Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (212) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (15) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Thursday, 29 April, 2010

Ko Kurang Ajar la Dani

Adusss!!!..makin nyampah lak ngan si Dani tuh..Makin menjadi2 perangai dia..Dah la tak bertanggungjawab..Tinggal isteri dan anak2..Pas tuh..sibuk terkejar2 bini orang..Sian Adam..Nasib la Adam tuh..husben yg penyabar..Macam mana la si maya tuh bleh lak mula berbelah bahagi jiwanya..Husben punya la baik..si Dani juga yang dikejar2...

Eiiii..tak sabonya nak tahu kesudahan cerita ni..hope, kesudahannya happy lah...


Amani yang cute...ada anak cumei cam tu kan bagus..heeeee

Jom Kurus kali ke 4

Fuhhh!!!..seperti biasa, hari khamis..hari Jom Kurus..Selesai sudah aktiviti hari ni..1 jam 30 minit..Alhamdulillah..hari ni langsung tak pancit..dah mula ok la tuh!..

Start minggu depan..dah plan nak jogging setiap hari selasa kat tasik permaisuri ( hah!..ada yg nak join?..kita jumpa di sana hokey..)..khamis lak, Jom kurus ( kalau tak kurus juga tak tau la..)


Okies!..sekian laporan untuk hari ni ( laporan ni nak kasi bakar hati kawan2 yg tak workout hari ni..wakakakakaaa) Daaa..nak layan adamya dulu..chaww luu


Sunday, 25 April, 2010

Dari Dapur Sue



Layan menu hari ni...Nih! menu untuk makan malam ni....Haa.haa..kul 5 baru nak masak...Pagi tadi dah masak nasi goreng, so jangan harap nak makan tengahari..lagi pun tak der orang kat rumah..Sue lak..kuar pg Tesco tengahari tadi dgn adik...So, petang ni masak ala kadar je lah..

Gambar sangat tak memuaskan..Bila lah nak dapat kamera baru nih...Huuu..huu
.
.
.
.
.



Ha..haaa..taip n3 sambil urut kaki...Suka la hang ya cu..tak yah urut kaki haku lagi....( ambaikan kaki tuan belok yg tak semenggah itu..:-) )

Trouble Is A Friend



Layan lagu nih sambil workout memang mantop la...Sangat happening...ha..haa.haaa


SangsiAsmara



Jenuh cari..akhirnya jumpa juga..Sue memang suka lagu ni dari zaman sekolah dulu lagi..Hee..hee..ada cerita disebalik lagu..Tapi biarlah ia menjadi rahsia...Haahaaa..mood tengah jiwang ni!...Heeeee


Dah sampai dah


31 tahun jadi anak jati Selangor..malam tadi baru pertama kali pergi ker Kuala kubu Bahru...Ntah apa mimpi agaknya..Semalam petang, hantar msg pd cik hb ajak pergi round kl lewat malam. Alasan!..lama dah tak tengok KL pada waktu malam..ha..haa....Cik hb tak balas pun...


Kul 7 malam cik hb sampai rumah. Memang pelik la, awal sangat baliknya...Tak pa la, bagus juga..sesekali cik hb balik awal...8.30..tengok dia siap2..Tanya la nak pi mana?...Dia cakap..kalau nak ikut..siap!.Huh!..pe lagi..berdesup la siap..hee..hee...nak bawak round kl la tu....



Rasa pelik sangat jalan yg dituju..Tanya hb..nak pg mana?..Dia kata..ada la...Tunggu ja....

Huh!..nak tau pg mana?...Sakan betul...nak pi Kuala Kubu rupanya...Awat tak habaq..awai2...Cik hb bleh cakap pa...Ni lah nak bawak pi jalan2....


Sampai KKB..kul 10 lebih..round2..tengok kehangatan penduduk KKB berkempen...Tengok orang ramai kat stadium ..Cik hb ajak pi tengok..walau tak nak..kena jg la follow..tak kan nak duduk dlm keta kot...Ada ceramah kempen rupanya...Dengaq ja la..sampai kul 12.15....kuar awal skit sebab takut jem...12.30..berhenti kedai..minum dulu...1.10..teruskan perjalanan...


Nak dekat kul 1.30..dah kat rawang..cik hb ngantuk lak..Hadoii..sue mana pandai drive..terpaksa berhenti tidoq dulu kat Petronas...Kul 2..kejut hb..gerak balik..Sudahnya, sampai rumah semalam kul 3 lebih..Balik2..tak pikir pa lagi dah..Katil ja yg dicarik....Lepas subuh..sambung membuta sampai kul 8.30..Lia betul nak bangun..tapi kena bangun gak..kena masak..Sebab cik hb nak pg keja....Hu..huu....


Hari ni orang KKB pi mengundi...Malam ni kita tau la sapa pemimpin yang bakal dipilih oleh orang2 KKB...SElamat mengundi lah pada penduduk2 KKB ya...


Saturday, 24 April, 2010

Hero



Suka lagu ni..hayati liriknya.....


Morning

Morning semua....Hari ni sue dalam mood yang riang dan senang sangat...Pagi ni breakfast just ambil segelas rx-lite and teamix ja...




Aktiviti hari ni..mengemas rumah...Sangat penat..tapi puas hati. Tak payah workout lagi...Kerja2 mengemas 4 bilik, 2 bilik air, sapu sampah, mop lantai, kemas laman and xtra cuci semua kipas..basuh baju dan sidai baju....turun naik tangga banyak kali..fuhh..berbaloi..merembes2 peluh yang keluar..( sambil Layan lagu Lenka- Trouble is a friend..muzik rancak..lagi semangat la mengemas..heee..hee ).Now, rasa sangat fresh sangat2...





Now...tinggal nak kemas dapur lagi ( haa..haa..sempat lagi taip n3..haa..haa )..Lepas tu nak masak lak..Eeee...tapi tak terfikir la nak masak pa hari ni....Perlu ka bukak peti sejuk..duduk menung depan peti utnuk cari idea nak masak pa...He..heee....
Okey..nak masuk dapur dah..nanti kita bersiaran dari dapur sue pula ya..Daaa....



Friday, 23 April, 2010

Rasa cam malu ja...

Alamak..rasa macam termalu sangat2..Kawan2..apa korang rasa hah..kalau korang chat ngan sahabat lama..tapi tak berbalas...Segannyerrr....orang tak sudi pun nak bertanya kabor..tapi kita jer ia..ia..huuu..huu...

Hu..huu...i tau la..dia tu pernah dulu syok kat sue...( teruk juga i layan dia dulu...huu..huu..nak wat cam ner..tak da hati nak bercinta..Bagi hadiah..amik..tapi nak couple..tolak..hee..kejam kan)...Tapi tu semua kisah lama la..Zaman sekolah2 dulu...La ni bila dah tue...saja jer nak tanya kabo...Tapi sangat malu...tak dibalas pun pertanyaan ku...Apa maksudnya tu yer...kalau tak suka..buat apa dia add sue dlm friends list dia...Cam siot jer rasanya..kalau ada baldi..rasa nak nyuruk jer muka....wakakakaa...

A_ _N_..ko marah ker...Dulu, haku memang tak main cintan cinton nih..Hadiah?..dah ko nak sangat bagi..Aku amik la..nanti kalau tak amik..ko malu lak...Kad bunyik2 yg ko bagi dulu tuh..Ntah hilang mana tah..Sama la..ngam frame gambo bunyik2 yg ko bagi tuh...still ada lai ( kat kg la..rasa2nyer la)..tapi dah tak sempurna la ropennyaa ( maklum la..anak buah ramei..buat main depa ja)...Sorry la A _ _n _...tak der niat ya haku nak rijek ko dulu..Tapi cinta mana bleh dipaksa beb...



Hadoii..ntah apa2 la yg sue ngarut ni..Lantak lah kan...



Hapdet 8.15 Pm...
He..hee..memang teruk betui la sue ni kan..sllu salah sangka...He..hee..kawan sue tu dah balas pun msg sue..Dia say sorry tak balas..tgh bz rupanya..He..hee..so..pengajarannya ialah..jangan cepat salah sangka..Heee

Ada rupanya...


Sangat terlambat hokey...baru tau lak..ada filem Lagenda Budak Setan...Tu pun sebab baca n3 kak maya tadi.


Adakah filem ni di adaptasikan daripada Novel Ahadiat Akasha?.."Lagenda Budak Setan" ( kena serch ni)...Sue ada simpan novel ni..Novel ni kira top juga masa zaman sekolah dulu...And Ahadiat adalah salah seorang penulis favorite sue...


Kalau betul..memang syok la..Sebab cerita tu memang best...Tapi storynya lebih kepada muda mudi la ( huhh..i tak tue lagi hokey...still bleh layan lagi) ... Ada sapa nakbelanja sue tengok tengok cita ni tak?..Hee..heee...ayat tak bleh blah betul la kan...macam banyak peminat jer...haa..haa...

Okey..sama2 nantikan kemunculannya di cinema ya....



Thursday, 22 April, 2010

Jom Kurus

Selesai aktiviti Jom Kurus hari ni....Tapi sayang lupa nak amik gambo program...
Hari ni penat skit..sebab aktiviti dah up skit....Rasa bergetar semua lemak2 di peha ni.....Paling tak tahan masa buat haverst step tadi la...30 minit bleh stady laie...kali kedua..buat 1 minit...gigil kaki maaa...wahahahahaa...tu tandanya apa tu?....Piki sendiri lah ya....

Sue memang akuilah..stamina sue memang dah teruk pun...tu pasai..baru buat aktiviti macam ni dah tercungap2...Tapi memang best..peluh keluar merembes2...bagus kan..heee...

Okey..sekian sue melaporkan untuk aktiviti Jom Kurus kali ini....( wahahahahaaa..ada cam karam sing walia nya stail tak?...wakakakakakaa)

Pensel dalam kemaluan mangsa rogol

Pensel dalam kemaluan mangsa rogol
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahimn
2010/04/22
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah di Rawang yang dirogol rakan sekelasnya dalam bilik darjah, minggu lalu, bukan saja disahkan sudah mengandung sebulan, malah sebatang pensel sepanjang empat sentimeter turut ditemui dalam kemaluannya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata berdasarkan hasil laporan pemeriksaan hospital yang diterima semalam, polis percaya mangsa sudah lama dijadikan bahan pemuas nafsu beberapa pelajar serta didera sewaktu diperkosa.
“Kes ini disiasat secara menyeluruh kerana mangsa yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di Rawang, bukan saja dirogol ketika waktu persekolahan, malah didera,” katanya kepada pemberita di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang, 13 April lalu, pelajar itu yang bersendirian dalam kelas, dikatakan dirogol seorang rakan sekelasnya manakala beberapa lagi pelajar lelaki mengepung mangsa bagi mengelak insiden itu disedari pelajar lain termasuk guru.
Mangsa hanya memberitahu mengenai kejadian itu kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan, Ahad lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Rawang pada hari sama.
Rosly berkata, sebaik menerima laporan itu, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan, manakala suspek ditahan di sekolahnya pada keesokannya. “Siasatan awal mendapati mangsa sudah banyak kali dirogol suspek sejak beberapa bulan lalu. Kita percaya mangsa turut diperkosa lebih daripada seorang pelajar.
“Namun, mangsa takut untuk membuat laporan kerana dipercayai diugut suspek yang akan bertindak lebih teruk sekiranya perkara itu didedahkan,” katanya. Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa pelajar yang dipercayai bersubahat dalam kejadian itu. Katanya, mangsa yang ditempatkan di hospital, kini mengalami trauma teruk dan hanya berdiam diri.
Hadoi la..macam2 kes..menakutkan betul la hidup di zaman sekarang ni....

Wednesday, 21 April, 2010

Beza Mentega dan Majerin

Huuu...betui ka ni?...meh nak share sama2...Info..juga diperolehi daripada email sahabat sue....

BEZA MENTEGA DAN MARJERIN

Posted by: "Azah" Azah

Sat Feb 2, 2008 11:46 am (PST)



Beza Antara Mentega Dan Marjerin
(Differences Between Butter And Margarine)
Dipetik dari Rense.com <http://rense. com/>

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi
menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia
menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang
melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka
semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang
mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi
mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak
menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan
menjual kepada orang ramai sebagai ganti
mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah
menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik!
Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama.

Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak
8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan
marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung

pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama
mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan

banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai
banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia
adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh
menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud
selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang
dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang
marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans.
Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak
tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL
(kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol
bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah
sebanyak

lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia
juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta
keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI
IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!


Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi
PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya
mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya

dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia
bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul
bahan). Anda boleh
cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam
garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda
akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan
menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada
anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana
ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang
tumbuh atasnya.

Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak
atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik.

Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke
atas roti anda?


BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan
supaya jumlah pesakit jantung & barah
berkurang.



Good Exercise

Orait bebeh!..ready 4 exercise???..Okey...Jommm...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

good for the brain ! Find it in 10 second
Can you find the C? (Good exercise for the eyes!)
.
.
.
.
.


OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOO OOOOOOOOOCOOOOOOOOO
OOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOO


Once you've found the C..........



Find the 6!

9999999999999999999 999999999999999
9999999999999999999 999999999999999
9999999999999999999 999999999999999
9999999999999999999 999999999999999
9999999999999999999 999999999999999
9999999999999999999 999999999999999
9999699999999999999 999999999999999
9999999999999999999 999999999999999
9999999999999999999 999999999999999
9999999999999999999 999999999999999
9999999999999999999 999999999999999

9999999999999999999 999999999999999



Once you've found the 6...

Find the N! (it's hard!!)

MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMNMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMM

Haa..haa..So!..macam mana?..Berpinor ker tak berpinor mata..wakakakakakaa...Good exercise kan?...






Tuesday, 20 April, 2010

Adamaya

Adamaya lagi....Waaa..syoknyer, memang layan betul la tgk cerita ni...Adam and maya..memang pasangan yang cute..Adam sabar dan romantik...

Suka dengan cerita ni.Sambil2 tunggu en. hb..sambil layan cita ni....Sapa suka cita ni..Sila angkat tangan ya...wahahahahaaa...


suka lagu dia..Yang terindah..Layannnn

Semenjak kau hadir dalam Hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu Hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama Cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan Bahagia
Hingga aku terasa Indah

Maaf jika ku tidak Sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Monday, 19 April, 2010

Penat + boring


Salam...selamat malam...


Tak da apa yang best pun nak dikongsikan...Sekarang ni masih lagi dalam mood penat + boring...Blogwalking pun tak banyak hari ni...pun tak tinggalkan jejak....macam mood m dah mula nak menular ja.....


Penat baru balik dari kursus tak habis lagi rasanya....bulan 6 ni kena pergi lagi..kali ni ke cherating pulak..huu..huuu...
Mata dah ngantuk..tapi rasa nak blogwalking lagi...Key lah..sue chaw lu ya...Daaa ( buntu maa...hilang idea apa mau tulis td...heeeeee)





Thursday, 15 April, 2010

Wahhh...segarnyaa

Salam..

Fuhhh!!!..Penat..penat..Hari ni berjaya buat workout 45 minit. Baru jer habis ni...Still di opis lagi..Rehat dulu sebelum balik rumah...

Actually..mulai hari ni..sue dah join program Jom Kurus kat Hosp. ni....Hari ni..aktiviti hanya ringan ja...panaskan badan..berjalan mengelilingi hospital ni ( jauh tu..dah keliling..baru tau besar gak hosp. ni rupanya...)...pastu wat curcuit trainning (betui ka eja ni..) regangan skit...Ok la tu..berbaloi juga..merembes2 peluh keluar...

Hope..aktiviti ni bleh jadi pemangkin untuk sue kurus balik...cayalah...


Esok..kena pi kursus lagi..3 hari..Kain baju belum kemas lagi...Leteh betul la...Hu..huuu..nak tinggal hb lagi....Sib baik pi PD ja....




eye test

Wonderful test.





THIS IS BRILLIANT!!!





If you cannot decipher anything, then try pulling the corner of your eyes (Sipitkan mata anda)

It works :-)



Wednesday, 14 April, 2010

Aduhai Madu...


Mengapa Madu Bewarna Kuning Keemasan.....?


A) Kerana cahaya matahari yang diterima oleh bunga?

B) Kerana pollen bunga memang bewarna kuning keemasan?

C) Kerana ia doproses oleh lebah ...?

D) Saya tak tahu.....
Jawapan boleh didapati di bawah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Bawah lagi....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Sikit lagi.........
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Wakakakakak..tipah tertipu kan...Wakakakakakakaaaaa

JANGAN MARAH..NANTI CEPAT TUA!!!..WAHAHAHAAA...



Tuesday, 13 April, 2010

Tutur Kata Itu Doa, Mana Satu Kita Pilih?

Nyata sekali kajian sains banyak mempengaruhi manusia agar lebih yakin dan faham. Dalam Islam semua dah dinyatakan tapi ramai yang suka mengeluarkan kata2 kurang
elok. Naka molekul air sebanyak 70% dalam tubuh badan pun berubah jadi kurang elok
atau lebih tepat buruk rupanya. Apatah lagi hatinya.

Maka perbanyak mengucapkan kata2 yang baik2, berbentuk nasihat, zikir dan selawatmenambah elokkan molekul dalam tubuh badan seterusnya hati kita. Terlalu banyak melawakdan merepek meraban juga ditegah dalam Islam. Ingat Islam yang larang... jangan kutuk teman memandai pulak.Teman mengingatkan je.

Macamana agaknya rupa molekul air dalam tubuh badan kita berubah mempengaruhi hati dan tabiat kita ye?

Wallahualam....

( di atas adalah masage yang ditinggalkan oleh si penghantar email. And di bawah ni adalah artikel yang di attachkannya..Marilah kita sama2 ambil ikhtibar bersama..mana yang baik tu, kita perlu kongsikan bersama. )
v
v
v
v
v
v


ARTIKAL YG BAGUS UNTUK DIKONGSIKAN DGN ORG DISEKELILING KITA

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata kata yang keluar dari mulut kita dengan kata kata yang Positif dan Baik

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh kata kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku " The Hidden Messages in Water " karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang banyaknya orang yang melakukan percobaan, sebagai berikut :


  1. Tempatkan nasi sisa yang sudah didiamkan semalaman kedalam 2 toples dengan jumlah yang sama, kemudian ditutup rapat.
  2. Masing masing toples ditempelin label yang berisi kata kata sebagai berikut :
  3. Toples A : " Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.
  4. Toples B : " Kamu Bodoh, Goblok, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Sebel Tidak mau dekat dekat kamu "
  5. Botol botol ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yang sering dilihat, saya pesan pada istri, anak, dan pembantu untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol botol tersebut.
  6. Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :






Nasi dalam botol yang di bacakan kata kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dengan bau yang tidak sedap.
Sedangkan Nasi dalam botol yang dibacakan kata kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.


Nah Silahkan teman teman mencobanya sendiri.
Kalau dibuku dikatakan ada yang mencoba dengan tiga botol dimana botol ketiga tidak diberi label apa apa alias diabaikan / tidak diperdulikan, dan ternyata beras didalam botol yang diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yang dipapar kata " Kamu Bodoh".


Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak anak kita, pasangan hidup kita, rekan rekan kerja kita, tempat kita bekerja maupun terhadap perusahaan kita dan orang orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan efek yang ditimbulkan dari getaran getaran yang berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka


Maka sebaiknya selalulah sadar dan bijaksana dalam memillih kata kata yg akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah pikiran pikiran yg timbul dalam batin kita.

Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.




SHARING IS CARING...

Monday, 12 April, 2010

Terpaksa dibedah kerana main SMS

LEVITZ memakai pendakap tangan selepas menghantar lebih 100 mesej khidmat pesanan ringkas sehari.

CHICAGO - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.

Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit.

Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel.Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya. Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.

Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.

Wahahahaha..lawak pun ada bila baca artikel ni..Tapi sue sendiri pernah melihat habit macam ni..Masa tu sue pergi Tesco..masa dekat part barang2 basah..ada satu family tu...nampak macam kecoh2 skit..mana taknya..anak dia yang kecil tu ala2 lasak gitu..kecoh ja...Yang si abgnya (rasanya dlm ting. 3 atau 4 kot) sambil2 dia terkejar2..kecoh2 jaga adik dia tu..tangan dia sue tengok tak berhenti menaip msg..Sue macam tergamam juga..heran..dia bleh tekan2 tanpa memandang pun tel...Siap sempat lagi bergaduh tu...


Pizza

Salam semua....
Hari ni sue coti lagi..badan tak sihat, suara tak bleh kuar, tekak sakit, selsema dan pala pusing. Sian cik HB pg keja sorang2 ja pagi ni..Sebelum pergi kerja, dia pesan suruh minum air barli yang dia beli malam tadi ( kes tak larat nak bangun dah malam tadi..)..Dah sejuk pun sue bedal juga..Sib baik la air barli tak bleh basi macam makanan kan..

Duduk rumah, tak da lah duduk berehat saja pun...Kena bangun masak gak sebab nanti adik ipar sue balik sekolah nak makan pa kan......Tapi just masak simple ja..buat sup ayam ngan ikan goreng ja..Pastu sambung baring..tapi tak bleh duduk rehat lama2 gak..mana taknya..rasa tak sedap bila tengok rumah tak berkemas lagi..

Bangun kemas2 dapur and sapu sampah ja..ok dah..Dari pagi sampai petang, sue langsung tak selera nak makan..sue just amik air ja...banyaknya minum air barli yang cik hb belikan..Maybe tu yang buat sue kenyang jg kot

Kul 6 adik sue balik kerja, tetiba lak teringin nak makan..Nak makan pizza la plak..Akhirnya..kami order Pizza Chunky Loaded..nak rasa la sedap ker...Tamak lak tu..siap order 2 large pizza..Sudah nya..sue jejal juga makan 2 slize (shhuuuttt..sebenarnya, 1 slize lg tu, sue tak habis pun..makan ayam dia ja..lebehnya sue buang).Ada banyak lagi yang tinggal..nampaknya kerja cik hb la yg kena perabihkan pizza tu nanti...Siann cik hb..macam mana lah perut dia tak makin beso..He..hee...



( bleh tahan juga la pizza chunky loaded ni..tapi kalau tanya sue..setakat ok ja lah..biasa2 ja..Kalau luar biasa sedap rasanya mesti sue bleh makan lebih daripada 2 slize..he..hee..)


Lagi 1 kes


KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam.Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata mengikut keterangan pekerja MDPH itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik yang didalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.

“Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki bayi yang terjuntai daripada balutan surat khabar dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Norel berkata, susulan maklumat diterima, pihaknya menghantar sepasukan anggota polis, termasuk unit forensik ke tempat kejadian dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) untuk bedah siasat.

Katanya, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi itu berkemungkinan dilahirkan ketika berusia lapan bulan berdasarkan keadaannya yang cukup sifat.
“Polis tidak menolak kemungkinan suspek meletakkan bayi yang tidak berdosa itu dalam longgokan sampah lewat malam tadi (kelmarin) bagi mengelak dikesan penduduk di sekitar berdekatan.

“Polis percaya, bayi itu meninggal ketika proses kelahiran dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran menyebabkan kematian.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata mulanya beliau cemas melihat bungkusan berkenaan, namun memberanikan diri untuk membukanya.

"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan. Selepas dibuka keseluruhan pembalut itu, saya sebak dan menggigil. Bayi itu masih bertali pusat dibuang bersama urinya,” katanya ketika ditemui di kawasan itu.

Beliau kemudian meminta bantuan peniaga gerai nasi ayam bersebelahan tempat kejadian untuk menghubungi polis

Sumber : Berita Harian Online

Hadoi la..apa nak jadilah zaman sekarang ni. Nyawa manusia tu dianggap macam sampah jer..langsung tak bernilai.. Ni kah tanda2 akhir zaman?..Sangat menakutkan betul la...Sian bayi2 tu..tak berdosa, dibuang sesuka hati...Kalau pun dah tak suka, letak la bayi2 tu tempat yg selamat, yg boleh dilihat oleh orang ramai....Ntah la, manusia telah hilang nilai peri kemanusian sekarang ni....


Sunday, 11 April, 2010

Badan panas

Badan ni macam nak panas lagi..Minggu ni dah berapa kali badan ni panas nak demam..Demam tak menentu..Sekarang ni ditambah lg dengan sakit tekaknya, sebab batuk dan selsema plak dah mula menjadi..Kira..hari ni dah cukup pakej la...Penat ( sbb baru balik dr kampung), badan panas balik ( macam nak demam lagi), batuk makin menjadi2 ( sampai nak tercabut anak tekak ni rasanya) dan selsema jg makin menjadi....

Adakah malam ni sue akan tombang untuk yg ke 2 kalinya...DEMAM MENGGEGEL2....



Dari dapur kampungku


Just nak share..projek hari sabtu juga...


Bahan2nya
4 biji pisang
1 cawan minyak
1 cawan gula ( *sue kurangkan skit)
1 sudu soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum ( *banyak tepung bergantung pada besar mana pisang tu)
2 biji telur
secbit garam (* agak2 juga la)

Cara2 membuatnya..
Senang yo..bland jer semua bahan tu dalam blander..Pastu buh dalam loyang..Bakar..Dah siap..


Tapi..frust la..macam mana nak jadi cantik macam yang beli tu ya...

Today

Salam semua...

Hari ni penat sangat...Sue baru sampai rumah kul 3. lebih tadi..dari kampung halaman sue yang terchenta..Mana laiee..Sg. Besar la...Balik kampung sekejap ja..sebab nak gotong royong mengemas rumah ja ( adoii la...mak abah tambah rumah laie...makin besar...makin banyak ler tempat untuk anak cucu dia buat sampah..wakakakakakaaa).. Biasa la tu..kalau nak ada kenduri kawen ja..mesti ada ja part2 kat rumah tu yang akan bertambah...)

( Nih..gambo sebelum..sian mak..tak sempat nak mengemaskini bunga2 dia tu..datang rakyat jelata iaitu cucu2 dia..pokok bunga tu la yang dikojerkannyer...Semalam..kat depan tu..semua dah settle...bunga2 semua dah dialih ke tempat lain..)
( siap ada masuk gambo mak sue yang terchenta sekali..love u mom...muaahhhh)


Gerak dari kampung tadi dalam kul 10 lebey...hari ni balik ikut jalan yang lalu dekat Cahaya SPK.( ni lah dia sue..susah nak ingat nama jln, walaupun dah besa lalu situ..wakakakaa..).Ingat nak masuk melawat kawasan di Cahaya SPK tu ( mana tau terjumpa kak eynda..wahahaa...berangan seh)...tapi hubby tak mo singgah, sebab kami nak berkejar pg kenduri kahwin di Dewan D'Perdana ( ia ker nih...) kat kelana jaya...Lama juga lepak kat tempat kenduri tu. Kenyang perut, gerak balik..sampai rumah kul 3 lebih...

Ok done!..ni jer cita sepanjang hari ni..sekarang ni duduk golek2..rilek2..wahahahahaa




Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "