Labels

Anniversary (1) Award (1) Birthday (1) Biskut (14) Blogger (16) Bubur (2) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Diet (28) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (28) Kerabu (2) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Kraf (4) Kuih (1) Lauk (3) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (1) Masak2 (212) Masalah (3) Me (90) Mee (2) Memories (17) Menu Diet (5) Menu Mudah (3) Minuman (8) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (1) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (15) Puisi (9) Ramadhan (1) Raya (1) Roti (6) Salad (3) Santai (1) Sarapan (8) Senam (9) Shopping (1) Sup (1) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Tips (7) Tutorial (1) Video (17) Wish (8) Wishlist (6)

Monday, 20 July, 2009

Buah turunkan berat badan

RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.

Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang

Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren

Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal

Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai

Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur

Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

Sumber: Berita Harian

" />

Saturday, 18 July, 2009

Yeee haaa....bleh la start dah...

Huuu...syoknyer...barang2 nak buat projek kraf dah dapat....Tengok ler niiiii............
shopping online kat kedai Yoonie n MsCraf....
Heee...pe la nak jadi ni sue.....semua nak try...Harap2 jgn hangat2 naik ayam lah naknyer.....Jahit baju pun tak settle lg..dah nak buat kraf plak.... Heee




Monday, 13 July, 2009

Buat kesayanganku


Menatap indah nya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuh ku
Byk..kata yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu..
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah yang meyakini ku
Kau tercipta untuk ku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Ku selalu milikmu yang mencintaimu
Sepanjng hidup ku….
Sungguh..hanya lah dirimu yang aku cintai
Dan sungguh…ku kan disisimu hingga ku mati
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku…..
Disetiap langkah..yang meyakiniku
Kau tercipta untuk ku
Mesti waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu… ku selalu
Milik mu yang mencintaimu
Sepanjang hidupku……



Merapu melayan jiwa....


Malam ni untuk kesekian kalinya mata ni susah sangat nak lelap....Bila sunyi2 macam ni..mulalah.... benar2 merasakan kebesaranNya Yang maha Esa...Malam sebenarnya begitu mendamaikan...Sebab tulah sue sebenarnya..suka pada malam..suka lihat segala kebesaran Allah...dalam kegelapan malam itu..kita boleh lihat bintang dan bulan..Sue suka merenung bulan...Kalau bercinta dulu...sue suka merenung bulan...sebab sue tahu dia juga tentu akan merenung bulan yang sama.....


Bila sue renung ke atas langit...sue tahu sue tidak kesorangan...sue rasa damai..tenang...insaf dengan kebesaranNya....kadang2 tak jemu langsung nak mendongak merenung kelangit....




kadang2..tak puas memandang dijendela...sue akan keluar keberanda untuk merenung keindahan bulan ciptaan Allah......Pernah terfikir...bagaimana jika Allah butakan mataku?.......Aku tidak dapat lagi melihat segala keindahan alam maya ini......


Sebab tu...sue perlu bersyukur atas semua anugerah yang telah diberikanNya kepada sue.....






Friday, 10 July, 2009

Sekadar untuk renungan dan ingatan bersama

Hidup ini penuh cabaran..terutama di alam rumahtangga. Pahit manis dilalui dengan tabah dan fikiran waras. Namun jika tersalah langkah ia akan mengundang sengsara.
Namun begitu..suratannya, kita hanya merancang..namun Tuhan jua yang menentukan. Bukan aper..Sekarang kerap kali kita terdengar kes2 penceraian berlaku disebabkan kecurangan..Kadang2 tersentap juga bila membaca atau mendengarnya....Sedih bila difikirkan..isteri/ suami cepat melupakan saat2 manis semasa bersama hanya kerana satu pertemuan yang singkat dengan pasangan baru....Kenapa tidak disemai kasih sayang tu selalu...Paling menyedihkan hidup bersama berpuluh2 tahun..tapi berpisah sebab adanyer orang ketiga yang hanya dikenali tak sampai sebulan....

Sue terpanggil untuk merungkaikan masalah ni..rentetan daripada N3 Mia ina tentang cerita kisah seorang isteri yang berpisah hanya kerana suaminya ingin menduakannya..nak ingat balik baca sini ……

Kadang2 sue jadi takut dengan situasi macam ni….dipersekitan sue pun makin menjadi2 suami orang ada affair ngan pompuan lain….sedangkan masing2 ada isteri tu….Apalah nak jadi dunia ni….Si isteri sedia menjadi penunggu yang sedia..meletakkan kepercayaan dengan suami sepenuh hati…sambil menjaga tanggungjawab yang ditinggalkan dengan jujur, baik dan amanah…tapi sebaliknya si suami rupanya melakukan onar..berseronok2 dengan wanita lain diluar rumah…Kasihan sungguh…


Beginikah balasan bagi isteri yang begitu setia kepada suaminya...Si suami minta isteri menjaga maruahnya sebagai suami...tapi kenapa suami sendiri tidak menjaga maruah isterinya.....Kesian kadang2 tengok nasib si isteri....


Bagi wanita2 yang mengambil/ berkasih dengan suami orang...kenapa tidak fikir panjang..memang senang bila bercakap"..Jodoh pertemuan ditangan Tuhan...itu semua dah takdir"..memang senang bercakap macam tu..Tapi cuba menyelam perasaan isteri pula...bagaimana boleh tergamak untuk mengambil hak orang....


Dan pada si suami pula..bila disuarakan...sering menegaskan tentang haknya.." Ikut sunah Nabi"..Huh!..bila bab kahwen..tahu nak ikut nabi..Tapi sunah2 dan suruhan serta perilaku Nabi tak pernah pula nak di ikut...Sungguh tak paham....


Huh!..tetiba sue mati akal plak!..Takut ada..sedih pun ada....Kawan2..apa komen kalian tentang hal ni ya....






Wednesday, 8 July, 2009

Nak share

Salam..Update N3 kali ni sue nak tunjuk pe yang sue dapat..hee,,,heee….Minggu lepas pergi tesco ternampak ni…Huuuu…huu….walaupun stok masih ada lagi..tapi sebab tengok kali ni siap ada free VCD workout..sue sambar lagi…tapi silap..tak baca..rupa2nya..CD ni ada 2 version…so.....dah ada satu..nanti nak beli cari kotak yg ada satu lg CD




Workoutnyer memang syoklah..senang nak follow....senang berpeluh.....So kawan2..pe lagi..pg carik. Bolehlah buat tambah koleksi.





Key..daaaaa.....




Sunday, 5 July, 2009

Jawab tag n amik award..huahaaa..haa








Syarat dan ketentuan utk AWARD ni :

1. Buatlah posting yang memuatkan gambar award ini di blog kamu .
- Ok....siap...hee...heee

2. Sebutkan siapa yang memberikannya dan link ke blognya .
-Award sue dpt dr kak ieda

3- Beri award ini kepada 5 sahabat kamu.
- Errrmmmm...yaaa...tag ni diserahkan kepada nor, ika, aini, mia ina,yazeda...haa..haaa.....

4- Kunjungi blognya dan beritahu ada award dari kamu untuknya.- Ok ...... sudah

5- Lakukan hal yang sama seperti yang memberi award ini kepada kamu.
- ** dan seperti biasa , kepada semua kenalan bloggers yg lain , anda semua adalah teman dan kawan bicara dialam siber ku ini , dengan itu sudi2kanlah jua mengambilnya , ianya untuk dikongsi bersama ... kerana dirimu adalah yang terbaik buat dirimu ...( hee..heee..sis..kira aci lah yer..sue copy paste n3 akak..heee..hee)

Hureeeyyy...siap dah..Huuu..huuu..tapi ada satu lagi utang tag...tag dari adik ika....Ika..nanti akak buat yaa...heee

Daaaaa........




Masa jawab tag..

Masa masuk umah kak ieda tadi untuk amik tag yang diberi dulu..tetiba terajin la plak amik tag ni skali.....so.sue selesaikanlah yer...sonang yooo....

1. Copy gambar Islam di atas.
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.
Alamak..sapo lah den dan tag ni.....semua dah buat kot...So nak skip part ni jugak...Heee..hee

Saturday, 4 July, 2009

Hi!..i'm back..hee..hee...windunyer nak berblogger.....Skang dah ada modem baru..huuu....syokkkk......


Popular Posts

Sila tinggalkan jejak korang ya..Nanti senang sue nak berkunjung.

Renungan


Barangsiapa yang melihat perbuatan mungkar, hendaklah ubah dengan tangan. Kalau tidak kuasa (dengan tangan), ubahlah dengan lidah. Dan kalau tak kuasa (dengan lidah), maka ubahlah dengan hati. Dan (dengan hati ini) adalah yang selemah-lemahnya iman. "