Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (214) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (16) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Sunday, 31 January 2010

Cap Jempol ku

Salam semua...
Cantik tak watermark nih.... Cantik kan..macam orangnya juga......
Hee..heee..ada yang kena hempuk dengan
Hee..hee..ada yang kena hempuk dengan dik Jiya nih...Semua ni hasil kreativiti Jiya..I tukang tepuk belakang dia ja..kasik idea kluar..haa..hakkk.... *Nyuruk nanti kena hempuk ngan jiya..


Okies..ni antara watermark yang akan digunakan dalam setiap pic yang akan digunakan di blog ini nanti....



Benang & jarum untuk gambo projek kraf ( yo..yo on jerk...tak rajin pun nak buat aktiviti kraf ni..)


Cap jempol bulat untuk yang ala2 gambo personal ...

Dannn...gambo chili ni untuk gambo masakan ( walaupun hakikatnya sue tak terer pun masak cam Dak Jiya tuh..ha..hakkk)



Okey..pada sesiapa yang berminat nak buat cap jempol cam atas tu..silalah masuk ker umah jiya ya...atau Klik ja gambo kamben yang cute kat atas nih....


Tapi jangan plak klik gambo muntut kamben nih..nanti dia menabur baja kat umah sue nih..payah nak buang...Kena panggil Jiya lah nampaknya....Tolong kutip baja kamben dia nih..kih..kih...( lariiiii...nanti jiya marah cam hulk )

AKTA RAHSIA

Salam...

Just nak share maklumat ni..Maklumat ni pun sue dapat daripada blog Abg Ben...Bca dulu baru buat penilaian...Haa...haaaa


SEMUA BLOG PERLU DIDAFTARKAN DI BAWAH AKTA RAHSIA...

Mulai 29hb FEB 2010 , semua blog di Malaysia perlu didaftarkan. Ini bertujuan memastikan blog blog yang ada di dalam malaysia ini berinfomasi dan mempunyai kandungan yang tidak bertentangan dengan undang undang...haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Bagus gak kan kalau kena daftar ni..kalau tak , jadi blogger haram la..hahahaha...

Blog blog yang didaftarkan akan diberi sijil sah ..ala cam sijil HALAL JAKIM tu la...pastu leh letak kat dalam blog korang...setiap pembaca akan melihat dulu sijil tu baru boleh baca..kalau takde , jgn baca...haram disisi undang undang..haaa....leh ditangkap gambar woo...

Setiap blogger perlu memberi maklumat peribadi diri sendiri semasa mendaftar secara online...Anda perlu men'scan' ic anda , surat beranak anda , surat beranak kedua ibu bapa anda , bil elektrik anda dan juga perlu membuat surat secara bertulis , mengapa anda nak berblog ! ...wow..i likeeeee....

Anda akan diberi masa 2 minggu untuk menentukan anda layak berblogging atau tidak..jika tidak ,secara automatik blog anda akan diblock....waaa..blog di block...cam besh je bunyik kan..

Memandangkan ramai blogger skang ni makin mengarut , ada baiknya peraturan ini diperkenalkan...ni asik baca pasal politik yang tah betul tah tidak....kita dok kena tipu jeek....pastu info info mengarut...dari mana tah kutip pun tak tau...pastu ada gak blogger yang dok citer pasal artis...apa giler ! artis pun nak diceritakannya..nak kumpul dosa ke ?

ok ok..untuk daftarkan blog ni...anda perlulah ke ...http://www.akutipujer.gov.my

Ok..sekian untuk berita jam 6 petang...jumpa lagi ..salam....

lalalalalalala


Haaaa...Terkejut kan....sue pun terkejut juga..sue pasti ramai tak tau tentang ni....Tapi bila diamati..KENA TIPUUU RUPANYA..Tapi..tak dapat dibayangakan kalau betul...habis lah, blogger macam sue nih...yang berblog hanya untuk mengisi masa lapang....



Wednesday, 27 January 2010

Tragedi 27 Januari 2010

Salam...
Sekarang ni sue rasa macam trauma skit..dada still berdebar2 lagi..Nak tau apa kes?...

Sue xciden petang tadi..Xciden dengan moto...Bukan dekat jalan raya..tapi dalam kawasan opis...Kami tak pape..keta..bumper depan, belah kanan yang kena..mentol terpelanting..tempat air pecah langsung...sib enjin ok..

Yang moto tu..teruk juga la..budak tu (actually dah tua rupanya..40 an umurnya )tak der luka paper pun..Still bleh gerak n jalan..Tapi dia kata dada dia sakit..So..lepas park moto dia kat tepi..Kami bawa pg amergency (sib baik still dlm kaw spital..so dekat sgt la nak hantar)..Sue dah tak bleh buat apa dah..sgt2 terkejut..Sebab kejadian tu mcm sekelip mata ja..Tak tau nak salahkan sapa..Tapi hb kata dia pun ada salah..sbb tak sempat break..terkejut n tertekan minyak...

Sampai amergency..paham2 ja lah..Off coz ramai yg kenai ( aduiihhh..jgn kecoh satu spital dah la kes nih)..Sue duduk luar ja...Hb pi masuk sampai dalam, pi uruskan..Borak dgn security..dia kata tak da pap pun tu..sbb tengok dia bleh gerak pun..

Tunggu hb lama juga..Dalam hati risau gak..takut la apa yg jadi sbb lama sanagt. Dalam kul 9 lebih hb kuar..rupanya dia bawak budak tu pg department dia ( staff radioterapi rupanya budak tu ).Hb kata, budak tu sendiri yg buat x-ray pd body dia..Tak da apa, cuma tulang dia mcm terrapat skit ( betul ker statment ku nih)..Actually, rupanya sblum ni dia penah xciden jg rupanya...

Balik tadi tawakal jer..sbb tempat tempat air dah bocor kan..takut keta panas jer..Macam mana lah agaknya perasaan bagi mereka yg terlibat dgn kemalangan yg besar lagi2 melibatkan kematian kan?..Huuuu...takut nak pikirkan....

kemalangan mcm ni pun sue dah trauma..apatah lagi kalau membabitkan kematian..Hadooii la.....
...





Renungan bersama

Siapa kita sebenarnya.. jadikan iktibar

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut..

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima.. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya !

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak
daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat
mendadak..

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya !!!



Cerita di atas, sue dapat daripada email daripada seorang sahabat...Hope kita sama-sama renungkan..Sedey la plak....



" />

Tuesday, 26 January 2010

Version teringin

Salam..
Errmmm hari ni tetiba plak rasa macam teringin nak makan mee kari version air tangan sendirik....
Dulu jemu.. asyik makan mee kari ja..Maklum la..hb kan orang utara..Hari-hari kari..kari..kari...tu pasai naik muak jadinya..Kalau mee kari tu, kira dah macam menu kerap ler..asal jemu jer makan nasik suh buat mee kari...Buat open house pun mesti ada mee kari..hadoii la...kari ajoooo......




 Ni ler mee kari ala2 pemalas sue..simple jer kan ( ala tak terliurnyalah korang kan )..tapi sedap..hak..hak masuk bakul angkat sendirik ler plak.. Haa..haa..actually ni gambo lama yang baikkk tersimpan dalam koleksi.......

Nih blum tentu lagi dapat buatnyer untuk hari ni..yo lah, skang ni sue still kat opis lg..Kalau dah kebulur sgt nak makan pun..kedai jer la jawabnyer kot..huuu..huu..tu pun kalau hb nak pg makan kat kedai..
Sekarang ni sue amat-amat lah jarang makan kat kedai...balik lewat pun ..masak juga lah *isteri solehah la katakan..kih..kih



  




   

Jangan ada benci


Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri


Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Nice song kan...

Di sebalik warna-warni buah dan sayuran part 1

Salam semua...
Nak share skit info pasai kelebihan disebalik warna sayur dan buah2an ni...

Kumpulan Oren/ Kuning
( Buah/ sayur : Betik, jus limau, semua jenis limau dan buah pic )

Khasiat
Buah-buahan ini membekalkan khasiat karotenoid, satu famili kimia yang mempunyai beta karotena. Malah buah- buahan seperti oren mengandungi serat yang tinggi di samping pembekal vitamin C dan E yang tinggi.
Kesemua sayur dan buah-buahan ini baik untuk kesihatan kulit. Buah betik pula pembekal vitamin A yang sihat untuk mata


Gambar Ihsan Google


Sumber : majalah Pa & Ma, Feb 2006

Monday, 25 January 2010

Diet dan Beli belah

Jika anda sedang berdiet tetapi perlu membeli belah untuk keperluan dapur. Banyak godaan yang menunggu di sana. Jika takut tergoda dengan makanan yang dijual, ada cara untuk anda atasinya.

* Tinjau kabinet di dapur dan senaraikan barangan yang anda perlukan. Sewaktu di pasar raya, belilah barangan yang disenaraikan sahaja.

* Makan terlebih dahulu sebelum membeli-belah. kalau lapar, susah pula nak kawal nafsu makan.

* Lihat label produk terlebih dahulu sebelum membeli.Jadi, anda akan hanya beli makanan yang baik untuk kesihatan sahaja.

* Ketika beli makanan yang manis ataupun berlemak, pilihlah produk yang mengandungi gula atau lemak paling rendah.

Sumber : Majalah Pa & Ma, Feb 2006


Sunday, 24 January 2010

Mengarut pagi2 buta


Sangat tidak waras rasanya...Tak tahu nak buat apa diawal pagi2 ni..Mata langsung tak mengantuk...Hati resah..rindu pada hb..

Tak tahu nak buat apa..tak kan nak mengemas pagi2 buta ni kot...Nak membaca?..naik jemu dah..Tv pun ngarut ntah pape ntah..sangat tak menarik...

Buat workout?..Gila apa2 kul 1 pagi nak workout....Tapi memang buntu..mata tak mo lelap langsung...Layan Fb..kawan2 tgh sibuk layan MU plak...Huuu...huuu..sampai kul bapa la sue nak mengarut macam ni....


Friday, 22 January 2010

Resepi

Okies..atas permintaan ramai ( ceh! poyos jer ayat )ni dia resepi nak buat pancake..Resepi ni sue amik daripada kak hana ( ampunn..sue cnp yer kak hana...hee..heee..maleh nak taip..)...

Bahan-bahan


* 2 biji telur
* 6 sudu butter - cairkan
* 21/2 cwn tepung naik sendiri
* 2 sudu teh baking powder
* 2 sudu besar gula
* 2 cawan susu segar
* 2 sudu besar lemon juice - optional
* secubit garam

Cara-cara


* Campurkan ke semua bahan dan blend hingga sebati.
* Biarkan sebentar dalam 10 minit.
* Cedok sesenduk adunan dan masak sehingga habis.
* Hidangkan panas2 dengan topping pilihan.



tengok ler kak hana punya pancake..cantik jer..gambo sungguh menyelerakan..hee

Morning






Salam..morning..
Waaa..syok nyer pagi ni coz sue coti...So..apa agenda hari ni?..
Hari ni sue bangun awal..kul 6 dah bangun ( sebonanyer tak bleh tido malam tadi..asyik terjaga jer..tido sorang ler katakan..huu..huu )..6.30 dah masuk dapur .. Menu pagi ni adalah Pancake...He..hee..sebenonya ni percubaan pertama untuk masak pancake...Alang2 hb tak der ni..ni la masanya nak makan ala2 pelik2 skit..kalau hb ada dia tak layan la makanan macam tu..
Pancake tu untuk sue..untuk adik ipar, goreng nuget jer..
Tapi macam rasa hangin skit..mana taknyer awal2 pagi sue masak macam2..dah hidang atas meja..alih2 adik tak sentuh pun sarapan tu..Hadoiii...sapa mau makan sarapan yang banyak2 ituuu......


Sangat sedey tgk gambo ni..ntah apa la jadi nan kamera ni..sangat tak reti nak carik apa masalahnya..gambo buruk, siap ada bergaris2 lagi..huu..huu
Pasai tu lah sue malas nak masuk gambo2 sendiri..buruk..hancus..tak kreatif langsung...baik pinjam gambo cik google jer....

Thursday, 21 January 2010

Na O Mei


Na O Mei..Ganti cerita Cinta Balqis... ( haaaa..cepat angkat tangan dan kaki..sapa layan cita ni )

Mula2 cita ni sue tak layan gak..tapi 2 hari ni..balik awal skit..terlayan la cita ni..Mak ai..macam syok plak cita ni.. Habis la..takut tersangkut pulak la...bila dah start follow...payah la..mesti nak terus follow punya...

Huu..huu..malam ni tido sorang...seram ada...hb dah selamat sampai ke tempat kursus kul 4 petang tadi...Tadi balik keja pun tompang kawan...Macam ni la keadaannya kalau hb kursus...mesti kena amik cuti ( salah haku jugak..degill..sampai skang tak mo amik lesen keta...padan la muko..)

Dulu masa mula2 kawen..dia kerap kena pg kursus..time tu dia pun risau nak tinggal sue sorang2..Dah la umah jauh..jiran2 plak chinese semua...kalau balik keja jer..dia mesti pesan suh tel dia bila dah sampai umah...So..bila sampai jer depan umah..sue tel ler dia..cakap2 sampai la sue masuk umah..Pastu..masuk umah siap2 kunci grill ngan pintu...lepas jer maghrib..dah naik bilik..kunci pintu..duduk ler dalam bilik sampai pg..huuu...huuuu

Tahun ni kalau dia pg kursus pun tak la seram lg..sebab kat umah ni ada adik ipar ngan adik sue sekali..Ada gak la kawan....Tapi titon malam still sorangggg..waaaa...tak syokkk....
( allllaaaaaa...dah rindu la plak kat hubby....takmo cita lg lah....nanti makin rindu..susahhhh...)

Key lah..Daaaaaa

Nuffnang

Memandangkan boring waktu rehat macam ni ( gue tak makan..sbb td breakfest dah berat.)..Jalan2 la merayau umah blogger..Ingat hari ni nak bermurah hati, nak klik semua nuffnang dalam blog kengkawan..Huuu..alih2...tenet lak macam haram jer..slow sangat2
(tak sedo diri ler tu..pakai tenet opis..harus cam ni ler )

Keh..keh..sebenornya..diri tak tentu arah sebab hari ni balik keja hb tak der..Huuu..huu..balik ni..ku balik sorang2...



Mood Sedey Pg Ni

Morning...Pagi ni mood ala2 sedey gitu..
Sedey sbb hb nak pg kursus ( ceh..sebab tu ja ka..mesti ada yg cakap mcm tu kan?..hee..hee)

Yo la...gue tak bleh kena tinggal ma...Hb dah lama tak pg kursus..ni la jadinya....Hu..huu...4 hari beb...Rindu ler nampaknya....

So..hari ni mood ala2 kureng gitu...Esok cuti sempena hb tiada ( hak..hak..bunyik mcm nak celebrate jer kan?..hik..hik...)

" />

Sunday, 17 January 2010

Berangan laeiii

Salam

Diluar rumah masa ni tengah hujan lebat..Guruh sabung menyabung...

Time hujan2 macam ni..duduk depan sliding ni..pandang ke laman..mula berangan melihat taman idaman..Kih..kih..berangan jer la keja nya...


Boring sebenarnya ni..hubby keja..duduk rumah tak tau nak buat apa..Bila dah boring2 macam ni mulalah nanti asyik nak menuju ke dapur ja...ntah berapa kali ulang alik ke dapur dah....tu jer lah koje nya...Paling bahaya..semalam baru jer top up barang2 dalam kabinet and peti sejuk..lagi galak la nampaknya..mulalah secara tak langsung akan menyumbang kepada bertambahnya lomak2 di badan nih hah...


Hari ni aktiviti pun slow..aktiviti wajib hujung minggu pun dibuat dengan pantas...workout?..haa..haa..sat lagi baru nak buat...


Apa-apa pun jenguk rumah kawan2 dulu..Tengok apa aktiviti diorang hari ni..Baru semangat nak workout (tercabor sebononya eh bila tgk diorg diet n buat workout..)


Key..layan lah gambo landskap ni yo...anggap la..ni la landskap sekangkang kera yang ado depan umah ni hah..hee..hee







Okies..Jom kita senam..heeee


Tuesday, 12 January 2010

Sila beri perhatian!

Sila beri perhatian!

Di bawah ni disenaraikan beberapa maklumat bagi membantu kita berdiet.......

* Elakkan mengambil makanan yang tinggi kalori seperti makanan berlemak dan gula. Sebaliknya banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan

* Kurangkan makanan bergoreng dan lebihkan makanan yang dibakar, rebus atau kukus.

* Gantikan susu rendah lemak dan elakkan pengambilan susu pekat manis dalam penyediaan kopi, milo atau teh.

* Makan secara berjadual dan mengikut disiplin. Lupakan snek dan tumpukan pada sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebaiknya, ambil makanan sebelum jam 7.00 malam.

* Jangan kunyah makanan terlalu laju, telan makanan dengan sempurna dan bertenang semasa makan.

* Pengurangan antara 500 hingga 1000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.

* Elakkan terus makanan yang manis seperti minuman berkarbonat, kek dan sebagainya.


Sumber : Rapi Bil.126


Cinta Balqis


Sapa suka tengok Cinta Balqis angkat tangan!!...
Hee..hee...mula2 tu sue tak berapa suka juga dengan cita ni..Tapi lama2 jadi syok pula...Tu pasai la sue tak suka sangat bila start mengikuti satu2 cita tu..mula la lepas tu tak mo tinggal nak layan....Semalam tak dapat tengok sebab balik keja terus pergi tengok rumah sewa,kena tolong hubby bersihkan rumah..Huuu...huuu..tak der alasan ma mau tolak..Tak kan mau cakap..nak balik cepat semata2 nak layan cerita Cinta Balqis jer...Kih..kih...( padahal hubby pun layan gak cita ni.)

Huuu...hari ni bleh layan sampai puas sebab sue coti..Tapi sebenarnya..tak dak hal lah kalau tertinggal pun.. Sebab still bleh tengok melalui web TV3...Thank's la Tv3 sebab sediakan ruang untuk penggemar cerita di TV3 yang sering terlepas menonton siarannya.

Jangan lupa ya...Slod Cinta Balqis..Jam 6.30 petang di TV3 ( hah KO!..jadi iklan tak berbayar dah )



Coti

Salam..

He..hee..hari ni sue coti....ceh!..mencoti kan diri sebenarnya. Pagi2 lagi pala dah buat hal..sakit sangat..perut lak dari semalam sakit.. harus pagi ni 2..3 kali ulang alik pergi jumpa cik Tan...
Key tak mo cita pasal hal ni lg.....

Duduk rumah ni seronok gak sebenarnya..tapi lama2 sangat akan jadi boring plak..Ya lah..apa sangat lah yang boleh di buat kat rumah ni...kemas sana skit..kemas sini skit ..dah siap....
Pukul 10 tadi buat juga workout sikit2..buat step turun naik tangga and brigging kejap..tu ja yang mampu dibuat...Masak ala kadar jer ( janji masak..tak der idea nak masak per )..sebelum adik ipar balik sekolah.....

Lepas mandi..sampai la sekrang ni still mengadap laptop...jenguk2 rumah kawan2...baca2 akhbar...carik cerita2 hangat..tu jer lah kojernya...Kalau seu ada kat rumah macam ni la..kadang2 hampir 24 jam laptop ni tak rehat....he..hee....

Okies..sue nak layan cerita kat tv sat...key...selamat berehat ( khas untuk diri sendiri yg sedang bercoti..kih..kih )

Okeis...layan gambo ehsan dr google ni..Biruuuu ja mata memandang..Tenang kannnn....

Monday, 11 January 2010

Deco Laman

Salam


Bila tengok laman yang sekangkang kera kat rumah ni...macam2 terfikir. Actually memang ada hajat nak deco laman tu...Dah banyak kali juga bunyi pada hubby..Hubby pun memang nak deco juga..cuma katanya belum sampai masanya lagi....

Hari tu masa pergi ke nilai 3..ada satu kedai tu jual barang2 untuk landskap..Huuu..memang teruja...ada satu tu sangat cantik..siap ada kolam ikan dan air terjun lagi..tapi mak aii..dekat 7 ribu reganya... Dah cakap ngan hubby nak design macam tu kalau buat deco nanti...He..hee...

Sue bukan apa...laman yang cantik ni penting sebenarnya..ialah..ia akan mendatangkan satu suasana yang mendamaikan..bila ada bunyi air..pokok2 yang menghijau..sangat nyaman dan tenang...Boleh hilang stress jadinya...

Tak pa lah..insyaallah satu masa nanti akan terlaksana jugalah hendaknya..So..sekarang ni hadap jer apa yang ada sekarang ni...Yang penting still ada pohon2 yang hijau....
Terover rajin..carik2 kat google gambar2 laman buat inspirasi ( So..gambar di bawah ni semua ehsan cik Google..)




Nice kan semua design ni..ala2 tropika ada..ala2 bali pun ada...Tak kisah lah..janji cantik..heee..hee...

Tak tahann tu..berangan tak hingat...laman sekangkang kera jer..ada hati nak buat macan tu..kih..kih....

Sunday, 10 January 2010

Aktiviti pagi ni

Salam...Morning semua


Hah!..selesai aktiviti pagi ni...Basuh baju/ sidai baju, sapu sampah, mop lantai, kemas dapur, kemas laman, siram bunga...haaa..tinggal cuci bilik air jer belum lagi...penat dah..agak2 tengahari skit nanti baru buat...

He..he..kena buat berganda semua aktiviti di atas tu..sobabnyo eh..he..hee..pagi ni tak jadi joging...Maklum lah tengah 'coming moon ' ni..he..hee..perut sakit dan tak selesa...Tapi selain aktiviti di atas tu..sue ulang alik naik tangga banyak kali untuk gandakan lagi aktiviti...
Okies..sue stop dulu nak sambung kemas2 apa yang patut...

Saturday, 9 January 2010

1 Hari 1 Info


Info from Rapi Bil. 131

JOGING BOLEH TAJAMKAN INGATAN?

Jangan anda fikir joging hanyalah sekadar untuk membantu menguruskan badan. Sebenarnya dengan berjoging juga ia membantu kita mengasah minda, selain kelihatan cergas dan aktif. Menurut kajian yang dilakukan oleh University of Ulm, Jerman..mendapati sewaktu kaki menjejakkan ke tanah, tumpuan dan memori anda boleh meningkat serta sel ' hippocampus' bertanggungjawab dalam menambah fungsi memori...


So..planning untuk esok.
6.50 am - segelas air kosong + lemon....lepas tu keluar joging ( joging keliling taman ja bersama ucu )...Lepas balik joging..sambung kemaskini laman...

Breakfast esok try amik yg ringan2 ja ok....hope esok diet lebih teratur.....


Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "