kan..Sambil2 tengok tv pun boleh buat...Nih petua yang kakak sue amalkan..Dulu pun masa anak dara..rajin juga buat..sekarang ni..huuuhhhh...kena insaf balik ler..Awak tu bukan MUDA laie...Beringat2 lah yer..Ekekekkeke...Pesanan ditujukan khas untuk diri sendiri...:-).


Tuesday, 28 September 2010

Lipas..

Masuk nih dah dua kali terperanjat..Tengah syok2 tunaikan hajat tetiba ternampak lipas..Lipas yang pesen bleh terbang2 lak tu..Mana tak haru..silap langkah skit mau dia terbang kat kita..Tak ke naya tu..Elok2 plak tu dia manjat kat pintu..mana ko nak lari..hehehhehe~ Pic Google~

Share sikit info pasal lipas...

LIPAS BOLEH HASILKAN 40 BIJI TELUR.
Lipas atau nama saintifiknya Macropanesthia Rhinoceros merupakan sejenis serangga perosak ( tengok?..P.E.R.O.S.A.K ok!) yang tinggal di kawasan gelap dan lembap.
Serangga ini hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar. Melihat kepada kitaran hidup seekor lipas, ia membiak dengan menghasilkan sarang telur yang mengandungi antara 16 hingga 40 biji telur di dalamnya.
Telur itu kemudiannya akan mengeluarkan lipas muda yang dikenali sebagai nimfa. Nimfa akan mengalami proses persalinan kulit beberapa kali sebelum menjadi lipas dewasa.
~ Sumber Estidotmy edisi 92~



Monday, 27 September 2010

Menu Berbuka

Hari ni tuan belog puasa..Balik awal..sempat masak simple2 ja...Ikut selera orang puasa..Nak makan macam ni jer...


Tempe ni..cik hb jeling2 ja..dia kureng skit..Walau dialog standard sue bg tau
" Nak muka cantik makan tempe"
..Huuuuu..harap ler dia mau makan..Mengarut katanya..ekekekekeke


Nih plak..kes tgk dak Khaleef anak Zel yg suka makan masak kacang stail cam nih..Buat terliur ja..Simple..tp sedap...(sedap ditekak sue ler..Tp tadi laju jer tengok semua orang makan..heee..sedap ler tu)

Bahan- bahan
- Kacang panjang or kacang buncis
- Bawang merah 2 biji -
- Bawang putih 2 biji
- Cili api 4 biji -cincang (bleh tambah ikut suka kalau mau pedas)
- Ikan bilis
- Kiub pati ikan bilis
- Kicap ( sue pakai kicap manis cap kipas udang)
- Secubit garam
- Cili besar ( untuk hiasan or dicampur sekali dalam tumisan pun boleh)

Cara- cara
- Goreng ikan bilis dulu.
- Bilis hampir2 masak..masukkan bawang merah + putih+cili api
- Masukkan kicap dan seterusnya kacang
- Bubuh sedikit kiub pati ikan bilis + garam (agak2 ler sendiri)
- Akhir sekali..hidangkan dan hias dengan cili besar yg dipotong.

Ok!..Siap..
main campak2 ja siap satu hidangan..
Bluuppssss!!!!..Oppsss!!!..kenyangnya..ekekekkekee

Citcat.Com my Mr Dic

Apa?..Mr Dic tak der?..Hehehehhe..Jangan risay..CitCat.Com kan ada..Ni la Mr Dic sue..Senang..taip ja..kuar translation nya...Bagi mereka2 yg ala2 kureng BI ni bleh la gunakan kamus ni sebagai bantuan. Boleh translate Malay ke English , English ke Malay, English ke Chinese and English ke Indonesia. CitCat.com menyediakan perkhidmatan tersebut dengan percuma!

Kalau gunakan perkataan yg panjang ayatnya..contohnya..ayat yg satu perenggan..memang penin skit translation nya..Coz..terjemahan akan dibuat word by word..Tapi ok la kan..still boleh faham apa maksudnya..Itu yg penting tu..

Dulu paparan homepage Cit cat.Com ni lain..sekarang dah lagi cantik..background hitam..Lagi kemas la dilihat..Dulu warna hijau..and simple ja..

Okies!..sapa2 yg perlukan khidmat Mr Dic..silalah mencubanya, dengan melayari www.citcat.com.

~SHARING IS CARING~


Kerang Masak Lemak Cili Api

Nih menu semalam sebenarnya...Layan menu yg simple ja..Dah tak ade idea nak masak apa..Time cuti memang kena masak ler jawabnya..Pikir punya pikir...Yang kuar kat pala ni hanyalah kerang..Hehehehhee..Cam tetiba ja dia "bling" timbul...Tapi tukar selera lak..asyik2 kerang masak kicap..Tukaq lak buat kerang masak lemak cili api..Sedap juga ...sue pun syok gak meratahnya..ekekekkeke...


Sunday, 26 September 2010

Puding Jagung



Layan menu minum petang..Ntah apa mimpi ntah..tetiba terajin lak nak membuatnya...Kali ni buat ikut resepi dalam Majalah Mingguan Wanita.


Sue ni bukan lah ikut sangat sukatan yg diberi..memang suka2 memandai2..main agak2 ja..Buat cukup2 makan ja..Tu pun nanti kompem..mesti sampai esok punyalah..

Bahan-bahan
- 1 tin jagung
- 500g tepung kustad
- 1 tin (400ml) susu sejat
- 100g gula ( sue agak2 ja letak..cukup2 manis ja)
- 420 ml air ( nih sue buh agak2 ja)
- secubit garam (nih sue tambah..)

cara-cara
- Campurkan kesemua bahan tadi dalam periuk.
- Panaskan campuran bahan tadi dengan api yang perlahan.
- Kacau campuran hingga menjadi likat.
- Setelah likat tuangkan campuran di dalam bekas/ loyang/ acuan.
- Ratakan campuran tersebut dan hiaskan untuk hidangan.


Nasi Goreng Belacan

~Nasi Goreng Belacan~


Lama tak makan nasi goreng belacan..Pepagi lagi dah tung tang menumbuk sambal...
Jenuh bersin..bau belacan semerbak satu rumah..ekekekkeke..Nasib ler pada sesapa yg masih membuta lagi tu..Terganggu dengan bau2 yg menyelerakan..hehehhee..Lawannya adalah ikan gelama masin..Fuhh!!!!..memang sedap...Tak hingat dah yg tuan punya diri DIET...


Saturday, 25 September 2010

Kemaafan Yang Tertangguh

Moh sama2 layan cerita" Kemaafan Yang Tertangguh"..Fuhh!!!! penuh emosi tengok cerita ni..Ada ker yg mengalami nasib macam tu ya?..Iskh!!..janganlah..Kijam..kijam..sian..saploh tahun tak balik beraya dgn mak sendirik...Asyik2 awal raya..beraya rumah mertua..huhuhuhuh...tidak..tidak...



Friday, 24 September 2010

Sate Ikan Keli


~ Gambo ihsan Cik Google~

Just nak share..Masa tengah keboringan menunggu Cik Hb ajak balik..belek2 dulu majalah yg ada dlm laci meja opis...Tetiba terminat la plak nak share resepi Sate Ikan Keli...Ada yang pernah makan tak?. Sue pernah dengar ja..makan tak pernah lagi.hehehhee..Tentu sedap kan..lemak2 ja rasanya..Agak jer la...hehehe..
Ni adalah produk yg diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Melaka sebagai salah satu usaha untuk mempopularkan pengeluaran ikan air tawar.

Ok! nih resepinya...

Bahan-bahan
- Daging ikan keli (fillet) 1 kg
- Bawang merah (besar) 2 biji
- Bawang putih 1 buku
- Serai 2 batang
- Halia 250g
- Lengkuas 2 inci
- Asam jawa 100g
- Gula pasir 250g
- Jintan manis 1 sudu
- Ketumbar 1 sudu
- Serbuk kunyit 3 sudu
- Kacang tanah 150g
- Madu 5 sudu

Cara-cara
- Hiris daging ikan keli nipis (melintang serat daging)
- Kisar halus bahan-bahan 2,3,4,5 dan 6
- Kisar halus bahan 9,10 dan 12 dengan menggoreng tanpa minyak sebelumnya
- Ramas asam jawa dengan sejumlah air
- Gaulkan kesemua bahan-bahan yang telah disiapkan beserta dengan daging ikan termasuklah
bahan 8 dan 11 hingga sebati
- Perapkan sehingga 30 minit dan sebaiknya di dalam keadaan sejuk beku
- Gunakan lidi pencucuk sate dan mencucuknya mengikut saiz sate di pasaran.

Ok!..siap resepinya..Silalah mencuba ya..Kalau dah cuba..jangan lupa bg tau ya..Ya la..nak tau gak macam mana rasanya..sedap ker tidak..Adakah sehingga menjilat jari or lidi..Hehhehee..
Nak harap tuan belog ni yg mencuba dulu..mintak maap la...menu list yg ado tu pun masih byk bersusun laie tunggu dicuba..ekekekekke...


~ Sumber: Majalah Agrobiz-Jumaat 3 September 2010( Utusan Malaysia)



Jamuan Raya

Kaki dah rasa cam nak kram ja nih..Arrrgghhhhh!!!!!.....Ni semua gara2 kena berbaris lama tadi masa nak ambik makanan..Huuu..first time merasa hazabnya kena beratur panjang..bersesak2 nak mengambil makanan...Dah la pakai kasut tinggi...Ni la dia fenomena yg biasa berlaku di Majlis Jamuan Hari Raya di sini...

Balik ni kena rendam kaki ler jawabnya...


BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER


Sue dah lama kenal Abg ben ni sebenarnya ( ya ka?..kenal di alam maya jer lah..hehehhee..) Selalu masuk blog dia gak...Tapi selalunya jadi silent rider ja..kagum dengan kehebatannya..walaupun baru ja bergiat di dunia bloger ni tapi sudah top..Sapa tak kenal Abg ben ni..sehari bleh buat n3 sampai 4..5 n3..lebih lagi ada kot..Salah seorang yg ada dlm friend list sue juga...

Akcely..dulu sue penah ada dalam blog list Abg Ben tau...Tapi tak pa..skang ni sue nak join lg dlm friend list blog Abg Ben ..Kena letak kategori ya?..Errrmmmm...letak sue dalam list "Tulis Diari ja lah..Kategori Caca Marba tak der ker?..Hehheheheh...



Thursday, 23 September 2010

Aktiviti Malam Jumaat


Salam..
Baru balik JJ nih...Sambil2 tunggu baju dalam mesin tu siap..sempat lagi layan tenet dulu..Tb..off sat..sebab tengah ada cita cita serem...Duduk kat ruang tamu ni sesorang rasa seram lak memalam jumaat ni..Heeee...

Sue pg JJ bukan sebab dah gaji tau..tapi sebab sabun basuh dan pelembut kain dah elek pocik...Penat ja pg..JJ yg beso tu pun tak dak stok pelembut kain kegemaran sue...Awatla susah sangat nak carik " Dawny Passion" nih ya..Langsung sebotol pun tak dak..3 4 kali juga la sue pusing tempat yg sama..kot2 la mata ni yg kero skit kot tak perasan kewujudannya dirak2 tu...Keciwa..sah memang tak dak..Untuk tidak mengecewakan..ambik jugalah jenis yg ni..

Tak pernah try lagi..Tapi sat lagi nak bau..bau dia sedap ker dak....Beli yg botol kecik ja..Tu pun dah RM5 lebih...Huh!

Nak balik sempat lagi membeli keledek manis ni..Beli sebijik ja..Cukup la kot..dah malam nih..
Fuhh!!..memang mantop..manis2 lemak ja..Sebiji ja tu pun tak bleh habis tau. Ada laie nun kat dapur..


Tengok la..sebiji ja..dah potong 3 tapi still tak habis lagi..Naper tak habis yer?..Adakah tidak sedap?..Tak!..Ia sangat sedap....Habis kenapa tak habis?..Hahhahaha..perut dah kenyang rupanya..Nafsu jer lebey...Heeee



~ Update:11.15PM- Looo..wangi lagi Downy Passion la...Yg ni bau besa2 ja....

Wednesday, 22 September 2010

Bersyukurlah


Sedih rasa hati melihat segmen Bersamamu Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri malam ni di rumah Anak2 Yatim Kg Manggis di Banting...Sedih bila ada sebahagian kanak2 ini tak pulang untuk berhari raya bersama dengan org yang tersayang.
Tersentuh rasa hati melihat persembahan mereka...sayu mendengar rintihan sanubari mereka yang mendambakan kasih sayang ibu dan bapa mereka...

Sesungguhnya anak2 itu terlalu kecil untuk memahami erti derita...Tapi itulah hakikat yang sedang dilalui mereka

Jadi..Ingatlah.... jika sudah diberi kesenangan..jgn lupa untuk kita memberi sedikit kepada mereka yang memerlukan....berikan sumbangan..

Sayangilah ibu bapa selagi hayat mereka ada..Dan bersyukurlah kepada Allah..kita masih mempunyai keluarga dan dapat hidup senang...HUhuhhuhuhuh..tak dapat nak teruskan lagi...

Mood sedey ni..huhuhuhuhuhu..Kawan2 renung2kanlah...
HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN


..

Aku dah Mula Menderhaka


Semalam cuti..Duduk rehat kat rumah..Pala sakit ..tegang ja rasanya urat2..Sendi2 lenguh..Otot lak sakit..Kaki memang dah lenguh2 ..

Pala otak dah pikir..ni la padah kot sebab menderhaka DIET..ekekekeke...Hampir sebulan diet katakan tidak pada "No Nasi"..tetiba..3..4 hari nak raya dah start pulun makanan berat2 ( kena lak i dah beraya awal..cepat sgt bendera jepun turun) sampai la,.. la ni syawal ker 14...melantak jer kerjanya...Tak reti2 nak puasa 6 ker..qado puasa ker..

Pose..berat turun 7 kilo....alih2 semalam timbang naik lak 4 kilo ..Patut la kaki sakit balik..Tak mampu nak tampung berat la tu...Hari ni kunun insaf ler..Sampai opis tak membeli makanan..Minum air koko ja...Huh!..tak der maknanya..mulut tetap ngup ngap ngup ngap gak makan bisekut raya..Dan tadi ni baru jer menghadap sepinggan mee goreng basah yang sangat sedap..ekekekekee...

Bukak tenet asyik husya menu2 sedap2 ja...hadoi la..Pastu mula la nak melantak..hehehhe..
Baikkkk!..mulai hari ini sue bertekat untuk tidak menderhaka pada DIET sue lagi..ekekekkeke Harap2 ler....

.

Bumi huru-hara 2013 kerana matahari

Subhanallah..mengerikan betul..Dunia kita dah makin tua. Kiamat dah makin dekat. Pelbagai tanda2 awal dah berlaku....

Bagaimana dengan kita?..Adakah kita dah betul2 bersiap sedia untuk menghadapinya..Cukup kah amalan kita dan persediaan kita untuk menghadapNya...

Mari kita renung2kan bersama...Artikel dibawah buat renungan bersama..

______________________________________________________

Bumi huru-hara 2013 kerana matahari

Kosmo
22 September 2010

LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.

Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. - Agensi


Sesungguhnya..apa yang ada dimuka bumi ini semuanya milik Allah...

Monday, 20 September 2010

Pendapatan lumayan dengan Nuffnang

Nuffnang..Sapa yg tak tau pasal nuffnang..Sue pun baru ja berjinak2 dengan nuffnang..Tapi tak la sehebat mana pun...cash out pun blum penah lagi..Trafik ke blog ni pun tak pernah hebat mana pun..Agak suam2 kuku jer..Berblog sekadar untuk suka2, mencari pengalaman dan menambah kawan saja..Tapi tetap teruja dengan sesetengah blogger yg kita otai2...sekali tgk pelawat yg masuk satu2 masa sampai mencecah ratus2..Fuhh!!..memang hebat..
Sue Tertarik dengan satu artikel dalam Kosmo hari ni..pasal nuffnang..meh kita baca sama2 ya..


______________________________________________________________
Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my




SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.

Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.

Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.

Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.

Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.

"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.

TIMOTHY merintis idea kewujudan Nuffnang bersama rakannya, Ming Shen sewaktu belajar di London.

Untuk artikel penuh Klik sini ya..KOSMO

Wednesday, 15 September 2010

Terliur ja..

Aduih...tgk menu simple kat rumah Kak Nor..buat ayaq liur kecur ja...Sesekali makan simple2 macam tu..sgt la bestnya..mau boleh menambah 2 3 senduk dibuatnya...

Sue start dr mula balik sini sampai la kehari ni..blum pun lagi masuk dapur..ekekekekke...
makan kedai..Tu pun..sgt la hazabnya nak carik makan..Maklum la..masih dalam mood raya..kedai pun tak bukak lagi...Jawabnya..makan fastfood ajo lah...oh!..tak..semalam makan bihun sup.."sup meletop" ( nasib dah bukak kedai ni..kalau tak mau fastfood lg la menu malam kami)..I bukan malas tau..tapi saper suruh cik hb asyik la menyebabkan kami terpaksa balik keja lambat..makanya..harap maklum lah..tak terlaratnya cik isterinya ni nak mengadap dapur...

Ok!..apa menu yg terlintas dikepalo ni ketika ini....
.
.
.
.
.
.

.
.

Masak sardin
.
.
.
.


Telur dadar mayonis


.
.
.
.

Ulam-ulaman

.
.
.
.

.
.And Cicah Budu

Ekekkekeke..amacam?..ada yg terliur tak?....Selera sue ni biasa2 ja..sederhana..hahahhaa..

~ Gambo credit to cik Google ~

~ hadoi..mau ke laut cina selatan la diet sue semenjak lepas pose nih...

Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "